Rabu, 29 April 2009
Usaha lucut Speaker Perak dan kematian Laila Taib
1) Nampaknya, kemelut politik Perak semakin hebat. Belum pun tiba 7 Mei, yang dijangka sidang DUN Perak akan panas, kini Menteri Besar Perak berusaha melucutkan jawatan Speaker Perak-Sivakumar dengan menghantar usul kepada pejabat SU DUN Perak.
2) Saya merasakan, isu perundangan di Perak semakin serius. Dengan kes pendakwaan oleh Nizar kepada Zambry, yang memegang jawatan MB Perak secara tidak sah, masih belum diputuskan Mahkamah Persekutuan, dijangka keadaan di Perak kembali hangat.
3) Moga 7 Mei 2009, sidang DUN Perak berlangsung dalam keadaan lancar, walaupun pastinya berlaku banyak pertikaian dan perselisihan pandangan, terutamanya yang melibatkan aspek perundangan.
4) Jam 3.45 petang tadi, menyaksikan Sarawak kehilangan wanita pertamanya-Laila Taib. Berasal dari Australia, beliau meninggal dunia pada umur 68 tahun dan meninggalkan 16 cucu. Takziah buat Ketua Menteri Sarawak, dan pastinya Sarawak akan berkabung dalam masa yang terdekat ini. Al-Fatihah.
29 April 2009,
8.51 malam, Malaysia Timur
Selasa, 28 April 2009
Penangan Ustaz Nik Abduh Nik Aziz !
1) Nampaknya semua jadi huru hara, apabila Ustaz Nik Abduh menulis. Berita Harian mengulas semalam, dan Utusan Malaysia di muka depan hari ini.
2) Semuanya gara-gara, dakwaan beliau yang mengatakan ayahanda beliau-Tuan Guru Nik Aziz, telah diberi gambaran yang salah tentang kerajaan perpaduan oleh pembantu-pembantunya.
3) Ustaz Ahmad Awang mengulas, dakwaan itu boleh menimbulkan kekeliruan, apatah lagi tidak dijelaskan siapakah pembantu-pembantu tersebut.
4) Dalam minggu ini, rasanya blog Ustaz Nik Abduh akan mendapat rating dan kunjungan yang tinggi oleh orang ramai, kerana ingin mengetahui butiran sebenar yang ditulis di dalam blognya.
5) Dalam keadaan Tuan Guru Nik Aziz sedang menunaikan umrah, ada baiknya kita tunggu penjelasan beliau dan Ustaz Nik Abduh, yang mungkin boleh duduk bersama menjelaskan isu ini.
6) Buat ahli gerakan Islam, jangan cepat melatah. Media massa musuh, sentiasa berusaha memanipulasi kebenaran. Menjelang muktamar PAS Pusat pada bulan Jun nanti, ada baiknya, kesempatan itu diambil untuk bermuhasabah setelah kita memerintah beberapa negeri. Dan segala pertikaian dalaman cuba diselesaikan sebaik mungkin. Ingatlah-yang dikatakan Erdogan dan pro-muzakarah dengan UMNO, hanyalah ciptaan musuh semata-mata. Jika kita terjebak, alangkah malangnya!
28 April 2009, 3 Jamadil Awwal 1430 Hijrah,
9.42 pagi, Malaysia Timur
Isnin, 27 April 2009
Penanti dan review keputusan Kabinet tentang agama si anak
1) Hari ini, SPR akan memutuskan tarikh pilihanraya kecil DUN Penanti. Walaupun berat di pihak UMNO dan BN untuk menyertai, tetapi suara akar umbi jelas menunjukkan, mereka perlu bertanding untuk tidak membiarkan Pakatan Rakyat menang percuma.
2) Keputusan yang bakal dibuat, bakal mencerminkan pendirian SPR, samada bertindak adil ataupun bias kepada sesuatu pihak.
3) Keptusan Kabinet mengekalkan agama anak mengikut agama asal ibunya, ternyata dibantah oleh sekalian ulama dan pihak berkuasa agama. Sepatutnya, dengan Islam sebagai agama rasmi Perlembagaan, keutamaan perlu diberikan kepada muallaf yang baru memeluk agama Islam. Dan anak yang mengikuti mereka, perlu diberikan perlindungan dan pembelaan, dan bukannya memtuskan anak kekal dalam agama asal, sebagaimana agama si ibu.
4) Kononnya sebagai langkah berjaga-jaga, jika ada lagi isu lain seumpama ini. Perkara ini perlu diserahkan kepada Mahkamah Syariah ataupun Mahkamah Persektuan memtuskannya, dan bukannya Kabinet!
5) Seperkara lagi, dengan moto hidupnya-do it or die ; Mejar Jeneral (B) Dato' Jamil Khir Baharom, dilihat seolah-olah gagal dalam tugasan pertamanya, untuk mempertahankan aqidah umat Islam di bawah pimpinannya, yang menerajui urusan agama. KP JAKIM sendiri menegaskan, bahawa urusan memutuskan agama si anak, perlu diserah kepada Mahkamah Syariah, dan keutamaan perlu diberikan kepada yang beragama Islam. Moga Kabinet, menimbang balik keputusan ini yang melibatkan masa depan aqidah anak-anak kita!
27 April 2009,
6.36 pagi, Malaysia Timur
Sepetang bersama pelatih Pusat Pemulihan Akhlak
1) Sedih, terharu dan bersemangat bila menatap wajah mereka yang tersungkur dengan godaan di sekeliling mereka.
2) Ada yang menjadi pelacur, lari dari rumah, tidak mampu dikawal oleh ibu bapa dan terlibat dengan seks bebas bersama teman lelaki.
3) Dari pelbagai kaum-Melayu, Iban, dan Cina. Saya hanya mampu mendorong mereka, agar tidak mengulangi kesilapan yang sama apabila dibebaskan kelak.
4) Tempoh 3 tahun dalam tahanan, ambillah kesempatan untuk bertaubat dan memperbaiki diri, serta menambah ilmu. Usia mereka masih muda-dalam lingkungan 14 tahun - 18 tahun dan kesemuanya adalah anak gadis.
5) Semoga mereka berubah, dan saya ingatkan mereka, sekali gagal dalam kehidupan, bukan bermakna gagal selama-lamanya. Pasti ada cahaya yang terang, memandu kita kembali jalan yang lurus, setelah selama ini kita salah memilih jalan yang gelap, busuk dan kejam. Moga Allah memberi hidayah kepada mereka. Amin.
27 April 2009,
6.25 pagi, Malaysia Timur
Jumaat, 24 April 2009
Debaran di DUN Penanti ; Mungkinkah ada muslihat SPR?
1) Sepatutnya hari Rabu-22 April diputuskan tarikh pilihanraya kecil DUN Penanti.
2) Namun, setelah berbincang panjang, keputusan sebenar hanya dapat diketahui Isnin minggu depan-27 April.
3) Semalam-wakil BN dan Pakatan Rakyat dipanggil SPR berhubung cadangan mengehadkan bilangan penyokong yang hadir, sewaktu hari penamaan calon dan hari mengundi.
4) Sekali imbas nampak baik cadangan tersebut. Namun, mampukah bilangan penyokong yang hadir dikawal, dan bagaimana mekanisme mengawal dan mengehadkan bilangan penyokong agar tidak terlalu ramai?
5) Dalam suasana UMNO dan BN masih berkira-kira samada mahu bertanding atau tidak di DUN Penanti, Pakatan Rakyat tidak seharusnya terlalu selesa. Seperti yang saya katakan dahulu, jika tidak dijelaskan dengan baik, isu Fairus meletak jawatan boleh memakan diri, walaupun semalam SPRM mengesahkan telah menutup kes berhubung isu rasuah yang dihadapinya.
6) Buat SPR ; bertindaklah secara adil dan saksama. Hindarilah keraguan dan syak wasangka dari kalangan parti yang bertanding, khususnya Pakatan Rakyat.
24 April 2009,
6.35 pagi, Malaysia Timur
Rabu, 22 April 2009
Mengapa "Kerajaan BN Perak" lelong Camry?
1) Mungkin kerana bimbang dengan bayang-bayang Pakatan Rakyat, yang akan mengambil alih semula pemerintahan di Perak?
2) Mungkin kerana nak menukar kereta yang lebih hebat? (Sabah membeli kereta Volvo sebagai kenderaan rasmi Exco, manakala Sarawak-Mercedes dan Camry-tiada siapa bising?)
3) Mungkin kerana tidak mahu dikenali dengan imej kereta Pakatan Rakyat?
4) Mungkin kerana hendak menjimatkan kos penyelenggaraan. Jika begitu, kita nantikan kereta yang bakal dibeli selepas ini oleh "Kerajaan BN Perak".
5) Bagaimana pula dengan nasib Camry yang ada pada Nizar-satu-satunya Camry yang belum dipulangkan kepada SUK Negeri Perak, yang ternyata kadang kala bersifat angkuh.
6) Apapun, proses pembelian kereta rasmi "Kerajaan BN Perak" yang baru nanti bakal dinilai, samada demi memenuhi persepsi rakyat agar dilihat baik, atau mungkin sebaliknya.
22 April 2009,
8.35 pagi, Malaysia Timur
Isnin, 20 April 2009
Penderhakaan kepada Agong bakal berulang di Terengganu ?
1) Ahmad Said ibarat telur di hujung tanduk. Bakal dicabar oleh 18 ADUN BN dari kesemua 24 ADUN BN, ternyata peristiwa ini meresahkan beliau. Sememangnya, kesungguhan kumpulan Idris Jusoh begitu jelas ingin menjatuhkannya.
2) Sementara itu, kumpulan Idris Jusoh yang diketuai Rosol Wahid, semakin lantang menidakkan keupayaan Ahamd Said, yang dianggap lemah dan tidak bijak mentadbir sebagai seorang Menteri Besar.
3) PAS Terengganu juga nampaknya belum memberikan sebarang respon. Namun bagi saya, jika ada usaha untuk bergabung dengan UMNO, demi menjatuhkan Ahmad Said, perlu dijauhi. Biarkan si Luncai terjun dengan labu-labunya.
4) Penderhakaan kepada Sultan Terengganu yang kini menjadi Agong bakal berulang. Kalau dulu Nizar dilabel sebagai penderhaka, kini Idris Jusoh dan pengikutnya rela menderhaka buat kali kedua atas satu tujuan ; Ahmad Said perlu digulingkan dari MB Terengganu.
5) Percakaran dalaman UMNO Terengganu semakin parah. Rakyat juga menjadi mangsa. Persoalannya, siapa yang hendak dinaikkan sebagai MB? Jika Agong tidak memperkenankan walau seorang pun samada Idris Jusoh mahupun pengikutnya, apakah mungkin ia ditawarkan kepada ADUN PAS?
6) Episod politik dalam negara pada hari-hari yang mendatang semakin mendebarkan. Ini tidak termasuk pilihanraya DUN Penanti, yang kelihatan UMNO dan BN seumpama fobia untuk bertanding dan tarikh 7 Mei, yang bakal berlangsung Sidang DUN Perak, dalam keadaan kuasa Speaker dinafikan mahkamah. Sekali lagi, isu politik semasa tanahair menjadi perhatian kita.
20 April 2009,
11.10 malam, Malaysia Timur
Ijtima Pemuda Islam Sarawak 09
1) Alhamdulillah, Ijtima ini berjaya diadakan dengan lancar dan mudah-mudahan diberkati Allah.
2) Dihadiri hampir 70 orang pemuda Islam dari seluruh Sarawak, ia berjaya membuka lembaran baru dalam gerakan dakwah dan gerakan pemuda Islam di Sarawak.
3) Kebanyakan ahli terdiri dari pelbagai latarbelakang-bekerja sendiri, sepenuh masa dengan jamaah, jurutera, ustaz, guru sekolah, pensyarah, pelajar, jabatan kerajaan dan swasta, dan lain-lain.
4) Kejayaan ijtima kali ini, melambangkan dakwah Islam semakin berkembang dan potensi cerah untuk gerakan Islam meletakkan batu tandanya, dalam proses demokrasi yang akan datang.
5) Perbahasan yang matang dan mantap, percambahan idea yang bernas serta muhasabah demi kebaikan bersama, menjadi asas kepada jiwa Ijtima pada kali ini.
6) Pengorbanan yang hebat di kalangan peserta(menaiki kenderaan menempuh jalan darat selama 14 jam dari Kuching dan Samarahan ke Miri, 10 jam dari Mukah ke Miri, 7 jam dari Sibu ke Miri, 3 jam dari Bintulu ke Miri dan 2 jam dari Limbang ke Miri), demi menjayakan Ijtima kali ini amat dibanggakan.
7) Semoga pengorbanan kita semua dinilai Allah. Pengorbanan dari sudut masa, tenaga dan wang ringgit. Nyawa juga tidak terkecuali bila tiba masanya. Syabas buat tuan rumah-sahabat Miri dan semua yang menjayakan Ijtima Pemuda Islam Sarawak, samada secara langsung atau tidak langsung.
20 April 2009
10.54 malam, Malaysia Timur
Jumaat, 17 April 2009
Beriman kepada Allah dan Istiqamahlah !
1) Syukur kepada Allah kerana dimurahkan rezeki dalam bulan ini. Mungkin kerana, anak dalam kandungan isteri yang telah mencapai usia 7 bulan, rezeki keluarga kami semakin banyak mutakhir ini.Alhamdulillah.
2) Baru tadi, saya dihadiahkan sebentuk cincin oleh seorang ustaz, merangkap usahawan Muslim yang berjaya. Nak menolak, takut dia terasa, namun saya menganggap ia pemberian ikhlas daripadanya, kerana kesungguhan beliau mahu saya menerima pemberian itu.
3) Saya menganggap cincin itu, sebagai cincin jihad dan cincin perjuangan. Ini kerana, menurut ustaz tersebut, beliau sudah lama ingin menghadiahkan cincin itu kepada saya. Harganya juga bukan murah. Namun, segala nikmat itu, saya berdoa agar terus istiqamah bersama perjuangan mendaulatkan agama Allah.
4) Pagi esok, sekali lagi saya bermusafir ke Miri, terpaksa meninggalkan anak, isteri dan anak dalam kandungannya, selama 2 hari. Moga dalam ketabahannya dan kadang kala menanggung kepenatan dan keperitan mengandungkan anak kedua kami, dimudahkan oleh Allah sewaktu dia hendak bersalin nanti.
5) Sesungguhnya saya teringat, apabila seorang pemuda bertanya kepada Nabi SAW "Apakah suatu perkara yang bila aku bertanya kepadamu, maka selepas ini tidak perlu aku bertanya lagi, Ya Rasulullah?" Dengan kalam yang jami'(ringkas tetapi padat dan bermakna), Rasulullah SAW menjawab "Katakanlah-Aku beriman kepada Allah, dan istiqamahlah di atas landasan itu".
6) Justeru, istiqamah di atas iman yang dianugerahkan Allah memerlukan mujahadah. Adakala kita bersemangat, dan adakala kita tersungkur dek pedaya iblis. Moga di atas segala nikmat yang Engkau kurniakan, samada dari hambaMu atau salah seorang dari hambamu, hakikatnya dariMu jua, tidak melalaikan diri ini, agar terus istiqamah di jalan agama yang mulia. Amin.
17 April 2009
11.37 malam, Malaysia Timur
Proses penyucian dalam PKR;Fairus berundur
1) Kemungkinan besar berlaku satu lagi PR kecil di DUN Penanti dengan peletakan jawatan oleh Fairus. Pandangan umum, Pakatan Rakyat tiada masalah untuk memenanginya. Apa lagi trend sekarang, rakyat menolak UMNO dan BN.
2) Namun begitu, dari sudut yang lain, ia boleh menimbulkan back fire kepada Pakatan Rakyat, kerana masalah dalaman yang sering timbul. Belum sempat hendak bernafas lega setelah PR kecil 3 DUN baru-baru ini, kini ada lagi yang baru. Bimbang rakyat muak, dan seterusnya menghukum Pakatan Rakyat.
3) Justeru, bagi saya pengunduran Fairus bermakna suatu proses penyucian di dalam PKR. Hanya mereka yang jelas hala tuju perjuangan, berintegriti, amanah dan sanggup berkorban, layak dipilih sebagai calon parti. Jika tidak, kes seumpama Fairus akan berulang lagi.
4) PKR harus membetulkan dirinya dan hala tuju perjuangan ahli-ahlinya. Anwar Ibrahim seharusnya mengambil langkah drastik, dalam membetulkan minda dan kejelasan matlamat perjuangan di kalangan ahli PKR.
5) Berjuang kerana individu, tidak akan kekal semangatnya apabila individu itu terbuang atau dibuang. Kita bimbang apabila perkara dalaman ini tidak diselesaikan oleh Pakatan Rakyat khususnya PKR ; maka rakyat akan kembali memilih UMNO dan BN.
17 April 2009, 21 Rabi'ul Akhir 1430 Hijrah,
10.10 pagi Malaysia Timur
Khamis, 16 April 2009
Exora dilancar ; Najib dan Mahathir?
1) Bangga sekalian warga Malaysia, dengan kehadiran Proton Exora yang merupakan MPV pertama Malaysia, setelah Proton Saga dilancarkan pada 1985.
2) Dengan harga di antara RM70,000-75,0000, Exora dijangka menjadi pilihan keluarga yang mempunyai bilangan ahli yang ramai, kerana ia mempunyai 7 tempat duduk. Dikatakan mempunyai ruang yang lebih luas, bentuk aerodinamik yang cantik, dipacu oleh enjin Campro CPS, serta gear automatik shift, ternyata memberikan nilai tambah kepada Exora ini.
3) Proton mungkin mengambil peluang menjemput bekas PM-Mahathir dan PM-Najib, untuk bersama dalam majlis pelancaran Exora. Namun, sebagaimana biasa persepsi yang berbeza diberikan. Berada dalam pentas yang sama, seolah-olah menunjukkan Najib tidak lekang bersama Mahathir di kebanyakan program dan tempat.
4) Najib mungkin tidak menyangka berada bersama Mahathir, tetapi dengan keberadaan mereka berdua di tempat yang sama, mengiyakan pandangan umum, betapa Pak Lah semakin jauh dipinggirkan. Dan Mahathir, kelihatan semakin mendapat tempat untuk bersama dengan Najib dalam kebanyakan event selepas ini.
5) Apapun, diharapkan Exora mungkin seperti pisang goreng panas selepas ini. Namun, setelah berpengalaman dengan 3-4 buah kereta nasional buatan Malaysia, membuatkan saya berfikir kembali untuk turut sama menjadi pemilik Exora.
16 April 2009
6.18 pagi, Malaysia Timur
Rabu, 15 April 2009
Menyusuri perjalanan dakwah
1) Salam buat semua pembaca budiman. Baru sebentar tadi, saya bersama dengan beberapa sahabat daie di jalan Allah. Tujuan kami bertemu, bukan untuk saya memberi pengisian, tetapi terpanggil untuk menegur dan memberi nasihat, walaupun mengakui diri ini bukan sempurna.
2)Mana mungkin, seorang daie tidak menepati masa, tidak beramal dengan apa yang disampaikan, tidak mengikut peraturan yang ditetapkan dalam program, tidak bersungguh dalam tugasan yang diberikan, dan tidak membekali diri dengan kekuatan dalaman seperti al-Ma'thurat, tahajjud dan melazimi bacaan al-Qur'an.
3) Dalam adab memberi nasihat, orang yang menasihati tidak merasa dirinya lebih baik daripada orang yang dinasihati. Itu saya letakkan sebagai panduan di awal nasihat, berdasarkan ayat ke-3 surah al-Asr.
4) Saya juga membuka ruang, andaikata ada kesilapan yang saya lakukan dan pasti ada, silakan untuk menegur saya, dan saya berusaha menjadi seorang yang berlapang dada. Saya menyatakan kata-kata musuh lebih benar dalam mengenal kelemahan diri kita, berbanding rakan-rakan yang menutupi kesalahan diri kita.
5) Selesai majlis muhasabah itu, saya bersyukur kerana daie yang dinasihati, nampak seakan dapat menerima. Sejurus selepas itu, saya bergegas untuk menyampaikan pengisian bersama dengan peserta suatu kursus.
6) Di akhir penyampaian, saya diberi kata-kata semangat oleh seorang wargamas-teruskan perjuangan dan tingkatkan potensi dirimu. Saya pulangkan pujian itu kepada Allah, kerana semua adalah kurniaNya. Saya berdoa agar diberi kekuatan dalam menyusuri perjalanan dakwah ini. Pasti ada asam garam, pahit manis yang akan dihadapi.
7) Saya sudahi dengan kalam Saidina Ali"Dunia semakin membelakangi, akhirat semakin mendatangi. Jadilah kamu putera dunia, berbanding putera akhirat. Hari ini(dunia), hari amal tanpa balasan. Hari esok(akhirat(, hari balasan tanpa amal.
15 April 09
3.27 pagi, Malaysia Timur
Jumaat, 10 April 2009
Menenangkan minda seketika
1) Setelah hampir seminggu-kebanyakan post dalam blog ini berkisar tentang politik tanahair. Maka, ada baiknya hari ini, yang kebetulan cuti Good Friday di Sarawak, untuk merehatkan minda seketika.
2) Hari ini, kabinet rakyat impian Najib dan dipuji oleh Mahathir, telah mengangkat sumpah. Mereka akan dinilai setiap 6 bulan berdasarkan KPI(Key Performance Index). Jika gagal menunjukkan prestasi terbaik, maka segala masalah akan dirungkaikan-itu janji Najib.
3) Bila saya mengenang balik sepanjang hari ini, hari Jumaat yang penuh keberkatan-terasa damai dan tenang bila bercuti pada hari ini. Tidak perlu tergesa-gesa ke masjid, dan kemudiannya bergegas kembali ke pejabat. Teringat kenangan di Kelantan, dapat mendengar kuliah MB Kelantan pada pagi Jumaat.
4) Sebab itu, ada anjuran agar cuti hujung minggu di seluruh negara diseragamkan. Dan hari Jumaat-adalah hari terbaik. Benar firman Allah menyatakan-selepas solat Jumaat, bertebaranlah di muka bumi untuk mencari rezeki, tetapi tidak bermaksud kita tidak boleh cuti. Sebaliknya selepas Jumaat, diisi dengan amal dan kerja yang berfaedah.
5) Di hujung minggu ini, masih ada program yang perlu dipantau. Mudah-mudahan, ia berjalan lancar. Alhamdulillah, bila berhadapan dengan golongan remaja dan belia, menjadi suatu kesukaan saya. Kerana merekalah generasi pewaris dan pada merekalah kita berkongsi ilmu, pengalaman dan mendidik mereka semampu mungkin. Pesan Nabi SAW " Manusia itu seumpama 100 ekor unta. Hampir-hampir sahaja tiada yang layak untuk ditunggangi". Nasihat Ustaz Yahya Othman-murabbi yang saya kagumi dalam jamaah - untuk mendidik dan mentarbiyyah seorang insan bukan mudah. Dan melahirkan insan berkualiti, memerlukan proses berterusan, tanpa mengenal putus asa.
6) Berada di Bumi Kenyalang hampir 2 tahun lebih, saya cuba menyahut cabaran Ustaz Hasrizal Jamil(saifulislam.com), agar dibuat satu rumusan dan kajian kaedah bersiasah di Malaysia Timur. Melihat keputusan di Batang Ai, baru-baru ini- saya yakin, menjelang pilihanraya DUN pada 2010 atau 2011, akan berlaku perubahan. Syaratnya, penerangan dan pendekatan yang berhikmah-mengajak mereka menghayati Islam yang syumul, dalam seluruh aspek kehidupan.
7) Akhir kalam, moga di hari mulia ini, minda kita tenang seketika, sebelum meneruskan perjuangan di hari-hari mendatang.
10 April 2009, 14 Rabi'ul Akhir 1430 Hijrah,
4.27 petang, Malaysia Timur
Khamis, 9 April 2009
Najib -One Malaysia ; People First, Performance Now?
1) Secara rasmi, jam 3 petang tadi, telah diumumkan barisan Kabinet yang baru. Bercampur baur nampaknya. Ada yang kalah dalam PRU ke-12 dilantik semula, dan ada pula yang kalah dalam PAU 09, juga dilantik. Bahkan yang lebih mengejutkan, Khairy Jamaluddin tidak tersenarai, walaupun menang sebagai Ketua Pemuda. Sebaliknya, musuhnya yang merupakan anak kepada musuh bapa mertuanya, Mukhriz Mahathir dilantik sebagai Timbalan Menteri MITI.
2) Pada hari ini juga, diumumkan 2 keputusan mahkamah yang mengejutkan. Yang pertama- Sirul dan Azilah digantung mati kerana bersalah membunuh Altantuya, dan yang kedua-SPR yang berhak menentukan kekosongan kerusi DUN mahupun Parlimen. Ternyata, 2 keputusan ini, amat menyedihkan kerana banyak pertikaian di sebalik keputusan tersebut.
3) Dengan tagline - One Malaysia, People First ; Performance Now dibandingkan dengan senarai Kabinet yang ada-masih tidak menggambarkan sepenuhnya hasrat tersebut. Pelantikan Mukhriz dan penyingkiran KJ, pasti menimbulkan 1001 persoalan oleh rakyat kepada Najib. Kata MB Kelantan-PAS telah lama berjuang denga slogan PAS For All-dengan meletakkan Islam merentasi sempadan kaum dan agama. Dan kemenangan 2 bukit oleh Pakatan Rakyat, membuktikan hanya tinggal selangkah lagi untuk mentadbir negara.
4) Namun begitu ingatan oleh MSO, agar PAS tidak lari dari prinsip perjuangan perlu diamblikira. Tidak salah bermesra dengan golongan Cina dan India, tapi jangan mengabaikan percampuran bukan mahram di luar batas.
5) Dengan pengumuman Kabinet tadi, semakin jelas perpecahan dalam UMNO akan berlaku. Parti komponen, mula salah menyalah antara satu sama lain dengan kekalahan di 2 bukit. Dan apa yang penting, Pakatan Rakyat mula dilihat alternatif dan harapan baru untuk memerintah Malaysia. Mungkinkah Nizar sebagai tokoh muda dari PAS yang sesuai, selain Anwar Ibrahim, ibarat jangkaan Pakdi di http://pemikir.blogspot.com sebagai calon Perdana Menteri Malaysia? Sama-sama kita nantikan.
Senarai jemaah menteri yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini:
PERDANA MENTERI
Datuk Seri Najib Tun Razak
TIMBALAN PERDANA MENTERI:
Tan Sri Muhyiddin Yassin
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)
4. Mej-Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)
Timbalan-timbalan Menteri:
1. Datuk Liew Vui Keong
2. Datuk Dr Mashitah Ibrahim
3. Datuk S.K. Devamany
4. Ahmad Maslan
5. T Murugiah
MENTERI KEWANGAN:
Datuk Seri Najib Tun Razak
MENTERI KEWANGAN II:
DATUK AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH
Timbalan:
1. Datuk Chor Chee Heung
2. Datuk Dr Awang Adek Hussin
MENTERI PELAJARAN:
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan:
1. Datuk Dr Wee Ka Siong
2. Dr Mohd Puad Zarkashi
MENTERI PENGANGKUTAN:
Datuk Ong Tee Keat
Timbalan:
1. Datuk Abdul Rahim Bakri
2. Datuk Robert Lau Hoi Chew
MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:
Tan Sri Bernard Dompok
Timbalan:
1. Datuk Hamzah Zainudin
MENTERI DALAM NEGERI:
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan:
1. Datuk Wira Abu Seman Yusop
2. Jelaing anak Mersat
MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:
Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim
Timbalan:
1. Datuk Joseph Salang Gandum
2. Senator Heng Seai Kie
MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
Datuk Peter Chin Fah Kui
Timbalan:
Noriah Kasnon
MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
Datuk Seri Shafie Apdal
Timbalan:
1. Datuk Hassan Malek
2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun
MENTERI PENGAJIAN TINGGI:
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
Timbalan:
1. Datuk Dr Hou Kok Chung
2. Datuk Saifuddin Abdullah
MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
Datuk Mustapa Mohamed
Timbalan:
1. Datuk Mukhriz Mahathir
2. Datuk Jacob Dungau Sagan
MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:
Datuk Dr Maximus Ongkili
Timbalan:
Fadillah Yusof
MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
Datuk Douglas Uggah Embas
Timbalan:
Tan Sri Joseph Kurup
MENTERI PELANCONGAN:
Datuk Ng Yen Yen
Timbalan:Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib
MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
Datuk Noh Omar
Timbalan:
1. Datuk Johari Baharum
2. Datuk Rohani Abdul Karim
MENTERI PERTAHANAN:
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan:
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad
MENTERI KERJA RAYA:
Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan:
Datuk Yong Khoon Seng
MENTERI KESIHATAN:
Datuk Liow Tiong Lai
Timbalan:
Datuk Rosnah Rashid Shirlin
MENTERI BELIA DAN SUKAN:
Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan:
1. Datuk Razali Ibrahim
2. Wee Jeck Seng
MENTERI SUMBER MANUSIA:
Datuk Dr S Subramaniam
Timbalan:
Datuk Maznah Mazlan
MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:
Datuk Ismail Sabri Yaakob
Timbalan:
Datuk Tan Lian Hoe
MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
Datuk Kong Cho Ha
Timbalan:
Datuk Lajim Ukin
MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
Datuk Seri Sharizat Jalil
Timbalan:
Datin Paduka Chew Mei Fun
MENTERI LUAR:
Datuk Anifah Aman
Timbalan:
1. A.Kohilan Pillay
2. Datuk Lee Chee Leong
MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Timbalan:
Datuk M Saravanan
9 April 2009, 13 Rabi'ul Akhir 1430 Hijrah,
4.50 petang, Malaysia Timur
Rabu, 8 April 2009
Pakatan terus utuh dan mara, BN bakal menjadi Be End?
1) Sekalung tahniah diucapkan kepada Nizar dan Manikumar yang mewakili Pakatan Rakyat, dalam pertarungan yang cukup mendebarkan. Ternyata, rakyat masih menolak UNO dan BN ; pola yang sama sejak 8 Mac o8, walaupun UMNO dan BN bertukar tampuk pemerintahan.
2) Tidak salah rasanya, jika dikatakan keputusan ini menunjukkan referendum rakyat, yang masih tidak berpuas hati dengan isu rampasan kuasa di Perak, dan pembelaan kaum India di luar bandar di Bukit Selambau.
3) Terharu bila melihat, Nizar membaca surah al-Nasr (Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan, manusia akan berbondong-bondong masuk ke dalam agama Allah, maka bertasbihlah memuji Tuhanmu dan sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat). Walaupun dihalang oleh pegawai SPR(yang disiarkan secara langsung oleh RTM)_, ternyata Nizar terus mengambil peluang, untuk mengambil ucapan ringkas sebagai tanda kesyukuran.
4) Selain itu, rakyat di Batang Ai masih menerima BN sebagai paksi pembangunan di tempat mereka. Justeru, Pakatan Rakyat perlu bekerja keras, jika ingin menawan Sarawak dalam pilihanraya DUN yang dijangka pada 2011.
5) Amat jelik, bilamana masih ada sindrom penafian oleh penganalisis politik di TV1 malam tadi, yang kononnya keputusan ini, masih belum melambangkan suara rakyat yang sebenarnya. Namun, di Astro Awani, penganalisisnya lebih matang dan menampilkan fakta yang meyakinkan. Bagi mereka, jika UMNO dan BN tidak mengubah strategi politik konvensional(memanipulasi segala jentera kerajaan dan media massa), PRU ke-13 nanti, akan menyaksikan Pakatan Rakyat bakal mengambil alih pentadbiran negara.
6) Kajian yang dibuat oleh Dr Abu Hassan Hasbullah, menyatakan pengundi yang berusia 21-40 tahun, secara jelas menolak UMNO dan BN. Sumber info mereka dari blog alternatif. Mereka berkomunikasi melalui SMS, Facebook dan Friendster. Apabila pulang ke kampung, mereka mempengaruhi ibu bapa mereka untuk membuat keputusan yang tepat ketika mengundi. Media massa utama seperti Utusan, Berita Harian, TV1 dan TV3, tidak lagi menjadi tontonan dan bacaan mereka. Sebaliknya, Astro Awani yang menampilkan penganalisis yang tidak bias bahkan ada yang pro Pakatan Rakyat, membuatkan rakyat memilih saluran ini.
7) Akhir kalam, dengan keadaan UMNO dan BN masih dalam kejutan akibat 2 kekalahan ini, walaupun menang di Batang Ai, Najib perlu membuktikan transformasi dalam UMNO dan BN, dengan membariskan Kabinet yang bersih dan dilihat bersih pada hari ini(seperti yang dijangkakan).
8) Kepada semua petugas yang bertungkus lumus dari Pakatan Rakyat, segala usaha dan doa serta tawakkal, dimakbulkan oleh Allah. Kini, masa bekerja dan sesungguhnya laluan ke Putrajaya semakin jelas. Berkhidmatlah sebaik mungkin untuk rakyat. Elakkan kontroversi, sebaliknya tingkatkan prestasi(ibarat tagline Melodi). Jika tidak, mungkin Pakatan Rakyat juga akan dihukum seperti UMNO dan Barisan Nasional.
8 April 2009, 13 Rabi'ul Akhir 1430 Hijrah,
6.28 pagi, Malaysia Timur
Selasa, 7 April 2009
Jangkaan ; 2 Pakatan Rakyat - 1 BN
1) Mengikut jangkaan ramai, Batang Ai mungkin berpihak kepada BN, manakala Pakatan Rakyat akan mempertahankan kerusi Bukit Gantang dan Bukit Selambau.
2) Sehingga jam 2 petang ini, 70 % keluar mengundi di Batang Ai dan 50% di Bukit Gantang dan Bukit Selambau.
3) Kebanyakan perayu undi, bertungkus lumus demi memenangkan calon masing-masing samada dari Pakatan Rakyat atau BN.
4) Debaran kini semakin terasa dan bakal memuncak bagaimana episod kesudahan 3 pilihanraya kecil ini.
5) Semoga Allah memberi hidayah kepada pengundi yang komited memperjuangkan Islam dan kebenaran. Amin.(Nantikan keputusannya pada malam ini)
7 April 2009, 11 Rabi'ul Akhir 12430 Hijrah,
2.12 petang, Malaysia Timur
Mengundilah dengan mata hati !
1) Bila Mahathir berucap, ramai yang bertepuk tangan. Namun bila diperhatikan, yang hadir, kebanyakannya adalah orang luar, dan bukannya pengundi dan anak tempatan. Bicara Mahathir seolah-olah, dia sahaja betul. Selama ini, apa yang dia tidak marah kepada UMNO sewaktu Pak Lah menjadi PM dan Presiden. Alih-alih, apabila Najib jadi PM dan Presiden yang baru, cepat pula memuji Najib dan Timbalannya; Muhyiddin.
2) Benar, orang tidak lupa jasanya 22 tahun membangunkan negara, tetapi orang juga tidak lupa banyak ketidakadilan yang berlaku sepanjang pemerintahannya-isu Memali, Ops Lalang pada 1987 dan reformasi 1998, di antara perkara yang dimaksudkan saya.
3) Kecoh benar bila Nga Kor Ming baca ayat al-Qur'an. Walaupun tersalah sebut surah(sepatutnya al-A'raf dan bukan Aurah), sekurang-kurangnya beliau yang beragama Kristian merujuk kepada al-Qur'an dan tidak Bible. Bila salah, sepatutnya dengan hikmah diperbetulkan dan dibimbing, dan bukan dibuat laporan polis! Ibarat kata MB Kelantan-sekarang zaman kebangkitan Islam. Tak salah orang bukan Islam, nak baca ayat al-Qur'an.
4) Di hari pengundian hari ini, kita bermohon kepada Allah, agar calon yang menang nanti membawa aspirasi rakyat dan menjulang kebenaran. Bukannya calon kroni demi kepentingan peribadi. Buat para pengundi, mengundilah dengan mata hati. Kerana sebagai Muslim, khususnya-setiap undi akan dinilai dan ditanya oleh Allah ; samada kamu mengangkat pemimpin yang sejati atau pemimpin yang mengkhianati.
5) Berwaspadalah dengan segala provokasi dan taktik kotor yang akan dilakukan. Moga Allah bersama pejuang kebenaran dan keadilan. Sesungguhnya saat kemenangan dan masa depan milik Islam, semakin hampir! Takbir!
7 April 2009, 11 Rabi'ul Akhir 1430 Hijrah,
7.29 pagi, Malaysia Timur
Ahad, 5 April 2009
Mahathir vs Khairy Jamaluddin ?
1) Mahathir telah kembali semula ke pangkuan UMNO. Seolah-olah mengiyakan, betapa selama ini, beliau lebih meyakini Najib berbanding Pak Lah.
2) Najib seawal ucapan sulung selaku PM,membuat keputusan membebaskan 13 orang tahanan ISA, dan penarikan semula penggantungan akhbar Suara Keadilan dan Harakah.
3) Mahu tidak mahu, keputusannya tetap dianggap ada kaitan dengan 3 pilihanraya kecil, yang akan berlangsung pada 7 April 2009.
4) Menerima kemasukan Mahathir yang menyangka dirinya masih popular, membuatkan Najib tidak lepas dari bayangan dan kongkongan Mahathir.
5) Bersedia membantu kempen UMNO dan BN pada 3 pilihanraya kecil oleh Mahathir, dilihat mungkin suatu bonus buat UMNO. Namun begitu, suasana good mood yang dipotray oleh Najib selepas menjadi PM, akan diketahui keputusannya pada malam 7 April, samada BN kembali diterima rakyat, ataupun masih ditolak.
6) Jika diterima, Pakatan Rakyat perlu merancang strategi baru dalam pendekatan menghadapi UMNO dan BN. Jika Pakatan Rakyat diterima, UMNO masih sukar untuk dipulihkan dan dipercayai oleh rakyat.
7) Dalam masa mengundi, yang bakal tinggal sehari lagi, diharap rakyat bijak membuat pilihan. UMNO dan BN akan berhabis-habisan memenangi 3 pilihanraya ini, demi menunjukkan kepada rakyat dan dunia, bahawa mereka kembali diterima rakyat.
8) Dan sesunguhnya, betapa kemasukan Mahathir ke dalam UMNO semula, menunjukkan mungkin ada sesuatu yang boleh dilakukan untuk membantu Najib dalam memulihkan UMNO dan betapa orang yang dibencinya; Pak Lah telah berundur. Tetapi awas Dr Mahathir, Khairy tidak akan berdiam diri begitu sahaja!
5 April 2009,
12.00 mlm, Malaysia Timur
Jumaat, 3 April 2009
Najib bayangan Mahathir?
1) Hari ini secara rasmi, Najib akan mengangkat sumpah sebagai PM Malaysia ke-6.
2) Namun begitu, masih timbul spekulasi, mengatakan Yang di Pertuan Agong tidak memperkenankan beliau.
3) Pada waktu yang sama, Mukhriz memberitahu, bahawa ayahnya-Tun Dr Mahathir akan turun berkempen di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Dan dalam 1-2 hari lagi, Tun Dr Mahahthir akan kembali menyertai UMNO.
4) Tidakkah ini jelas, menunjukkan bahawa Najib merupakan bayangan Mahathir, dan Mahathir adalah mentor Najib. Dan ia melambangkan betapa sebelum ini, Mahathir sangat benci kepada Pak Lah. Setelah Pak Lah berundur dari PM, barulah ia menyertai semula UMNO. Penyatuan UMNO yang dihebohkan, bila Mahathir dan Pak Lah menjulang tangan di PAU 2009 baru-baru ini, hanya gimik. Selang 2 hari kemudian, Mahathir terus menyerang Pak Lah.
5) Saya sempat menonton temubual antara TV3 bersama Jeane dan Pak Lah malam tadi. Bagi saya, kedua mereka ini, orang baik ; tinggal lagi tiada political will yang tinggi, menyebabkan mereka disisihkan dari UMNO yang penuh taktik dan strategi kotor.
6) Satu pesanan Jeane, dan saya rasa amat tepat pada batang hidung Rosmah-kita hanya isteri kepada suami kita, walaupun suami kita adalah PM. Maka, jangan melebih-lebih dari sepatutnya. Nampak ada keikhlasan, terpancar di wajahnya.
7) Seperti yang saya sebutkan dahulu, naiknya Najib sebagai PM dan Rosmah sebagai 1st Lady of Malaysia, dalam keadaan dipertikaikan ramai pihak. Seperti permintaan Presiden PAS, Najib seharusnya membersihkan dirinya terlebih dahulu, dari pelbagai tuduhan yang dihadapinya kini. Berundurnya Pak Lah, menandakan tiada lagi Mr Clean dalam UMNO, sebaliknya yang tinggal kini, Mr Dirty yang punyai pelbagai persepsi buruk ke atasnya.
3 April 2009, 7 Rabi'ul Akhir 1430 Hijrah,
8.18 pagi, Malaysia Timur
Langgan:
Catatan (Atom)
Tazkirah Ramadhan
- Amalan di bulan Ramadhan
- Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
- Jadilah Abid Rabbani bukan Abid Ramadhani
- Karnival Ibadah Ramadhan
- Kebaikan Berpuasa
- Keistimewaan bulan Ramadhan dan beramal di dalamnya
- Puasa Rohani dan Jasmani
- Ragam Ramadhan
- Ramadhan antara 2 zaman
- Ramadhan bulan penyucian
- Ramadhan elakkan pembaziran
- Salam Kedamaian 27 Ramadhan 1428
- Salam Ramadhan buat semua
- Salamun 'alaika Ramadhan
- Sedekah penyambung ukhuwwah
- Selamat menyambut Ramadhan
- Syawal Lambang Kemenangan Ummah
- Tadarus al-Qur'an penghias Ramadhan
- XPDC mencari Lailatul Qadr
- Zakat pengikat kasih menyebar rahmat
Klip Video Pilihan
- Aksi berani mati Mat Rempit II
- Aksi berani mati Mat Rempit III
- al-Qariah
- Amar Makruf Nahi Munkar
- Anak-anak Palestin yang dizalimi
- Apabila kereta menari
- Gelagat Mat Rempit masa kini
- Hayatilah semangat mereka
- Hukuman sebat tak mampu mencegah jenayah
- Kena bijak elak dari musuh!
- Kenanglah Jasa Ibu !
- Kita pasti mati
- Persitiwa Takbai yang tidak dapat dilupakan!
- Runtuhnya simbol kebanggan US !
- Sejadah pun solat
METODOLOGI IBN QAYYIM AL-JAWZIYYAH DALAM KITAB AL-AMTHAL FI AL-QUR'AN-DISERTASI SARJANAKU
GHULAM DAKWAH (IMAN DAN HARAKAH)
- GHULAM AL-DAKWAH (BHGN 1) OLEH HISYAM SOQR
- GHULAM AL-DAKWAH (BHGN 2) OLEH HISYAM SOQR
- GHULAM AL-DAKWAH (BHGN 3) OLEH HISYAM SOQR
- GHULAM AL-DAKWAH (BHGN 4) OLEH HISYAM SOQR
- GHULAM AL-DAKWAH (BHGN 5) OLEH HISYAM SOQR
- GHULAM AL-DAKWAH (BHGN 6) OLEH HISYAM SOQR
- GHULAM AL-DAKWAH (BHGN 7) OLEH HISYAM SOQR
- GHULAM DAKWAH (BHGN 8) OLEH HISYAM SOQR
Site Meter
Koleksi Kertas Kerja Bermanfaat
- Agama Islam ; Satu Kupasan Terhadap Ciri-ciri Perwatakannya
- Faham Agama dan Asas Akhlak
- Himpunan Kertas Kerja Menarik-Koleksi Akhi Ridwan Alias
- KERTAS KERJA I - KOMUNIKASI BERKESAN UNTUK FASILITATOR - OLEH DR.MU'ATI@ZAMRI (UPM)
- KERTAS KERJA II - KEBERKESANAN PENYAMPAIAN ; PENILAIAN DARI SUDUT METOD - OLEH DR.MUA'TI@ZAMRI (UPM)
- KERTAS KERJA KHAS-STRATEGIC MANAGEMENT BY DR DUSIT JAUL (INTAN SENIOR OFFICER)
- Konsep Latihan Dalam Islam : Persediaan Melahirkan Modal Insan Hadhari
- Latihan Dakwah di Sarawak ; Sorotan Masa Depan oleh Dr Azhar Ahmad
- Persediaan Latihan Para Daie : Ke Arah Menjadi Towering Personality oleh Dr Rusli Ahmad
- SIKAP DAN PERANAN UMAT ISLAM MENGHADAPI CABARAN SEMASA - FINAL PART OLEH SALLEH BUANG (PEGUAM TERKEMUKA)
- SIKAP DAN PERANAN UMAT ISLAM MENGHADAPI CABARAN SEMASA - PART 2
- Tok Kenali
- Uslub Dakwah Temporari ; Persediaan Alaf Baru
- “SIKAP DAN PERANAN UMAT ISLAM MENGHADAPI CABARAN SEMASA"-PART 1 OLEH SALLEH BUANG (PEGUAM TERKEMUKA)
Laman Motivasi
Cakna Minda
- Allah bersama penolong agamanya
- Anak Soleh Solehah Impian Baitul Muslim
- Antara 2 Pandangan
- Antara kerakusan penguasa dan mujahadah pembela kebenaran
- Beza Orang Beragama dan Orang Yang Belajar Agama
- Bukan mudah mentarbiyyah generasi muda masa kini
- Intelectual Properties
- Ke Mana Menghilangnya Rakan Muda Masjid?
- Kebangkitan pro mahasiswa sudah bermula
- Keinsafan di sebalik tirai besi
- Konsert Gwen Stefani Yang Tak Bermoral
- Lambakan Program Hiburan Suburkan Hedonisme
- Malangnya Hari Kerana Hati
- Marhaban di Astro Tampilkan Lagu Pop Rock?
- Mari kita berfikir sejenak
- Moga pembunuh Nurin Jazlin dapat ditangkap!
- Panduan Bersandar Bulat kepada Rahmat Allah
- Penjara Tarbiyyah buat Ibn Taymiyyah dan Ibn Qayyim al-Jawziyyah
- Roh dan Jasad Umpama Sim Card dan Handset
- Rusuhan di Batu Buruk ; Konspirasi Dan Provokasi?
- Sambutan Kemerdekaan Negara Kosmetik
- Sampan Tua di Tepi Laut
- Tidakkan tercapai kejayaan semanis madu jika tiada usaha sepahit hempedu
Disertasi Ilmiah
- Disertasi Ilmiah 13 - Ustaz 13-Tidak diketahui
- Disertasi Ilmiah 12 - Ustaz 12-Ahmad Sonhadji
- Disertasi Ilmiah 1-Ustaz 1- Mustafa Abdul Rahman
- Disertasi Ilmiah 10 - Ustaz 10 -Dato' Yusoff Zaki
- Disertasi Ilmiah 11- Ustaz 11 - Haji Yusof Rawa
- Disertasi Ilmiah 2-Ustaz 2 - Pak Hamka
- Disertasi Ilmiah 3-Ustaz 3 - Syeikh Abdullah Basmeih
- Disertasi Ilmiah 4-Ustaz 4 - Prof.Dr.T.M Hasbi
- Disertasi Ilmiah 5- Ustaz 5-Al-Allamah Abd Murad
- Disertasi Ilmiah 8- Ustaz 8-Muhammad Said
- Disertasi Ilmiah 9 - Ustaz 9 -Muhammad Sa'id Umar
Top Entries 2
Top Entries I
- Tafsir Ayat 180 Surah al-A'raf ; Satu Penilaian Terhadap Tanggapan Tuhan Samseng (Final Part)
- Tafsir Ayat 180 Surah al-A'raf ; Satu Penilaian Terhadap Tanggapan Tuhan Samseng (Part VI)
- Tafsir Ayat 180 Surah al-A'raf ; Satu Penilaian Terhadap Tanggapan Tuhan Samseng (Part V)
- Tafsir Ayat 180 Surah al-A'raf ; Satu Penilaian Terhadap Tanggapan Tuhan Samseng (Part IV)
- Tafsir Ayat 180 Surah al-A'raf ; Satu Penilaian Terhadap Tanggapan Tuhan Samseng (Part III)
- Tafsir Ayat 180 Surah al-A'raf ; Satu Penilaian Terhadap Tanggapan Tuhan Samseng (Part II)
- Tafsir Ayat 180 Surah al-A'raf ; Satu Penilaian Terhadap Tanggapan Tuhan Samseng (Part I)
Diskusi Santai
Bacalah dengan mata hati
Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a:
Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya :
1) Benar-benar kenali Allah
2)Benar-benar jaga perintah Allah
3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw
4)Selalu berwudhu'
5)Redha menerima qadha dan qadar Allah
6)Yakin dengan janji Allah
7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk
8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan
9)Rajin dalam beribadah
10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah
11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda
12)Sedar syaitan musuh utama
My Favourites Links
- abg hisommudin(sahabatku)
- Abufadhl
- afyan
- Al-Kurauwi
- al-Sarawaki
- alexander
- amin idris
- Anis Ghani
- anwaruitm
- Azral Izwan
- Baim Bintulu
- BIC
- diya
- Dr Yusof Abbas
- fadzli yusof
- Generasi Dynamic
- Hafiz Bintulu
- Hamidi Zakaria
- Hikmatun
- info alternatif I
- info alternatif II
- Izzudin Bintulu
- janshah
- Kick de fella
- Musaza Nurfi
- Nasir Perak
- nisah haron
- pakdi
- prismantiq
- sikumb@ng
- teman petunjuk
- the rise of islam
- ulama ummah
- usrah rabbani
- Ust Fathi
- Ust Shahrul Zaman
- ust.khairuddin aman razali
- ust.tantawi
- ust.z
- Ustaz Hisyam Ilmuone
- ustaz muda
- zaid akhtar
- Zainulfaqar
- Zamri
- zulpahang
Arkib Blog
- Ogos 2011 (1)
- Julai 2011 (3)
- Februari 2011 (1)
- November 2010 (1)
- Oktober 2010 (6)
- September 2010 (3)
- Ogos 2010 (2)
- Julai 2010 (5)
- Jun 2010 (5)
- Mei 2010 (10)
- April 2010 (11)
- Mac 2010 (10)
- Februari 2010 (10)
- Januari 2010 (14)
- Disember 2009 (13)
- November 2009 (11)
- Oktober 2009 (22)
- September 2009 (14)
- Ogos 2009 (15)
- Julai 2009 (15)
- Jun 2009 (22)
- Mei 2009 (16)
- April 2009 (19)
- Mac 2009 (16)
- Februari 2009 (10)
- Januari 2009 (14)
- November 2008 (2)
- Oktober 2008 (12)
- September 2008 (13)
- Ogos 2008 (14)
- Julai 2008 (19)
- Jun 2008 (29)
- Mei 2008 (70)
- April 2008 (80)
- Mac 2008 (41)
- Februari 2008 (27)
- Januari 2008 (4)
- Disember 2007 (45)
- November 2007 (80)
- Oktober 2007 (43)
- September 2007 (31)
- Ogos 2007 (16)
- Julai 2007 (19)
- Jun 2007 (38)
- Mei 2007 (21)
Histats.com
Mengenai Saya
- iskandar zulkarnain
- Your attitude determine your altitude