Ahad, 30 September 2007

Antara kerakusan penguasa dan mujahadah pembela kebenaran

Saya tujukan tajuk di atas dalam mengggambarkan senario pilihanraya kampus mutakhir ini. Penguasa merujuk kepada pro aspirasi. Dan pembela kebenaran merujuk kepada pro mahasiswa. Apa yang berlaku di UIA(proses penamaan semula calon-calon PRK 2007) dan apa yang berlaku diUM (calon pro aspirasi yang telah melanggar peraturan PRK 2007, kerana semuanya pelajar tahap akhir), jelas menunjukkan kebobrokan sang penguasa demi tamakkan kuasa. Buat adik-adik pembela kebenaran(pro-mahasiswa) di seluruh kampus, ayuh bangkit dan teruskan perjuanganmu sekalian. Jangan gentar, jangan takut-Allah bersama kita. Andai kita dibuang universiti sekalipun demi menegakkan kebenaran, Insya allah masih ada ruang untuk kita menyambung pengajian di tempat lain.
Bumi Allah itu luas bersamaan juga rezekiNya. Contohnya seorang sahabat saya, yang masih digantung universiti kerana terlibat dengan kononnya perhimpunan haram-membantah akta draconian(ISA)-kini dapat menyambung pengajian di sebuah IPTA di Johor. Syukran saya ucapkan kepada sahabat-sahabat di Malaysia Timur(Sabah dan Sarawak) yang sudi memberi infaq demi perjuangan pembela kebenaran adik-adik di kampus. Ingatlah, buat sang penguasa yang rakus-doa orang yang dizalimi akan dimakbulkan Allah.
Kini tersingkap kepada kita-kekalutan demi kekalutan-skandal pita video VK Lingam, ketelusan siasatan tragedi Nuri terhempas(benarkah salah juruterbang atau arwah dijadikan scapegoat!), cadangan sekolah 1 sesi yang tidak praktikal, memberi komentar tentang apa yang berlaku di Myanmar-sedangkan tragedi Batu Buruk juga menzahirkan sikap sebenar sang penguasa.
Ayuh, taubatlah wahai sang penguasa dari segala kebobrokan yang telah dilakukan, agar kelak anda tidak dihumbankan ke dalam penjara Allah yang kekal abadi-neraka Jahim, wal iya zubilllahi min zalik.
30 September 2007, 18 Ramadhan 1428,
8.46 pagi, Malaysia Timur.

Tiada ulasan:

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude