Sabtu, 4 Ogos 2007

Terbitnya Artikel Mendorong Diriku Untuk Terus Menulis



Assalamualaikum.


Alhamdulillah, artikel saya tentang ketidakpuashatian tentang konsert Gwen Stefani disiarkan di ruangan surat pembaca oleh akhbar Berita Harian bertarikh 4 Ogos 2007(20 Rejab 1428). Ianya boleh dirujuk di :-http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Saturday/Surat/20070803215643/Article/.


Walaupun ada sedikit editing (biasanya oleh editor),apa yang penting, mesejnya sampai dan kita perlu tegas menyatakan kebenaran terutama dalam sesuatu perkara yang membabitkan kemungkaran. Mudah-mudahan, dengan terbitnya surat tersebut, diambil perhatian oleh pihak yang berkenaan. Mutakhir ini, media yang ada kadang kala menapis apa yang kita sampaikan. Moga dengan terbitnya surat tersebut, dapat membuka lebih ruang kepada kita untuk menyatakan pandangan kita sebagaimana aktifnya Presiden CAP yang kerap menyatakan keprihatinannya tentang masalah yang melibatkan pengguna.


Kepada bloggers, teruskan menulis dan waktu yang sama, jangan lupa menyatakan pandangan tentang isu semasa yang dekat dengan kita agar kita menjadi orang yang cakna dan prihatin dengan senario yang berlaku di sekitar kita. Wassalam.



Konsert Gwen Stefani tiada unsur patriotik

PERLUKAH Konsert Gwen Stefani sempena sambutan Jubli Emas kemerdekaan Malaysia ke-50? Saya berasa terkejut apabila melihat iklan di sebuah stesen televisyen, yang mempromosikan Konsert Gwen Stefani pada 21 Ogos di Stadium Putra, Bukit Jalil. Yang menyedihkan, klip video yang ringkas itu menjelaskan peribadi artis berkenaan dengan gaya tarian yang mengghairahkan.


Terbayang saya mungkin inikah bentuk persembahan yang akan dihidangkan kepada rakyat Malaysia?Lalu timbul pelbagai soalan dalam benak pemikiran saya. Antaranya pihak manakah yang meluluskan konsert berkenaan dan apa kaitannya dengan usaha kerajaan memupuk semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia?


Bukankah kita diingatkan oleh cendekiawan bahawa hidangan hiburan yang keterlaluan boleh mengurangkan keseriusan berfikir di kalangan masyarakat mengenai sesuatu isu yang penting? Adakah berbaloi usaha syarikat tertentu melaburkan sejumlah wang semata-mata untuk menganjurkan konsert ini, yang sedikit sebanyak menjejaskan persiapan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KEKKWA) yang bertungkus lumus mengajak rakyat Malaysia menghayati sejarah pejuang kemerdekaan terdahulu?Apakah tidak ada acara lain, selain konsert itu dalam mempromosi 50 tahun kemerdekaan Malaysia?


Saya memetik salah satu mesej dalam iklan Petronas iaitu dalam usaha kita mengorak langkah menghadapi hari muka, janganlah kita lupa asal-usul kita. Sejarah adalah sebahagian daripada diri kita yang sebenar.Mari bersama-sama melakukan muhasabah diri. Kalau dulu, pejuang kemerdekaan sanggup bermandi darah dan bertungkus lumus mengadakan diplomasi berhemah, bagaimana dengan generasi kini?Adakah kita terus leka dengan perkara tidak penting dalam hidup kita, berbanding banyak lagi perkara yang sangat penting. Ibarat lirik nasyid Raihan ‘tidak salah untuk berhibur, kerana hiburan itu indah dan dapat menenangkan jiwa. Hanya apabila salah memilihnya, menyebabkan kita bersalah’.


ISKANDAR ZULKARNAIN(sumber Berita Harian, 4 Ogos 2007)


4 Ogos 2007, 20 Rejab 1428,


9.52 pm, Malaysia Timur.


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

syabas!saya juga tak bersetuju.apa faedahnya membawa penyanyi sebegini selain bertujuan untuk menyuburkan budaya hedonisme dan hiburan melampau dikalangan masyarakat malaysia.

Maharajalelanya budaya ini Mungkin agenda pihak2 tertentu untuk melalaikan disamping mengikis kepekaan mereka terhadap permasalahan bangsa dan agama.

diharapkan ruang yg telah diberi oleh saudara untuk bersuara dapat menyampaikan mesej kepada pihak2 itu supaya lebih sensitif dan memahami kesan akibat penganjuran konsert tersebut.

sekian.takbir!

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude