Khamis, 2009 November 19

Bercuti seketika



1) Terima kasih kepada pengunjung blog ini yang tidak jemu-jemu memberi sokongan. Telah hampir 200,000 keseluruhan blog ini ditelaah.

2) Dengan purata kunjungan 100-150 sehari, ia dianggap besar buat saya berbanding blog mega yang lain.

3) Syukran jazilan juga kepada 31 sahabat folowwers dan 15 contacts yang telah mendaftarkan diri untuk mengikuti perkembangan blog ini.

4) Setelah hampir sepanjang tahun melaksanakan tugasan di Bumi Kenyalang-rumah kedua saya, saya dan keluarga akan pulang bercuti seketika ke Semenanjung. Isteri dan anak-anak akan bercuti hampir sebulan sepanjang cuti sekolah ini, manakala saya pula akan berulang-alik dari Semenanjung ke Bumi Kenyalang sehinggalah hujung tahun ini.

5) Jumpa lagi pada posting akan datang sekiranya mengizinkan, Insya Allah.



19 November 2009, 2 Zulhijjah 1430 Hijrah,

10.33 pagi, Malaysia Timur

Sejauh manakah pengorbanan kita demi agama?



1) Allah SWT berfirman di dalam surah al-Kauthar-"Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu Muhammad nikmat (yang banyak di dunia dan akhirat) di antaranya Telaga al-Kauthar. Maka oleh itu, solatlah kerana Tuhanmu dan lakukanlah ibadah korban. Sesungguhnya orang-orang yang mencela kamu, mereka itulah golongan yang terputus(dari rahmat Allah SWT)".

2) Kita terkenang sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. yang diperintahkan oleh Allah SWT untuk menyembelih anaknya yang dicintai, Nabi Ismail a.s. Setelah ditinggalkan di padang pasir yang kering kontang bersama Siti Hajar, Allah mewahyukan kepada Nabi Ibrahim untuk menyembelih Nabi Ismail di dalam mimpi baginda selama 3 malam berturut-turut.

3) Bila ditanyakan kepada Nabi Ismail tentang hal ini, Nabi Isamil menjawab dengan penuh tenang, Insya Allah kamu akan mendapatiku di kalangan orang-orang yang sabar.

4) Kita diajukan oleh Allah SWT di dalam surah al-Saff tentang suatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kita dari azab yang pedih. Caranya-beriman kepada Allah, beriman kepada RasulNya, serta berjihad/berjuang di jalanNya dengan harta benda kita dan nyawa kita.

5) Sangat jauh perbezaan iman kita dan para Rasul terdahulu. Kita mungkin tidak sanggup seumpama Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, namun sekurang-kurangnya berkorbanlah demi agama Allah sekadar kemampuan kita. Masa kita, wang ringgit kita, keringat kita semuanya akan dipersoalkan oleh Allah samada dihalakan untuk membantu agamaNya atau tidak.

6) Moga kita sanggup berkorban demi agama Allah dalam menghayati ibadah korban yang akan menjelang pada 10 Zulhijjah 1430 Hijrah bersamaan 27 November 2009 nanti.



19 November 2009, 2 Zulhijjah 1430 Hijrah,

10.26 pagi, Malaysia Timur

Dilema PJJ(Perkahwinan Jarak Jauh)



1) Nampaknya istilah PJJ semakin popular. Ia tidak lagi merujuk kepada Pengajian Jarak Jauh tetapi Perkahwinan Jarak Jauh.

2) Ada di antara sahabat saya mengalami situasi seumpama ini. Satu kes-isteri di Betong, Sarawak, anak di Saratok, Sarawak dan suami di Melaka. Bertemunya mereka hanya 4 bulan sekali!

3) Ada sahabat sahabat yang mengambil jurusan j-QAF di Sarawak/Sabah, susah untuk berpindah sedangkan suami/isteri di Semenanjung. Kita juga terbayang bagaimana peritnya mereka berjauhan dan hanya berjumpa sebulan sekali atau 2 minggu sekali, dengan kos yang agak besar untuk dibelanjakan seperti tiket dan hotel.

4) Kini tiada lagi istilah isteri mengikut suami, kerana semuanya berdasarkan hujjah tidak boleh berpindah disebabkan keperluan di sesuatu tempat, dan negeri yang hendak kita berpindah, kuotanya telah penuh.

5) Saya hanya mampu mendoakan buat sahabat dan sahabiah yang duji sebegini. Sabar dan solat-2 cara dianjurkan Allah SWT dalam menghadapi perasaan yang tidak keruan. Insya allah, sampai masanya antum boleh bersama dengan ahli keluarga tercinta seumpama keluarga bahagia. Amin.



19 November 2009, 2 Zulhijjah 2009,

10.14 pagi, Malaysia Timur

Isnin, 2009 November 16

Ya Allah, tunjukkanlah kebenaran sebagai kebenaran!



1) Mutakhir ini, kita dihidangkan dengan pelbagai kebejatan yang berlaku di dalam politik tanahair, samada yang menimpa Pakatan Rakyat mahupun BN.

2) Sebagai rakyat, sudah tentu kita berharap pemerintah yang diberikan amanah mentadbir negara/negeri, melaksanakan tugasnya dengan cekap dan integriti.

3) Namun satu persatu, isu yang ditimbulkan samada di peringkat PR mahupun BN, mencelarukan pemikiran kita sebagai rakyat biasa.

4) Benarlah kata Nabi SAW "Di akhir zaman, orang yang melakukan kefasadan / kemungkaran akan disanjung, manakala orang yang melakukan kebaikan akan dipersenda".

5) Di dalam satu ayat, Allah berfirman "Dan katakanlah, aku masuk (ke dalam sesuatu urusan), dengan benar dan aku keluar (dari sesuatu urusan) dengan benar dan jadikanlah bagiku dari sisiMu kekuatan yang menolong".

6) Nabi SAW juga mengajar doa " Ya Allah tunjukkanlah kami yang benar itu sebagai benar agar dapat kami mengikutinya, dan batil itu sebagai batil, agar kami menjauhinya". Sesungguhnya kini, kebenaran diselaputi kebatilan. Pihak yang benar jika gagal mengurus kebenaran agar terserlah, akan ditewaskan pihak yang batil yang memiliki perancangan yang penuh strategi dan sistematik.

7) Moga Allah mengabulkan doa kita untuk berada di landasan kebenaran.



16 November 2009, 28 Zulqaedah 1430 Hijrah,

11.24 pagi, Malaysia Timur

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

iskandar zulkarnain
Your attitude determine your altitude
Lihat profil lengkap saya