

1) Bila Mahathir berucap, ramai yang bertepuk tangan. Namun bila diperhatikan, yang hadir, kebanyakannya adalah orang luar, dan bukannya pengundi dan anak tempatan. Bicara Mahathir seolah-olah, dia sahaja betul. Selama ini, apa yang dia tidak marah kepada UMNO sewaktu Pak Lah menjadi PM dan Presiden. Alih-alih, apabila Najib jadi PM dan Presiden yang baru, cepat pula memuji Najib dan Timbalannya; Muhyiddin.
2) Benar, orang tidak lupa jasanya 22 tahun membangunkan negara, tetapi orang juga tidak lupa banyak ketidakadilan yang berlaku sepanjang pemerintahannya-isu Memali, Ops Lalang pada 1987 dan reformasi 1998, di antara perkara yang dimaksudkan saya.
3) Kecoh benar bila Nga Kor Ming baca ayat al-Qur'an. Walaupun tersalah sebut surah(sepatutnya al-A'raf dan bukan Aurah), sekurang-kurangnya beliau yang beragama Kristian merujuk kepada al-Qur'an dan tidak Bible. Bila salah, sepatutnya dengan hikmah diperbetulkan dan dibimbing, dan bukan dibuat laporan polis! Ibarat kata MB Kelantan-sekarang zaman kebangkitan Islam. Tak salah orang bukan Islam, nak baca ayat al-Qur'an.
4) Di hari pengundian hari ini, kita bermohon kepada Allah, agar calon yang menang nanti membawa aspirasi rakyat dan menjulang kebenaran. Bukannya calon kroni demi kepentingan peribadi. Buat para pengundi, mengundilah dengan mata hati. Kerana sebagai Muslim, khususnya-setiap undi akan dinilai dan ditanya oleh Allah ; samada kamu mengangkat pemimpin yang sejati atau pemimpin yang mengkhianati.
5) Berwaspadalah dengan segala provokasi dan taktik kotor yang akan dilakukan. Moga Allah bersama pejuang kebenaran dan keadilan. Sesungguhnya saat kemenangan dan masa depan milik Islam, semakin hampir! Takbir!
7 April 2009, 11 Rabi'ul Akhir 1430 Hijrah,
7.29 pagi, Malaysia Timur
Tiada ulasan:
Catat Ulasan