1.1.1 Pengenalan Surah al-A‘raf
Surah al-A‘raf ini secara keseluruhannya berjumlah 206 ayat. Surah ini dinamakan al-A‘raf kerana perkataan al-A‘raf yang terdapat di dalam ayat 46 yang telah mengemukakan tentang keadaan orang-orang yang berada di atas al-A‘raf : iaitu tempat yang tertinggi di antara batas syurga dan neraka sebagaimana firmanNya yang bermaksud : “ Dan di antara keduanya (penghuni syurga dan neraka) ada batasan ; dan di atas al-A‘raf itu ada orang-orang yang mengenal masing-masing dari dua golongan itu dengan tanda-tanda mereka. Dan mereka menyeru kepada penduduk syurga : “ Mudah-mudahan Allah melimpahkan kesejahteraan ke atas kamu”. Mereka belum lagi memasukinya, sedang mereka ingin segera (memasukinya)”.( al-A‘raf , 7 : 46 ).
Ibn Jarir al-Tabari meriwayatkan daripada Huzaifah bahawasanya dia telah ditanya siapakah penduduk A‘raf ? Maka Huzaifah menjawab : “Mereka adalah satu golongan yang mana amalan kebaikan mereka sama timbangannya dengan amalan kejahatan mereka. Mereka tidak dimasukkan ke dalam neraka kerana amalan kebaikan mereka dan tidak pula dimasukkan ke syurga kerana amalan kejahatan mereka. Maka mereka menetap di suatu tempat yang dinamakan al-A‘raf sehinggalah Allah mendatangkan ketentuanNya.[1]
Seluruh ‘ulama’ tafsir telah berpendapat bahawasanya surah ini termasuk di dalam golongan surah Makkiyyah, dan surah ini turun sebelum surah al-An‘am. Sebagaimana yang dimaklumi, surah-surah al-Qur’an itu terbahagi kepada 4 bahagian iaitu al-Tiwal, al-Mi‘un, al-Masani dan al-Mufassal. Dan di antara bahagian al-Tiwal itu merangkumi 7 surah iaitu al-Baqarah, Ali ‘Imran, al-Nisa’, al-Ma’idah, al-An‘am, al-A‘raf dan yang ketujuh adalah surah al-Anfal dan al-Bara’ah kerana kedua-dua surah ini tidak dipisahkan dengan basmalah. Manakala ada yang berpendapat surah yang ketujuh adalah surah Yunus. Justeru, surah ini dikategorikan sebagai “al-Sab‘u al-Tiwal”.[2]
Namun demikian, Qatadah berpendapat bahawa ayat 163 yang menceritakan tentang Bani Israel yang tinggal di tepi laut dan melanggar peraturan istirehat pada hari Sabtu ; ayat itu sahaja yang diturunkan di Madinah.
Sementara itu Imam al-Suyuti menerangkan di dalam kitab al-Itqan, bahawasanya ayat 172 yang menceritakan sesungguhnya Allah telah mengambil janji daripada anak Adam semenjak mereka masih di dalam sulbi Adam juga merupakan ayat yang diturunkan di Madinah.
Namun demikian, para ‘ulama’ tafsir yang lain tetap berpendapat bahawasanya kedua ayat itu diturunkan di Makkah. Ini berdasarkan kesinambungan maksud di antara dua ayat tersebut dengan ayat-ayat sebelum dan sesudahnya.[3]
Jika diteliti secara mendalam, kita akan mendapati Surah al-An‘am yang merupakan surah sebelum surah al-A‘raf mengandungi 165 ayat, sedangkan surah al-A‘raf mengandungi 206 ayat. Justeru, timbul persoalan mengapakah surah al-A ‘raf tidak diletakkan terlebih dahulu sebelum surah al-An‘am dalam susunan surah-surah yang panjang yang dimulai dengan surah al-Baqarah ? Menurut kajian para ‘ulama’ tafsir, sesungguhnya surah al-Baqarah dan surah Ali ‘Imran saling-melengkapi, begitu juga dengan surah al-Nisa’ dengan surah al-Maidah yang saling-melengkapi, maka surah al-An‘am dan surah al-A‘raf pula adalah dua surah yang saling melengkapi di antara satu sama lain. Ternyata setelah diperhatikan dengan lebih mendalam, surah al-An‘am masih tersimpul , maka surah al-A‘raf tampil untuk memberikan penghuraian yang lebih jelas dan oleh kerana itulah surah al-A‘raf dikemudiankan.[4]
Oleh sebab itu , apabila kita merenungi pentafsiran al-Qur’an dengan pemerhatian yang tajam, maka sudah tentu kita akan mendapati manfaat yang besar dalam melihat perkaitan di antara satu surah dengan surah yang lain. Dan ternyata menurut pandangan para ‘ulama’ tafsir, pentafsiran al-Qur’an dengan al-Qur’an merupakan bentuk pentafsiran yang paling tinggi nilainya dan paling berautoriti.
Secara umumnya, surah al-A‘raf memperihalkan beberapa aspek penting meliputi aspek-aspek berikut :
1. Keimanan : Ia menyentuh persoalan mentauhidkan Allah di dalam berdoa dan beribadat di samping menegaskan hanya Allah yang mengatur dan menjaga alam ini, menciptakan undang-undang dan hukum-hukum untuk mengatur kehidupan manusia di dunia dan di akhirat seterusnya menyatakan bahawasanya Allah mempunyai Asma-ul Husna.
2. Hukum-hukum : Surah ini mengandungi larangan untuk mengikuti perbuatan dan adat-istiadat yang buruk, kewajipan untuk mengikuti Allah dan Rasul di samping perintah supaya memakan makanan yang halal dan menghindari makanan yang haram.
3. Kisah-kisah : Kisah Nabi Adam a.s. dengan iblis, kisah Nabi Nuh a.s. dengan kaumnya, kisah Nabi Saleh a.s. dengan kaumnya, kisah Nabi Syu‘aib a.s. dengan kaumnya, kisah Nabi Musa dengan Fir‘aun.
4. Perkara-perkara lain : Surah ini menyatakan bahawasanya al-Qur’an diturunkan kepada Nabi penghabisan dan perintah untuk mengikutinya, Rasul bertanggungjawab menyampaikan seruan Allah di samping menghuraikan balasan terhadap orang-orang yang mengikuti dan mengingkari Rasul.[5]
1.1.2 Intisari Kandungan Ayat 180 Surah al-A‘raf
Firman Allah :
و لله الأسماء الحسنى فادعوه بها وذرواالذين يلحدون في أسمئه سيجزون ما كانوا يعملون
Ertinya: “Hanya milik Allah Asma-ul Husna (nama-nama yang agung yang sesuai dengan sifat-sifat Allah), maka bermohonlah kepadaNya dengan menyebut nama-nama baik itu, dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-namaNya. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan”. (Surah al-A‘raf :ayat 180)
Di dalam meneliti intisari kandungan ayat ini, Imam Ahmad Mustafa al-Maraghi menyatakan bahawasanya al-Asma’ merupakan jama‘ daripada perkataan ism (nama) iaitu lafaz yang menunjukkan zat atau menunjukkan sesuatu zat itu dengan salah satu sifatNya. al-Husna pula merupakan mu‘annah daripada al-ahsan yang membawa erti yang terbaik atau yang terindah.
Selain itu , beliau juga menjelaskan bahawa yang dimaksudkan serulah Allah dengan nama-namaNya dianjurkan kepada hambaNya untuk menyebut nama Allah dan panggillah Dia dengan Asma-ul Husna samada melalui pujian, doa atau memohon hajat kepadaNya. Sesungguhnya, hanya Allah yang memiliki segala nama yang menunjukkan erti terbaik dan sifat yang paling sempurna berbanding selain daripada Allah.
Oleh itu, sebutlah nama Allah dan panggillah Dia dengan mengucapkan nama-nama yang baik itu. Pada waktu yang sama, kita perlu meyakini, dengan menyebut nama Allah banyak faedah yang bakal diperolehi. Di antaranya ia memberi makanan kepada iman kita, menyatakan rasa takut kita kepada Allah, senantiasa khusyu’ dan menginginkan apa yang ada di sisiNya. Adapun, segala nikmat dunia yang mempesona tidak akan dihiraukan oleh mereka yang sentiasa menyeru nama Allah dan redha dengan segala penderitaan yang dialami.[6]
Syed Qutb pula menyatakan tujuan nama-nama indah Allah hanya dipakai untuknya dan memerintahkan orang beriman supaya menggunakan nama itu semata-mata untuk Allah tanpa mengubah struktur dan menukarnya, di samping mengabaikan orang-orang yang menyelewengkan nama Allah seperti al-‘Aziz dengan al-‘Uzza.[7]
Seterusnya ayat yang bermaksud “dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-namaNya. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan. Maka Ibn al-Sakit telah berkata: al-mulhid bererti melencong daripada kebenaran dan meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Ahli bahasa pula menyatakan al-ilhad ialah melencong daripada sesuatu yang lurus dan menggali lubang di penjuru kubur.[8]
Al-Ilhad berlaku kepada nama Allah dalam 3 bentuk iaitu :
1. Menyandarkan nama-namaNya Yang Maha Suci kepada berhala seperti al-Latta daripada Allah, al-‘Uzza daripada al-‘Aziz, al-Mannah daripada al-Mannan. Musailamah al-Kazzab pula telah menamakan dirinya sebagai al-Rahman.
2. Menamakan diriNya dengan sesuatu yang tidak harus bagiNya sebagaimana yang kita dengar daripada orang-orang Badwi yang berkata : Ya Aba al-Makarim (Wahai Bapa Kemuliaan) dan Ya Abyad al –Wajh (Wahai Tuhan Yang Memiliki Wajah Ynag Putih) sekalipun untuk tujuan memuji.
3. Mereka enggan menamakan Allah dengan sebahagian daripada nama-namaNya yang baik seperti al-Rahman.[9]
Ia juga memberikan peringatan kepada orang-orang beriman supaya jangan menghiraukan mereka yang menyembah nama Allah dengan nama-nama yang tidak sesuai dengan keagungan Allah, menyelewengkannya, mengurangkan kesempurnaan nama-namaNya, menambah perkara yang tidak sepatutnya ke atas nama-namaNya, mendustakan nama-namaNya dengan maksud untuk menodai nama Allah atau mempergunakan Asma-ul Husna untuk nama-nama selain Allah.
Kemudian di akhir ayat 180 surah al-A‘raf, Allah mengancam mereka yang menyimpang daripada nama-nama Allah bahawasanya mereka akan dibalas dengan balasan yang setimpal di atas perbuatan jahat yang telah mereka lakukan.[10]
1.1.3 Munasabah Ayat 180 Surah al-A‘raf
Setelah Allah menerangkan tentang sifat ahli neraka Jahannam pada ayat sebelumnya iaitu ayat 179, yang mana sesungguhnya mereka merupakan golongan yang lalai kerana tidak menggunakan aqal dan hati mereka untuk memahami al-Qur’an, di samping membersihkan jiwa mereka dengan iman dan ilmu yang bermanfaat, maka ayat 180 ini hadir sebagai petunjuk tentang cara terbaik untuk merawat penyakit lalai dengan senantiasa mengingati dan menyeru nama-nama Allah yang baik itu.
Kemudian, ayat selepasnya menghuraikan tentang 2 golongan umat Muhammad iaitu golongan yang memberi petunjuk dengan hak dan adil , manakala satu golongan lagi merupakan golongan yang mendustakan ayat Allah dan menyesatkan. Justeru, ternyata kesinambungan ayat sebelum dan selepas bagi ayat 180 surah al-A‘raf telah disusun oleh Allah dengan begitu rapi dan menjadi pengajaran yang berguna kepada kita.[11]
1.1.4 Sabab al- Nuzul Ayat 180 Surah al-A‘raf
Muqatil berkata mengenai sabab nuzul ayat ini : Sesungguhnya seorang lelaki berdoa kepada Allah pada kali pertama , kemudian diikuti dengan lafaz al-Rahman pada kali kedua. Maka berkata Abu Jahal “ Bukankah Muhammad dan para sahabatnya menyembah Tuhan Yang Esa, jadi mengapakah pemuda ini menyeru Allah dengan dua nama ?”. Lalu turunlah ayat ini untuk menempelak Abu Jahal dengan menegaskan bahawa nama-nama yang terbaik (Asma-ul Husna) adalah milik mutlak Allah yang Maha Esa dan bukannya milik selain daripadaNya.[12]
[1] al-Zuhaily ,Dr.Wahbah, al-Tafsir al-Munir fi al-Aqidah wa al-Syari ‘ah wa al-Manhaj, Juz.Kelapan, Dar al-Fikr,Damsyiq, 1998, hal.133.
[2] Manna’ Khalil al-Qattan, Mabahith fi ‘Ulum al-Qur’an, cet.3, Mansyurat al-Asr al-Hadith, hal.212.
[3] Prof.Dr.Syeikh Abdul Malik bin Abdul Karim Amrullah(HAMKA), Tafsir al-Azhar, Juz.7-9, cet. 1984, Panji Masyarakat,Indonesia, hal.203
[4] Ibid, hal.204
[5] al-Zuhaily ,Dr.Wahbah, Op-Cit, hal.134.
[6] al-Maraghi, Ahmad Mustafa, Tafsir al-Maraghi, Juz.. Ketujuh, Cet.Ketiga, 1974, Dar al-Fikr, hal.116
[7] Syed Qutb, Fi Zilal al-Qur’an, Jil. 3, Juz. 8- 11, Dar al-Syuruq, 1973, hal. 1402
[8] al-Nisaburi , Al-‘Allamah Nizamuddin al-Hassan bin Muhammad bin Husain al-Qammi, Tafsir Ghara’ib al-Qur’an wa Ragha’ib al-Furqan, Jil.Ketiga, Juz. 7- 11,Dar al-Kutub al-Ilmiah, hal.351.
[9] Ibid
[10] al-Maraghi, Ahmad Mustafa, Op-Cit, hal.118
[11] al-Zuhaily ,Dr.Wahbah, Op-Cit, hal.180.
[12] Ibid, hal. 172
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tazkirah Ramadhan
- Amalan di bulan Ramadhan
- Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
- Jadilah Abid Rabbani bukan Abid Ramadhani
- Karnival Ibadah Ramadhan
- Kebaikan Berpuasa
- Keistimewaan bulan Ramadhan dan beramal di dalamnya
- Puasa Rohani dan Jasmani
- Ragam Ramadhan
- Ramadhan antara 2 zaman
- Ramadhan bulan penyucian
- Ramadhan elakkan pembaziran
- Salam Kedamaian 27 Ramadhan 1428
- Salam Ramadhan buat semua
- Salamun 'alaika Ramadhan
- Sedekah penyambung ukhuwwah
- Selamat menyambut Ramadhan
- Syawal Lambang Kemenangan Ummah
- Tadarus al-Qur'an penghias Ramadhan
- XPDC mencari Lailatul Qadr
- Zakat pengikat kasih menyebar rahmat
Klip Video Pilihan
- Aksi berani mati Mat Rempit II
- Aksi berani mati Mat Rempit III
- al-Qariah
- Amar Makruf Nahi Munkar
- Anak-anak Palestin yang dizalimi
- Apabila kereta menari
- Gelagat Mat Rempit masa kini
- Hayatilah semangat mereka
- Hukuman sebat tak mampu mencegah jenayah
- Kena bijak elak dari musuh!
- Kenanglah Jasa Ibu !
- Kita pasti mati
- Persitiwa Takbai yang tidak dapat dilupakan!
- Runtuhnya simbol kebanggan US !
- Sejadah pun solat
METODOLOGI IBN QAYYIM AL-JAWZIYYAH DALAM KITAB AL-AMTHAL FI AL-QUR'AN-DISERTASI SARJANAKU
GHULAM DAKWAH (IMAN DAN HARAKAH)
- GHULAM AL-DAKWAH (BHGN 1) OLEH HISYAM SOQR
- GHULAM AL-DAKWAH (BHGN 2) OLEH HISYAM SOQR
- GHULAM AL-DAKWAH (BHGN 3) OLEH HISYAM SOQR
- GHULAM AL-DAKWAH (BHGN 4) OLEH HISYAM SOQR
- GHULAM AL-DAKWAH (BHGN 5) OLEH HISYAM SOQR
- GHULAM AL-DAKWAH (BHGN 6) OLEH HISYAM SOQR
- GHULAM AL-DAKWAH (BHGN 7) OLEH HISYAM SOQR
- GHULAM DAKWAH (BHGN 8) OLEH HISYAM SOQR
Site Meter
Koleksi Kertas Kerja Bermanfaat
- Agama Islam ; Satu Kupasan Terhadap Ciri-ciri Perwatakannya
- Faham Agama dan Asas Akhlak
- Himpunan Kertas Kerja Menarik-Koleksi Akhi Ridwan Alias
- KERTAS KERJA I - KOMUNIKASI BERKESAN UNTUK FASILITATOR - OLEH DR.MU'ATI@ZAMRI (UPM)
- KERTAS KERJA II - KEBERKESANAN PENYAMPAIAN ; PENILAIAN DARI SUDUT METOD - OLEH DR.MUA'TI@ZAMRI (UPM)
- KERTAS KERJA KHAS-STRATEGIC MANAGEMENT BY DR DUSIT JAUL (INTAN SENIOR OFFICER)
- Konsep Latihan Dalam Islam : Persediaan Melahirkan Modal Insan Hadhari
- Latihan Dakwah di Sarawak ; Sorotan Masa Depan oleh Dr Azhar Ahmad
- Persediaan Latihan Para Daie : Ke Arah Menjadi Towering Personality oleh Dr Rusli Ahmad
- SIKAP DAN PERANAN UMAT ISLAM MENGHADAPI CABARAN SEMASA - FINAL PART OLEH SALLEH BUANG (PEGUAM TERKEMUKA)
- SIKAP DAN PERANAN UMAT ISLAM MENGHADAPI CABARAN SEMASA - PART 2
- Tok Kenali
- Uslub Dakwah Temporari ; Persediaan Alaf Baru
- “SIKAP DAN PERANAN UMAT ISLAM MENGHADAPI CABARAN SEMASA"-PART 1 OLEH SALLEH BUANG (PEGUAM TERKEMUKA)
Laman Motivasi
Cakna Minda
- Allah bersama penolong agamanya
- Anak Soleh Solehah Impian Baitul Muslim
- Antara 2 Pandangan
- Antara kerakusan penguasa dan mujahadah pembela kebenaran
- Beza Orang Beragama dan Orang Yang Belajar Agama
- Bukan mudah mentarbiyyah generasi muda masa kini
- Intelectual Properties
- Ke Mana Menghilangnya Rakan Muda Masjid?
- Kebangkitan pro mahasiswa sudah bermula
- Keinsafan di sebalik tirai besi
- Konsert Gwen Stefani Yang Tak Bermoral
- Lambakan Program Hiburan Suburkan Hedonisme
- Malangnya Hari Kerana Hati
- Marhaban di Astro Tampilkan Lagu Pop Rock?
- Mari kita berfikir sejenak
- Moga pembunuh Nurin Jazlin dapat ditangkap!
- Panduan Bersandar Bulat kepada Rahmat Allah
- Penjara Tarbiyyah buat Ibn Taymiyyah dan Ibn Qayyim al-Jawziyyah
- Roh dan Jasad Umpama Sim Card dan Handset
- Rusuhan di Batu Buruk ; Konspirasi Dan Provokasi?
- Sambutan Kemerdekaan Negara Kosmetik
- Sampan Tua di Tepi Laut
- Tidakkan tercapai kejayaan semanis madu jika tiada usaha sepahit hempedu
Disertasi Ilmiah
- Disertasi Ilmiah 13 - Ustaz 13-Tidak diketahui
- Disertasi Ilmiah 12 - Ustaz 12-Ahmad Sonhadji
- Disertasi Ilmiah 1-Ustaz 1- Mustafa Abdul Rahman
- Disertasi Ilmiah 10 - Ustaz 10 -Dato' Yusoff Zaki
- Disertasi Ilmiah 11- Ustaz 11 - Haji Yusof Rawa
- Disertasi Ilmiah 2-Ustaz 2 - Pak Hamka
- Disertasi Ilmiah 3-Ustaz 3 - Syeikh Abdullah Basmeih
- Disertasi Ilmiah 4-Ustaz 4 - Prof.Dr.T.M Hasbi
- Disertasi Ilmiah 5- Ustaz 5-Al-Allamah Abd Murad
- Disertasi Ilmiah 8- Ustaz 8-Muhammad Said
- Disertasi Ilmiah 9 - Ustaz 9 -Muhammad Sa'id Umar
Top Entries 2
Top Entries I
- Tafsir Ayat 180 Surah al-A'raf ; Satu Penilaian Terhadap Tanggapan Tuhan Samseng (Final Part)
- Tafsir Ayat 180 Surah al-A'raf ; Satu Penilaian Terhadap Tanggapan Tuhan Samseng (Part VI)
- Tafsir Ayat 180 Surah al-A'raf ; Satu Penilaian Terhadap Tanggapan Tuhan Samseng (Part V)
- Tafsir Ayat 180 Surah al-A'raf ; Satu Penilaian Terhadap Tanggapan Tuhan Samseng (Part IV)
- Tafsir Ayat 180 Surah al-A'raf ; Satu Penilaian Terhadap Tanggapan Tuhan Samseng (Part III)
- Tafsir Ayat 180 Surah al-A'raf ; Satu Penilaian Terhadap Tanggapan Tuhan Samseng (Part II)
- Tafsir Ayat 180 Surah al-A'raf ; Satu Penilaian Terhadap Tanggapan Tuhan Samseng (Part I)
Diskusi Santai
Bacalah dengan mata hati
Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a:
Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya :
1) Benar-benar kenali Allah
2)Benar-benar jaga perintah Allah
3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw
4)Selalu berwudhu'
5)Redha menerima qadha dan qadar Allah
6)Yakin dengan janji Allah
7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk
8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan
9)Rajin dalam beribadah
10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah
11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda
12)Sedar syaitan musuh utama
My Favourites Links
- abg hisommudin(sahabatku)
- Abufadhl
- afyan
- Al-Kurauwi
- al-Sarawaki
- alexander
- amin idris
- Anis Ghani
- anwaruitm
- Azral Izwan
- Baim Bintulu
- BIC
- diya
- Dr Yusof Abbas
- fadzli yusof
- Generasi Dynamic
- Hafiz Bintulu
- Hamidi Zakaria
- Hikmatun
- info alternatif I
- info alternatif II
- Izzudin Bintulu
- janshah
- Kick de fella
- Musaza Nurfi
- Nasir Perak
- nisah haron
- pakdi
- prismantiq
- sikumb@ng
- teman petunjuk
- the rise of islam
- ulama ummah
- usrah rabbani
- Ust Fathi
- Ust Shahrul Zaman
- ust.khairuddin aman razali
- ust.tantawi
- ust.z
- Ustaz Hisyam Ilmuone
- ustaz muda
- zaid akhtar
- Zainulfaqar
- Zamri
- zulpahang
Arkib Blog
- Ogos 2011 (1)
- Julai 2011 (3)
- Februari 2011 (1)
- November 2010 (1)
- Oktober 2010 (6)
- September 2010 (3)
- Ogos 2010 (2)
- Julai 2010 (5)
- Jun 2010 (5)
- Mei 2010 (10)
- April 2010 (11)
- Mac 2010 (10)
- Februari 2010 (10)
- Januari 2010 (14)
- Disember 2009 (13)
- November 2009 (11)
- Oktober 2009 (22)
- September 2009 (14)
- Ogos 2009 (15)
- Julai 2009 (15)
- Jun 2009 (22)
- Mei 2009 (16)
- April 2009 (19)
- Mac 2009 (16)
- Februari 2009 (10)
- Januari 2009 (14)
- November 2008 (2)
- Oktober 2008 (12)
- September 2008 (13)
- Ogos 2008 (14)
- Julai 2008 (19)
- Jun 2008 (29)
- Mei 2008 (70)
- April 2008 (80)
- Mac 2008 (41)
- Februari 2008 (27)
- Januari 2008 (4)
- Disember 2007 (45)
- November 2007 (80)
- Oktober 2007 (43)
- September 2007 (31)
- Ogos 2007 (16)
- Julai 2007 (19)
- Jun 2007 (38)
- Mei 2007 (21)
Histats.com
Mengenai Saya
- iskandar zulkarnain
- Your attitude determine your altitude
6 ulasan:
maaf jika tidak meminta kebenaran,
ana amik isi blog ini dan di postkan ke blog ana harap antum dapat perkenankan
saya jg minta kebenaran, utk saya ambil sedikit isi kandungan dari blog tuan sebagai bahan untuk assignment sy..tq..
mana part 2?
ada reference lagi tak?? siapa-siapa boleh huraikan lagi surah Al-Akraf ayat 172, 173?
kita semua sedar yang bayi tidak akan ingat apa-apa pun di saat dia lahir...apatah lagi mempunyai memori sewaktu ruh...
saya mohon izin download disertasinya.. temanya sangat menarik. Salam kenal dari blogger Indonesia
saya minta kebenaran untuk share entry ini..
assalam..sya juga mohon utk mengmbil sdikit ulasan tuan buat rujukan sya..trima ksih..smoga allah merahmati anda..
Catat Ulasan