
1) Ahmad Said ibarat telur di hujung tanduk. Bakal dicabar oleh 18 ADUN BN dari kesemua 24 ADUN BN, ternyata peristiwa ini meresahkan beliau. Sememangnya, kesungguhan kumpulan Idris Jusoh begitu jelas ingin menjatuhkannya.
2) Sementara itu, kumpulan Idris Jusoh yang diketuai Rosol Wahid, semakin lantang menidakkan keupayaan Ahamd Said, yang dianggap lemah dan tidak bijak mentadbir sebagai seorang Menteri Besar.
3) PAS Terengganu juga nampaknya belum memberikan sebarang respon. Namun bagi saya, jika ada usaha untuk bergabung dengan UMNO, demi menjatuhkan Ahmad Said, perlu dijauhi. Biarkan si Luncai terjun dengan labu-labunya.
4) Penderhakaan kepada Sultan Terengganu yang kini menjadi Agong bakal berulang. Kalau dulu Nizar dilabel sebagai penderhaka, kini Idris Jusoh dan pengikutnya rela menderhaka buat kali kedua atas satu tujuan ; Ahmad Said perlu digulingkan dari MB Terengganu.
5) Percakaran dalaman UMNO Terengganu semakin parah. Rakyat juga menjadi mangsa. Persoalannya, siapa yang hendak dinaikkan sebagai MB? Jika Agong tidak memperkenankan walau seorang pun samada Idris Jusoh mahupun pengikutnya, apakah mungkin ia ditawarkan kepada ADUN PAS?
6) Episod politik dalam negara pada hari-hari yang mendatang semakin mendebarkan. Ini tidak termasuk pilihanraya DUN Penanti, yang kelihatan UMNO dan BN seumpama fobia untuk bertanding dan tarikh 7 Mei, yang bakal berlangsung Sidang DUN Perak, dalam keadaan kuasa Speaker dinafikan mahkamah. Sekali lagi, isu politik semasa tanahair menjadi perhatian kita.
20 April 2009,
11.10 malam, Malaysia Timur
Tiada ulasan:
Catat Ulasan