Oleh : Haji Hazarudin bin Haji Baharudin[1]
1.PENDAHULUAN
Dalam perkembangan dunia alaf baru yang semakin moden dan canggih,manusia juga menjadi selari mengikut arus perkembangan itu.Nilai manusia akan beerti sekiranya mereka dapat menafaatkan,segala potensi diri yang ada padanya.Sebaliknya,mereka akan menjadi hina dan ketinggalan,sekiranya gagal menggunakan segala peluang yang terhidang itu.
Manusia yang hidup bagi memenuhi kemodenan itu pula,mempunyai berbagai ragam.Samada golongan yang menyedari akan kewujudan dirinya,lalu melakukan segala macam perkara positif melalui kewajipan kerja-kerja dakwah yang ma’ruf,atau pun sebaliknya hanyut mengikut arus negatif maksiat dan mungkar.
Lantaran segala perubahan dan perkembangan yang pelbagai rencah dan ragam itu,makanya tugas dakwah menjadi semakin rumit dan mencabar, untuk dipikul oleh para dai’e.Persoalan gejala sosial,pertambahan kes-kes jenayah,rasuah,permasalahan pelanggaran hukum syarak serta kes murtad yang melanda masyarakat kini,perlu dicari ubat yang ampuh untuk mengubatinya.Justeru itu,persiapan para dai’e bagi menghadapi persoalan-persoalan semasa mestilah mantap dan jitu.Reliven dengan keadaan semasa,malah mampu melampaui batas-batas sempadan masa.Oleh yang demikian pendekatan uslub dakwah yang berkesan perlulah difikirkan bagi memenuhi persoalan kotemporari kini.
2. KONSEP DAN PENAKRIFAN
2.1 : Perspektif bahasa
USLUB : Perkataan uslub adalah ambilan dari perkataan arab yang membawa pengertian yang pelbagai,antaranya bermaksud cara,kaedah,jalan,langkah,teknik,metodologi,sistem atau aturan.[2]
DAKWAH: Juga merupakan perkataan arab yang membawa maksud yang pelbagai.Antaranya ialah menyeru,meminta tolong,beribadat,memandu,mejemput,mengajak,memanggil dan melaung.[3]
KOTEMPORARI : Di ambil dari perkataan Inggeris,yang membawa maksud semasa atau terkini.[4]
ALAF BARU : Abad baru,yang dikira dalam tempoh setiap seribu tahun.[5]
Apabila disimpulkan secara kolektif frasa-frasa di atas,maka ianya membawa pengertian bahawa bagaimana cara dan kaedah semasa dan terkini yang digunakan dalam berdakwah bagi menarik manusia kearah jalan Allah SWT serta kebaikan.
2.2 : Perspektif hukum
Secara ringkasnya hukum berdakwah terbahagi lepada dua,iaitu fardu Ain dan fardu Kifayah.[6].Walaubagaimanapun pendapat kebanyakan ulamak menyatakan hukum berdakwah adalah wajib hukumnya bagi setiap individu.Dalam ertikata lain,ianya merupakan sesuatu yang tidak dapat ditinggal dan dikecualikan.Al-Quran dan al-hadis,ada mengungkapkan tentang kewajipan tersebut,antaranya :-
2.2.1 : Firman Allah SWT, “ Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan Amat yang menyeru lepada kebajikan,menyuruh lepada makruf dan mencegah dari yang mungkar,merekalah orang-orang yang beruntung”.[7]
2.2.2 : Sabda nabi SAW ,” Barangsiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya,apabila tidak kuasa maka dengan lidahnya,apabila tidak kuasa dengan hatinya,yang demikian itu hádala selemah-lemah iman”.[8]
2.2.3 : Sabda nabi SAW,” Sampaikanlah dari ku walaupun dengan satu ayat”,[9]
3.PENDEKATAN KOTEMPORARI DAN KEPERLUAN DALAM DAKWAH DI ALAF BARU
Seperti yang dinyatakan di atas,keperluan menggunakan pelbagai kaedah yang terkini dalam dakwah amat diperlukan,ketika mana dunia kini berada dalam serba kecanggihan,kemodenan dan global.Kejayaan tidak akan tercapai,sekiranya pendekatan dakwah dilakukan secara sterio type,statik,jumud, walaupun dunia sudah berubah.Justeru itu,seseorang dai’e perlulah meneroka suatu pendekatan yang berkesan dan semasa.Antara pendekatan kotemporari yang difikirkan perlu,adalah seperi berikut :-
3.1 : Teknologi Maklumat ( ICT )
Dalam perkembangan di alaf baru kini,teknologi maklumat (ICT) telah menjadi medium terpenting dalam komunikasi.Dilihat kepada perkembangan Internet umpamanya,perbezaan nisbah kuantiti laman web dan blog agama selain Islam,telah mengatasi bilangan web dan blog Islam itu sendiri.Justeru itu,telah menjadi tanggungjawab para dai’e,untuk membina lebih banyak laman web dan blog,seperti yang dilakukan oleh Dr. Yusuf al-Qardawi (http://www.Qardawi.com), Hasrizal Jamil ( http://www.saifulislam.com), dan lain-lain lagi.Laman web dan blog seumpama itu,sudah tentu mampu menyampai dan mengisikan ruang-ruang maklumat mengenai Islam.Para dai’e tidak dapat tidak mestilah melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan kemahiran komputeran.Lebih-lebih lagi,kemahiran tersebut akan dapat dipertingkatkan untuk menghalang dan menjawab segala fitnah,tohmahan dan tuduhan penghinaan kepada agama Islam.
Kemahiran menggunakan ICT didalam penyampaian mesej dakwah akan memberikan impak yang cukup besar kepada mad’u.Lantaran itu,penggunaan seperti komputer riba,LCD,Audio dan pelbagai program komputer seperti power point dan sebagainya juga merupakan wasilah kearah uslub dakwah yang berkesan.Pakar-pakar psikologi pendidikan berpendapat bahawa, pendengaran hanya memberikan 70% sahaja kepada hasil penerimaan pengajaran.Berbanding mereka yang menggunakan pendengaran dan penglihatan akan menghasilkan 100% penghasilannya[10].Disamping itu,penglihatan melalui pendekatan tayangan LCD akan dapat merangsang mata dari mengantuk,membuka fikiran dari beku dan memberikan fokus dari khayalan.
3.2 : Hiburan dan kesenian Islam
Seni dan hiburan sebenarnya akan dapat menjadi instrumen lepada penyampaian dakwah berkesan,sekira ianya dapat dimanfaatkan dengan positif.Kumpulan nasyid dan penampilan aura keIslaman,seperti yang ditampilkan oleh artis Mawi umpamanya,menjadi bukti bahawa penampilannya dapat diterima oleh audens. Pengalaman yang digunakan oleh sesetengah pendakwah di Indonesia juga,boleh dikongsikan bersama. Dalam hal ini,penyanyi Roma Irama,umpamanya telah membuktikan bahawa berdakwah melalui hiburan telah dapat diterima oleh khalayak.
Sebenarnya hukum mengenai seni hiburan tidak perlu lagi dipolimik dan diperbincangkan.Ini kerana kebanyakan ulamak berpendapat hiburan adalah harus hukumnya selagi mana ianya dapat menjaga batas-batas syarak dan tidak menampilkan budaya maksiat.Ini kerana Rasulullah menyebut dalam hadis yang mafhumnya,bahawa Allah SWT cantik(seni),dan Ia Nya sukakan kecantikan(seni).[11]
Cuma persoalannya,bagaimanakah kita dapat mempertingkatkan kualiti hiburan yang bercorak keIslaman itu,supaya ianya dapat menarik perhatian audens,dan terkeluar dari hiburan yang bersifat streo type.Begitu juga dengan lirik dan melodinya,adakah ianya dapat lari dari perkara-perkara yang mengkhayal dan melalaikan.
3.3 : Media massa eletronik dan cetak
Komunikasi dakwah yang berkesan juga dapat dieksplotasi melalui saluran media eletronik dan cetak.Program-program keagamaan,yang sememangnya telah diberi peluang oleh pihak berkuasa untuk di isi oleh para dai’e.
Allah SWT menjadikan potensi manusia yang berbeza diantara satu sama lain.Ada yang pandai menulis,tapi tidak pandai berpidato.Manakala ada yang pandai berpidato tapi tidak pandai menulis.Lantaran itu,kesempatan anugerah yang diberikan oleh Allah SWT itu,hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya bagi tujuan dakwah.Lebih-lebih lagi,kepada mereka yang dianugerahkan dengan kedua-duanya.
3.4 : Pusat maklumat ( Information Center)
Uslub ini dapat dipraktikkan dengan mewujudkan pusat-pusat maklumat Islam di tempat-tempat awam seperti pusat membeli belah,pasar,dewan serbaguna dan sebagainya.Kaunter untuk kemudahan orang ramai bertanya masalah hukum,membetulkan bacaan al-Quran,disamping edaran pamplet,boleh dibuka di tempat-tempat awam seperti itu.
3.5 : Pelancungan
Bumi Malaysia amnya,dan bumi Kenyalang khususnya memang banyak tempat-tempat pelancungan yang boleh di eksplotasi untuk tujuan dakwah.Masjid-masjid yang mempunyai nilai-nilai estetika,sudah tentunya boleh dibuka kepada pelancung termasuk non muslim.Impaknya sudah tentu berkembang bak kelopak bunga diwaktu pagi lepada perkembangan syiar Islam.
3.6 : Role Model
Kenapa dakwah para nabi mudah diterima terutamanya dakwah Rasulullah SAW,jawapannya sudah tentu disebabkan oleh sahsiah,penampilan yang menjadi qudwah atau role model. kepada umat manusia.
Budaya mengajar ketam berjalan,bapa kencing berdiri anak kencing belari,hendaklah dihindarkan dari kamus para dai’e.Oleh yang demikian,segala unsur-unsur bercakap tak serupa bikin hendaklah dinyah sama sekali,demi survival addin Islam.
3.7 : Logik
Penggunaan logik akal telah mula diperkenalkan semasa zaman falsafah Greek lagi terutama oleh Aristotale dan Sócrates.[12] Walaubagaimanapun perkembangannya dipraktikkan hingga kini.Manusia sentiasa memikirkan logik atau relivensesuatu yang dilihat,dirasa,di dengar dan sebagainya. Lantaran itu,sesorang dai’e mestilah menguasai ilmu ini,supaya segala mesej dakwah dapat diterima oleh mad’u.
3.8 : Empthy
Sebagai dai’e,mereka hendaklah mempunyai perasaan empthy terhadap mad’unya.Segala permasalahan samada bentuk tabiat,kesukaan,kebencian hendaklah di rasai oleh para dai’e.[13]
3.9 : Sumbangan kewangan (insentif)
Uslub ini dapat dipraktikkan dengan pelbagai cara seperti ziarah pesakit di hospital,mengambil berat terhadap penghuni rumah orang tua,anak yatim dan sebagainya lalu dihulur pertolongan apa yang diperlukan.
4. ASAS USLUB DAKWAH
Bagi mempastikan mesej dakwah yang berkesan,maka para dai’e mestilah mempastikan asas uslub dakwah itu dipraktikkan.Antara asas tersebut adalah seperti berikut:-
4.1:Penjelasan yang jelas dan nyata;dalam ertikata lain tidak menggunakan penjelasan yang bombastik dan kabur.Segala bentuk penyampaian hendaklah mengambilkira kualiti isi,gaya persembahan,media atau saluran dan isi.[14]
4.2 : Berperingkat-peringkat: Dilakukan secara beransur-ansur dan tidak sekali gus.Mengambil contoh,penurunan al-Quran yang diturun beransur-ansur lepada nabi sehingga memakan masa 23 tahun.[15]
4.3 : Mudah : kerana agama Islam itu adalah mudah.
4.4: Menjinakkan: tidak bersifat keras dan ekstremis.
4.5 : Bersesuaian dengan keadaan sasaran dan berdirimengikut waqi’,iaitu berada dalam bumi nyata,dan tidak terlalu ideal untuk dicapai.
4.6 : Kemuka sesuatu pemikiran dengan label-label baru
4.7 : Bangkit Isu tepat pada waktunya.
4.8:Menonjolkan unsur-unsur perlu mengikut keperluan masa dan keadaan.
4.9 : Berdasarkan psikologi.
4.10: Penguasaan ilmu yang luas.
5. USLUB DAN GARIS PANDUAN AL-QURAN
Bagi memantapkan lagi uslub dakwah,maka para dai’e semestinya lah menjadikan al-Quran sabagai sumber rujukan yang utama untuk bertindak.Allah SWT telah berfirman,:-
” Serulah kepada jalan TuhanMu dengan hikmah dan nasihat yang baik dan berbincanglah dengan cara yang paling sesuai”.[16]
Tiga asas uslub dakwah yang disebut dalam hadis tersebu,iaitu :-
5.1 ; Hikmah
5.2 : Nasihat yang baik
5.3 : Dialog dengan cara yang terbaik
5.1.1 : Hikmah
Apabila kita menyebut hikmah dalam dakwah,sudah tentu ianya merujuk kepada pelbagai sudut,antaranya ia adalah berkaitan dengan diri pendakwah itu sendiri,mesej dakwahnya,sasaran dakwahnya dan
Pendakwah yang ideal adalah mereka yang mempunyai sahsiah, personaliti dan penampilan yang menarik,yang dapat diterima dengan mudah oleh khalayak umat.lalu disaluti oleh akhlak yang mulia lagi terpuji.Gaya uslub dakwah yang dibawanya sarat dengan sifat-sifat mahmudah seperti berlaku benar,sabar,kasih sayang,tawadhu’ dan pergaulan yang baik.[17]
Penguasaan ilmu,lebih-lebuh lagi ilmu-ilmu Islam adalah penting kapada seorang dai’e untuk memilikinya.Penguasaan ilmu yang luas,akan memberi kekuatan padanya untuk menyampaikan mesej dakwah.Ilmu yang dimiliki pula hendaklah diamalkan,sepertimana Firman Allah SWT “Wahai orang yang beriman lakukan apa yang dikata,kemurkaan Allah bagi orang yang berkata tapi mereka tidak melakukanya”.[18]Sementara itu,penyampaian ilmunya pula hendaklah diiringi dengan keikhlasan,kerana ikhlas adalah kayu pengukur Allah SWT samada dihisabNYa sebagai pahala atau sebaliknya.[19]
Diri pendakwah yang berhikmah juga berkait rapat dengan teladan atau dalam istilah ilmu dakwahnya bil-hal.Teladan akan memberikan nilai tambah (value added) kepada khalayak untuk menerima dakwah yang dibawa.Lalu ianya juga bersifat praktikal dan berkesan bagi dicontohi dan diikuti oleh khalayak secara istiqamah dan konsisten.
Hikmah dari sudut mesej pula didasari dengan penyampaian mesej yang mudah difahami,sesuai dengan mentaliti dan tahap pemikiran khalayak umat,laras bahasa dan pemilihan kata-kata yang baik sehingga menarik mad’u untuk mendengarnya.Dai’e yang berjaya menyampaikan mesej dakwahnya,berkait rapat dengan hujah yang yakini oleh mad’u.justeru itu,seseorang dai’e perlu menyandarkan dalil naqli dan aqli ketika berhujah menyampaikan mesej dakwah.
Pendakwah juga perlu memfokus kepada sasaran dakwahnya.Kerana sasaran selalunya datang dari pelbagai latar belakang manusia,ada yang cerdik,bodoh,kaya,miskin dan sebagainya.Oleh itu,seseorang dai’e perlu menyesuaikan penyampainnya mengikut kasta sasaran dakwahnya.Sesuatu yang paling ideal untuk tarikan mad’u,adalah gaya penyampaian yang mudah ketika menyampaikan masej dakwah.[20]
5.1.2 : Nasihat yang baik
Pendakwah perlu menyampaikan uslub dakwahnya secara nasihat dan pujukan.Pelbagai cata teknik boleh diparaktikkan bagi tujuan itu,seperti bentuk penceritaan,nasihat melalui perbincangan,nasihat dengan perbandingan,melalui penulisan dan segala macam teknik yang berkaitan.
Sebaik-baiknya seorang pendakwah ketika memberi nasihat hendaklah menjadikan dirinya seperti seorang doktor atau tabib,yang tahu memberi ubat yang sesuai kepada penyakit yang dihidapi oleh pesakitnya.Nasihat yang baik,ialah nasihat yang sesuai dengan masalah yang dihadapi oleh khalayak.
5.1.3 : Dialog dengan cara terbaik
Memandangkan manusia mempunyai latar belakang yang berbeza,maka terdapat kadang-kadang khalayak yang membantah,kurang berminat dan sebagainya.Justeru itu pendakwah perlulah menggunakan uslub berdailog,bagi mengatasi segala masalah penerimaan mesej oleh para dai’e.
6. PENUTUP
Sebagai rumusannya,seorang pendakwah semestinyalah mempunyai kreativiti ketika menyampaikan uslub dakwahnya.Lantaran itu seorang dai’e,perlu menghindarkan segala sifat-sifat negatif,yang menyebabkan mad’u akan lari dari menerima mesej dakwah.Antara perkara yang perlu diambil perhatian dan dihindari oleh seseorang dai’e ialah,:-
6.1 : Pendakwah jangan suka menghukum mad’u
6.2 : Jangan tidak menepati masa
6.3 : Jangan merendah diri tidak bertempat
6.4 : Mempunyai sifat mazmumah
6.5 : Menunjukkan reaksi marah
6.6 : Cerita atau lawak yang membawa mesej yang lucah
6.7 : Silap membaca ayat al-Quran dan hadis
6.8 : Perasaan syok sendiri
Mudahan-mudahan kita dapat menjaga adab-adab dakwah,insya-Allah sekiranya perkara-perkara tersebut diambil kira maka natijahnya akan memberikan in-put yang positif dalam penerimaan khalayak kepada mesej dakwah.
RUJUKAN
Tafsir Pimpinan al-Rahman,2000,
‘Abd al-Baqi,Muhammad Fuad,t.t,al-Mu’jam al-Mufahrash Li Alfadz al-Quran al-Karim,Beirut,Dar Ihya’ al-Turats al-‘Arabi.
Hadis Sahih Muslim,1988,
Kamus Dewan Bahasa & Pustaka,1989,
Idris al-Marbawi,1965,Kamus al-Marbawi,Mesir,Maktabah al-Halaby.
Rozhan Othman,1990,Pengurusan Di Malaysia Dari Perepektif Islam,
Wahbah al-Zuhaily, Dr.,1997,Fiqh al-Islami Wa A’dilatuh,Mesir,Dar Fikr al-Mua’sir.
Azhar Ahmad,Dr. Us,1998,Penggunaan Komputer Di Kalangan Guru-guru Sekolah Menengah Di Bandaraya Kuching Utara,Sarawak,Tesis Sarjana Sains (Pembangunan Sumber Manusia),UNIMAS.
Al-Attas,Prof.Dr,1977,Aims And Objectives Of Islamic Education,Luala Lumpur,ISTAC.
M. Zamri Mukhti,Dr.,2001,Pengucapan Awam,
Muahamad ‘Abd. ‘Azim al-Zarqani,1998,Manahil al- ‘Irfan Fi ‘Ulumul al-Quran,Beirut,Lubnan,Maktabah Dar al-Kutub al-‘Ilmiyah.
‘Abd. Karim Zaydan, Dr.,1981,Ushul al-Dakwah,
Abdullah M. Zain, Dr.,Che Yusuf Che Mamat & Edris Endut,Us.,1997,Prinsip dan Kaedah Dakwah‘Dalam Arus Pembangunan
Fath al-Yakan,1987,Ma Za Ya’ni al-‘Intima’I al-Islam,
Yusuf al-Qardawi,Prof. Dr,1987,Fiq al-Awwaliyat,Mesir,Maktabah al-Wahbah.
----------------------------------,1986,’Fann fi al-Islam,Mesir,Maktabah,al-Wahbah.
[1] Kertas kerja dibentangkan sempena Konvensyen Latihan Dakwah peringkat zon utara Sarawak,di Mega Hotel,Miri 20-21 November 2006,Anjuran Pusat Latihan Sarawak,JAKIM.
[2]Idris al-Marbawi,1965,Kamus al-marbawi,Mesir,Maktabah al-Halaby,hal. 167.Lihat juga Yusuf al-Qardawi,1986,al-Saqafah al-Da’ieah,Mesir,Maktabah Wahbah,hal. 245.
[3] Ibid,hal.116.
[4] Dewan Bahsa dan Pustaka,kamus Inggeris-Melayu,2001,
[5] Rozhan Othman,1990,Pengurusan Di Malaysia Dari Perspektif Islam,
[6] Wahbah al-Zuhaily,Dr.,1997,Fiqh al-Islami Wa Adilatuhu,Mesir,Dar al-Fiqr al-Mua’sir,Cet.-4,jld.3,hal.667.
[7] Surah al-Imran,Ayat 104.
[8] Hadis Riwayat Muslim
[9] Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
[10] Dr. Azhar Ahmad,1998,Penggunaan Komputer Di Kalangan Guru-guru Sekolah Menengah Di Bandaraya Kuching Utara,Sarawak,Tesis Sarjana Sains ( Pembangunan Sumber Manusia),UNIMAS.
[11] Yusuf al-Qardawi,Dr.,1998,Fann Fi al-Islam,Mesir,Maktabah al-Wahbah,hal. 15.
[12] M. Zamri Mukhti,Dr.2001,,Pengucapan Awam,Kuala Lumpur,Dewan Bahasa dan Pustaka,hal.18.
[13] Ibid,hal. 116.
[14] Ibid, hal. 45.
[15] Muhammad ‘Abd. Al-‘azim al-Zarqani,1988,Manahil al-‘Irfan Fi ‘Ulumu al-Quran,
[16] Surah al-Nahli,Ayat 125.
[17] ‘Abd. Karim Zaydan,Dr.,1981,Ushul al-Dakwah,
[18] Surah al-Saff,Ayat 2.
[19] Abdullah Muhamad Zin,Che Yusoff Che Mamat & Ideris Endot,1997,Prinsip dan Kaedah Dakwah Dalam arus Pembangunan Malaysia,Bangi,Penerbit UKM,hal. 236.
[20] Fath al-Yakan,1987,Ma Za Ya’ni al-I’ntima’ al-Islam,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan