Selasa, 2 Oktober 2007

Bukan mudah mentarbiyyah generasi muda masa kini

Isu ini saya bangkitkan kerana baru-baru ini, ada sebuah institusi yang menjemput saya untuk menyampaikan pengisian yang bertajuk Muqaddimah Aqidah Muslimin. Rata-rata peserta yang terdiri daripada umur 19-21 tahun. Majoriti daripada 105 peserta itu adalah lelaki dan segelintir kecil adalah peserta perempuan.


Saya mulakan dengan huraian pengertian aqidah dari sudut bahasa dan istilah. Kemudian sub topik seperti asas-asas aqidah, kedudukan aqidah di dalam Islam dan tuntutan aqidah dalam kehidupan individu muslim. Ceramah saya pada awalnya berjalan lancar, sehinggalah ada salah seorang peserta yang tertidur seawal ceramah baru bermula. Saya tegur bahawa jika anda rasa mengantuk, berdiri supaya rasa mengantuk itu hilang. Mungkin oleh kerana teguran bersifat direct, dia merasa tidak selesa. Apapun bagi saya, lebih baik saya berterus terang agar menjadi iktibar kepada yang lain.


Saya terus berceramah sehingga saya menunjukkan slaid yang menayangkan seorang gadis remaja yang sedang minum sebotol arak berjenama Carlsberg yang agak besar. Pandangan saya terus tertumpu kepada seorang peserta yang memakai baju berjenama Carlsberg. Saya katakan kepadanya bahawa kalau dapat, selepas ini jangan dipakai lagi baju itu. Ini kerana Carlsberg merupakan jenama arak, apabila kita memakai baju atau apa saja yang menonjolkan jenama itu, seolah-olah kita mempromosikannya. Dia mengakui kesilapannya dan berjanji tidak mengulanginya.



Saya paparkan juga beberapa klip video seperti yang ada di dalam blog ini(Sejadah pun solat, hukuman sebat dan kita pasti mati). Alhamdulillah, ada yang berasa sedikit insaf. Namun begitu, ada juga yang tidak terkesan dengan klip video seumpama itu. Benarlah kata Allah kepada Nabi saw ” Sesungguhnya engkau (Muhammad) tidak dapat memberikan hidayah kepada mereka yang engkau kasihi, tetapi hanyasanya Allah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang mereka kehendaki..” Saya berkata demikian kerana masih ada di kalangan mereka yang tidak berpuasa dan tidak bersolat walaupun umur sudah menjangkau 19 hingga 21 tahun. Ada yang secara senyap-senyap menghisap rokok sehinggalah mereka ditangkap di asrama. Ingatan diberikan agar mereka tidak mengulangi.


Sebab itu saya sebutkan sebagaimana tajuk di atas bukan mudah mendidik generasi muda masa kini. Ketabahan, kesabaran ancaman dan rayuan merupakan adunan metod yang perlu kita gunakan untuk menyedarkan mereka. Akhir kalam, moga Allah memberi hidayah kepada mereka sebagaimana doa Nabi saw setelah dilempar dengan batu oleh anak-ank penduduk Taif " Ya Allah berilah hidayah kepada kaumku, sesungguhnya mereka tidak mengerti”. Apa yang penting kerja dakwah perlu diteruskan walau di mana kita berada. Ini kerana, kita tidak akan ditanya tentang natijah dakwah tetapi apa yang kamu lakukan untuk menyampaikan dakwah.

Tiada ulasan:

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude