
Malam tadi berlangsung 2 konsert serentak. Konsert Gegar sempena TMM 07 yang dianjurkan oleh Kementerian Penerangan dan dibawakan secara langsung oleh RTM 1 dan Konsert Jom Heboh oleh TV3.
Terfikir dalam benak fikiran saya kenapa perlu begitu sekali? Seolah-olah bersaing nak menjaja hiburan yang tidak membina jatidiri bangsa dan umat! Cukuplah dengan lambakan program hiburan selama ini yang menyesakkan jiwa kita sebagai pencinta ummah yang bermaruah. Program seperti GangStarz,Akademi Fantasia 5,MysStarz(akan datang), Studio Bintang Kecil(TV 9) sebenarnya akan meyuburkan budaya hedonisme,bersuka ria tanpa batasan dan akhirnya menghakis jati diri bangsa dan umat.
Kepada penganjur program -program tersebut, fikirkanlah tentang kesan apabila program sebegini dihidangkan kepada masyarakat. Pengabaian ibadah, pembaziran wang kerana sms, pergaulan bebas akan menimpa generasi muda dan tua.
Akhir kalam, moga dibukakan hati mereka yang masih jahil dan terpesona dengan keindahan dunia!
11 Jun 2007, 25 Jamadil Awal 1428,
8.00 pagi, Malaysia Timur
Tiada ulasan:
Catat Ulasan