Huraian Hadis {1}
“Di zaman sebelum kamu ada seorang raja yang mempunyai seorang ahli sihir.”
Dalam riwayat Tirmizi:
“...Raja tersebut mernpunyai seorang tukang nujum yang berkhidmat kepadanya...
1) Nabi (s.a.w) tidak menyebut masa, tempat dan nama peribadi yang terlibat dalam kisah ini. Ini supaya yang tinggal hanyalah pengertian (ma’ani) hadis dan hadis kekal dalam keumumannya; tidak dikaitkan dengan masa dan tempat. Dan supaya pengalaman dakwah yang dapat dicungkilkan daripada kisah dapat dimanfaatkan oleh semua masyarakat sehingga berlakunya kiamat.
2) Nabi (s.a.w) telah menghubungkan di antara pengalaman ini dengan realiti dakwah dan jamaah di zaman baginda melalui sabdanya “sebelum kamu”. Ini seolah-olah Rasulullah (s.a.w.) bersabda kepada para sahabat dan muslimin selepas mereka; “Ini adalah kisah saudara kamu di sisi Allah di zaman dulu. Inilah pengalaman mereka menghadapi kebatilan. Belajar dan ambillah pengajaran yang terdapat di dalamnya.”
3) Nabi (s.a.w.) menjelaskan dalam hadis di atas bahawa sistem pemerintahan di dalam masyarakat tersebut adalah sistem yang rosak. Ini disebabkan ia dibina di atas asas hawa nafsu dan kezaliman. Di sana terdapat raja yang menegakkan kerajaannya di atas asas sihir, tukang nujum dan paksaan. Kerajaan yang tertegak di atas asas-asas tersebut tidak akan berjaya selama-lamanya di dunia dan di akhirat.
Sihir menipu akal fikiran dan menukar hakikat sesuatu benda. Tukang sihir akan menggunakan ilmunya dalam menafsirkan semua perkara sesuai dengan kehendak dan hawa nafsu raja. Begitu juga dalam membawa masyarakat kepada kejahilan dan khurafat. Semua ini dilakukan supaya ketaghutan yang berlaku tidak disedari dan untuk membenarkan ketuhanan raja. Al-Quran telah menjelaskan perkara ini ketika menceritakan mengenai Firaun yang bermaksud;
“(Dengan yang demikian) Firaun memperbodohkan kaumnya, lalu mereka patuh kepadanya, kerana sesungguhnya mereka adalah kaurn yang fasik.” (Az-Zukhruf ; 44)
Manakala paksaan pula adalah kezaliman dan penguasaan terhadap jiwa dan tubuh badan. Hasilnya, orang ramai akan tunduk dan takut serta menyerahkan segalanya kepada kehendak raja, ini dilakukan melalui tekanan dan azab apabila sihir tidak lagi mampu rnenguasai akal, pemikiran dan kebebasan (paksaan dan kezaliman ini dapat dilihat dengan jelas melalui sambungan hadis ini).
Sesungguhnya semua sistern pemerintahan yang tidak dibina berdasarkan syariat langit dan hukum Allah, maka ia semestinya akan terbina berdasarkan hawa nafsu dan kezaliman sekalipun bentuknya adalah berbagai-bagai, sekalipun dilakukan dalam bentuk undang-undang dan teori-teori yang menipu. Perkara ini berlaku pada zaman moden ini di semua negara (Islam ataupun bukan Islam). Ia adalah seperti yang disebut oleh Haflz Ibrahim;
Kezaliman berlaku di kalangan. kita tanpa tersusun,
Maka pendokongnya menyusun sehingga kezaliman menjadi tersusun.
Huraian Hadis [2]
“Apabila ahli sihir tersebut telah tua, dia berkata kepada raja ; “Usiaku telah lanjut, berilah kepadaku seorang ghulam untuk aku ajarkan kepadanya sihir". Maka diberikan kepadanya seorang ghulam untuk diajarkan ilmu sihir kepadanya.
Dalam riwayat Tirmizi;
“Carilah untukku seorang ghulam yang mudah memahami atau dia berkata; yang cerdik dan cepat faham supaya aku dapat mengajarnya ilmu aku ini. Sesungguhnya aku bimbang aku akan mati dan ilmu ini tiada yang mewarisinya serta tiada seorang pun di kalangan kamu yang mengetahuinya.
1) Hadis di atas menampakkan keprihatinan ahli sihir dan kebimbangannya daripada bilangnya ilmu sihir dan kedudukannya di dalam sistem pemerintahan. Oleh itu dia mengingatkan usianya yang lanjut kepada raja dan meminta seorang ghulam untuk dia mengajar ilmunya itu supaya risaIah sihirnya berpanjangan dan penguasaannya terhadap negara berterusan. Ia tidak akan berkubur dengan matinya ahli sihir (atau tukang nujum).
2) AhIi sihir telah meminta ghulam yang mempunyai ciri-ciri khusus iaitu mempunyai kemampuan untuk memahami, cerdik, bijak dan bersedia untuk menerima ilmu dan pengajaran. Ini kerana setiap tugas dan pekerjaan terdapat mereka yang layak untuk memikulnya. Semakin besar tugas, susah dan penting, maka ciri-ciri yang sesuai dengannya adalah lebih tinggi, mendalam dan kuat.
3) Raja telah memperkenankan permintaan ahli sihir. Dia telah memilih seorang ghulam yang sesuai dan menghantarnya kepada ahli sihir supaya dia belajar daripadanya.
Pengajaran Di Sudut Dakwah.
1) Ahli batil banyak berkorban dan mencurahkan tenaga mereka untuk menjayakan kebatilan mereka. Mereka juga meletakkan perancangan untuk itu. Inilah sebagaimana yang dilakukan oleh ahli sihir dalam kisah ini. Golongan sosialis berusaha menyebarkan aqidah mereka yang sesat. Mereka berkorban, dipenjara dan berjuang kerananya. Golongan kristian pula menyediakan mereka yang akan meninggalkan negara menuju ke kawasan padang sahara dan hutan belantara demi mengajak manusia kepada aqidah mereka yang batil dan menyeleweng. Negara-negara kristian membelanjakan harta dan jiwa untuk menjaga dan menyebarkan agama mereka, Manakala golongan yahudi pula, mereka bekerja siang malam, bergerak di seluruh dunia untuk menguasai dunia secara terang-terangan tanpa segan silu lagi. Di manakah muslimin dalam hal ini? Sedangkan merekalah pembawa obor-obor kebenaran yang jelas dan al-Quran yang mulia.
Apakah mereka terdiri daripada para pemerintah yang zalim dan fasik, atau kafir yang keluar daripada agama, ataupun mereka adalah pemaksiat yang bergelumang dengan dosa dan noda, dan orang-orang jahil pendokong dajal dan khurafat. Mereka adalah majoriti dan pembawa kebenaran adalah minoriti. Sebahagian mereka pula hanya bersembahyang dan berpuasa. Selepas itu, mereka tidak pedulikan apa yang berlaku. Yang lain pula hanya sibuk bercakap tanpa beramal. Golongan daie pula sedikit, tapi malangnya mereka sibuk bercakaran sesama sendiri. Sepatutnya mereka memusatkan tenaga menghadapi kebatilan yang mengepung dan memerangi mereka.
Sesungguhnya bekerja untuk agama ini, berkorban demi penegakan kalimah Allah dan berjihad demi ketundukan semuanya kepada Allah adalah kewajipan terbesar, tanpanya Islam tidak akan memiliki daulah (pelindung) dan tidak berfungsi di dalam realiti kehidupan manusia sebagaimana sepatutnya. Muslimin hendaklah memahami realiti mi. Mereka hendaklah meneliti kembali hati-hati mereka, nasib mereka, realiti kehidupan mereka dan mereka hendaklah cepat-cepat kembali kepada Allah sebagai seorang pekerja, pejuang dan hanya menjadikan Allah sebagai tujuannya dengan mengenepikan semua selainnya. Firman Allah yang bermaksud;
“Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan kepada kamu suatu perniagaan yang akan menyelamatkan kamu dan azab yang pedih? (laitu) kamu beriman kepada Allah dan rasul-Nya serta kamu berjihad pada jalan Allah dengan harta benda kamu dan diri-diri kamu. Itulah yang lebih baik kepada kamu, sekiranya kamu mengetahui. Nescaya Allah akan mengampuni dosa -dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai dan memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam syurga Adn’. Itulah keuntungan yang besar, Dan yang lain yang kamu sukai (ialah) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira itu kepada orang-orang mukmin. Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong-penolong ugama) Allah sepertimana Nabi Isa ibni Maryam berkata kepada pengikut-pengikutnya: ‘Siapakah yang menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan ugama) Allah?”, penolong-penolongnya menjawab: “Kamilah penolong-penolong (ugama) Allah”, maka berimanlah segolongan dan Bani Israel dan segolongan lagi kufur. Maka Kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman ke atas musuh-musuh mereka, lalu mereka menjadi orang-orang yang menang". ( al-Saf ; 10-14)
2) Peranan generasi baru dan pemuda dalam membawa sebarang bentuk dakwah dan ideologi adalah terlalu besar bahkan merekalah sebagai tiang seri dan bekalannya. Oleh itu, prihatin terhadap mereka, mendidik dan menyediakan mereka untuk membawa risalah dakwah dan jihad adalah tidak boleh diabaikan. Ahli sihir (contoh ahli batil) memahami pengertian ini. Dia tidak meminta danipada raja seorang yang telah berusia atau tua tetapi yang dipinta ialah seorang ghulam. Ini disebabkan pemuda dan generasi baru mempunyai kemampuan untuk menerima, belajar, diberi tunjuk ajar dan tarbiah. Juga kerana rnereka mudah untuk mengubah tradisi dan adat serta kefahaman mereka. Begitu juga kerana kemampuan yang tinggi dan kekuatan semangat sebagai penolak untuk bergerak yang mereka miliki. Apabila seorang pemuda diajar dan ditarbiah, maka dia adalah lebib bertenaga untuk bergerak dan bekerja dengan bersungguh-sungguh serta mendapatkan formula- formula baru. Zaman kita ini telah memperlihatkan berbagai contoh yang jelas terhadap perkara ini.
3) Jepun yang telah dihancurkan dalam perang dunia kedua, tetapi mereka memberikan tumpuan kepada usaha menanam aqidah mereka yang batil ke dalam jiwa generasi baru dan pemuda, kemudiannya latihan, pembelajaran, mencipta, kerajinan dan kesungguhan serta perancangan. Natijahnya (dalam masa kurang daripada 50 tahun) ialah sebagaimana yang kita lihat pada hari ini. Begitu juga dengan Jerman yang dikalahkan dan dipecahduakan selepas peperangan, pada hari ini (khususnya selepas bersatunya Jerman) muncul sebagai salah sebuah negara yang maju dari sudut teknologi dan ekonomi. Amerika pula dianggap sebagi contoh yang jelas untuk progam-program tarbiah, pembelajaran dan penyediaan generasi baru dan pemuda sama ada dan segi tubuh badan, pengetahuan dan kejiwaan. Contoh lain lagi ialah negara-negara Timur yang maju. Di Rusia, diwujudkan perkumpulan pemuda dan generasi baru. Begitu juga dengan manhaj pembelajaran di sekolah dan universiti yang sentiasa melakukan persiapan untuk generasi akan datang.
Begitulah sebaliknya. Keruntuhan sesuatu bangsa atau masyarakat adalah berpunca daripada runtuhnya aqidah dan rosaknya pemuda mereka. Zaman kita ini juga dipenuhi dengan jenis ini yang terdiri daripada ‘perang murah’ dan tipu daya. Contohnya jelas dapat dilihat melalui apa yang berlaku di negara dunia ketiga (khususnya negara Islam). Perkara ini tidak memerlukan kepada penjelasan lanjut.
Rasulullah (s.a.w.) sendiri telah memberikan perhatiannya kepada pemuda dan generasi baru. Bagmda bersabda;
“Suruhlah anak-anak kamu bersembahyang ketika berumur tujuh tahun. Pukullah kerananya ketika berumur sepuluh tahun dan pisahkanlah tempat tidur di antara mereka.
“Seorang lelaki menunjuk-ajarkan anaknya adalah lebih baik daripada dia bersedekah dengan segantang.”’
Bahkan Islam telah memberikan perhatian kepada anak-anak sebelum daripada itu lagi. Ia bermula semenjak detik-detik pertama bayi berada di dunia. Tarbiah, pembelajaran dan pengajaran tidak terpisah dan berterusan daripadanya sehingga dia menemui ajal.
Imarn Ibnu Qayyim aI-Jawziah berkata: “Diriwayatkan oleh Hakim... daripada Ikrimah. Ibnu Abbas menceritakan kepada kami bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud;
"Bukalah kalimah pertama kepada bayi kamu dengan “Tiada Tuhan Melainkan Allah” dan ajarkanlah mereka ketika hendak mati dengan “Tiada Tuhan Melainkan Allah”
Beliau berkata lagi: Sufian al-Thauri berkata; “Seorang lelaki boleh memaksa anaknya mempelajari hadis kerana dia bertanggungjawab terhadapnya. Sesungguhnya mempelajari hadis adalah suatu kemuliaan. Sesiapa yang inginkan dunia dengan sebabnya, dia akan mendapatinya. Sesiapa yang inginkan akhirat dengan sebabnya, dia juga akan mendapatinya".
Abdullah bin Umar berkata: "Berilah tunjuk ajar kepada anak kamu, Kamu adalah bertanggung jawab terhadapnya. Apa yang kamu tunjuk ajarkan dan apa yang kamu mengajarnya, itulah yang bertanggung jawab terhadap kebaikan dan ketaatannya kepada kamu.”
Proses tarbiah berterusan sehinggalah ibadah yang dilakukan oleh anak menjadi penyejuk mata dan hati kepada kedua ibubapanya. Inilah yang dinyatakan oleh ahli-ahli tafsir.
Ibnu Qaiyim berkata: “al-Hasan bertanyakan Kathir bin Ziyad mengenai firman Allah yang bermaksud; “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dan isteri-isteri dan zuriat-zuriat kami perkara-perkara yang menyejukkan hati melihatnya.” Beliau berkata: Wahai Abu Said, apakah yang dimaksudkan ‘menyejukkan hati melihatnya’?, apakah ia dunia atau di akhirat? Beliau menjawab: Bahkan Demi Allah! Di dunia. al-Hasan bertanya: Apakah dia? Beliau menjawab: Demi Allah! Ia adalah seseorang yang melihat isterinya, saudaranya dan sanak saudaranya berada dalam ketaatan kepada Allah. Demi Allah! Tidak ada sesuatu yang lebih disukai oleh seorang muslim lebih daripada dia melihat anaknya, orang tuanya, sanak saudaranya atau saudaranya berada dalam ketaatan kepada Allah.”
Proses tarbiah dan pembelajaran berterusan. Apabila bayi meningkat usianya menjadi seorang ghulam, maka tugas tersebut semakin besar. Memberi perhatian dalam pentarbiahan dan pembelajaran di peringkat ini adalah amat terlalu penting. Perhatikanlah hadis “Suruhlah anak-anak kamu... yang telah lepas. Mengubah cara kepada memukul ketika berumur sepuluh tahun membuktikan kebenaran apa yang saya nyatakan. Kemudian perhatikan pula kepada kata-kata Ibnu Qaiyim aI-Jauziah dalam masalah ini. Beliau berkata;
“Ketika usianya meningkat sepuluh tahun, kekuatan, akal dan kemampuannya untuk melakukan ibadat bertambah. Oleh itu dia dipukul apabila meninggalkan solat sebagaimana arahan Rasulullah (s.a.w.). Pukulan ini adalah untuk memberi tunjuk ajar dan latihan, Ketika itu juga keupayaan membeza dan mengetahui mencapai tahap kekuatannya.
Oleh itu ramai di kalangan ahli fikah yang mewajibkan beriman ketika itu dan dia akan dihukum apabila meninggalkannya. Pendapat ini dipilih oleh Abu Khitab dan lainnya. Ia merupakan pendapat yang sangat kuat. Hukum ini tetap berlaku sekalipun hukum cabang (furuk) tidak ditaklifkan kepadanya. Ini kerana dia telah diberikan alat untuk mengetahui Pencipta dan mengakui ketauhidan-Nya, membenarkan rasul-Nya, mampu untuk mengetahui yang seumpamanya dan mengkaji dalil-dalilnya sebagaimana dia mampu untuk memahami pelbagai ilmu dan pekerjaan. Oleh itu kekufurannya dengan Allah dan rasul-Nya tidak boleh diterima sedangkan dalil-dalil yang membawa kepada beriman kepada Allah dan rasul-Nya jelas berada pada setiap ilmu dan pekerjaan yang dipelajarinya. Allah berfirman;
“Dan diwahyukan kepadaku al-Quran mi, supaya aku memberi amaran dengannya kepada kamu dan juga (kepada) sesiapa yang telah sampai kepadanya seruan al-Quran itu.” (al-An aam ; 19)
OIeh itu sesiapa yang sampai kepadanya seruan al-Quran dan mampu memahaminya, maka dia diberi amaran dengannya. Manakala hadis-hadis yang menyuruh menguji kanak-kanak, orang yang kurang akal dan pengsan adalah hadis-hadis yang menyuruh supaya menguji mereka yang tidak mampu menerima Islam. Mereka ini akan membuktikan kepada Allah dengan hujah-hujah mereka bahawa dakwah tidak sampai kepada mereka dan mereka tidak mampu untuk memahami Islam. Mereka yang mampu memahami selok-belok pekerjaan dan ilmu pula tidak boleh mengemukakan hujah ini kepada Allah. Hukum-hakam tidak dikenakan ke atas mereka di dunia tidak bermakna mereka juga tidak dikenakan di akhirat, ini adalah pendapat yang diriwayatkan daripada Ubai dan kawan-kawannya. Ia berada di kemuncak kekuatan".

Al-Asfahani menyebut: “al-Mansur mengutus utusannya berjumpa dengan Bani Umaiyah yang dipenjarakan untuk bertanyakan kepada mereka: Apakah yang amat memedihkan mereka di dalam penjara? Mereka menjawab: Semua perkara yang tidak dapat kami lakukan untuk mentarbiah anak-anak kami”.
Allahlah yang melimpahkan rahmat-Nya kepada mereka yang berkata;
Generasi baru membesar di kalangan kami,
di bawah naungan kebiasaan bapanya.
Keagamaan itu bukanlah dengan sangkaan, tetapi
Kebiasaannya beragama adalah lebih menghampirinya.
Dan mereka yang berkata;
Tunjuk ajar berkesan kepada anak-anak ketika kecil,
Apabila besar, tunjuk ajar tidak mendatangkan apa-apa
Rebung apabila dibetulkan, ia menjadi betul,
Jangan pula kamu perbetulkan buluh sekalipun untuk mencuba.
Sauqi berkata;
Yatim bukanlah mereka yang bapanya
mati dan meninggalkannya dalam keadaan hina.
Yatim ialah mereka yang mempunyai
ibu yang mencuaikannya atau bapa yang sibuk.
Ustaz Hasan al-Banna telah berkata; Sesungguhnya fikrah akan berjaya apabila keyakinan kepadanya kuat, keikhlasan dalam membawanya sempurna, semangat dalarn memperjuangkannya meningkat dan adanya kesediaan untuk berkorban dan bekerja demi merealisasikannya. Keempat-empat rukun ini iaitu keyakinan, keikhlasan, semangat dan beker:ja hampir-hampir menjadi ciri-ciri pemuda. Ini kerana asas keyakinan ialah akal yang cepat memahami, asas ikhlas ialah hati yang bersih, asas semangat ialah kuat kehendak dan asas bekerja ialah muda keazaman. Kesemua ini tidak dimiliki kecuali oleh pemuda.
Saya (penulis kitab) ingin mengakhiri perbincangan petikan hadis ini dengan mengatakan;
Sesungguhnya para pendakwah Islam, mereka adalah golongan yang mampu (dengan izin Allah) untuk mengembalikan sesuatu ke tempatnya dan menyelamatkan para pemuda ummah daripada dipersia-siakan serta merancang latihan yang dapat menyediakan mereka. Ini boleh berlaku dengan memberi penumpuan kepada generasi baru dan para pemuda sama ada lelaki maupun perempuan dalam pelbagai bidang. Juga dengan menyediakan manhaj tarbiah Islamiah yang ilmiah dan praktikal untuk setiap peringkat. Kemudian pemilihan mereka yang ke depan (lelaki dan perempuan) di kalangan mereka serta mereka yang mempunyai kemampuan yang tinggi dilakukan untuk diberikan program khusus dan intensif demi menyuburkan kemampuan mereka dan memperkembangkannya. Kerja ini dilakukan melalui usaha yang berterusan dan tarbiah yang tertumpu. Hanya beberapa tahun selepas itu (dengan izin Allah) akan wujud generasi muslim yang kuat dan bersungguh serta mampu untuk membina ummah Islamiah yan dicitakan, Semua ini di sisi Allah tidaklah payah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan