BAB III : Asma-ul Husna Menurut Ayat 180 Surah al-A‘raf
3.1 Pengenalan Asma-ul Husna Menurut Ayat 180 Surah al-A‘raf
Sesungguhnya setelah kita meneliti intisari kandungan ayat 180 surah al-A‘raf, jelaslah kepada kita Allah memiliki nama-nama yang terbaik, sesuai dengan sifat-sifat Allah Yang Maha Sempurna yang disebut Asma-ul Husna.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, untuk mengenal Allah s.w.t., ia dapat dicapai dengan jalan mengenal nama Allah dan sifat-sifatNya. Selain kita merenung dan bertafakkur tentang alam ciptaan Tuhan dan segala isinya bagi meyakini kebesaran, keagungan dan kekuasaan Allah, maka di samping itu jugalah kita berusaha untuk mengetahui nama-nama Allah yang terbaik itu ataupun Asma-ul Husna. Dengan demikian , Insya Allah akan tertanam iman yang kuat di dalam dada.
Justeru, melalui ayat 180 surah al-A‘raf ini, kita telah didedahkan mengenai nama-nama Allah yang terbaik ataupun Asma-ul Husna. Penulis akan memulakan bab ini dengan menampilkan pandangan muhaddithun (para ‘ulama’ hadith) tentang khilaf yang berlaku di kalangan para ‘ulama’ dalam menentukan bilangan Asma-ul Husna berkenaan sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah tentang bilangan nama-nama Allah ini.
Seterusnya, penulis akan membicarakan tentang pengertian Asma-ul Husna, fadhilat berdoa melalui Asma-ul Husna serta pandangan para ‘ulama’ mengenai kaedah sebenar penggunaan Asma-ul Husna.
Di dalam tafsir al-Durr al-Manthur fi Tafsir al-Ma’thur, Imam al-Suyuti menjelaskan bahawasanya di dalam penghuraiannya tentang ayat 180 surah al-A‘raf, Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Ahmad, Imam Tirmidhi, Imam al-Nasa’ie, Imam Ibn Majah, Imam Baihaqi dan Imam al-Tabrani telah meriwayatkan sebuah hadith daripada Abu Hurairah r.a. berkenaan bilangan nama-nama Allah yang terbaik itu sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. :
"ان لله تسعة و تسعين أسمأ , مئة الا واحد , من أحصاها كلها دخل الجنة "
Ertinya : “ Sesungguhnya Allah mempunyai sembilan puluh sembilan nama,iaitu kurang satu menyamai seratus.Sesiapa yang membilangnya (menyebutnya ) pasti masuk syurga”.(Muttafaq ‘alaih)[1]
Imam al-Nawawi di dalam kitabnya, Sahih Muslim bi Syarh Imam Muhyiddin al-Nawawi menjelaskan bahawasanya Imam Muslim telah meriwayatkan sebuah hadith yang sama di atas dengan beberapa pertambahan lafaz. Hadith yang diriwayatkan daripada Muhammad bin Rafi’, daripada ‘Abdul Razzaq, daripada Ma’mar, daripada Ayyub, daripada Ibn Sirin, daripada Hammam bin Munabbih , daripada Abu Hurairah berkata Rasulullah s.a.w. bersabda :
ان لله تسعة و تسعين أسمأ , مئة الا واحد , من أحصاها كلها دخل الجنة انه وتر يحب الوتر
Ertinya : “ Sesungguhnya Allah mempunyai sembilan puluh sembilan nama, iaitu kurang satu menyamai seratus. Sesiapa yang membilangnya (menyebutnya ) pasti masuk syurga”. Allah itu ganjil (Esa) , menyukai (bilangan) yang ganjil. (Muttafaq ‘alaih).[2]
Namun demikian, di dalam Tafsir al-Manar, Rasyid Redha telah membawa pandangan ‘ulama’ tentang hadith yang sama yang telah diriwayatkan oleh Imam al- Tirmidhi daripada tariq (jalan) al-Walid bin Muslim.[3]
Muhaddithun telah berselisih pendapat tentang susunan nama Allah yang terkandung di dalam hadith berikut yang diriwayatkan oleh Imam Tirmidhi ; sama ada ia merupakan hadith marfu‘ (yang disandarkan kepada Nabi, sama ada perkataan, perbuatan atau taqrir (pengakuan) meliputi sanad atau pun tidak) atau pun hadith mudraj (disisipkan ke dalam matan hadith).[4]
Di dalam Sunan al- Tirmidhi, dijelaskan hadith yang diriwayatkan oleh Imam al- Tirmidhi. Daripada Ibrahim bin Ya’qub al-Juzjani, daripada Safwan bin Salih, daripada al-Walid bin Muslim, daripada Syu‘aib bin Abi Hamzah, daripada Abi al-Zanad, daripada al-A’raj, daripada Abu Hurairah berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda:
"ان لله تسعة و تسعين أسما , مئة غير واحدة , من أحصاها دخل الجنة .هو الله الذى لا إله إلا هو الرحمن الرحيم الملك القدوس السلام المؤمن المهيمن العزيز الجبار المتكبر الخالق البارىء المصور الغفار القهار الوهاب الرزاق الفتاح العليم القابض الباسط الخافض الرافع المعز المذل السميع البصير الحكم العدل اللطيف الخبير الحليم العظيم الغفور الشكور العلىّ الكبير الحفيظ المقيت الحسيب الجليل الكريم الرقيب المجيب الواسع الحكيم الودود المجيد الباعث الشهيد الحق الوكيل القوىّ المتين الولىّ الحميد المحص المبدىء المعيد المحى المميت الحىّ القيوم الواجد الماجد الواحد الأحد الصمد القادر المقتدر المقدم المؤخر الأول الآخر الظاهر الباطن الوالى المتعالى البر التواب المنتقم العفو الرؤوف مالك الملك ذوالجلال والإكرام المقسط الجامع الغنىّ المغنى المانع الضار النافع النور الهادى البديع الباقى الوارث الرشيد الصبور.
Ertinya : “ Sesungguhnya Allah mempunyai sembilan puluh sembilan nama,iaitu kurang satu menyamai seratus. Sesiapa yang membilangnya pasti masuk syurga. Dialah Allah,tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Maha Pemurah, Yang Maha Penyayang, Yang Merajai, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Memberi Keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Maha Pengampun, Yang Maha Mengalahkan, Yang Maha Memberi, Yang Maha Pemberi Rezeki, Yang Maha Pembuka Pintu Rahmat, Yang Maha Mengetahui, Yang Maha Menggenggam, Yang Maha Melapangkan, Yang Maha Menurunkan Darjat, Yang Maha Mengangkat Darjat, Yang Maha Memuliakan, Yang Maha Menghinakan, Yang Maha Mendengar, Yang Maha Melihat, Yang Menetapkan Hukum, Yang Maha Adil, Yang Maha Halus, Yang Maha Mengetahui(Waspada), Yang Maha Penyabar, Yang Maha Agung, Yang Maha Pengampun, Yang Maha Berterima Kasih, Yang Maha Tinggi, Yang Maha Besar, Yang Memelihara, Yang Memberi Makan, Yang Maha Menghitung, Yang Mempunyai Kebesaran, Yang Maha Pemurah, Yang Maha Mengawasi, Yang Maha Mengabulkan, Yang Maha Luas, Yang Maha Bijaksana, Yang Membangkitkan, Yang Menyaksikan, Yang Maha Benar, Yang Maha Mengurus, Yang Maha Kuat, Yang Sangat Kukuh, Yang Maha Melindungi, Yang Maha Terpuji, Yang Maha Menghitung, Yang Memulakan, Yang Mengembalikan, Yang Menghidupkan, Yang Mematikan, Yang Maha Hidup, Yang Berdiri Sendiri, Yang Mendapatkan, Yang Maha Mulia, Yang Maha Esa, Yang Dituju, Yang Maha Menentukan, Yang Maha Kuasa, Yang Mendahulukan, Yang Mengakhirkan, Yang Terdahulu, Yang Akhir, Yang Nyata KekuasaanNya, Yang Maha Tersembunyi, Yang Maha Menguasai, Yang Maha Luhur, Yang Berbuat Baik, Yang Menerima Taubat, Yang Memberi Siksaan, Yang Maha Pemaaf, Yang Maha Belas Kasihan, Yang Menguasai Kerajaan, Yang Mempunyai Keagungan dan Kemuliaan, Yang Maha Adil, Yang Maha Mengumpulkan, Yang Maha Kaya, Yang Memberi Kekayaan, Yang Mencegah, Yang Mendatangkan Mudarat dan Bahaya, Yang Memberi Manfaat, Yang Menciptakan Cahaya, Yang Memberi Petunjuk, Yang Mencipta dengan tiada contoh lain, Yang Maha Kekal, Yang Tetap Ada, Yang Maha Pandai, Yang Maha Sabar.
(Riwayat Tirmidhi).[5]
Maka, jumhur ‘ulama’ menyatakan ia merupakan hadith mudraj (disisipkan ke dalam matan hadith) dan pendapat ini merupakan yang lebih rajih(tepat). Ini kerana Imam Bukhari dan Imam Muslim tidak meriwayatkan sedemikian, melainkan hanya al-Walid bin Muslim sahaja yang meriwayatkan hadith di atas, dan kemungkinan berlaku penyisipan berkaitan susunan dan penentuan 99 nama Allah. Inilah pandangan yang telah dinyatakan oleh Ibn Hajar al-Asqalani di dalam kitabnya Fath al-Bari.’[6]
Beliau juga menjelaskan bahawa nama Allah tidak terhad kepada 99, bahkan lebih daripada itu. Adapun maksud hadith berkaitan nama-nama Allah sebanyak 99 itu adalah bilangan yang dikhususkan kepada sesiapa yang menghitung atau menghafaznya yang akhirnya membolehkan ia mendapat balasan syurga.[7]
Kesimpulannya, melalui ayat 180 surah al-A‘raf kita telah diberi pendedahan mengenai nama-nama Allah sebanyak 99 dengan disokong oleh hadith yang telah diriwayatkan daripada Abu Hurairah, meskipun terdapat perselisihan pendapat di kalangan muhaddithun tentang hadith yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmidhi daripada tariq (jalan) al-Walid bin Muslim.
2.1 Pengertian Asma-ul Husna.
2.1.1 Nama-Nama Dan Maknanya
Ustaz Ismail Haji Ali di dalam bukunya Khasiat dan Fadilat Asma-ul Husna telah menjelaskan dengan lebih terperinci berkaitan 99 nama-nama Allah beserta makna-maknanya.[8]
Berikut adalah 99 nama-nama Allah dan pengertiannya:
1.Allah ( الله )
Nama bagi zat (ism al-dhat) Tuhan semesta alam yang telah menciptakan dunia dengan segala isinya termasuk manusia.Tidak ada Tuhan yang sebenarnya kecuali Dia.Manusia wajib beribadah dan menyembah hanya kepadaNya. Sedangkan nama-nama lain dari Asma-ul Husna adalah menunjukkan sifat-sifat Allah Yang Maha Agung.
2.Yang Maha Pemurah ( الرحمن )
Memberi rahmat dan nikmat kepada semua makhluk serta tiada yang terkecuali.Sama ada manusia yang beriman mahupun yang kafir, manusia yang taat mahupun yang derhaka, ataupun yang dosanya sedikit mahupun yang dosanya banyak.
3.Yang Maha Penyayang ( الرحيم )
Memberi rahmat dan nikmat yang berlimpah-limpah khususnya kepada orang yang beriman.
4.Yang Merajai ( الملك )
Merajai segala apa yang ada di langit dan di bumi.Dia merajai dunia dan akhirat.
5.Yang Maha Suci ( القدوس )
Maha Suci daripada segala cela dan segala sifat kekurangan.
6.Yang Maha Sejahtera ( السلام )
Menyelamatkan hambaNya daripada aniayaNya.Keselamatan dan kesejahteraan yang sebenarnya hanyalah daripada Allah.
7.Yang Memberi Keamanan ( المؤمن )
Setiap makhluk hidup dalam keadaan aman kurniaan Allah.
8.Yang Maha Memelihara ( المهيمن )
Memelihara makhlukNya dan mengawasinya.Tiada suatu makhluk yang terlepas daripada pemeliharaanNya.
9.Yang Maha Perkasa ( العزيز )
Yang memenangi di atas segala makhluk kerana keagunganNya dan kekuasaanNya.
10.Yang Maha Memaksa ( الجبار )
Maha Berkuasa memaksa makhlukNya menurut kehendakNya.

11.Yang Memiliki Segala Kesombongan dan Keagungan (المتكبر )
Hanya Dialah yang berhak sombong.Manusia dilarang sekali-kali menyombongkan diri kerana dilarang oleh Islam.
12.Yang Menciptakan ( الخالق )
Yang menciptakan segala sesuatu yang ada. Oleh itu,semuanya disebut makhluk,ertinya ciptaan Allah.
13.Yang Mengadakan ( البارىء )
Yang mengadakan segala sesuatu sehungga wujud dalam kenyataan.Dan segala yang terjadi itu sesuai dengan qudrat dan iradatNya.
14.Yang Membentuk Rupa ( المصور )
Allah yang mencipta segala bentuk dan rupa makhluk.
15.Yang Maha Pengampun ( الغفار )
Maha memberi ampun kepada hamba-hambaNya yang yang mahu bertaubat sekalipun dosa yang dilakukan sangat banyak.
16.Yang Maha Mengalahkan ( القهار )
Dapat mengalahkan semua makhlukNya dengan keperkasaanNya dan keagunganNya.
17.Yang Maha Memberi ( الوهاب )
Maha Banyak pemberianNya kepada makhlukNya sehingga tidak dapat dihitung banyaknya.
18.Yang Maha Pemberi Rezeki (الرزاق )
Memberi rezeki kepada sekalian makhlukNya tanpa kecuali sama ada yang beriman ataupun tidak beriman.Semua rezeki adalah dari Allah walaupun manusia memperoleh rezeki dari sesama manusia;hakikatNya Allah yang memberi.
19.Yang Maha Pembuka Pintu Rahmat ( الفتاح )
Dialah yang membuka pintu rahmat sebanyak-banyaknya bagi hambaNya dan rahmat Allah meliputi segala sesuatu.
20.Yang Maha Mengetahui ( العليم )
Mengetahui segala sesuatu yang dapat dilihat oleh pancaindera manusia ataupun yang tidak dapat dilihat.Dan tiada sesuatu pun yang tidak diketahui oleh Allah.
21.Yang Maha Menggenggam ( القابض )
Yang menggenggam nyawa yakni yang mencabut nyawa dari jasad.Dan yang menggenggam rezeki yakni meyempitkannya dan yang mengurangkan rezeki seseorang yang dikehendakiNya.
22.Yang Maha Melapangkan ( الباسط )
Yang melapangkan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya.
23.Yang Maha Menurunkan Darjat ( الخافض )
Menurunkan darjat seseorang yang dikehendakiNyasehingga hidupnya menjadi hina.
24.Yang Maha Mengangkat Darjat ( الرافع )
Mengangkat darjat seseorang yang dikehendakiNya sehingga menjadi manusia yang terhormat dan tinggi darjatnya disebabkan taqwanya yang sebenar-benranya kepada Allah.
25.Yang Maha Memuliakan (المعز )
Memelihara kemuliaan kepada orang yang berpegang teguh kepada agama Allah dan memberi kemenangan dan kejayaan kepadanya.
26.Yang Maha Menghinakan ( المذل )
Yang berkuasa menghina ke atas orang-orang yang menjadi musuhNya, menentangNya dan RasulNya.
27.Yang Maha Mendengar ( السميع )
Mendengar segala apa sahaja yang dapat didengar oleh manusia ataupun tidak,yang tersembunyi ataupun yang zahir.
28.Yang Maha Melihat (البصير )
Melihat segala apa yang wujud.Tidak ada suatu makhluk pun yang dapat melepaskan diri dari penglihatanNya.
29.Yang Menetapkan Hukum ( الحكم )
Menghukumi segala perkara dan perbuatan manusia,yang tidak dapat ditolak keputusanNya,tidak dapat diganggu gugat dan tidak dapat ditentang.
30.Yang Maha Adil ( العدل )
Adil dalam segala hukum dan tindakanNya dan adil dalam ketetapanNya.
31.Yang Maha Halus ( اللطيف)
Mengetahui segala perkara sampai kepada selembut-lembutnya dan yang sekecil-kecilnya.Juga mengetahui perkara-perkara yang samar dan yang pelik.
32.Yang Maha Mengetahui(Waspada) (الخبير )
Mengetahui segala yang lahir dan yang tersembunyi serta hakikat sesuatu kejadian itu.
33.Yang Maha Penyabar ( الحليم )
Yang tidak mudah marah dan tidak tergesa-gesa menyeksa.Tidak segera menghukum orang yang membuat dosa, kerana boleh jadi orang yang berdosa itu segera bertaubat dengan taubat yang sungguh-sungguh.
34.Yang Maha Agung ( العظيم )
Agung dalam segala-galanya, sehingga sampai kepada puncak keagungan yang tidak ada yang melebihiNya.Agung di dalam zatNya mahupun sifat-sifatNya.
35.Yang Maha Pengampun ( الغفور )
Banyak pengampunanNya terhadap hamba-hambaNya yang berdosa.
36.Yang Maha Berterima Kasih ( الشكور )
Berterima kasih terhadap hambanya dengan mengurniakan pahala yang banyak di atas amal hamba-hambaNya yang sedikit.
37.Yang Maha Tinggi ( العلى )
Maha tinggi martabatNya, tinggi setinggi-tingginya sehingga tiada yang mampu menandingiNya.
38.Yang Maha Besar ( الكبير)
Mempunyai sifat kebesaran yang mutlak,tiada batasnya dan tidak dapat dibayangkan oleh pancaindera dan akal manusia tentang betapa besarnya kebesaran Allah.
39.Yang Memelihara ( الحفيظ )
Memelihara makhluknya, memelihara keadaan alam ini sehingga berjalan teratur dengan rapi serta memelihara amal hamba-hambaNya dengan tidak menyia-nyiakannya.
40.Yang Memberi Makan (المقيت )
Memberi makan kepada makhlukNya, sama ada makanan jasmani ataupun makanan rohani.
41.Yang Maha Menghitung ( الحسيب )
Yang mencukupi hambaNya, atau yang memperhitungkan segala amal perbuatan manusia ketika di dunia untuk mendapat balasan di akhirat kelak.
42.Yang Mempunyai Kebesaran ( الجليل )
Mempunyai kebesaran kerana memiliki sifat-sifat yang amat sempurna dan Maha Sempurna segala-galanya.
43.Yang Maha Pemurah (الكريم )
Banyak memberi kepada makhlukNya denga tidak diminta dan tidak meminta ganti di atas kemurahan pemberianNya.
44.Yang Maha Mengawasi ( الرقيب )
Mengawasi segala makhluknya sehingga tiada suatu makhluk pun yang terelepas daripada pengawasan Allah.
45.Yang Maha Mengabulkan ( المجيب )
Mengabulkan segala permohonan orang yang memohon apabila memohon dengan bersungguh-sungguh.
46.Yang Maha Luas (الواسع )
Rahmat dan ilmu Allah meratai seluruh makhluk seluas-luasnya.
47.Yang Maha Bijaksana ( الحكيم )
Segala apa yang diciptaNya di dunia ini mengandungi hikmah dan kemaslahatannya yang tersendiri.
48.Yang Maha Penyayang (الودود )
Menyayangi hambaNya, cinta dan kasih kepada hambaNya yang taat, yang melakukan perintah Allah dengan sebaik-baiknya.
49.Yang Maha Mulia ( المجيد )
Yang berada di puncak kemuliaan yang mana tidak ada yang dapat menandingiNya.
50.Yang Membangkitkan (الباعث )
Yang membangkitkan Rasul untuk membimbing manusia ke jalan Allah, membangkitkan cita-cita dan membangkitkan manusia dari alam kubur untuk menuju alam akhirat.
51.Yang Menyaksikan ( الشهيد )
Menjadi saksi atas segala perbuatan manusia dan mengetahui segala keadaan makhlukNya.
52.Yang Maha Benar ( الحق )
Tiada keraguan bahawa Allah itu Maha Benar dan wujudNya tetap dan tidak berubah
53.Yang Maha Mengurus ( الوكيل)
Mengurus segala perkara hamba-hambaNya dan semua yang dihajatkan oleh hambaNya.
54.Yang Maha Kuat ( القوىّ )
Mempunyai kekuasaan dan kekuatan yang Maha Hebat, serta mempunyai kemampuan untuk bertindak dengan kekuatanNya.
55.Yang Sangat Kukuh ( المتين )
Yang Maha Sempurna kekuatanNya.Amat teguh, kukuh dan sangat kuat.
56.Yang Maha Melindungi ( الولىّ )
Memberi perlindungan kepada hamba-hamabaNya dengan baik dan menguasai segala urusan makhluknya dengan kasih sayang dan pertolongan.
57.Yang Maha Terpuji (الحميد )
Yang Maha Berhak menerima pujian kerana banyakanya nikmat yang telah diberikan kepada makhluknya.
58.Yang Maha Menghitung ( المحصي )
Allah dapat menghitung segala sesuatu yang ada di ala mini sama ada yang kelihatan ataupun yang tesembunyi dan berapa bilangannya , semuanya diketahui oleh Allah.
59.Yang Memulakan ( المبدىء )
Yang memulakan penciptaaan semua makhluk daripada tiada kepada ada.
60.Yang Mengembalikan ( المعيد )
Yang mengembalikan kehidupan manusia dari alam kubur ke alam akhirat setelah seluruh isi dunia hancur lebur.
61.Yang Menghidupkan ( المحى )
Menghidupkan makhluk-makhluk yang hidup dengan qudrah dan iradahNya.
62.Yang Mematikan ( المميت )
Mematikan makhluk yang hidup dengan qudrah dan iradahNya.
63.Yang Maha Hidup ( الحىّ )
Hidup Allah abadi,tidak berawal dan tidak berakhir.
64.Yang Berdiri Sendiri (القيوم )
Tiada Tuhan kecuali Allah, yang berdiri sendiri serta tidak memerlukan bantuan selainNya.
65.Yang Mendapatkan ( الواجد )
Mendapatkan segala apa yang dikehendakiNya.
66.Yang Maha Mulia ( الماجد )
Maha Mulia diriNya sendiri dan tiada yang menyamaiNya.
67.Yang Maha Esa (الأحد الواحد )
Maha Tunggal dan tiada selainNya.
68.Yang Dituju (الصمد )
Yang dituju oleh semua makhluk.Hanya kepada Allah sahaja manusia menggantungkan hidupnya.
69.Yang Menentukan ( المقتدر )
Yang berkuasa menentukan terhadap segala sesuatu.
70.Yang Maha Kuasa ( القادر )
Berkuasa terhadap makhluknya dan berkuasa melaksanakan segala sesuatu dengan kehendakNya.
71.Yang Mendahulukan ( المقدم )
Mendahulukan sesuatu makhluk dari yang lain; sama ada dari segi kejadiannya, kemuliaannya, masa dan tempat.
72.Yang Mengakhirkan ( المؤخر )
Mengakhirkan sesuatu makhluk dari yang lain ; sama ada dari segi kejadiannya, kemuliaannya,masa dan tempat.
73.Yang Terdahulu (الأول )
Allah terdahulu adaNya dari semua makhluk.
74.Yang Akhir ( الآخر )
Allah yang tiada kesudahanNya dan abadi untuk selama-lamaNya.
75.Yang Maha Nyata ( الظاهر )
KekuasaanNya nampak nyata di alam semesta ini. Dengan penciptaan dunia dengan segala isinya menunjukkan kekuasaan Allah.
76.Yang Maha Tersembunyi ( الباطن )
Tidak kelihatan zatNya, yang ghaib dan tidak diketahui unsurNya.
77.Yang Maha Menguasai ( الوالى )
Menguasai segala makhlukNya tanpa ada kecuali. Menguasai segala urusan hambaNya dan memilikiNya.
78.Yang Maha Luhur ( المتعالى )
Maha Tinggi dan bersih dari sifat kekurangan.Maha Luhur dalam segala-galaNya.
79.Yang Berbuat Baik ( البر )
Sangat besar kebaikanNya terhadap hamba-hambaNya.
80.Yang Menerima Taubat ( التواب )
Memberi kesempatan kepada manusia yang berbuat maksiat dan derhaka untuk bertaubat dan akan menerimanya sekiranya mereka bertaubat bersungguh-sungguh.
81.Yang Memberi Siksaan ( المنتقم )
Yang memberi siksaan kepada manusia yang berbuat dosa dan derhaka sebagai pembalasan terhadap perbuatan yang mungkar itu.
82. Yang Maha Pemaaf (العفو )
Memaafkan kesalahan hambaNya yang memohon maaf kepadaNya.
83.Yang Maha Belas Kasihan (الرؤوف )
Amat mengasihani hamba-hambaNya.
84.Yang Menguasai Kerajaan (مالك الملك )
Berkuasa mutlak terhadap makhlukNya dan menguasai segala kerajaan di langit dan di bumi.
85.Yang Mempunyai Keagungan dan Kemuliaan ( ذوالجلال والإكرام )
Mempunyai kemuliaan dan kesempurnaan yang tiada bandingannya.
86.Yang Maha Adil ( المقسط )
Adil di dalam menghukum hamba-hambaNya sama ada terhadap orang yang menganiaya ataupun yang dianiaya.
87.Yang Maha Mengumpulkan ( الجامع )
Mengumpulkan semua manusia pada hari pembalasan di alam akhirat.
88.Yang Maha Kaya ( الغنىّ )
Tidak memerlukan kepada yang lain. Bahkan semua makhlukNya sangat berhajat kepadaNya.
89.Yang Memberi Kekayaan ( المغنى )
Memberi kekayaan kepada orang yang dikehendaki.
90.Yang Mencegah ( المانع )
Mencegah dan menolak perkara yang merosakkan harta dan jiwa seseorang sehingga orang tadi mendapatkan perlindungan Allah s.w.t.
91.Yang Mendatangkan Mudarat dan Bahaya ( الضار )
Memudaratkan kepada orang yang menentang Allah dan RasulNya.
92.Yang Memberi Manfaat ( النافع )
Memberi kemanfaatan serta kebaikan yang merata kepada seluruh hambaNya.
93.Yang Menciptakan Cahaya ( النور )
Allah adalah zat yang bercahaya dan yang menciptakan cahaya.
94.Yang Memberi Petunjuk (الهادى )
Menunjukkan makhlukNya segala sesuatu jalan. Menunjukkan hambaNya yang soleh dan beriman kepada jalan yang diredhaiNya.
95.Yang Mencipta dengan tiada contoh lain ( البديع )
Menciptakan segala sesuatu yang ada di dunia ini tanpa memakai contoh. Allah tiada yang menyerupaiNya dan menyamaiNya.
96.Yang Maha Kekal ( الباقى )
Allah kekal untuk selama-lamanya, tidak akan rosak, musnah dan berakhir.
97.Yang Tetap Ada ( الوارث )
Tetap ada setelah seluruh makhluk binasa.
98.Yang Maha Pandai (الرشيد)
Maha Pandai mengatur dunia sesuai dengan hikmah dan berdasarkan kebenaran.
99.Yang Maha Sabar ( الصبور )
Tidak tergesa-gesa menjatuhkan seksa kepada hambaNya serta tidak tergesa-gesa menciptakan sesuatu sebelum tiba masanya. [9]
[1] al-Suyuti, ‘Abdul Rahman Jalaluddin al-Suyuti, op.cit, hal.616. Lihat juga Imam al-Nawawi, op.cit, hal 7.
[2] Imam al-Nawawi, op.cit. , hal. 8
[3] Muhammad Rasyid Ridha, op.cit, hal.431.
[4] Dr. Muhammad Tahhan, Taisir Mustalah al-Hadith, cet.6, 1984, Maktabah Dar al-Turath, Kuwait, hal. 103
[5] Al-Tirmidhi, Abu ‘Isa Muhammad bin ‘Isa bin Saurah, Sunan al-Tirmidhi, Kitab al-Da’awat, Juz 5, 2001, Dar al-Ma’rifah, hal.303.
[6] al-Asqalani, Imam Hafiz Ahmad bin ‘Ali bin Hajar, Fath al-Bari’ Syarh Sahih al-Bukhari, Kitab al-Da’awat, Cet. 1, 2000, Dar al-Salam, hal.271.
[7] Ibid, hal.272
[8] Ustaz Ismail Haji Ali, Khasiat dan Fadhilat al-Asmaaul Husna 99 Nama Allah, Cet. 3, 2000, Perniagaan Jahabersa, hal. 24
[9] Ibid , hal.54
Tiada ulasan:
Catat Ulasan