
1) Kemungkinan besar berlaku satu lagi PR kecil di DUN Penanti dengan peletakan jawatan oleh Fairus. Pandangan umum, Pakatan Rakyat tiada masalah untuk memenanginya. Apa lagi trend sekarang, rakyat menolak UMNO dan BN.
2) Namun begitu, dari sudut yang lain, ia boleh menimbulkan back fire kepada Pakatan Rakyat, kerana masalah dalaman yang sering timbul. Belum sempat hendak bernafas lega setelah PR kecil 3 DUN baru-baru ini, kini ada lagi yang baru. Bimbang rakyat muak, dan seterusnya menghukum Pakatan Rakyat.
3) Justeru, bagi saya pengunduran Fairus bermakna suatu proses penyucian di dalam PKR. Hanya mereka yang jelas hala tuju perjuangan, berintegriti, amanah dan sanggup berkorban, layak dipilih sebagai calon parti. Jika tidak, kes seumpama Fairus akan berulang lagi.
4) PKR harus membetulkan dirinya dan hala tuju perjuangan ahli-ahlinya. Anwar Ibrahim seharusnya mengambil langkah drastik, dalam membetulkan minda dan kejelasan matlamat perjuangan di kalangan ahli PKR.
5) Berjuang kerana individu, tidak akan kekal semangatnya apabila individu itu terbuang atau dibuang. Kita bimbang apabila perkara dalaman ini tidak diselesaikan oleh Pakatan Rakyat khususnya PKR ; maka rakyat akan kembali memilih UMNO dan BN.
17 April 2009, 21 Rabi'ul Akhir 1430 Hijrah,
10.10 pagi Malaysia Timur
2 ulasan:
ada betulnya.
kalau sikit-sikit letak jawatan kerana politik dalaman, rasanya PR akan dihukum jua.
tak mustahil perkara sebegitu berlaku sebagai signal awal.
Pakdi
http://pemikir.blogspot.com
Betul pakdi itu menjadi kerisauan. Muktamar PAS pun tak lama lagi, jika isu Erdogan dan pro-muzakarah dengan UMNO tidak diselesaikan dengan baik, bimbang akan timbul perpecahan besar. Minta dijauhkan. Tk atas pandangan enta
Catat Ulasan