Rabu, 12 September 2007

Ghulam al-Dakwah (Iman dan Harakah)- Bhgn 1

Assalamualaikum kepada semua pembaca budiman. Alhamdulillah, setelah bertungkus-lumus hampir sejam, dapat saya berkongsi dengan anda semua, sebuah buku yang bagi saya sangat menarik untuk dikongsi bersama. Ternyata untuk belajar scan dokumen, kena try and error ; begitulah proses pembelajaran dalam hidup ini. Sekali kita gagal, bukan bermakna kita gagal selamanya. Bangkit setelah melakukan kesilapan, merupakan jalan rintis untuk menuju kejayaan. Buku yang saya maksudkan ialah Ghulam al-Dakwah atau Iman dan Harakah (setelah diubahsuai oleh penerbit buku ini dalam Bahasa Melayu). Terima kasih kepada penulis asal Hisyam Soqr dan penterjemah buku ini ; Ustaz Mohd Asri Hashim di atas tulisan dan penterjemahan yang cukup bermakna. Penulis cuba merungkai pengajaran di sebalik hadith ghulam yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, Imam Tirmizi dan Imam Ahmad. Kisah ini dirakamkan pula oleh Allah tentang Ashab al-Ukhdud di dalam surah al-Buruj. Sebagai para pendakwah, ambillah manfaat yang sangat besar dari buku ini. Saya cuba menghidangkan kepada anda semua bab demi bab sekadar kemampuan yang ada. Sedikit perhatian, sepatutnya saya mengambil hadith riwayat Muslim sebagai asas utama sebagaimana ditekankan oleh penulis. Cuma oleh kerana beberapa kesilapan yang tak dapat dielakkan, kita melihat kepada hadith ghulam riwayat Imam Tirmizi sebagai asas perbincangan. Saya tidak pasti buku ini masih ada atau tidak di pasaran, tapi anda semua boleh bertanya kepada Pustaka Salam Sdn Bhd di talian 03-98735626 kerana ia diterbitkan pada tahun 1998 lagi. Sekian untuk makluman.


Kata Pengantar

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana dengan izin-Nya buku ini dapat menemui pembaca. Semoga dengan kehadirannya, akan memberi nafas dan idea baru yang diambil daripada peristiwa yang telah berlaku kepada pendakwah dan juga gerakan dakwah.

Judul asal buku ini ialah Ghulamud Dakwah.. Tetapi penterjemah menamakannya Iman dan Harakah setelah mendapat persetujuan mengubahnya daripada pengarang. Gabungan peristiwa yang telah berlaku berdasarkan kisah yang diceritakan oleh Rasulullah dengan realiti dakwah han ini, dan pengajaran yang diutarakan, dikemukakan dalarn bentuk cukup menarik. Ia sudah tentu mengembalikan kepercayaan para daie bahawa sejarah yang telah berlaku adalah bekalan berharga untuk mereka meneruskan perjuangan para Rasul.

Di antara perkara yang diberi penekanan ialah kepentingan tarbiah terhadap generasi baru, tribulasi, tarbiah, perancangan, penentangan golongan toghut, pelbagaikan peranan daie dan penyusunan tenaga mereka, thabat, sekitar kepimpinan, persoalan doa, dakwah umum, dakwah fardiah dan pemilihan anasir, peranan wanita dalarn dakwah, kerahsiaan dan pengisytiharan dalarn dakwah, pemisahan dan pertentangan di antara kebenaran dan kebatilan, Dharurah Syar’iyyah dan Maslahah serta garis panduannya, dan Karamah serta garis panduan syarak.

Nota kaki dalam buku ini dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama diletak di setiap muka surat yang mengandungi kenyataan yang memerlukan penjelasan lanjut (nota kaki). Kebiasaannya, ia ditulis oleh pengarang dan penterjemah, dan menjelaskan perkara yang diperlukan segara oleh pembaca untuk memahami teks berkenaan. Bahagian kedua pula dikumpulkan di muka surat terakhir dan kebanyakkannya melibatkan takhrij hadis.



Hadith mengenai Ahli Sihir, Rahib dan Ghulam (Dalam Kitab Sunan Tarmizi)

Mahmud bin Ghailan dan Abdun bin Hamid menceritakan kepada kami dengan cerita yang mernpunyai makna yang sama, kedua-duanya berkata; Abdur Razak menceritakan kepada kami daripada Ma’mar daripada Shabit al-Banaani daripada Abdur Rahman bin Abu Laila daripada Suhaib bahawa beliau berkata;

“Rasulullah (s.a.w) apabila bersembahyang Asar, baginda menggerakkan dua bibirnya seolah-olah baginda bercakap. Dikatakan kepada baginda; “Kamu wahai Rasulullah, apabila kamu bersembahyang Asar, karnu menggerakkan dua bibirmu seolah-olah kamu bercakap. Maka baginda bersabda: “Salah seorang daripada para nabi merasa ajaib dengan umatnya lalu dia berkata; “Siapakah yang akan mengendalikan urusan mereka?! Maka Allah mewahyukan kepadanya supaya memberikan mereka pilihan sama ada membunuh diri atau dikuasai oleh musuh. Mereka pun memilih membunuh din. Maka kematian berleluasa di kalangan mereka. Pada suatu hari berlaku tujuh puluh ribu kematian.”

Suhaib berkata; “Apabila Rasulullah menyebut hadis ini, baginda akan menceritakan hadis yang lain.”Baginda (s.a.w) bersabda; Terdapat seorang raja di kalangan raja-raja yang rnempunyai seorang tukang nujum’ yang berkhidmat kepadanya, Tukang nujum [1] tersebut berkata; “Carilah untukku seorang ghulam yang mudah memahami atau dia berkata; yang cerdik dan cepat faham supaya aku dapat rnengajarnya ilmu aku mi, Sesungguhnya aku bimbang aku akan mati dan ilmu ini tiada yang mewarisinya serta tiada seorang pun di kalangan kamu yang mengetahuinya.”

Baginda bersabda lagi; “Mereka pun mencarinya berdasarkan kepada ciri-ciri yang disebutkan dan ghulam yang dijumpai diperintahkan supaya menemui tukang nujum tersebut dan sentiasa mendatanginya. Maka ghulam tersebut pun berulang-alik menemuinya. Di perjalanan, terdapat seorang rahib yang beribadat di gerejanya. Ma’mar (salah seorang perawi hadis ini) berkata; “Mereka yang berada di dalam gereja ketika itu adalah golongan muslimin.”

Baginda bersabda lagi; “Ini menjadikan ghulam sentiasa bertanyakan rahib tersebut setiap kali dia melaluinya. Keadaan tersebut berterusan sehinggalah rahib menceritakan kepadanya dan berkata; “Sesungguhnya aku menyembah Allah.”

Baginda bersabda lagi; “Ini menjadikan ghulam berhenti untuk berjumpa rahib dan lewat menemui tukang nujum. Tukang nujum pun menceritakan kepada keluarga ghulam dengan mengatakan; “Dia lewat datang menemuiku.” Ghulam menceritakan perkara ini kepada rahib lalu dia menjawab; ‘Apabila kamu ditanya oleh tukang nujum; Di mana kamu sebelum ini?. Jawablah; Bersama-sama keluargaku. Apabila keluargamu bertanya di mana kamu sebelum ini?, beritahulah mereka bahawa kamu bersama-sama dengan tukang nujum.

Baginda bersabda lagi; “Keadaan tersebut berterusan sehinggalah pada suatu hari dia melalui sekumpulan ramai manusia yang tertahan disebabkan seekor binatang. Sebahagian mereka mengatakan bahawa binatang tersebut adalah singa.” Sabda baginda; “Maka ghulam pun mengambil seketul batu lalu berdoa; “Ya Allah, sekiranya apa yang diperkatakan oleh rahib adalah benar, maka aku pinta daripada-Mu untuk membunuh binatang mi.” Dia pun melontarnya, maka binatang tersebut mati dan orang ramai tertanya-tanya; Siapakah yang membunuh binatang ini?

Sebahagian mereka menjawab; “Ghulam”. Maka manusia menjadi takut. Mereka berkata; “Sesungguhnya ghulam ini telah mengetahui suatu ilmu yang tidak diketahui oleh sesiapa pun.”
Baginda menambah lagi; ‘Peristiwa ini diketahui oleh seorang buta, lalu beliau berkata kepada ghulam; Sekiranya kamu dapat mengembalikan penglihatanku, kamu akan mendapat sekian-sekian. Ghulam menjawab; “Aku tidak memerlukan semua itu daripada kamu, tetapi apakah pandangan kamu sekiranya penglihatanmu dikernbalikan kepadamu. Apakah kamu akan beriman kepada orang yang mengembalikannya?”. Beliau menjawab; “Ya.” Maka ghulam pun berdoa kepada Allah, lalu Allah mengembalikan penglihatannya. Dengan itu si buta beriman. Keimanan mereka diketahui oleh raja dan mereka dipanggil mengadap lalu raja berkata; “Aku akan membunuh kamu semua dengan cara yang berbeza-beza.”

Maka dibawa rahib dan si buta, lalu diletakkan gergaji di tengah-tengah kepala salah seorang daripada mereka, kemudian dia dibunuh. Seorang lagi dibunuh dengan cara yang lain. Selepas itu, arahan ditujukan kepada ghulam; “Bawa dia ke bukit sekian-sekian. Campaklah dia dari puncaknya.” Mereka pun mebawa ghulam menuju bukit tersebut. Apabila mereka sampat ke tempat tuju, mereka semua jatuh daripada bukit kecuali ghulam. Kemudian dia pulang menemui raja.

Selepas itu, raja memerintahkan supaya dia dibawa ke laut dan dicampakkan ke dalamnya. Maka dia dibawa ke laut, lalu Allah menenggelamkan mereka yang bersamanya dan menyelamatkannya. Selepas itu ghulam berkata kepada raja; “Kamu tidak akan dapat rnembunuh aku sehinggalah kamu menyalib dan memanahku. Kamu hendaklah berkata ketika memanahku; “Dengan nama Allah, Tuhan ghulam ini.”

Baginda (s.a.w) menyambung lagi; “Maka raja pun memerintahkan supaya dilakukan apa yang dicadangkan lalu ghulam disalib. Kemudian raja memanahnya sambil berkata; “Demi Allah, Tuhan ghulam ini.” Sabda baginda lagi; “Lalu ghulam meletakkan jarinya pada bahagian di antara mata dan telinganya. Selepas itu, dia pun meninggal. Dengan itu, orang ramai pun berkata; “Sesungguhnya ghulam ini mengetahui suatu ilmu yang tiada sesiapa pun yang mengajarnya. Dengan itu kami beriman dengan Tuhan ghulam ini.”

Baginda bersabda lagi; “Dikatakan kepada raja; “Apakah tuanku merasa resah gelisah ketika tiga orang tidak mengikut tuanku. Sesungguhnya alam seluruhnya telah menentang tuanku.” Baginda meneruskan cerita; “Maka parit pun digali. Kemudian dikumpulkan kayu api di dalamnya lalu dinyalakan. Selepas itu orang ramai pun dikumpulkan, lalu raja berkata; “Sesiapa yang kembali kepada agama asalnya, kami akan selamatkan dia. Sesiapa yang enggan, kami akan campakkan dia ke dalarn api ini.” Kemudian mereka pun dicampakkan ke dalam parit tersebut.

Baginda bersabda; “Allah telah berfirman “Telah dibinasakan orang-orang yang membuat parit. (Pari) api yang dipenuhi bahan bakaran. (Mereka dilaknat) ketika mereka duduk di kelilingnya. Dan mereka menyaksikan apa yang mereka lakukan terhadap orang-orang yang beriman. Dan mereka tidak menyiksa orang-orang mukmin melainkan kerana mereka beriman kepada Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji.”

Sabda baginda lagi; “Mengenai ghulam, dia telah dikebumikan.” Disebut bahawa pada zaman pemerintahan Umar bin al-Khattab, mayatnya dijumpai dan didapati jarinya masih berada pada bahagian di antara mata dan telinganya sebagaimana ketika dia dikebumikan.
Abu Isa berkata; “Hadis ini adalah hadis hasan gharib.”


Huraian Imam An-Nawawi.

Imam Nawawi berkata ketika menghuraikan hadis yang terdapat dalam kitab Sahih Muslim ini; “Hadis ini membuktikan kebenaran keramat para wali. Di dalamnya juga mengandungi hukum harus berbohong ketika dalam peperangan dan seumpamanya, dan ketika ingin menyelamatkan diri daripada kebinasaan sama ada dirinya atau orang lain. laitu diri yang diharamkan daripada dibunuh.”

Biografi Perawi Hadis.

Pertama-tamanya saya (pengarang kitab) akan kemukakan biogrofi ringkas mengenai perawi hadis iaitu sahabat Rasulullah ; Suhaib al-Rumi.
Beliau ialah Suhaib bin Sanan bin Malik bin Amru bin Uqail bin Amir bin Handalah bin Khuzaimah bin Kaab bin Saad bin Aslam. Dia berasal dan Yaman.
Bapa atau bapa saudaranya berkhidmat kepada Kisra sebagai tukang solek. Mereka tinggal di Dajlah, Musil. Dikatakan di Furat. Rom telah menyerang negeri mereka dan menjadikan mereka sebagai tawanan. Ketika itu, Suhaib masih kecil. Beliau tinggal bersama-sama orang Rom untuk beberapa ketika. Kemudian, beliau dibeli oleh Bani Kilab dan di bawa ke Mekah. Selepas itu, beliau dibeli oleh Ibnu Jad’aan dan beliau dibebaskan. Beliau tinggal di Mekah untuk beberapa ketika. Dikatakan bahawa beliau Iari dari Rom ketika beliau telah besar dan cerdik menuju ke Mekah. Di Mekah beliau mengikat perjanjian keamanan dengan Ibnu Jad’aan. Oleh itu beliau digelar sebagai ar-Rumi.

Keislamannya.

Beliau menganut Islam selepas Rasulullah (s.a.w.) diutuskan sebagai rasul. Beliau adalah di antara golongan yang pertama menganut Islam. Al-Waaqidi berkata; “Beliau dan Ammar memeluk Islam pada hari yang sama iaitu selepas Islamnya lebih daripada tiga puluh orang lelaki. Beliau adalah di antara mustadh’afin Mekah yang diseksa di jalan Allah.”

Hijrahnya.

Beliau berhijrah selepas beberapa hari Rasulullah (s.a.w.) berhijrah. Beliau tiba di Madinah bersama-sama Ali bin Abu Talib pada pertengahan bulan Rabiul Awwal. Nabi (s.a.w) ketika itu berada di Qaba’.

Ibnu Jauzi dan Ibnu Kathir menceritakan kisah hijrah beliau dengan mengatakan bahawa beliau telah diekori oleh sekumpulan musyrikin untuk menghalangnya daripada berhijrah. Apabila beliau menyedarinya, beliau mengambil bekas anak panahnya dan diletakkan di hadapannya sambil berkata; “Demi Allah! Sesungguhnya kamu semua telah mengetahui bahawa aku adalah seorang pemanah yang mahir. Demi Allah! Kamu tidak akan dapat menghampiriku sehinggalah aku memerangi kamu semua dengan kesemua anak panahku ini. Kemudian aku akan perangi kamu dengan pedangku sehingga aku terbunuh. Sekiranya kamu inginkan harta, aku akan tunjukkan di manakah hartaku. Hartaku tersimpan di tempat sekian-sekian. Mereka pun meninggalkan beliau dan mengambil hartanya. Ketika beliau tiba di Madinah, baginda (s.a.w.) bersabda kepadanya; “Jual beli Abu Yahya (Shuaib) telah mendapat keuntungan” dan Allah menurunkan firman-Nya;

‘Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana rnencari keredhaan Allah semata-mata dan Allah pula amat belas kasihan terhadap hamba-hambaNva.” (al-Baqarah: 207)

Al-Hakim juga menceritakan kisah yang sama di dalam al-Mustadrak. Beliau berkata; “Sahih berdasarkan kepada syarat Imam Muslim.”


Kelebihannya.

1) Ibnu ‘Ilan telah berkata di dalam kitab Dalil Falihin ketika menyatakan biografi Suhaib; Daripada Anas secara marfu’ ; “Orang yang mula-mula menganut Islam ialah empat orang; di kalangan Arab ialah aku, di kalangan Rum ialah Suhaib, di kalangan Farsi ialah Salman dan di kalangan Habsyah ialah Bilal.”

2) Beliau menyertai semua peperangan bersama Rasulullah (s.a.w.). Ibnu Jauzi mengatakan; Suhaib berkata; Rasulullah (s.a.w.) tidak keluar berperang kecuali aku akan menyertainya. Baginda tidak mengambil bai’ah kecuali aku akan menghadirinya. Baginda tidak menghantar kumpulan tentera kecuali aku menghadirinya. Baginda tidak berperang dalam sesuatu peperangan dari awal hingga akhir kecuali akan berada di kiri atau di kanannya. Apabila apa yang mereka takuti berada di hadapan mereka, maka aku akan berada di hadapan mereka. Begitu juga jika sebaliknya. Aku tidak pernah menjadikan Rasulullah berada di antaraku dan musuh sehinggalah Rasulullah (s.a.w.) diwafatkan oleh Allah Ta’ala.

3) Apabila Khalifah Umar ditikam, beliau mewasiatkan supaya Suhaib menyembahyangkannya. Dan supaya Suhaib mengimami sembahyang Muslimin sehinggalah ahli Syura melantik orang lain.

4) Beliau meriwayatkan sebanyak tiga puluh buah hadis daripada Rasulullah. Imam Muslim meriwayatkan daripadanya sebanyak tiga hadis, manakala Imam Bukhari tidak meriwayatkan daripadanya.

Di antara sifat-sifatnya.

Ibnu Kathir berkata; “Warna kulit beliau adalah tersangat merah. Seorang yang tidak tinggi dan tidak rendah, bulu matanya bersambung, rambutnya lebat, lidahnya terikat dengan kepekatan lidah ajnabi. Kelebihan dan agamanya diselangi dengan gurauan, jenaka dan berlapang dada.”

Diriwayatkan bahawa Rasulullah (s.a.w.) melihatnya memakan mentimun muda sedangkan salah satu matanya sakit. Baginda bersabda; “Kamu memakan mentimun muda sedangkan matamu sakit? Beliau menjawab; “Aku makan menggunakan mataku yang sihat.” Maka Rasullah (s.a.w) ketawa.

Kematiannya.

Beliau meninggal (semoga Allah rneredhainya) di Madinah pada tahun 38H. Dikatakan pada tahun 39H. Ketika itu beliau berusia sembilan puluh tiga tahun. Ibnu Kathir menyebut di dalam kitab aI-Bidayah wa al-Nihayah, bahawa beliau meninggal pada tahun 38H dan disebut perselisihan pendapat yang berlaku.


Manhaj penulisan buku ini:

1) Menyalin hadis yang diriwayatkan oleh ulama hadis berdasarkan Sahih Muslim, Sunan Tarmizi dan Musnad Imam Ahmad. Selepas itu saya merujuk huraian Imam Nawawi terhadap hadis riwayat Muslim.

2) Memastikan betul apa yang disandarkan kepada para ulama mengenal perkara yang saya anggap penting dalam menghuraikan hadis ini.

3) Hadis riwayat Muslim merupakan asas dalam menghuraikan hadis in Selepas itu saya menyebut perselisihan atau penambahan dalam meriwayatkan hadis ini yang terdapat dalam riwayat lain pada setiap petikan hadis. Saya juga menyebut kesan langsung perselisihan atau penambahan tersebut dan melakukan komentar terhadapnya.

4) Saya juga menyebut makna dan segi bahasa bagi kalimah-kalimah yang susah difahami di samping menyebut rujukannya. Begitu juga dengan hukum-hukum fiqh dan pendapat ulama ketika mereka menghurai hadis mi. Semua ini disebut pada setiap petikan hadis.

5) Dalam menghurai hadis ini, setiap petikan hadis,saya bahagikannya kepada dua bahagian. Bahagian pertama mengandungi matan hadis, makna kalimah dan pengajaran dan kajian secara langsung yang jelas dapat dilihat melalul nas hadis beserta komentarnya. Bahagian kedua pula di bawah tajuk : Pengajaran Di Sudut Dakwah mengandungi pengajaran dan kajian secara tidak langsung yang terdapat di dalam nas hadis, ataupun cuba membawa sesuatu yang baru dan memperluaskan skopnya dalam membincangkan perkara-perkara yang telah disebutkan di bahagian pertama, ataupun komentar terhadap masalah-masalah penting yang ada hubungan dengan tajuk yang dlperbincangkan.

6) Di akhir perbincangan, saya iringi dengan satu tajuk kecil Setiap Orang Mempunyai Peranannya” untuk menjelaskan persoalan tugas dan pembahagiannya dalam amal Islami. Kemudian saya menyebut rujukan dan kandungan buku.

[1] Mereka yang mendakwa mengetahui rahsia atau perkara ghaib. (Mu’jam Arabi Asasi. pent.)

2 ulasan:

Awanama berkata...

'Afwan, ini bukan ulasan. cuma nak mintak permission utk copy paste sebagai rujukan sampingan. Ana dah pun memiliki buku hadith ghulam karangan hisham saqr ni tapi tertinggal di malaysia. shukran.

timi berkata...

mohon copy hadith ghulam ni utk share:)

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude