1) Hari ini, SPR akan memutuskan tarikh pilihanraya kecil DUN Penanti. Walaupun berat di pihak UMNO dan BN untuk menyertai, tetapi suara akar umbi jelas menunjukkan, mereka perlu bertanding untuk tidak membiarkan Pakatan Rakyat menang percuma.
2) Keputusan yang bakal dibuat, bakal mencerminkan pendirian SPR, samada bertindak adil ataupun bias kepada sesuatu pihak.
3) Keptusan Kabinet mengekalkan agama anak mengikut agama asal ibunya, ternyata dibantah oleh sekalian ulama dan pihak berkuasa agama. Sepatutnya, dengan Islam sebagai agama rasmi Perlembagaan, keutamaan perlu diberikan kepada muallaf yang baru memeluk agama Islam. Dan anak yang mengikuti mereka, perlu diberikan perlindungan dan pembelaan, dan bukannya memtuskan anak kekal dalam agama asal, sebagaimana agama si ibu.
4) Kononnya sebagai langkah berjaga-jaga, jika ada lagi isu lain seumpama ini. Perkara ini perlu diserahkan kepada Mahkamah Syariah ataupun Mahkamah Persektuan memtuskannya, dan bukannya Kabinet!
5) Seperkara lagi, dengan moto hidupnya-do it or die ; Mejar Jeneral (B) Dato' Jamil Khir Baharom, dilihat seolah-olah gagal dalam tugasan pertamanya, untuk mempertahankan aqidah umat Islam di bawah pimpinannya, yang menerajui urusan agama. KP JAKIM sendiri menegaskan, bahawa urusan memutuskan agama si anak, perlu diserah kepada Mahkamah Syariah, dan keutamaan perlu diberikan kepada yang beragama Islam. Moga Kabinet, menimbang balik keputusan ini yang melibatkan masa depan aqidah anak-anak kita!
27 April 2009,
6.36 pagi, Malaysia Timur
Tiada ulasan:
Catat Ulasan