Huraian Potongan Hadis [6]
Sabda Rasulullah (s.a.w.)
“Lalu dia menceritakan peristiwa tersebut kepada rahib. Maka rahib berkata; “Wahai anakku, kamu pada hari ini adalah lebih afdal daripadaku. Sesungguhnya aku melihat bahawa urusanmu telah sampai pada satu peringkat.”
1. Sabdanya; “Lalu dia menceritakan peristiwa tersebut kepada rahib" adalah dalil kami dalam masalah yang telah disebutkan sebelum ini iaitu bentuk hubungan di antara daie dan mad’u dan kesyumulannya.
Ghulam telah berjumpa rahib untuk memberitahunya apa yang berlaku dan apa yang diperkatakan oleh orang ramai. Apakah yang dapat kita gambarkan sekiranya ghulam tidak menceritakan peristiwa tersebut secara terperinci kepada rahib? Apakah peristiwa seterusnya akan berlaku sebagaimana yang telah berlaku? Rahib dapat menyelami hakikat peristiwa yang berlaku dan dapat menggambarkan apa yang akan berlaku. Dengan itu, dia meletakkan ghulam pada marhalah yang baru, memahamkan kepadanya apa yang berlaku dan mengarahkannya supaya menyimpan rahsia. Apakah rahib akan bertindak demikian kalaulah bukan disebabkan ghulam berkata benar dan berterus terang dengannya?
Sekali lagi kami tegaskan, bahawa kami tidak bermaksud keterlaluan dalam bentuk hubungan. Apa yang kami maksudkan ialah, menjelaskan kepentingan ukhuwwah yang mendalam thiqah, mengambil berat, berkata benar dan berterus-terang antara murabbi dan muridnya. Ini memberikan kepada murabbi peluang untuk mengikuti perkembangan dan memberikan tunjuk ajar yang sesuai dengan keadaan mad’u dan kemampuannya.
2) “Maka rahib berkata; “Wahai anakku,...” Perkataan “Wahai anakku” mempunyai pengertian kasih sayang dan hubungan hati yang mengikat di antara rahib dan muridnya, sekalipun dia sedang memperkatakan perkara yang penting serius. Ini kerana ukhuwwah dan kasih sayang tidak bertentangan dengan kesungguhan, keputusan muktamad, berharakah dan pengurusan.
Sesungguhnya kasih sayang kerana Allah dan merendah diri kepada mukminin adalah milik mereka yang merasa kebesaran kurniaan Allah kepada hamba-hambaNya selepas beriman kepadaNya. Kita tidak sepatutnya lupa terhadap kewajipan berkasib sayang kerana Allah dan rukun ukhuwwah dalam berhadapan dengan peristiwa yang berlaku, kerja yang dan tindakan yang diambil. Kedua-duanya adalah senjatak mukmin yang ampuh selepas iman dalam pertempuran dengan syaitan manusia dan jin. Para murabbi hendaklah menanam perasaan kasih sayang dan hubungan hati ini ke dalam hati saudara-saudaranya yang lain. Pentarbiahan mereka juga hendaklah dibina di atas asas ini. Allah telah berfirman yang bermaksud; “Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara,” (al-Hujurat: 10).
Firman Allah lagi; “Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu murtad dari agamanya, maka Allah akan mendatangkan kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka mencintaiNya, mereka pula bersikap lemah-lembut (merendah diri) terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas terhadap orang-orang kafir.” (al-Maidah: 54)
Rasulullah (s.a.w.) juga bersabda,
“Dan senyumanmu kepada saudaramu adalah sedekah.”
Sabdanya lagi yang bermaksud ; “Orang-orang yang berkasih sayang kerana kebesaran-Ku, bagi mereka mimbar-mimbar daripada cahaya. Mereka didengki (iaitu ghibtah,) oleh para nabi dan syuhada’.”
3) “Kamu pada hari ini adalah lebih afdal daripadaku. Sesungguhnya aku melihat bahawa urusanmu telah sampai pada satu peringkat.” Kata-kata ini tidak dituturkan kecuali oleh mereka yang benar-benar ikhlas, faham dan mampu menilai sesuatu dengan tepat. Ini kerana sukakan kemasyhuran, ghurur (tertipu dengari diri sendiri) dan cintakan pangkat kedudukan adalah di antara penyakit hati yang paling merbahaya yang sentiasa menyerang manusia. “Sesungguhnya dakwah memyembunyikan perasaan cinta yang tersembunyi untuk bertamayyuz (berbeza dengan orang lain) di dalam jiwa mereka yang memperjuangkannya. Memperjuangkan dakwah adalah salah satu daripada tamayyuz tersebut.” Bahkan juga bertamayyuz dengan saudara-saudaranya yang lain dalam banyak keadaan. Hadis yang menceritakan tentang tiga orang (iaitu yang menderma, berjihad dan alim) tetapi niat mereka bercampur dengan benda lain dan hati mereka inginkan kepada dunia dalam bentuknya yang berbagai sudah cukup untuk menjelaskan kepentingan perkara ini.
Sulaiman bin Yasar berkata: Orang ramai telah bertebaran dari sisi Abu Hurairah. Maka Naatil (Imam Nawawi berkata : Naatil bin Qais al-Khazami as-Syami daripada penduduk Palestin, seorang tabien dan bapanya seorang sahabat. Beliau adalah pembesar kaumnya) berkata kepadanya : “Wahai Syeikh, penduduk Syam telah meriwayatkan kepada kami hadis yang anda dengar daripada Rasulullah (s.a.w.) Beliau menjawab: “Ya, saya mendengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda ; “Manusia pertama yang akan dihukum pada han kiamat lelaki yang mati syahid. Dia dibawa dan diperkenalkan nikmat yang akan diperolehinya, maka dia mengenalinya. Allah berfirman kepadanya : “Apakah yang kamu lakukan untuk mendapatkannya? Dia menjawab: Aku telah berjihad kerana-Mu sehingga aku mati syahid. Allah berfirman : “Kamu berbohong. Sebaliknya kamu berjihad untuk dikatakan sebagai seorang yang berani. Sesungguhnya kamu telah mendapati apa yang kamu ingini. Kemudian diperintahkan supaya diheret di atas mukanya sehingga dicampakkan ke dalam neraka. Dan lelaki yang mempelajari ilmu dan mengajarnya serta membaca al-Quran. Dia dibawa dan diperkenalkan nikmat yang akan diperolehinya, maka dia mengenalinya. Allah berfirman kepadanya : “Apakah yang kamu lakukan untuk mendapatkannya? Dia menjawab: “Aku telah mempelajari ilmu dan mengajarnya serta membaca al-Quran kerana-Mu. Allah berfirman : “Kamu berbohong. Sebaliknya kamu mempelajari ilmu untuk dikatakan sebagai seorang yang alim dan kamu membaca al-Quran supaya dikatakan sebagai seorang qari. Sesungguhnya kamu telah mendapati apa yang kamu ingini. Kemudian diperintahkan supaya diheret di atas mukanya sehingga dicampakkan ke dalam neraka. Dan lelaki yang dimurahkan rezeki dan dikurniakan berbagai-bagai kekayaan. Dia dibawa dan diperkenalkan nikmat yang akan diperolehinya, maka dia mengenalinya. Allah berfirman kepadanya : “Apakah yang kamu lakukan untuk mendapatkannya? Dia menjawab: “Aku tidak tinggalkan satu perkara pun yang Kamu suka supaya dibelanjakan padanya kecuali aku belanjakan hartaku padanya kerana-Mu. Allah berfirman : “Kamu berbohong. Sebaliknya kamu melakukan semua itu supaya kamu dikatakan sebagai seorang pemurah.Sesungguhnya kamu telah mendapati apa yang kamu ingini. Kemudian diperintahkan supaya diheret di atas mukanya hingga dicampakkan ke dalam neraka”.
Ketika Rasulullah (s.a.w.) mengambil bai’ah daripada para sahabatnya (bai’ah Aqabah kedua), selepas diterangkan tanggungjawab mereka terhadap bai’ah tersebut, mereka bertanya : “Apakah yang kami akan perolehi apabila kami melaksanakan semua itu? Rasulullah tidak menambah sedikitpun selain daripada berkata “Syurga.” Baginda tidak berkata ; Kepimpinan, pangkat, kedudukan dan harta. Baginda juga tidak mengatakan kemenangan yang pasti untuk mereka. Sebaliknya baginda menghubungkan mereka dengan ganjaran yang sebenar sehingga menyebabkan jiwa-jiwa mereka tidak terpaut dengan perkara-perkara duniawi.
Imam Hasan al-Banna telah mengambil pendekatan yang dibawa oleh sunnah Rasulullah (s.a.w.) dengan katanya dalam salah satu risalahnya : “...Tidak ada balasan daripada kami untuk kamu kecuali ganjaran daripada Allah sekiranya kamu ikhlas kepada-Nya dan syurga sekiranya Dia mengetahui kamu layak mendiaminya. Adapun kami, kami tidak mempunyai apa-apa kedudukan dan harta. Keadaan kami hanyalah berkorban apa yang ada pada kami, membelanjakan apa yang kami miliki dan harapan kami hanyalah keredhaan Allah”.
Oleh sebab itu Islam melarang daripada melantik mereka yang meminta secara terus- terang untuk menjadi pemimpin atau mengharapkannya (tanpa mengiklankannya) seperti yang dinyatakan oleh hadis Rasulullah (s.a.w) ;
“Sesungguhnya kami tidak melantik untuk urusan (kepimpinan) mereka yang memintanya atau sentiasa mencari peluang untuk mendapatkannya.”
Dengan ini, kita mengatakan bahawa orang yang dididik kadang-kadang mampu melakukan kerja-kerja dakwah yang tidak mampu dilakukan oleh pendidiknya (murabbinya).
Pengajaran Di Sudut Dakwah.
1) Sebagai menambah penjelasan terhadap betapa bahayanya penyakit-penyakit hati kepada manusia khususnya golongan daie, kami bawakan di sini di antara kata-kata para salaf mengenainya.
Sufian al-Thauri berkata: “Berjaga-jagalah kamu daripada suka menjadi ketua. Seseorang akan menjadikan suka menjadi ketua lebih dicintainya daripada emas dan perak. Ia adalah pintu yang kabur tidak dapat dilihat melainkan oleh pakar-pakar yang berkemampuan. Maka perhatilah betul-betul dirimu dan beramallah berdasarkan niat.”
Fudhail berkata: “Seseorang tidak suka menjadi ketua melainkan dia suka menyebut kekurangan dan keaiban orang lain untuk menjadikan dia sahaja yang sempurna dan dia benci orang lain menyebutkan kepadanya kebaikan seseorang. Sesiapa yang terlalu inginkan kepada menjadi ketua, maka kebaikannya telah mengucapkan selamat tinggal kepadanya.”
Di antara penyakit yang hampir sama dengan penyakit suka menjadi ketua ialah :
a) Ujub. Sebahagian daripada kita pada hari ini hatinya dimasuki karat-karat ghurur (tertipu dengan diri sendiri) dan amalannya yang sedikit membanggakannya. Dengan itu dia tidak cuba menambah dan berpada dengannya. Merasa berpuas hati tanpa ada perasaan untuk mendapat lebih. Seorang zuhud Abdul Aziz bin Abu Rawaad berkata: “Apabila disebut keadaan para salaf, maka terdedahlah keburukan kita semua.”
b) Sukakan pujian manusia berbentuk percakapan dan amalan. Fudhail berkata: “Di antara tanda-tanda munafik ialah seseorang suka dipuji disebabkan perkara yang tidak ada padanya, dan membenci dikeji disebabkan perkara yang ada padanya serta memarahi sesiapa yang menunjukkan keaibannya kepada dirinya.” Khalid bin Safuan berkata: “Ramai orang yang tertipu dengan penutupan Allah terhadap keaibannya dan terfitnah dengan pujian yang baik. Oleh itu, janganlah kejahilan orang lain terhadap dirimu rnenguasai pengetahuan kamu terhadap dirimu sendiri.”
c) Memuji diri sendiri, Allah berfirman;
“Maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu sendiri.” (al-Najm: 32)
e) Menyebut keaiban kawannya. Fudhail berkata : “Di antara alamat munafik ialah seseorang merasa gembira apabila dia mendengar keaiban salah seorang kawannya.”
Neraca dalam menjadikan seseorang sebagai ketua dalam amal Islami tidak terletak pada umur yang tua atau penglibatan yang awal (sekalipun kita tidak menafikan peranan pengalaman dakwah dan kehidupan). Tetapi, ia terletak pada syarat yang mesti dipenuhi. Sebahagiannya adalah tetap, tidak menerima perubahan iaitu memiliki tahap minimum dalam kefahaman, keilmuan, berharakah, pengalaman, akhlak dan iltizam. Sebahagiannya pula, tidak tetap berdasarkan kepada jenis kerja yang ingin dilakukan. Ciri-ciri seorang ketua tentera tidak sama dengan ciri-ciri orang guru atau murabbi. Ia juga berbeza dengan ciri-ciri sebagai seorang ahli politik.
Ramai di kalangan para sahabat yang lewat memeluk Islam tetapi mereka dilantik untuk sesuatu jawatan oleh Rasulullah dan khalifah selepasnya. Sedangkan mereka yang mendahului mereka dalam membawa dakwah dan yang usianya lebih tua daripada mereka tidak dilantik. Mereka adalah seperti Khalid bin al-Walid, Amru bin al-As, Usamah bin Zaid dan Muthanna bin Harithah.
3) Kewujudan keadaan seperti ini (suka menjadi ketua atau perasaan hasad) di dalam jiwa sebahagian daripada para daie menyebabkan dakwah, kehilangan peluang mengambil faedah daripada mereka yang memiliki kesediaan dan potensi, kemampuan dan pengalaman. Sebabnya, hanyalah wujudnya perasaan bahawa kedudukan dan kelebihan yang sedang dinikmati akan diambil-alih oleh mereka yang memiliki ciri-ciri tersebut (Mereka tidak mengetahui bahawa kedudukan dan kelebihan di sisi Allah adalah lebih baik dan kekal daripada pangkat dan gelaran, ungkapan-ungkapan pujian dan pandangan mereka yang membesarkannya). Dengan itu mereka mula (sama ada disedari atau tidak mencela, memperbodoh, mengeliru dan memperbesarkan kesalahan yang kecil atau rnenafsirkan sesuatu perkara jauh daripada hakikatnya yang sebenar. Bahkan dalam sesetengah keadaan mereka sanggup menyebar khabar angin, berbohong dan mengada-ngadakan sesuatu di samping menimbulkan masalah dan merosakkan individu tertentu. Kadang-kadang sampai ke peringkat mencabar. Dengan itu melahirkan tindak-tanduk yang kurang sihat daripada sebahagian daie. Di antara para daie pula, ada yang akan berpatah balik dan mendiamkan diri dan yang lain pula merasa malas untuk meneruskan kerja. Dengan itu juga, akan meniupkan suasana hilang kepercayaan, berkecai ukhuwwah, perpecahan saf dan boleh jadi membawa kepada perbalahan dan fitnah yang sukar untuk diselesaikan. Pelakunya akan menanggung dosa tindakannya itu, dan dosa mereka yang mengikutinya selepas itu. Inilah sebagaimana yang dikatakan ; “Boleh jadi pengikut dimaafkan tetapi ketua terpaksa menanggung dosanya.”
4) Perlu disebutkan secara ringkas di sini (sekalipun tidak ada hubungan dengan hadis ini) bahawa penyakit ghurur yang dihidapi oleh sebahagian pemuda yang dididik di madrasah dakwah (atau di luarnya), kemudian selepas melalui jangka masa tertentu, mereka berbangga diri di hadapan saudara-saudara (para daie) dan guru-guru mereka adalah perkara yang merbahaya dan ditolak. Mereka yang mempunyai kelebihan dan pengalaman serta mereka yang dikurniakan oleh Allah kelebihan yang menyebabkan dakwah sampai kepada mereka (para pemuda) dalam keadaan yang jelas wajib dihormati, dan diberikan kepercayaan (thiqah) kepada mereka. Para pemuda tidak sepatutnya, menuduh sebahagian mereka dengan pengecut dan sebahagian lain sebagai kurang ilmu serta yang lain dengan lemah, berpandangan hanya disebabkan pimpinan tidak mengambil pandangan golongan yang bersemangat dan menolak pendapat mereka. Dengan itu, tindakan tersebut akan menggugatkan ukhuwwah dan thiqah, kemudian taat dan selepas itu rukun baiah yang lainnya sebagai tambahan kepada kesibukan pimpinan dan para daie dengan kata-mengata, menolak syubhat (keraguan) yang ditimbulkan dan perbincangan yang panjang. Ini menyebabkan waktu terbuang, perjalanan dakwah terhenti, keazaman menjadi lemah, berpecahnya tenaga dan yang mendapat faedahnya ialah musuh-musuh Islam. Para pemuda yang seumpama inilah yang akan dipertanggungjawabkan di atas apa yang berlaku di hadapan Allah. Kalaulah mereka beriltizam dengan kaedah memberi nasihat kerana Allah dan adab-adabnya, dan beriltizam dengan keputusan yang diambil (walaupun bertentangan dengan pendapat mereka) selagi bukan dalam perkara maksiat, nescaya mereka dapat mengelakkan perkara tersebut daripada menimpa mereka dan saudara-saudara mereka.
5) Kadang-kadang para daie dan murabbi tidak mampu untuk mewujudkan hubungan sebagaimana yang dilakukan oleh rahib. Tetapi mereka mestilah melakukan pembentukan tindak tanduk, ibadat, pemikiran, pengetahuan, berharakah dan lain-lain yang berterusan terhadap saudaranya yang lain. Usaha ini berterusan sehingga para daie berpuas hati terhadap saudaranya, ketika itu dia hendaklah menambah bebanan dan tanggungjawab dakwah secara berperingkat, memberi tunjuk ajar dan membuka ruang kepadanya untuk berfikir, berijtihad dan bertindak. Di samping itu, mutabaah dilakukan sehingga dia rnencapai tahap kematangannya.
Sesungguhnya dakwah yang mampu mentarbiah rijal, seumpama rahib dan ghulam adalah layak untuk dijadikan sebagai benih subur bagi ummah dan mampu untuk memiliki langkah-langkah yang berkesan. Perjalanannya menuju kemenangan pula adalah pendek dengan izin Allah.
6) Kita dapat perhatikan melalui baki hadis yang akan kita bincangkan, bahawa ghulam tidak melakukan sesuatu yang menjadikannya ghurur, takabbur atau sebarang kecacatan dalam tindak lakunya, Bahkan, perkara sebaliknya yang berlaku. Ini membuktikan kejayaan besar dalam tarbiah yang dilakukan oleh rahib. Ia juga menjadi kejayaan kepada jamaah yang menjadikan orang seumpama rahib sebagai pemimpin dan ghulam sebagai pendokong (jundi) dan pendakwah (daie).
7) Kadang-kadang kebaikan dan ketaqwaan murid mengatasi syeikhnya. Kadang-kadang martabatnya di sisi Allah mengatasi martabat syeikhnya. Kadang-kadang jundi (pendokong) lebih terkedepan daripada pemimpinnya. Tetapi semua ini tidak sepatutnya menimbulkan di dalam diri mereka perasaan ujub, ghurur dan berbangga terhadap orang lain dan mereka yang mempunyai kedudukan di sisi para daie. “Sesungguhnya manusia memiliki tenaga dan kemampuan yang berbeza dan Islam menjadikan untuk mereka medan amal yang luas. Di situ, mereka berlumba-lumba dan mereka yang memiliki kemampuan, amanah dan bertenaga akan menonjol ke depan.”
Rahib telah mengambil sebab-sebab, bergaul dengan ghulam dan mengajarnya. Dia sentiasa mentarbiah dan melatihnya sehingga dia dapat melihat melalui peristiwa itu (pembunuhan binatang) perkara yang tidak dapat difahami oleh ghulam sendiri. Daie yang sentiasa berhubung dengan Allah, meminta pertolongan dan bertajarrud kepada-Nya, Allah akan memberikan kepadanya keluasan firasat dan kecerdikan. Apabila rahib melihat tanda-tanda tersebut, maka dia menceritakan kepada ghulam tentang hakikat sebenar dan bebanannya yang terdiri daripada ujian di jalan Allah supaya ghulam tidak tertipu. Kedudukan keimanan dan penonjolannya menuntut jihad yang lebih besar, ujian yang lebih dahsyat dan menanggung bebanan yang berat. Sesungguhnya rahib memahami bahawa manusia berada di berbagai peringkat dan darjat, dan kelebihan hanya milik Allah yang diberikan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Maka, dia meletakkan ghulam yang telah matang pada tempatnya yang sesuai dan dibekalkan dengan tunjuk ajar. Dia juga memahami bahawa, dia akan mendapat ganjaran sebagaimana yang diperolehi oleh ghulam tanpa dikurangkan sedikitpun.Ini sudah mencukupi.
*Hakikat firasat mengikut Ibn Qayyim al-Jauziah ialah lintasan yang berlaku di dalam hati yang menafikan perkara yang bertentangan dengannyn. Ia menerkam ke dalam hati seperti terkaman singa terhadap mangsanya. Ia dapat diperolehi melalui nur yang dicampakkan ke dalam hati hamba-Nya. Dengan Nur tersebut dia mampu untuk membezakan di antara kebenaran dan kebatilan, kebenaran dan penipuan. Firasat ini berlaku berdasarkan kepada kekuatan iman. Sesiapa yang paling kuat imannya, maka dialah yang paling mampu berfirasat. Abu Said aI-Kharaz berkata : “Sesiapa yang melihat dengan nur firasat, maka dia melihat dengan nur kebenaran. Pcngetahuannya akan sentiasa bersama kebenaran tanpa berlaku lupa atau laai. Bahkan, lidahnya akan sentiasa meletakkan hukum yang benar. Amru bin Nujaid berkata : “Syah al-Karmaani ialah seorang yang kuat firasatnya dan tidak tersilap. Beliau berkata : “Sesiapa yang menjaga pandangannya daripada perkara haram, memelihara dirinya daripada syahwat, sentiasa memuraqabah batinnya dan zahirnya pula sentiasa mengikuti sunnah serta memakan makanan yang halal, maka firasatnyn tidak akan tersilap. Semua itu adalah firasat iman. (Madarijus Salikin (2/483-484) dengan melakukan perubahan). al-Mujam al-Arabi al-Asasi mentakrifkan firasat sebagai kemampuan untuk mengetahui hakikat sesuatu perkara walaupun zahirnya bercelaru. (pent.)
Khas buat pendokong agama Allah
Huraian Potongan Hadis [7]
“Kamu akan diuji.”
Ibnu ‘Illan berkata: Kemungkinan perkara ini disebut melalui jalan kasyaf, maka dia menjadi keramat, atau melalu firasat atau kebiasaan dan pengalaman, kerana mereka yang menyanggahi manhaj orang ramai akan diuji dan diseksa.
1) Kesimpulannya, para daie mestilah memahami dengan baik tabiat jalan dakwah supaya dia tidak tercengang atau merasa ragu-ragu, apabila berhadapan dengan cubaan dan ujian. “Ini kerana ujian adalah sunnah Allah yang pasti akan berlaku. Ia merupakan petanda cintanya Allah kepada orang yang diuji. Allah, apabila Dia mencintai seseorang, Dia akan mengujinya. Seseorang akan diuji berdasarkan kepada kekuatan agamanya. Sekiranya ketahanan agamanya kuat, maka kuatlah ujian yang dikenakan kepadanya.
Sesungguhnya mereka yang menyeru kepada Allah, menyuruh melakukan kebaikan, rnencegah kemungkaran, berusaha memperbaiki masyarakat dan mengembalikan mereka kepada Allah, semestinya akan terdedah kepada ujian dan cubaan. Luqman telah berkata kepada anaknya ; “Wahai anakku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu, adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki mengambil berat melakukannya.(Luqman : 17).
Firman Allah yang bermaksud : “Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, sedangkan belum datang kepada kamu (ujian) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka ditimpa kepapaan dan kesengsaraan serta digoncangkan (dengan ancaman musuh), sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman yang bersamanya berkata: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)” (al-Baqarah : 214)
Rasulullah (s.a.w.) bersabda yang bermaksud : “Orang-orang sebelum kamu telah ditangkap, digalikan lubang dan diletakkan mereka di dalamnya. Kemudian dibawa gergaji, lalu diletakkan di atas kepalanya. Maka, terbelah dua badannya. Daging dan tulang mereka disikat dengan sikat besi. Perkara tersebut tidak menghalang mereka daripada agama mereka. Demi Allah! Allah akan menyempurnakan urusan agama ini sehingga mereka yang datang dari San’aa menuju ke Hadramaut tidak takut kecuali kepada Allah dan bimbangkan kambingnya daripada serigala. Tetapi kamu ingin cepat.”
Baginda bersabda lagi ; “Manusia yang paling teruk menerima ujian ialah para nabi, kemudian orang yang seumpamanya dan seumpamanya". Mereka yang memerhati seerah para nabi, akan memahami bahawa ujian, cubaan dan seksaan adalah sebahagian daripada jalan dakwah. Dengannya Allah memilih hamba-hamba-Nya yang benar-benar mukmin dan dengannya juga Allah mengangkat mereka beberapa darjat. Rahib tidak berpada dengan hanya memahami hakikat tersebut, tetapi dia telah mengingatkan hakikat tersebut kepada ghulam pada waktunya yang sesuai, sehingga ghulam benar-benar memahami apakah yang akan dihadapi pada marhalah yang mendatang. Sesungguhnya menyampaikan kebenaran akan memarahkan golongan batil. Ini kerana sememangnya kebenaran akan membongkarkan keburukan kebatilan dan akan berakhir dengan usaha menghapuskan kebatilan dengan menggunakan apa cara sekalipun yang dibenarkan oleh syarak. Oleh itu pertentangan, seksaan dan ugutan akan bermula. Juga sehingga rahib mampu meletakkan ghulam untuk berhadapan dengan tanggung jawab marhalah tersebut. Dengan itu, ghulam tidak tertipu dengan kata-kata yang didengar daripada gurunya “Kamu pada han ini lebih afdal daripada aku.’ Tetapi dia mengajar ghulam bahawa kelebihan tersebut mesti dibayar dengan harga yang mahal iaitu ujian dan cubaan. Kewajipannya ialah bersabar dan beramal untuk dakwahnya sehingga ke titisan darah yang terakhir walau sebesar mana sekalipun bebanan yang terpaksa ditanggung, demi melaksanakan kewajipan yang besar ini.
Sesungguhnya, para daie mesti pandai memilih waktu dan cara penyampaian yang sesuai untuk mengajarkan perkara ini kepada para mad’u. Segera menyebut hakikat ini bukan pada waktunya, kadang-kadang menyebabkan mad’u takut dan malas untuk meneruskan hubungan. Lewat menyebutnya, kadang-kadang menyebabkan dia tersentak dan ragu-ragu apabila berhadapan dengan cubaan dan ujian secara tiba-tiba.
2) Ujian secara kasarnya terbahagi kepada dua. Ujian berbentuk fardi (individu) dan ujian berbentuk jamaie.
Ujian berbentuk fardi (berlaku bukan ketika berhadapan dengan kebatilan) mempunyai berbagai bentuk di antaranya ialah kehilangan orang yang dikasihi, hilangnya sebahagian daripada anggota badan, sakit berat, kehilangan harta dan lain-lain. Di antara contoh yang berlaku ialah ujian yang dihadapi oleh nabi Ayub (a.s.), nabi Ibrahiin (a.s.) dan nabi Ismail (a.s.) serta nabi Muhammad (s.a.w). Di antara hikmat ujian berbentuk fardi, ialah menghapuskan dosa, mengangkat martabat dan darjat, balasan di dunia, mengikhlaskan diri kepada Allah, menzahirkan hakikat manusia dan mengambil contoh teladan daripada orang yang sabar.
Ujian berbentuk jamaie pula (berlaku ketika berhadapan dengan kebatilan) mempunyai berbagai bentuk. Di antaranya :
a) Serangan media massa : Menghina dan memperlekehkan, menuduh berbohong, gila, bodoh, sesat, melakukan kerosakan, sihir, nujum dan tali barut musuh.
b) Diugut dengan seksaan: Ugut akan dipukul, rejam, penjara, buang daerah atau negeri, dibunuh dan dikenakan kesempitan rezeki.
c) Menipu dengan harta, pangkat dan kuasa.
d) Diazab tubuh badan: Seksa dengan api, mencekik, mencampakkan najis kepada para daie, pukul dan sebat, mengupas daging daripada tulang, menggergaji, selam ke dalam air, meludah ke muka dan mengikat dengan tali.
e) Ujian dalam penjara.
f) Dibuang daerah dan negeri
g) Dirampas harta.
l) Dibunuh.
Masih banyak lagi selain daripada ini. Golongan toghut, tidak akan jemu untuk mencipta cara baru dalam usaha memfitnah dan menyeksa para daie kepada Allah. Dan Allahlah sebaik-baik pemelihara mereka. Benarlah Allah yang telah berfirman;
“Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan bencana kepada orang-orang mukmin lelaki dan perempuan, kemudian mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab neraka jahanam dan bagi mereka azab neraka yang membakar.” (al-Buruj: 10)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan