Jumaat, 3 Ogos 2007

SIKAP DAN PERANAN UMAT ISLAM MENGHADAPI CABARAN SEMASA - FINAL PART

8. MENANGANI “GLOBAL CHRISTIANITY”

8.1 Pergerakan sejagat pengembang agama Kristian, kini dipanggil Global Christianity (GB), bolehah dikatakan bermula secara tersusun dan terancang sejak 1974, dengan wujudnya satu dokumen penting bernama “The Lausanne Covenant’. Dokumen ini dihasilkan dalam satu Kongres yang diadakan pada Julai 1974 di kawasan pergunungan Lausanne, Switzerland, atas dayausaha seorang pengembang Kristian Amerika, Billy Graham. Seramai 2700 peserta dari 150 negara telah hadir dalam kongres itu, yang berlangsung selama 10 hari. Dokumen itu kini telah diterjemahkan kepada lebih 12 bahasa. teimasuk bahasa Cina,Korea dan Arab. [1]

8.2 Dari Eropah, GB terus berkembang ke seluruh pelusuk dunia. terutamanya dalam negara di mana penganut agama Kristian masih lagi difikirkan kecil, seperti di Asia dan Afrika. Perjumpaan d Switzerland itu disusuli pula dengan perjumpaan yang sama besar di beberapa lokasi lain di seluruh dunia, yang berjaya mcnghasilkan, di antaranya :-
(a) The Manila Manifesto 1989 ;
(b) The Amsterdam Declaration 2000 ;
(c) Millenial Manifesto: Covenant for 21st century ;
(d) Holiness Manifesto 2006.

8.3 Pada September 2006 lalu, kira-kira 500 orang aktivis Kristian muda dari lebih 110 negara telah berkumpul di negara kita (Malaysia) dalam satu kongres yang berlangsung selama 6 hari. Kongres itu diberi nama “Younger Leaders Gathering” (LYG 2006). Mengikut Jason Mandryck, penulis risalah panduan “Operation World” yang turut hadir memberi ceramahnya di kongres tersebut, pengaruh agama Kristian kini berkembang “twice the pace of Islam and three times as fast as the overall world population” (dua kali Iebih laju perkembangan Islam dan tiga kali lebih laju dari pertumbuhan penduduk duria). [2]

8.4 Pada masa yang sama, media global sengaja menonjolkan imej buruk negara umat Islam. Negara kita tidak terkecuali menjadi sasaran mereka. Apakah kita yakin masyarakat antarabangsa (yang tidak tahu kedudukan sebenar) tidak akan percaya apa yang sebenarnya hanyalah satu tohmahan jahat (fitnah), dijelmakan sebagai satu fakta. Di satu laman web, saya terjumpa tohmahan berikut ‘Malaysa: A Model of Muslim Tyranny”. [3]

8.5 Disebabkan ruang siber adalah satu dunia maya yang tidak mampu dikawal oleh mana-mana negara, maka tidak hairanlah ada rakyat negara kita ini sendiri (yang barangkali ada agendanya sendiri yang tersembunyi) berani menyatakan “it is only a matter of time before Malaysia becomes another Taliban state...” [4]

8.6 Apakah yang mungkin berlaku jika segala asakan dan serangan pergerakan Kristian global ini dan kumpulan-kumpulan “anti Malaysia as an Islamic State” yang lain tidak ditentang, dibendung dan ditangani? Sementara kita memikirkan jawapannya, renungi kem.bali amaran Sayyidina Umar Al-Khattab - “Perkara pertama yang diambil (oleh musuh Islam) dari umat Islam adalah kuasa politik [5], dan perkara yang terakhir adalah solat”. [6]

8.7 Kali pertama negara bertindak membendung pergerakan Kristian di peringkat tempatan adalah menerusi Akta Keselarnatan Dalam Negeri 1960 (ISA). Malangnya. usaha ini berakhir dengan kegagalan. Ini boleh kita lihat dalam kes Minister of Home Affairs Malaysia & Anor lwn Jamaluddin bin Othman [1989] 1 MLJ 418. Dalam keputusannya, Hashim Yeop Sani HB menyatakan :-

“A regards the alleged conversion of six Malays. even it was true, it cannot in our opinion by itself be regarded as a threat to the security of the country” [Huraian: sekalipun Mahkamah Agong percaya Jamaluddin terlibat memurtadkan 6 orang Melayu, itu dengan sendirinya belum cukup dianggap sebagai satu ancaman kepada keselamatan negara ini dan dijadikan asas mengambil tindakan terhadapnya di bawah ISA]. [7]

8.8 Pada zahirnya kes ini merupakan satu kemenangan besar kepada pejuang kebebasan asasi yang menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Pada hakikatnya (apa yang terselindung dari kaca mata orang awam), ia merupakan satu kemenangan besar yang dihadiahkan kepada pergerakan Kristian global. yang selepas kernenangan itu, pastinya lebih berani lagi bertindak. [8] Sayang sekali, pihak berwajib yang sepatutnya peka dengan hal ini telah terlepas pandang aspek kedua ini. Sepatutnya kekalahan awal kita itu, memperkasa iltizam kita merangka strategi yang “lebih tepat” di sisi undang-undang untuk terus menangani masalah ini di masa depan. [9]

8.9 Perkara 11(4) ada menyatakan “Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal dan menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti agama Islam”. Versi terawal Fasal (4) dimasukkan oleh Akta Pindaan A585 yang berkuatkuasa pada 16 April 1984. [10]

8.10 Soalnya, sejak Fasal (4) menjadi sebahagian undang-undang perlembagaan negara, negeri manakah yang telah menggubal undang-undang untuk “mengawal dan menyekat” aktiviti pendakwah agama Kristian (dan apa jua iktikad dan kepercayaan lain) di kalangan umat Islam di negeri tersebut? Andainya undang-undang sedemikian itu telah digubal dan dikuatkuasakan, apakah ia telah dilaksanakan sepenuhnya? Sebaliknya, jika undang-undang itu belum digubal. apakah sebabnya dan bila lagi ia akan dilakukan? [11]

8.11 Kita boleh rnencadangkan satu kajian segera dibuat mengenai perkara ini agar segala “loophole” yang wujud dalam perundangan negara / negeri tidak boleh terus dimanfaatkan oleb pergerakan Kristian (dan mana-mana pergerakan agama lain) untuk mempengaruh dan menyesatkan umat Islam di negara ini. [12]

8.12 Betapa lecek dan pintarnya pergerakan ini boleh anda lihat sendiri dalam beberapa dokumen yang terdapat di laman web NECF. [13] Baca misalnya artikel berjudul “Aye to Article 11” yang terdapat dalam “Berita NECF”. [14] Pada zahirnya, NECF hanyalah salah satu badan yang menyertai dan menyokong “Article 11” [15] untuk memperjuankan hak asasi rakyat negara ini, khususnya hak di bawah Perkara 11 Perlemnbagaan Persekutuan. Pada hakikatnya, siapakah yang diperalatkan oleh siapa?

8.13 Berbicara seolah-olahnya ia hanyaah satu jurucakap mewakili Article 11, NECF menyatakan bahawa gabungan NGO itu bukan bertujuan untuk mempersoal kedudukan Islam di bawah Perkara 3(1) atau mencabar “the Syariah as the family and personal law” umat Islam di negara ini sejajar dengan Jadual 9, Senarai Kedua Perlembagaan Persekutuan.[16] Sebaliknya, matlamat NGO itu adalah memperjuangkan ketinggian Perlembagaan [17] (seperti disebutkan dalam Perkara 4), hak sama rata rakyat di bawah Perkara 8, sambil memperjuangkan pengembalian badan kehakiman negara [18] ke tempat asalnya sebelum tahun 1988.

8.14 Hendaknya kita membaca bukan hanya apa yang tersurat, tetapi (apa yang lebih penting lagi) apa juga yang tersirat. Yakinkah kita bahawa semua 13 NGO yang bergabung di bawah Article 11 itu mempunyai niat murni?

9. MEMPERBAHARUI UNDANG-UNDANG

9.1 Kerja lama yang belum habis mesti diteruskan. Ia bukan sahaja kesinambungan yang diharapkan oleh kumpulan perintis, bahkan pelaksanaan amanah yang menjadi kewajipan kumpulan yang menyusul.

9.2 Hasrat murni membina atau menjana common law acuan kita sendiri timbul pada pertengahan tahun 80-an. Satu jawatankuasa pakar telah pun ditubuhkan di bawah (pada masa itu) Kementerian Undang-Undang, dan mengikut maklumat yang saya terima dan sumber yang boleh dipercayai, [19] laporan lengkap jawatankuasa berkenaan telahpun diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara. Malangnya hingga kini. tidak ada apa-apa berita selanjutnya.

9.3 Semasa hayatnya, Tan Sri Prof Ahmad Ibrahim telah berkali-kali mencadangkan agar pindaan dibuat kepada beberapa undang-undang negara ini yang tidak selaras dengan kehendak Hukum Syarak. Malang sekali, jika usaha awal beliau itu tidak dapat kita (selaku generasi pelapis) sempurnakan.

9.4 Selain itu, kes-kes terkini seperti kes Highland Towers [20] menunjukkan bahawa masih ada lagi peruntukan undang-undang buatan tahun 70-an yang sudah dikira lapuk dan tidak lagi sesuai pada zaman ini, terutama sekali .memandangkan dakwaan Kerajaan hendak memberi perkhidmatan awam yang telus, berkualiti dan bertanggungjawab. Pada hemat saya, jika PBT diberi kekebalan mutlak, semangat kebertanggungjawaban yang diharapkan, tidak akan dapat dizahirkan.

10. AKHIR KATA

10.1 Ruang waktu yang terhad tidak mengizinkan saya memperkatakan cabaran lain (seperti disebutkan di atas) serta response kita terhadapnya. Tidak dibincangkan di sini, tidak bermakna ia kurang penting. Semuanya penting, sama seperti yang diulas dan dihuraikan di atas.

10.2 Hendaknya warga Islam di negara ini sentiasa peka bahawa kita senantiasa diintai dan diperhatikan musuh yang mahu memusnahkan ketahanan dan jatidiri Islam kita. Andainya kita lemah melawan serangan dari pelbagai sudut ini sementara kita masih rnemegang kuasa, bayangkan malapetaka yang lebih besar sekiranya ditakdirkan kuasa pemerintahan itu tidak lagi di tangan kita.

10.3 Semasa di peringkat remaja dulu, seorang guru memberi pesanan kepada saya bahawa dalam melayari bahtera kehidupan “Lakukan kerja yang betul. Allah akan lakukan selebihnya” (Do the right thing. Allah will do the rest). Hendaknya apa yang akan kita terus lakukan dalam menangani cabaran masa depan adalah berpandukan prinsip sedemikian itu. [21]

10.4 Sebagai penutup, saya tinggalkan dengan anda firman Allah s.w.t. dalam Surah Ali lmran ; ayat 54 yang bermaksud “Dan orang-orang (Yahudi yang kafir) itupun merancang tipu daya (hendak membunuh Nabi Isa a.s.) dan Allah pula membalas tipu daya (mereka) ; dan (ingatlah) Allah sebijak-bijak yang membalas dan (menggagalkan segala jenis) tipu daya”. Pada waktu yang sama, sambil berkongsi keyakinan bahawa akhirnya kemenangan adalah pada kita, Insya Allah.

BIODATA PENULIS

Salleh Buang (65) pernab berkhidmat sebagai Peguam Persekutuan di Jabatan Peguam Negara Kuala Lumpur (1970-75), peguambela & peguamcara (1975-84) dan Timbalan Dekan Kuliyyah Undang-Undang UIA (1984-1989).

Kini beliau menjadi konsultan bebas, pakar rujuk perundangan tanah / perumahan / perancangan kepada sektor swasta dan beberapa agensi awam. selain meneruskan kerjayanya sebagai penulis (buku undang-undang) dan kolumnis akhbar. Selama 16 tahun, beliau aktif mengendalikan pelbagai seminar dan program latihan untuk pegawai-pegawai kehakiman syariah dan pekerja sektor swasta.

Mulai 2005, beliau telah dilantik sebagai tenaga pengajar sambilan oleh Universiti Teknologi Malaysia, mengendalikan satu program sarjana pentadbiran dan pengurusan tanah luar kampus di Alor Star Kedah.

[1] Lihat http://www.lausanne.org
[2] Lihat “Christianity: A Global Explosion According to Mission Statistics” di laman web dalaman Christian Post.
[3] Lihat http://www.westernresistance.com/blog/archives/002860.html.
[4] Ayat ini dipetik sebagai dikatakan oleh salah seorang pengarah Womens Aid Organisation, satu NGO tempatan; petikan ini boleh dibaca dalam http://costus.wordpress.com/2006/08.
[5] “Kuasa politik” di sini sinonim dengan “kuasa keajaan” yang merangkumi perundangan, pemerintah dan kehakiman dan merentasi ekonomi serta sosio-budava, bukan hanya politik sahaja.
[6] Baca rencana “Kes Murtad - Satu Pengakuan” di laman web http://pemantau.tripod.com
[7] Mahkarnah Agong sependapat dengan Mahkamah Tinggi bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri bukan undang-undang yang sesuai untuk dijadikan landasan bertindak terhadap Jamaluddin. Soalnya, jika sejak 20 tahun lalu, kita sudah diberitahu ISA tidak boleh digunakan terhadap orang seperti Jamaluddin, kenapa begitu lambat rnenggubal undang-undang baru yang lebih sesuai dan berkesan? Siapa yang bersalah dalam hal ini?
[8] Pada 25 April 2005, 2 pengembang Kristian asing ditangkap kerana mengedarkan risalah agama di hadapan Masjid Putrajaya. Selepas 10 hari, segala pertuduhan digugurkan dan mereka dibebaskan. Kenapa?
[9] Anehnya, kita difahamkan hahawa pada 2004, kerajaan kita tidak keberatan membenarkan “automatic renewal” pas lawatan pengembang Kristian asing (foreign clergy).
[10] Ia dipinda lagi menerusi Akta Pindaan A1095 pada iahun 2001 ekoran wujudnya Putrajaya sebagai satu Wilayah Persekutuan.
[11] Lihat rencana “Rang Unthng-Undang Pernulihan Akidah 2000 dan peruntukan Perlernbagaan Persekutuan” di larnan web http://mindarakyat2.tripod.corn. Lihat juga bantahan kepada Rang Undang-Undang itu oleh NGO Sisters in IsIarn “Jangan Mengawal Aqidah dengan Undang-Undang” di http://www.sistersinislam.org.my.
[12] Bolehkah kerajaan negeri meluluskan undang-undang (demi memanfaatkan Perkara 11(4) Perlernbagaan Persekutuan) yang ditujukan kepada orang bukan Islam, andainya undang-undang negeri itu “berwajah” sebagai satu perundangan islam? Tidakkah Iebih wajar lagi, perundangan menentang pengembang Kristian global ini dibuat sebagai satu undang-undang persekutuan?
[13]NECF adalah National Evangelical Christian Fellowship, ahli kepada World Evangelical Alliance(WEA).
[14] Dokumen ini dibuat dalarn format PDF dan boleh dimuat turun oleh sesiapa sahaja di negara ini yang ada kemudahan Internet.
[15] Article 11 adalah satu gabungan 13 NGOs, dilubuhkan selepas kes Shamala pada tahun 2004. Turut terlibat sama dalam gabungan (coalition) ini adalah Sisters in Islam dan Womens Aid Organization.
[16] Sekaligus memfokus kepada betapa sempitnya, bidangkuasa Mahkamah Syariah yang diberi oleh Perlembagaan negara.
[17] Secara implikasi , menegaskan bahawa Perlembagaan mengatasi segala-galanya, termasuk undang-undang Islam.
[18] Ia mengambil kesempatan untuk bersama-sama berganding bahu dengan pihak lain, memperjuangkan isu yang popular dengan rakyat jelata pastinya dengan perancangan “saya sokong kamu, kamu sokong saya”.
[19] Hasil perbualan saya dengan Tan Sri Prof. Harun Hashim (salah seorang anggota Jawatankuasa tersebut) semasa beliau menjadi tenaga pengajar di UIA.
[20] Majlis Perbandaran Ampang Jaya v & Steven Poa & 81 Ors [2006] 2 AMR 563. Undang-undang yang dimaksudkan ialah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, misalnya seksyen 95(2).
[21] Di sebuah sekolab di Jitra, Kedah, saya terpandang slogan berikut - “Buat yang betul. Buat dengan betul. Buat betul-betul”. Kalau anak-anak kita boleh amalkan ini, kenapa kita tidak boleh?
Manfaatkan kertas kerja yang sangat baik ini untuk sebaran.
3 Ogos 2007, 19 Rejab 1428,
2.33 ptg, Malaysia Timur.

Tiada ulasan:

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude