Selasa, 30 Jun 2009

Apabila Najib menolak berdebat dengan Nik Aziz




1) Selepas merasmikan kempen bulan sembahyang di Kota Bharu, Tuan Guru Nik Aziz mengajak Najib untuk berdebat di bawah suatu tajuk-mengapa menolak Islam?.

2) Ini kerana, propaganda media arus perdana menyatakan Tuan Guru Nik Aziz menyamakan UMNO seumpama komunis dan ajaran sesat Ayah Pin. Bagi orang yang cerdik dan bijaksana pasti dapat menangkap maksud Tuan Guru. Ia hanya kiasan dan perumpamaan. Komunis kerana ia adalah isme ciptaan manusia sama seperti nasionalisme yang didokong UMNO.

2) Ajaran sesat Ayah Pin menyatakan beliau adalah wakil Kerajaan Langit dan utusan Tuhan untuk semua agama. UMNO mungkin tidak sampai tahap itu, tetapi pendokong tegar kepada faham sekularisme dalam pentadbiran. Orang agama hanya di masjid, biarkan golongan profesional yang mentadbir. Selain itu, kalau benar ingin mendaulatkan Islam, mengapa banyak benar alasan apabila diminta melaksanakan hukum Allah?

3) Justeru, tidak hairan mengapa Najib dan Mahathir menganggap ia membuang masa dan kononnya tidak berfaedah. Kini, di US dan Indonesia, dalam nak memilih calon Presiden diadakan debat secara langsung. Bukankah berdebat dengan hujjah yang kukuh di antara saranan Islam?

4) Apabila Najib menolak untuk berdebat dengan Nik Aziz, kita telah menjangka-mungkin kerana malu berhadapan dengan Tuan Guru dan tiada hujjah yang dapat dipertahankan mengapa UMNO menolak Islam!



30 Jun 2009, 7 Rajab 1430 Hijrah,

6.50 pagi, Malaysia Timur

Isnin, 29 Jun 2009

Pertembungan Abang Uji (PAS) dan Tuan Aziz(UMNO)




1)Abang Uji adalah peniaga ikan. Namun pergaulannya yang luas dan mudah mesra, menjadi salah satu faktor PAS memilihnya sebagai calon. Berumur 50 tahun dan pernah menjadi penyelia DUN Guchil.

2) Tuan Aziz pula adalah ketua Pemuda UMNO Kuala Krai dan pernah menjadi pegawai Kesedar dan berusia 39 tahun.

3) Secara umumnya, pertembungan di Manek Urai pasti sengit. Najib membayangkan betapa keadaan agak sukar, namun masih ada harapan untuk menang.

4) Melihat wajah calon sahaja sudah terbayang kemesraan calon PAS yang bertanding. Calon UMNO juga dilihat ada ketrampilan, namun pengundi yang akan menentukan calon pilihan mereka menjelang hari pengundian pada 14 Julai nanti.

5) Diselubungi isu Kerajaan Perpaduan dan ajakan Tuan Guru Nik Aziz kepada Najib di bawah tajuk "Kenapa menolak Islam"?, saya yakin pengundi di Manek Urai bijak dalam membuat pilihan. Semoga kemenangan berpihak kepada pihak yang mengutamakan rakyat dan Islam. Amin.



29 Jun 2009, 6 Rajab 1430 Hijrah,

9.30 pagi, Malaysia Timur

Jumaat, 26 Jun 2009

Iktibar kekalahan mengejut Spain kepada US di Piala Konfederasi



1) Tanpa disangka, Sepanyol tewas mengejut kepada US setelah cemerlang di peringkat kumpulan dengan 3 kemenangan.

2) Bahkan, Sepanyol mencipta rekod dunia dengan 15 perlawanan tanpa kalah berturut-turut. Akhirnya, kecemerlangan Sepanyol disekat oleh US yang bermula malang, dengan kekalahan 1-3 kepada Itali dan 0-3 kepada Brazil.

3) Saya sempat melihat sedutan perlawanan Spain dan US. US jarang menyerang, bahkan jaringan juga seolah-olah dianggap bernasib baik. Namun, 2 gol itu dijaringkan dalam keadaan barisan pertahanan Spain lemah.

4) Manakala, Spain pula dengan gandingan Torres, David Villa dan Xabi Alonso gagal menemui sasaran gol, walaupun dengan cubaan yang hampir tepat dan merbahaya.

5) Benarlah, bola itu bulat. Apa sahaja boleh berlaku. Kecuali jika, perlawanan itu diadili secara berat sebelah.

Iktibarnya-pilihanraya Manek Urai diumpamakan begini :

1) PAS dianggap favourite kerana ia dianggap kubu kuat, kecuali pernah tewas pada 2004.

2) UMNO pula dianggap underdog, apatah lagi berlakunya perpecahan di dalam UMNO Kuala Krai.

3) Pakatan Rakyat mungkin akan bertindak ofensif dan agresif menyerang. Manakala UMNO dan BN akan defensif dan pasif, dalam menangkis dakwaan Pakatan Rakyat tentang isu yang ditimbulkan.

4) Namun, Pakatan Rakyat perlu berwaspada, jika terlalu menyerang tanpa pertahanan yang kuat, tidak mustahil ia tewas sebagaimana Sepanyol. Dengan rekod 5 pilihanraya kecil dimenangi Pakatan Rakyat, tidak mustahil ia cuba dipecahkan oleh UMNO dengan kemenangan sulung dalam PR Manek Urai kali ini.

5) UMNO dan BN mungkin jarang menyerang, tetapi jika tepat dan kena pada masanya, tidak mustahil ia boleh menarik pengundi.

6) Akhir kalam, selama mana SPR tidak berat sebelah yang boleh diibarat sebagai pengadil perlawanan-pilihanraya ini akan berlangsung dengan kedua-dua pihak bersungguh mengatur strategi. Jika sebaliknya, dibimbangi pasukan yang hebat sekalipun akan kalah dek berat sebelah pengadil. Renung-renungkan!

p/s: Sah, US akan bertemu Brazil di final Piala Konfederasi. Berita juga memaklumkan Raja Pop Dunia-Michael Jackson meninggal dunia. Katanya beliau telah memeluk Islam, Wallahu a'lam.



26 Jun 2009, 3 Rajab 1430 Hijrah,

11.49 pagi, Malaysia Timur

Khamis, 25 Jun 2009

H1N1-Suatu Peringatan Allah!





1) Dalam tempoh seminggu, wabak Influneza H1N1 atau selsema babi melonjak 400% menurut Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia.

2) Menjangkau hingga 80 kes sehingga semalam, dengan hampir 3 buah sekolah ditutp dan beribu-ribu pelajar dikuarantin, Malaysia kelihatan semakin memasuki zon bahaya.

3) Menurut fakta sehingga kini, H1N1 telah menjangkiti 53,110 orang meliputi 99 negara dan mengorbankan 232 nyawa.

4) Sebagai seorang muslim dan mukmin, kita meyakini ada hikmah di sebalik semua ini dan mungkinkah ia merupakan suatu peringatan Allah, di atas kerosakan di atas muka bumi Allah oleh tangan -tangan jahat manusia?

5) Menyedari wabak ini adalah merbahaya, maka diharapkan semua kita dapat menjaga diri masing-masing dan diharapkan kerajaan sentiasa mengemaskini maklumat semasa mengenai wabak ini. Tiada maklumat harus disembunyikan, sebaliknya tindakan yang pantas dan tepat, mampu menyelamatkan lebih ramai individu dijangkiti wabak ini.



25 Jun 2009, 2 Rajab 1430 Hijrah,

12.06 tgh, Malaysia Timur

Selamat Datang Bulan Rajab



Gambar Ihsan dari generasidynamic

1) Alhamdulillah, semalam kita menyambut awal Rajab, yang dianggap antara bulan-bulan mulia dan mengingatkan kita semakin hampir dengan Ramadhan.

2) Di antara doa yang patut diamalkan bila berada di bulan Rajab dan Sya'ban-Allahumma bariklana fi Rajab wa Sya'ban wa balligna Ramadhan-Ya Allah berkatilah kami di bulan Rajab dan Sya'ban, serta sampaikanlah kami hingga bertemu dengan Ramadhan.

3) Dalam suasana politik tanahair yang masih hangat dengan isu kerajaan perpaduan dan pilihanraya Manek Urai, ada baiknya mengambil keberkatan bulan Rajab, sekalian ahli politikus Muslim mengambil roh dari bulan Rajab yang mulia ini.

4) Pada bulan inilah, berlakunya peristiwa Isra dan Mikraj yang terkandung di dalamnya pelbagai pengajaran dan panduan buat umat Islam akhir zaman.

5) Akhir kalam, buat semua kenalan dan sahabat-selamat beramal di bulan yang mulia ini.



25 Jun 2009, 2 Rajab 1430 Hijrah,

6.52 pagi, Malaysia Timur

Isnin, 22 Jun 2009

Alhamdulillah-luruskan kembali saf di dalam PAS



1) Setelah menerima kenyataan keras dari Tuan Guru Nik Aziz, akhirnya pada petang tadi berlaku suatu pertemuan yang diibaratkan dalam suasana kekeluargaan dan penuh ukhuwwah, yang melibatkan Ust Nasa dan pimpinan yang lain.

2) Kita bersyukur kerana segala kemelut tentang Kerajaan Perpaduan telah diputuskan. Dan kini, tumpuan utama adalah pilihanraya kecil Manek Urai.

3) Tuan Guru Nik Aziz yang diibaratkan seorang bapa menegur anaknya-Ust Nasa, menarik balik kenyataannya yang meminta Ust Nasa meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok dan masuk UMNO.

4) Berkat doa dan solat sunat hajat pendokong dan penyokong jamaah Islam, alhamdulillah keadaan di dalam PAS kembali damai dan mesra sebagaimana biasa. Sesungguhnya thiqah di atas kebijaksanaan kepimpinan tertinggi gerakan Islam, menjamin jamaah terus dinaungi Allah. Nabi SAW bersabda " Tidak akan berhimpun umatku di atas kesesatan".

5) Moga yang putus disambung semula, yang tercarik dijahit kembali dan yang bermasam muka dan jiwa kembali mesra dan damai. Moga diluruskan kembali saf di dalam PAS dan Pakatan Rakyat dalam mendepani UMNO dan BN. Takbir !



22 Jun 2009, 28 Jmaadil Akhir 1430 Hijrah,

10.01 malam, Malaysia Timur

Pakatan Rakyat-Tidak kepada Kerajaan Perpaduan



1) Muktamad-Sekretariat Pakatan Rakyat yang berbincang hari ini memutuskan-tidak kepada Kerajaan Perpaduan yang dimanipulasi oleh UMNO dan BN.

2) Keputusan ini sekaligus menyimpul mati segala harapan dan keresahan samada di peringkat UMNO dan BN, mahupun penyokong Pakatan Rakyat, khususnya pendokong dan penyokong PAS.

3) Ternyata dengan keputusan ini, memberikan tamparan hebat kepada UMNO dan BN, apatah lagi dalam situasi menghadapi pilihanraya Manek Urai yang dilihat akan berpihak kepada PAS.

4) Moga Pakatan Rakyat terus teguh demi memastikan pilihanraya umum ke-13, menyaksikan pertukaran tampuk kepimpinan negara.



22 Jun 2009, 28 Jamadil Akhir 1430 Hijrah,

3.57 petang, Malaysia Timur

Moga kejernihan bertapak di dalam PAS





1) Dalam nada yang lebih lembut tetapi masih tegas, Tuan Guru Nik Aziz menyatakan boleh berbincang tentang Kerajaan Perpaduan, tetapi perlu mengikut saluran yang betul.

2) Difahamkan juga, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang memaklumkan bahawa mesyuarat khas akan diadakan pada malam ini, bagi membincangkan isu kerajaan perpaduan.

3) Sesungguhnya banyak pro dan kontra mengenai kerajaan perpaduan ini.

4) Namun diharapkan, di atas thiqah yang tinggi kepada kepimpinan PAS, Insya allah isu ini dapat diselesaikan dengan baik. Mudah-mudahan, ada keputusan yang konkrit berhubung isu ini. Bagi pendokong gerakan Islam, dinasihatkan agar tidak cepat melatah, bahkan melihat apa jua isu yang timbul kini sebagai proses mematangkan kita.



22 Jun 2009, 28 Jamadil Akhir 1430 Hijrah,

10.01 pagi, Malaysia Timur

Jumaat, 19 Jun 2009

Siapakah Sisters in Islam-Bhgn 2

a) Islam dan Poligami
Berdasarkan ayat 3, Surah al-Nisa’ yang bermaksud : “ Jika kamu takut tidak akan berlaku adil tentang anak-anak yatim, maka kahwinilah olehmu perempuan yang baik bagimu; dua,tiga atau empat. Tetapi jika kamu takut tidak akan berlaku adil, maka kahwinilah seorang sahaja. Yang demikian itu lebih dekat(untuk mencegah)supaya kamu tdak melakukan kezaliman.”

Justeru, SIS menentang sekeras-kerasnya amalan poligami pada masa kini kerana rata-rata suami tidak berlaku adil terhadap istei-isteri dan anak-anaknya. Perkahwinan yang sempurna di dalam Islam ialah monogamy. SIS juga mencadangkan supaya diadakan ta’liq nikah sebagaimana yang telah dilakukan di Syria, Jordan dan Iran. Penambahan tersebut ialah kenyataan tidak berpoligami setelah berkahwin dengan isteri pertama bagi melindungi wanita berkenaan. Pasangan tersebut boleh memilih samada hendak menggugurkan kenyataan tersebut pada masa akan datang atau tidak.



Bilangan isteri lebih dari satu dan hikmahnya.

Menurut Imam Ibn Jarir al-Tabari dalam mentafsirkan ayat 3 surah al-Nisa’ menjelaskan beberapa larangan dan tanggungjawab besar yang wajib ditunaikan oleh seorang lelaki kepada hak-hak perempuan yatim dan wanita.[1] Di sinilah hikmah poligami dan kepentingannya yang perlu dinilai secara positif sebagai alternatif untuk menyelesaikan permasalahan yang ada. Perlu diingatkan kepada golongan lelaki yang ingin berpoligami, perkara ini bukanlah boleh dilaksankan sewenang-wenangnya kerana ia adalah hukum Allah dan ia merupakan persoalan yang akan ditanya di akhirat nanti.

Ternyata kenyataan SIS yang menyatakan perkahwinan paling sempurna ialah monogamy agak emosional dalam membela wanita dengan menggunakan kekuatan hermeneutik(mengkaji konteks sosio-sejarah wahyu Tuhan secara menyeluruh dan ayat-ayat al-Qur’an yang berkenaan, meneliti struktur sintaksis dan gubahan nahu teks dan meneliti keselruhan teks bagi memahami perspektif duniawinya). yang digabungkan dengan hak-hak wanita dalam perkahwinan menurut undang-undang kekeluargaan Islam di Malaysia.

Adapun soal poligami atau berkahwin lebih dari satu isteri sehingga empat isteri dibenarkan oleh syariat Islam, dengan syarat bersikap adil terhadap isteri tampa cenderung kepada salah satu dari mereka.[2] Sungguhpun demikian Islam tidak mewajibkannya atau menggalakkannya atau ‘sunat’. Ia mengandungi muslihat kemasyarakatan dan melindungi wanita dari keganasan. Pengharaman poligami di negeri-negeri Barat telah mengakibatkan berkembangnya perzinaan, pelacuran dan bersekedudukan tanpa nikah di antara lelaki dan perempuan.




Keharusan poligami ini dinyatakan dengan jelas didalam al-Quran, firman Allah:
وَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَى فَانكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَى وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ذَلِكَ أَدْنَى أَلَّا تَعُولُوا(3)

Ertinya: “Maka kahwinilah perempuan-perempuan yang senangi, dua, tiga, atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kahwinilah ) seorang sahaja”.(Ayat 3, Surah al-Nisa’)

Firman Allah lagi dalam Surah al-Nisa’:
وَلَنْ تَسْتَطِيعُوا أَنْ تَعْدِلُوا بَيْنَ النِّسَاءِ وَلَوْ حَرَصْتُمْ فَلَا تَمِيلُوا كُلَّ الْمَيْلِ فَتَذَرُوهَا كَالْمُعَلَّقَةِ وَإِنْ تُصْلِحُوا وَتَتَّقُوا فَإِنَّ اللَّهَ كَانَ غَفُورًا رَحِيمًا(129)

Ertinya: “ Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil diantara isterimu, walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian, kerana itu janganlah kamu terlalu cenderung ( kepada yang kamu cintai), sehingga kamu biarkan yang lain terkatung-katung.(Ayat 129, Surah al-Nisa’)

Perlu dinyatakan bahawa poligami merupakan satu peraturan untuk menghadapi keadaan darurat dan bukannya peraturan pokok dalam ajaran Islam. Apa yang dituntut dalam poligami ialah keadilan dan kesaksamaan yang sulit dilaksanakan. Di samping itu poligami diwujudkan demi menghindarkan akibat buruk yang menimpa bagi perkahwinan dengan seorang isteri sahaja. Umpamanya sebab berlakunya peperangan, kemandulan isteri dan isteri yang selalu sakit yang menghalangi hubungan seks, dan bilanan perempuan jumlah bilangan perempuan lebih ramai dari lelaki, dan untuk mengerat dan merepatkan kedua keluarga isteri pertama dan kedua dan untuk menanbahkan zuriat dan keturunan. Inilah garisan berpoligami yang dikehendaki oleh ajaran Islam.[3]

Selain dari itu bertujuan untuk membela nasib anak-anak yatim yang kehilangan ayah, lalu mengahwini ibunya dan dijadikan ibunya sebagai isteri, sepertimana yang telah dilakukan oleh sahabat-sahabat di zaman Nabi saw, ataupun didapati seorang perempuan yang memeluk agama Islam, dan tiada tempat pergantungan, serta berkemampuan untuk mengahwini perempuan lebih dari satu dari segi harta, kasih sayang, keadilan, saksama dan sebagainya.[4]

Harus kahwin lebih dari satu tanpa izin dari Qadi

Islam membenarkan lelaki berkahwin lebih dari satu dalam satu masa dan tidak lebih dari empat, berdasarkan nas al-Quran didalam surah al-Nisa’ayat 3 dan juga pendapat ulama’ Tafsir dan Fiqh tanpa khilaf.[5] Ulama’ bersepakat mengatakan boleh berpoligami tanpa meminta persetujuan dari Qadi. Keputusan ini telah dipersetujui oleh semua ulama’, semasa mereka mengadakan muktamar Majma’ al-Buhuth al-Islamaiyyah kali kedua di Kaherah pada tahun (1385 H) bersamaan dengan (1965 M) berkaitan dengan poligami.Mengikut keputusan mereka yang telah ditetapkan ialah seperti berikut:[6]

بشأن تعداد الزوجات، يقرر المؤتمر أن تعدد الزوجات مباح بصريح نصوص القرآن
الكريم وبالقيود الواردة فيه وأن ممارسة هذا الحق متروكة إلى تقدير الزوج، ولايحتاج إلى إذن القاضي"..
Ini adalah berdasarkan Syariat Islam, berbeza dengan apa yang telah diamalkan di Malaysia sekarang, iaitu suami yang ingin berpoligami hendaklah meminta kebenenaran terlebih dahulu dengan isteri pertama. Walau bagaimanapun undang-undang yang diamalkan ini berdasarkan kepada kaedah Usul Fiqh iaitu: ( المصالح العامة maslahah ammah, yang meliputi dua bahagian iaitu :
a) Jalb al-Manafi‘(Membawa manfaat)
b) Dar al-Mafasid (Menolak kerosakan)[7]
Ini penting demi menjaga keharmonian rumah tangga keluarga Islam, terutaman banyak berlaku kes rumahtangga, suami tidak bertanggungjawab, tidak memberi keadilan saksama terhadap isteri-isteri, berlaku perceraian dan sebagainya.

Hak Kemasyarakatan
Tidak dapat disangkal lagi bahawa wanita muslimah kini di tengah-tengah dua kecenderungan dan kekuatan.

Pertama: Kekuatan yang mendorong kepada kebaikan, Sehingga mereka memperjuangkan kebaikan itu serta memerangi kejahatan dan kemungkaran.
Kedua: Ialah yang mendorong wanita keluar daripada identiti kewanitaan demi mengejar apa yang dikatakan ‘kemajuan’ dan ‘kemodenan’ yang dianjurkan oleh Barat. Akhirnya mereka melaksanakan perlakuan dan tindakan yang dimurkai oleh Allah. Oleh yang demikian adalah menjadi kewajipan mengembalikan kedudukan wanita memainkan peranan yang sejajar dan serasi dengan syariah dan cara hidup Islam. Dalam mengembalikan kedudukan wanita Islam ini maka hendaklah dijelaskan aspek-aspek ibadah dan muamalat Islam yang boleh diceburi oleh wanita. misalnya dalam bab bersuci aurat wanita muslimah, hukum perkahwinan, hudud, hinggalah kepada hak-hak berpolitik dan menegakkan syariah Islam. Adapun ciri-ciri yang menonjol dari hak sosial wanita Islam ialah kewajipan mereka berhijab, purdah atau menutup aurat dalam konteks pergaulan mereka di tengah-tengah masyarakat.[8]

[1] Ibn Jarir al-Tabari, op.cit, Jil.3, hlm. 573-582
[2] Jalal al-Din al-Suyuti, al-Durr al-Manthur fi Tafsir bi al-Ma’thur. Jil,2.hlm.428-430. Dar al-Fikr, 1973.
[3] Fadzullah Haji Syuib, Wanita menurut Syariah Islam, hlm,53-54. Penerbitan Saiful Azanis: Kuala Lumpur, 1987.
[4]Dr. Abd al-Karim Zaidan op.cit, hlm.287
[5] lihat Tafsir al-Razi; j,9. hlm.175- Tafsir Ibn Kathir,j.1. hlm.450. – Tafsir al-Qurtubi. J,5. hlm.12-18. – Al-Mughni, j,6.hlm.539.
[6] Dr.Abd al-Karim Zaidan, (1993) op.cit. hlm. 293
[7] Prof.Dr.Amir Syarifuddin, Usul Fiqh, Juz.2, hlm. 208, Logos Wacana Ilmu, Jakarta.
[8] Fadzlullah Haji Syuib, op.cit hlm. 54.


a) Isu Murtad

Adakah patut Malaysia mengadakan undang-undang yang menghukum orang-orang Islam yang meninggalkan agama mereka? Enakmen Hudud Kelantan mengenakan hukuman mati ke atas orang-orang yang murtad. PAS sudah bertahun-tahun mencuba untuk membentangkan di Parlimen supaya orang murtad dihukum mati. SIS tidak bersetuju dengan apa jua usaha yang menggunakan undang-undang untuk memelihara iman seseorang Muslim berdasarkan ayat 256, Surah al-Baqarah yang bermaksud “ Tidak ada paksaan dalam agama”

Menurut sebab nuzul ayat madaniah di atas ia diturunkan setelah beberapa para sahabat Nabi saw meminta kebenaran untuk memaksa saudara masing-masing memeluk Islam. Sebahagian besar pendapat mentafsir ayat ini bermaksud kita tidak boleh memaksa seseorang pun untuk memeluk Islam. Justeru, kebebasan beragama semestinya mengiktiraf kebebasan menukar agama. Bagaimanakah orang-orang Islam boleh menuntut kebebasan agama untuk mereka yang ingin memeluk Islam sementara pada masa yang sama memegenag pendirian yang menidakkan kebebasan bagi mereka yang ingin keluar dari Islam? Tambahan pula, al-Qur’an dalam kira-kira 20 ayat mengenai keimanan dan kekufuran tidak menguntukkan apa-apa hukuman duniawi bagi keslahana murtad.
Sehubungan itu, SIS menyarankan agar kerajaan mengambil pendirian yang berprinsip yang menghormati hak kebebasan beragama seperti yang dituntut dalam al-Qur’an seperti yang dicerminkan oleh Fasal 11 Perlembagaan persekutuan dan Fasal 18 Deklarasi Sejagat Hak-Hak Asasi Manusia.


Kesalahan Murtad Menurut Islam

Ternyata SIS sekali lagi menggunakan ayat yang sama sebagai hujah dalam menentang perlaksanaan hukum bunuh kepada jenayah murtad. Imam Ibn Kathir sememangnya menjelaskan berkaitan ayat tersebut dengan mengatakan tidak boleh memaksa seseorang memeluk Islam kerana hanya Allah yang akan memberikan hidayah kepada seseorang. Bahkan tidak berguna jika seseorang itu masuk Islam kerana terpaksa.[1] Namun demikian ayat ini tidak boleh dijadikan hujah untuk mengiktiraf kebebasan menukar agama sewenang-wenagnya. Dr.Yusuf al-Qaradhawi menyatakan Islam sememangnya menghormati hurriyah al-fikri (kebebasan berfikir) dan bukannya hurriyah al-kufri (kebebasan untuk kufur). Ini adalah kerana seseorang yang murtad telah menyatakan suatu cabaran terbuka kepada Allah bahawa Islam yang Allah telah pilih sebagai agama untuk hambaNya seolah-olah bukanlah agama yang sebenar yang patut ia hidup dan mati bersamanya.[2]

Allah juga melalui prinsip Hifzu al-Din, memerintahkan melalui RasulNya supaya dikenakan hukuman ke atas mereka yang meninggalkan agam Islam secara rela. Dalam sebuah hadith daripada Ibn Abbas r.a katanya: Sabda Rasulullah saw “ Sesiapa yang menukar agamanya, maka bunuhlah dia” (Riwayat Bukhari). Selain itu sebuah hadith lain berkenanan hukuman bunuh kepada jenayah murtad ialah “ Tidak halal darah seseorang yang mengucap bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya aku Rasul Allah kecuali kerana 3 perkara: Lelaki yang sudah berkahwin yang berzina, nyawa dengan nyawa dan tinggal agama berpisah daripada jemaah Muslim.(Muttafaq ‘Alaih)

Jumhur ulama’ sepakat tentang hukum murtad adalah bunuh. Peristiwa pembunuhan ke atas golongan murtad juga ada dicatatkan di dalam sejarah seperti peristiwa hukum bunuh yang dilaksanakan oleh Abu Musa dan Muaz terhadap Yahudi di Yaman yang memeluk Islam kemudian murtad, selanjutnya Muaz memberitahu orang ramai ini adalah hukum Allah dan RasulNya.


Dr. Abdul Hayei Sukor dalam menyatakan pandangan beliau tentang hukum murtad yang dianggap keras oleh sesetengah pihak dan bertentangan dengan toleransi Islam, beliau menimbulkan persoalan bolehkah dianggap kebebasan yang patut diberi kepada seseorang, jika setelah memeluk Islam, ia tiba-tiba meruntuhkan bangunan Islam, tempat orang ramai berteduh sebelum kedatangannya atau dengan kata lain, apakah kebebasan beragama itu bermaksud bebas keluar masuk, bebas mengganas dan mengancam keselamatan orang lain? Bolehkah dianggap sesuatu kebebasan bagi seseorang yang terang-terang berpihak kepada musuh dan memburukkan negaranya sendiri.[3]

Jika ada orang mengaku beriman kepada Allah, tetapi menolak beriman kepada hari Akhirat, atau percaya kepada Allah tetapi menolak kerasulan Nabi saw, atau ia beriman kepada al-Qur’an tetapi menolak hadith-hadith yang disahkan daripada Rasulullah saw seperti beberapa penulis yang mengaku murtad atau dengan terang-terang menghina Islam, apakah sikap ini dianggap masih setia kepada Islam, apakah mereka masih dianggap jujur dengan Islam sehingga hak-haknya masih terpelihara sebagai seorang muslim?

Justeru, setelah menilai persoalan-persoalan yang ditimbulkan oleh Sisters In Islam, maka penulis amat berharap agar suatu penjelasan semula dapat diberikan kepada masyarakat supaya mereka tidak terkeliru dengan golongan-golongan sebegini.
[1] Abu Fida’ Isma‘il Ibn Kathir, op.cit. hlm. 274, Jil. 1.
[2] Hanipa Maidin, Menjawab Tuduhan Terhadap Hukum Hudud, Nufair Street, hlm. 69, 2003.
[3] Dr. Abdul Hayei Abdul Sukor, Islam Dalam Sabda, hlm. 581, al-Amani Publishers, 2003



Diulang terbit pada 19 Jun 2009, 25 Jamadil Akhir 1430 Hijrah

8.33 pagi, Malaysia Timur

Khamis, 18 Jun 2009

Siapakah Sisters In Islam ? -Bhgn 1

ISU KONTEMPORARI PENGAJIAN TAFSIR


Satu Kajian Terhadap Sisters In Islam ; Penyelewengan Tafsir Terhadap Ayat-ayat al-Qur’an.


1.0 Pengenalan Sisters In Islam


SIS telah diasaskan oleh Dr. Amina Wadud pada tahun 1988. Ketika itu beliau adalah pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dalam bidang Teologi. Seramai 6 orang wanita muslim yang prihatin terhadap permasalahan wanita telah bersatu hati membentuk jawatankuasa ketika awal penubuhan SIS iaitu Dr. Amina Wadud, Zainah Anwar, Salbiah Ahmad, Sharifah Zuriah, Rashidah Abdullah dan Ros Ismail. Pada tahun 1991, SIS telah didaftarkan sebagai NGO di bawah nama SIS Forum (Malaysia) Berhad di bawah seksyen non profit (tiada keuntungan). Nama SIS digunakan secara komersil dalam urusan penyiaran tetapi mereka menggunakan nama syarikat bagi urusan rasmi. [1]

Pada asalnya SIS dikenali sebagai Puteri Islam. Memandangkan gerak kerja mereka melewati sempadan negara hingga ke negara barat, mereka telah bersepakat untuk menamakan Puteri Islam sebagai Sisters In Islam supaya tampak lebih global. Para wartawan pernah mencadangkan nama Daughter Of Islam sebagai terjemahan kepada Puteri Islam. Nama tersebut pernah tersiar hanya beberapa kali di dalam akhbar, namun SIS lebih menyukai nama Sisters In Islam.[2]

SIS ditubuhkan atas persepakatan golongan professional wanita yang banyak terlibat dengan permasalahan wanita seperti ibu tunggal. Oleh kerana pada ketika itu belum lagi wujud pertubuhan wanita yang membela kaum wanita dan menegakkan hak-hak mereka, pengasas SIS rasa bertanggungjawab untuk mewujudkan pertubuhan tersebut. Antara sebab-sebab utama tercetusnya idea penubuhan SIS ini ialah : [3]
a. Apabila banyak rungutan daripada wanita tentang kes-kes yang tertangguh dan tidak mendapat keadilan yang sewajarnya daripada Mahkamah Syariah khususnya dalam hak-hak wanita berkaitan undang-undang kekeluargaan Islam.
b. Beberapa persoalan yang timbul melibatkan diskriminasi gender, keganasan rumahtangga dan sebagainya yang difokuskan kepada keutamaan dan pembelaan ke atas wanita.

Penubuhan SIS di dorong oleh pertubuhan wanita yang bertapak di Indonesia yang dikenali sebagai RAHIMA. SIS secara tidak langsung mengikut acuan yang telah dibentuk oleh RAHIMA sebagai asas bagi memulakan gerakan wanita di Malaysia. Berbekalkan keyakinan dan keazaman, SIS berjaya menggerakkan pertubuhan tersebut hingga ke hari ini. Mereka kini semakin mendapat kepercayaan samada masyarakat Malaysia mahupun antarabangsa. Suara mereka kini semakin lantang mempertahankan hak-hak wanita supaya wanita tidak dizalimi dan dianiayai.

Bagi bahagian projek pula, SIS mempunyai 4 bahagian dan setiap bahagian mempunyai seorang pegawai yang bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas yang telah diamanahkan. Bahagian tersebut meliputi : [4]

a. Bahagian Penyelidikan

Di bahagian ini, pegawai tersebut bertanggungjawab untuk menjalankan kajian mengenai isu-isu semasa yang menyentuh tentang hak-hak wanita. Kajian tersebut dilakukan mengikut metodologi kajian yang telah ditetapkan oleh SIS. Dalam kajian tersebut SIS tidak mengenepikan pendapat Sarjana Islam Moden dan hasil tulisan Ulama’-Ulama’ terkini. Hasil kajian tersebut akan disiarkan di dalam akhbar, kertas-kertas persidangan, diskusi ilmu sesama ahli dan sebagainya.

b. Bahagian Pendidikan Awam

Bahagian Pendidikan Awam bertanggungjawab untuk mengadakan latihan kepada ibu-ibu tunggal, wanita dan sasaran akan datang ialah remaja yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah. Latihan tersebut berbentuk forum, diskusi, bengkel, seminar dan kem motivasi. Sasaran akan diperkenalkan tentang undang-undang kekeluargaan dan undang-undang lain yang berkepentingan.

Selain itu sasaran juga diterapkan nilai-nilai kepimpinan supaya mereka dapat meneruskan kehidupan dan mampu merancang aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Pendedahan ini terbukti berjaya mewujudkan kesatuan dan kekuatan di kalangan wanita-wanita yang teraniaya.

c. Bahagian Advokasi dan Pembaharuan Undang-undang

Pegawai yang bertugas pada bahagian ini bertanggungjawab sepenuhnya pada aspek undang-undang kekeluargaan dan yang berkaitan. Beliau perlu mengenalpasti klasifikasi undang-undang, impak pelaksanaan sesuatu undang-undang dan cara pembelaan sekiranya menghadapi tindakan mahkamah. Beliau menjadi rujukan kepada mana-mana individu yang bermasalah untuk mendapatkan khidmat nasihat dan prosedur undang-undang.

Selain itu, bahagian ini juga bertanggungjawab untuk mengendalikan “Undang-undang dan Anda” Akhbar Utusan Malaysia pada setiap hari Jumaat. Setiap persoalan yang ditimbulkan oleh pembaca sekiranya mudah, akan dijawab terus oleh pegawai berkenaan. Sekiranya solan tersebut agak sukar dan memerlukan penghuraian yang panjang, maka SIS akan mendapatkan perkhidmatan percuma (free service) daripada pakar undang-undang.

d. Bahagian Sumber dan Perpustakaan

Untuk bahagian ini, pegawai program diamanahkan untuk menyelenggarakan laman web SIS dan e-mail. SIS akan sentiasa mengemaskinikan laman webnya supaya pembaca dapat maklumat secara cepat dan segar. Sebarang masalah yang timbul, pembaca dapat menghantar atau mengirimkan soalan tersebut melalui e-mail kepada SIS. Dengan ini, hubungan dua hala secara tidak langsung dapat diwujudkan.

Selain itu, pegawai berkenaan turut ditugaskan untuk menerbitkan buku-buku yang dihasilkan oleh penulis tempatan dan luar negara. Ada ketikanya bahagian ini bertindak sebagai penterjemah kepada hasil tulisan mereka, kerana kebanyakan buku yang ditulis oleh penulis luar adalah dalam bahasa Inggeris. Sekiranya tidak ada hasil tulisan daripada penulis, SIS akan membukukan isi-isi dan kenyataan penting kertas kerja seminar dan forum. Bermula dari peringkat menyediakan bahan penulisan hinggalah kepada proses percetakan adalah menjadi tanggungjawab pegawai berkenaan.

1.1 Objektif utama Sisters In Islam ialah :

1. Menegakkan dan membangunkan satu kerangka hak-hak wanita dalam Islam yang mengambil kira pengalaman dan realiti wanita.
2. Menghapuskan ketidakadilan dan diskriminasi terhadap wanita dengan mengubah amalan-amalan serta nilai-nilai yang menganggap bahawa taraf wanita adalah lebih rendah daripada lelaki.
3. Membina kesedaran awam dan memperbaharui undang-undang serta dasar-dasar mengenai kesaksamaan, keadilan, kebebasan, martabat dan demokrasi dalam Islam.[5]

1.2 Misi Sisters In Islam ialah:

Untuk meningkatkan kesedaran mengenai prinsip-prinsip Islam yang sebenar, prinsip-prinsip yang memuliakan konsep kesaksamaan di antara wanita dan lelaki, berjuang ke arah pembentukan masyarakat yang mendokong prinsip-prinsip Islam seperti kesaksamaan, keadilan, kebebasan dan martabat dalam negara demokrasi. [6]


1.3 Aktiviti Sisters In Islam

a)Penglibatan dalam masyarakat

Masyarakat Islam khususnya wanita perlu diberi kefahaman yang jelas tentang undang-undang dan hak-hak mereka dalam masyarakat. Atas dasar keprihatinan dan tanggungjawab, SIS telah melibatkan diri dalam masyarakat yang pelbagai seperti ibu tunggal, remaja, wanita professional dan golongan pelajar.

b)Perhubungan Antarabangsa

Sumbangan SIS terhadap wanita bukan sahaja di tanahair Malaysia, malah SIS terus melebarkan sayapnya hingga ke serata dunia khususnya negara-negara Islam. Bagi memantapkan misi perjuangan, SIS seringkali mengadakan pertemuan dan perjumpaan dengan aktivis-aktivis kemasyarakatan negara-negara lain seperti Indonesia, Filipina, Singapura, Afrika, Mesir, Jordan, Amerika dan lain-lain lagi.

c)Sumbangan di dalam Media Massa

Sehingga kini, SIS telah mendapat kepercayaan penuh oleh Utusan Malaysia untuk mengendalikan ruangan “Undang-Undang dan Anda” pada setiap hari Jumaat. Sekiranya SIS tidak berkesempatan untuk menyuarakan pandangan terhadap sesuatu isu, pihak media sering bertanyakan pendapat SIS melalui telefon. Ini menunjukkan bahawa SIS dijadikan rujukan oleh media dan ini merupakan satu penghormatan yang baik. Di antara akhbar yang sering menyiarkan artikel SIS ialah Utusan Malaysia, Berita Harian, The Star, The Sun dan New Straits Times.

Penubuhan SIS adalah semata-mata atas rasa tanggungjawab dan prihatin terhadap nasib yang menimpa mangsa-mangsa perceraian dan ketidakadilan bagi suami yang berpoligami. Memandangkan pada ketika itu belum lagi wujud pertubuhan yang membela kaum wanita, maka SIS bersama beberapa orang wanita professional telah bersatu hati menubuhkan pertubuhan bukan kerajaan ini. [7]


[1] http : // www.sistersinislam.org
[2] Shadiya Abbas, Peranan Sisters In Islam Dalam Membela Kaum Wanita : Satu Tinjauan Dari Sudut Aqidah, Latihan Ilmiah Sarjana Muda Usuluddin, Sesi 2002/2003, hlm. 38
[3] Ibid, hlm. 39
[4] Ibid, hlm. 41-42
[5] Ibid, hlm. 44-45
[6] Ibid, hlm. 47
[7] Ibid, hlm. 50-52


2.0 Beberapa isu tentang salah faham dan penyelewengan terhadap ayat-ayat al-Qur’an>.

a) Kesopanan dan Kesederhanaan Pakaian dalam Islam

Sisters In Islam di dalam perbincangan mengenai pakaian, mereka menegaskan ia berkaitan dengan konsep kesopanan dan kesederhanaan (modesty) , kesopanan dalam peradaban dan pakaian serta pakaian yang menutup kemaluan. Di dalam ayat 26, Surah al-A’raf menyebut tentang pakaian untuk menutup aurat dan perhiasan yang indah tetapi ia menegaskan bahawa “ pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya”

Seterusnya di dalam ayat 31 surah yang sama, Allah berfirman yang bermaksud : “Hai anak Adam, pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu beribadat tetapi janganlah kamu melampaui batas”. Di dalam hal menutup tubuh badan kita, SIS berpendapat kesopanan yang dimaksudkan adalah supaya kita menutup segala yang aib yakni kemaluan kita yang tidak boleh sengaja didedahkan. Kedua-dua ayat ini bila difaham bersama menuntut supaya kita menutup keaiban kita. Tetapi apa yang lebih bermakna di sini ialah, bahawa al-Qur’an menekankan perihal pentingnya taqwa berbanding dengan kain yang menutupi tubuh kita, tidak kiralah betapa banyak atau kurang.

Al-Quran menunjukkan bahawa sifat kesederhanaan dan kesopanan seseorang timbul dari ketaqwaan, ia tidak boleh dipaksa sama ada dengan menutup ataupun mendedahkan aurat. Di dalam ayat 256, Surah al-Baqarah, menegaskan bahawa “tidak ada paksaan dalam agama”. Dalam tafsirnya, Abdullah Yusuf Ali menerangkan bagaimana agama bergantung atas iman dan kesanggupan, dan kedua-dua sifat ini tidak bermakna jika dipaksa. Didikan dan kesedaran sendiri dan bukannya paksaan ataupun undang-undang yang akan membawa kepada taqwa.

Hukum Tentang Aurat adalah Jelas dan Tegas

Imam Ibn Kathir di dalam tafsirnya al-Qur’an al-Azim menjelaskan bahawa yang dimaksudkan “pakaian taqwa itu yang lebih baik” di dalam ayat 26 surah al-A‘raf adalah iman (menurut pandangan al-Suddi dan Qatadah). Manakala Ibn Abbas pula berpandangan ia adalah amal salih. Sementara itu, Ikrimah menyatakan pakaian taqwa itu adalah pakaian yang dipakai oleh golongan al-Muttaqin pada hari kiamat. Manakala, menurut Abd al-Rahman Ibn Zaid Ibn Aslam yang dimaksudkan dengan pakaian taqwa itu adalah takut kepada Allah dengan menutup aurat. Ternyata pentafsiran yang dibuat oleh SIS tersasar.[1]

Berkaitan pentafsiran SIS terhadap ayat 31, Surah al-A’raf bahawasanya Allah menyatakan jangan kamu melampaui batas dalam berpakaian, ia juga tersasar kerana apa yang dinyatakan oleh Allah menurut Imam Ibn Kathir di dalam tafsir beliau ialah jangan membazir dan mengambil daripada sumber yang haram apabila kamu berpakaian.[2]

Mengenai dengan penyelewengan penafsiran mereka ini berdasarkan firman Allah:

لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ قَدْ تَبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنْ الغَيِّ
Ertinya: “ Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam), sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat.”(Ayat 256, Surah al-Baqarah)

Penyelewengan penafsiran mereka mengenai dengan ayat ini adalah tidak berasas sama sekali, suatu penafsiran yang salah dan tidak ada kaitan langsung dengan masalah aurat wanita. Ayat tersebut “ tidak ada paksaan dalam agama“, sebenarnya berkaitan dengan Islam menyeru manusia supaya beriman kepada Allah Taala, walau bagaimanapun Islam tidak memaksa seseorang yang bukan Islam supaya memeluk agama Islam, mereka diberi kebebasan untuk beragama tetapi diwajibkan untuk membayar jizyah.[3]

Menyentuh tentang pemeliharaan aurat, Islam menetapkan suatu dasar yang tegas tanpa tunduk kepada tuntutan perasaan individu dalam masyarakat dan jauh sekali dari terpengaruh kepada situasi zaman yang sering merubah tabiat manusia. Tidak ada erti seseorang itu sanggup patuh kepada ajaran agama pada perkara-perkara yang sesuai dengan kehendak nafsunya dan menolak dengan mudah perkara yang tidak disenangi, walaupun ia sedar yang perbuatannya itu adalah salah di sisi Syarak.

Mereka yang bersikap demikian termasuk dalam golongan orang yang digambarkan dalam al-Qur’an sebagai:
أَفَتُؤْمِنُونَ بِبَعْضِ الْكِتَابِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍ فَمَا جَزَاءُ مَنْ يَفْعَلُ ذَلِكَ مِنْكُمْ إِلَّا خِزْيٌ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يُرَدُّونَ إِلَى أَشَدِّ الْعَذَابِ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ

Ertinya: “ Apakah kamu beriman kepada sebahagian al-Kitab dan ingkar kepada sebahagian kitab yang lain? Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian daripadamu, melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia, dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada siksa yang sangat berat Allah tidak lengah dari apa yang kamu perbuat. (Ayat 85, Surah al-Baqarah)

Konsep ini boleh dikatakan konsep jahiliyyah moden selepas kedatangan Islam. Konsep ini telah dilihat oleh para sarjana dan mujaddid Islam tidak sekadar merujuk kepada faktor zaman, akan tetapi jahiliyyah yang dimaksudkan ialah faktor perlakuan dan peraturan yang bercanggah dengan ajaran Islam. Perhatikan firman Allah dalam surah al-Maidah:
أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنْ اللَّهِ حُكْمًا لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ

Ertinya: “ Apakah hukum (peraturan) Jahiliyyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?”.(Ayat 50, Surah al-Maidah)

Sayyid Qutb menekankan bahawa jahiliyyah adalah akibat berlakunya pengabdian manusia kepada sesama manusia dan juga berdasarkan penyelewengan dari hukum ciptaan Allah. Jahiliyyah juga adalah manifestasi daripada percanggahan di antara program perlakuan manusia dengan program fitrah yang dicipta oleh Allah.[4] Demikian juga Abu al-A‘la al-Maududi dan Sa‘id Hawa yang menyetujui bahawa jahiliyyah yang dikehendaki oleh istilah Islam merujuk kepada ciri-ciri pertentangannya dengan Islam sebagai al-Din (Sistem Hidup Islam).Firman Allah:
وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَنْ يَكُونَ لَهُمْ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ وَمَنْ يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا مُبِينًا

Ertinya : “Dan tidak patut bagi lelaki dan wanita yang mukmin apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan sesuatu ketetapan masih ada lagi bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka.”


b) Penafsiran Sister in Islam dalam Surah al-Nur ayat 30-31.

Ayat-ayat Madinah yang diturunkan selepas itu, umumnya adalah lebih khusus dari segi penekanannya.Ini sebagai memenuhi keperluan dan keadaan tertentu yang berlaku dalam hidup Nabi saw dan ummah pertamanya. Pada zaman itu, ayat-ayat awal mengenai kesederhanaan dan kesopanan terkandung di dalam ayat 30-31, Surah al-Nur, di mana kedua-dua lelaki dan wanita digesa “menyekat pandangan mereka dan memelihara kehormatan mereka”. Ayat ini menggesa wanita supaya jangan mendedahkan kecantikan mereka selain dari apa yang dianggap sopan dan menyuruh wanita “menutup belahan leher bajunya dengan khimar (tudung kepala) mereka.

Tudung kepala atau khimar yang dimaksudkan ini dilihat oleh separuh para sarjana sebagai selendang perhiasan yang sering dipakai oleh wanita Arab zaman jahiliyyah yang dibiarkan meleret dibelakang mereka, sejajar dengan fesyen ketika itu, leher baju wanita begitu luas hingga mendedahkan dada mereka. Oleh yang demikian, perintah menutup belahan leher baju wanita dengan khimar tidak semestinya bermaksud penggunaan khimar itu sendiri. Tafsiran surah tersebut mengutarakan bahawa perintah berkenaan menjelaskan yang bahagian dada wanita tidak termasuk dalam bahagian badan, “yang zahir padanya” yang boleh didedahkan.

Mesej al-Qur’an tidak berniat menyekat manusia. Dalam memutuskan untuk menjadikan agama sebahagian dari kehidupan umum masyarakat (public life), tugas paling rumit bagi kita sekarang ialah bagaimana hendak membina kebolehan menyesuaikan iman kita untuk menangani cabaran-cabaran peralihan zaman dan keadaan. Adakah kita akan terus wujud sebagai satu bangsa yang muqallid(menganut secara membuta tuli)? Ini akan membawa kepada keruntuhan intelek dan kedangkalan yang berpanjangan.

Sebagai langkah yang pertama, kita mesti mengenali perbezaan di antara apa yang telah diwahyukan, kerana ia tidak boleh dipersoalkan, dengan apa yang terhasil dari usaha-usaha para pemikir cerdik pandai dan juga pengaruh adat resam kita yang sentiasa berubah dan tidak lagi sesuai diadaptasikan masa kini. Pendapat Majlis Fatwa atau pihak-pihak berkuasa agama adalah hanya usaha manusia mentafsir wahyu Tuhan yang tidak terbatas. Tafsiran inilah yang sepatutnya boleh kita perbahaskan dan dibincangkan.


Prinsip-prinsip Penentuan Aurat Dalam Islam

Islam mempunyai dasarnya yang tersendiri dalam mengatur dan menyusun masyarakat bagi mencapai kebahagiaan yang hakiki berteraskan hukum Allah yang Maha Bijaksana dan Adil. Untuk mencapai matlamat tersebut segala yang bersifat Maslahah ‘Ammah (Kepentingan Masyarakat) disusun dengan sebegitu rupa sehingga benar-benar mendatangkan kesan yang berfaedah kepada masyarakat yang mengamalkannya.

Menyentuh tentang pemeliharaan aurat, walaupun umumnya adalah lebih khusus dari segi penekanannya kepada ummah yang pertaman di zaman Nabi saw, ianya merupakan ketetapan syariat Islam yang wajib diamalkan oleh ummat Islam. Islam menetapkan suatu dasar yang tegas tanpa tunduk kepada tuntutan perasaan individu dalam masyarakat dan jauh sekali dari terpengaruh kepada situasi zaman yang sering merubah tabiat manusia yang wujud ketika itu. [5]


Di dalam surah al-Nur, Allah berfirman :
قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ(30)وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنأَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوْ التَّابِعِين ( 31)َ َّ
Ertinya : Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Katakanlah kepada wanita beriman : Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannnya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam atau budak-budak lelaki yang mereka miliki…..(Ayat 30-31, Surah al-Nur)

Ayat diatas mengandungi lima larangan seperti berikut :

1- Wanita Islam dilarang menonjol perhiasan diri seperti pakaian yang cantik menarik dengan berbagai fesyen, barang-barang kemas dan lain-lain alat perhiasan yang lazim dipakai oleh wanita sepertimana yang dilakukan oleh wanita di zaman jahiliyyyah.[6]
2- Melarang lelaki dan wanita yang beriman dari memandang perkara-perkara yang haram termasuk aurat golongan mereka yang berlainan jenis yang bukan mahramnya.
3- Mereka dilarang melakukan zina.
4- Wanita dilarang mendedahkan aurat di hadapan lelaki ajnabi dan dikehendaki memakai kain tudung kepala untuk menutup seluruh rambut dan tengkok. Kain tersebut hendaklah labuh hingga ke dada.Islam tidak membenarkan mendedahkannya melainkan dihadapan suami dan kaum keluarga yang terdekat.[7] Firman Allah: ayat:
وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَى وَأَقِمْنَ الصَّلَاةَ وَآتِينَ الزَّكَاةَ وَأَطِعْنَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنْكُمْ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيرًا(33)
Ertinya:” Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyyah yang terdahulu”. (Ayat 33, Surah al-Ahzab)
Walaupun ayat ini ditujukan kepada isteri-isteri Nabi tetapi umumnya ditetapkan hukum kepada semua wanita-wanita Islam.[8]
5- Wanita dilarang berjalan menghentak kaki dengan tujuan didengari orang akan deringan gelang kaki yang dipakai.

Perintah pertama yang ditujukan kepada lelaki dan wanita Islam dalam ayat 30-31 dari surah al-Nur ialah merendahkan pandangan mata. Maksud merendahkan pandangan mata dalam konteks ayat ini ialah menjauhkan diri dari melakukan sesuatu yang digambarkan dalam sebuah hadith sebagai ‘zina mata’ yakni memandangkan kecantikan kecantikan tubuh badan wanita serta perhiasannya dengan perasaan ghairah.[9] Demikian juga pandangan wanita terhadap lelaki yang ajnabi dan bukan suaminya dengan syahwat ianya ditegah oleh Islam.[10]


Menurut al-Maraghi di dalam tafsirnya, bahawa Allah mendahului perintah membatas pandangan mata sebelum menjaga kemaluan kerana mata merupakan pengintip kepada hati. Oleh kerana pandangan mata merupakan wasilah kepada fitnah amali (perbuatan) maka Allah mengharamkan jalannya terlebih dahulu sebelum mengharamkan matlamatnya iaitu zina.[11]

Manakala Islam menyuruh wanita “menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala (khimar ) mereka. Yang dimaksudkan di sini mengikut pendapat Ibnu Kathir di dalam tafsirnya ialah hendaklah kamu tutup kepala, tengkuk serta dada kamu dengan tudung ke atas juyub( lubang yang dibuat pada pakaian sehingga mendedahkan sebahagian daripada dada wanita pada zaman jahiliyyah).

‘Allamah al-Naysaburi, beliau berkata di dalam tafsirnya Gharaib al-Quran, pada awal-awal zaman Islam, wanita-wanita sering keluar rumah mengikut adat kebiasaan mereka pada zaman Jahiliyyah, iaitu dengan memakai pakaian yang tiada cukup menutup aurat, dengan baju dan khimar (kain tudung), tanpa perbezaan antara perempuan merdeka dan perempuan hamba. Maka mereka dititah oleh Allah supaya memakai rida’, iaitu pakaian luar[12] dan khimar , menurut pendapat Ibnu Kathir iaitu kain tudung yang besar dan menutup kepala,[13] muka dan seluruh badan, itulah yang dimaksudkan dengan memakai jilbab.[14]


Dalam menafsirkan ayat 31 diatas dengan mengatakan bahawa dada wanita tidak termasuk dalam bahagian badan “ yang zahir padanya” yang boleh didedahkan adalah suatu pentafsiran yang salah dan tidak berasas sama sekali!. Ulama’ Islam berbeza pendapat dalam menafsirkan ayat tersebut.

Menurut pendapat al-Maududi : ( إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ) yang bermaksud: “Kecuali yang zahir daripadanya” menurut al-Maududi ialah perhiasan yang dipakai oleh wanita dan ternampak dengan sendiri tanpa disengajakan. [15] Menurut Hassan al-Basri ia adalah pakaian luar yang melindungi pakaian dalam. Manakala Ibn Abbas, Mujahid, ‘Ata’, Ibn ‘Umar, Sa‘id bin Jubair pula, mereka menafsirkan ayat tersebut dengan maksud muka dan tapak tangan. Menurut pendapat Qatadah maksud dengan perhiasan luar ialah seperti cincin dan gelang tangan. Islam mengharam perempuan mendedahkan perhiasan dirinya (perhiasan yang batin) seperti leher, rambut, telinga, dada dan lain-lain lagi dihadapan lelaki ajnabi. [16]

c) Aurat wanita

Ayat terakhir dalam surah al-Nur mengenai kesederhanaan pakaian, ialah ayat yang ke-60, membenarkan wanita “yang telah putus kedatangan haid, yang tidak mempunyai harapan berkahwin lagi” menanggalkan pakaian luar mereka tanpa bertujuan menayang kecantikan mereka. Surah al-Nur khususnya dari segi kesederhanaan pakaian mendefinasikan apakah dia bahagian tubuh yang mengaibkan dan tidak boleh didedah. Persamaan yang terdapat pada kesemua ayat-ayat di atas menggesa kesederhanaan peradaban dan pakaian.

Aurat Wanita Yang Sudah Lanjut Usia

Mengenai dengan kesederhanaan peradaban dan pakaian yang berkaitan dengan ayat di atas difahamkan disini bahawa Islam memberi kelonggaran khusus kepada wanita yang sudah lanjut usia, tetapi diperintahkan menutup aurat keatas golongan muda. [17]
Manakala wanita yang tidak dapat melahirkan anak lagi kerana usianya yang sudah lanjut atau disebut dalam al-Quran al-Qalaid min al-Nisa’, iaitu wanita yang sudah tidak berminat lagi untuk berkahwin atau tidak lagi diminati lelaki, tidak berdosa untuk menanggalkan pakaian luarnya seperti baju labuh dan jilbab yang menutup badannya menurut pendapat Ibnu Mas’ud[18], selagi tidak bermaksud bersolek dan menampakkan perhiasan yang wajib disembunyikan.[19] Mereka boleh berbuat demikian dengan syarat tidak memiliki kecantikan yang boleh menimbulkan syahwat. Namun begitu jika mereka mempunyai kecantikan, maka mereka ditegah berbuat demikian kerana ia boleh menimbulkan syahwat kepada orang yang melihatnya.

Hukum ini jelas dalam surah al-Nur, firman Allah:
وَالْقَوَاعِدُ مِنْ النِّسَاءِ اللَّاتِي لَا يَرْجُونَ نِكَاحًا فَلَيْسَ عَلَيْهِنَّ جُنَاحٌ أَنْ يَضَعْنَ ثِيَابَهُنَّ غَيْرَ مُتَبَرِّجَاتٍ بِزِينَةٍ وَأَنْ يَسْتَعْفِفْنَ خَيْرٌ لَهُنَّ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ(60)
Ertinya: “Mana-mana perempuan tua yang telah putus haid, yang tidak mempunyai harapan berkahwin lagi, maka tidak ada salahnya mereka meninggalkan pakaian luarnya, tanpa bertujuan mendedahkan perhiasan. Namun jika mereka tetap mempertahankan penutupan aurat dengan lebih sempurna adalah lebih baik dan menjamin keselamatan mereka”.(Ayat 60, Surah al-Nur)

1.3.2. Perintah menutup aurat untuk golongan muda

Perintah ini dapat dilihat dalam al-Quran yang berbunyi:
يَاأَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا(59)
Ertinya: “ Wahai Nabi! Suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan orang-orang perempuan yang beriman supaya mereka melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya, semasa mereka keluar. Cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal sebagai perempuan-perempuan yang baik”.(Ayat 59, Surah al-Ahzab)

Kita sudah sama-sama tahu bahawa isteri-isteri Nabi itu adalah merupakan teladan yang baik yang perlu dicontohi oleh wanita-wanita mukmin untuk setiap saat, dan di mana pun mereka berada. Mereka adalah orang mulia, darjat dan kedudukan mereka cukup tinggi.Walaupun ayat ini dikhususkan kepada isteri-isteri Nabi dan anak-anaknya tetapi ianya perlu di contohi oleh wanita-wanita yang beriman.[20]

Maksud (مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ) dalam ayat ini adalah suatu bentuk pakaian longgar yang menutup seluruh badan termasuk kepala.[21] Difahamkan perintah ini dikenakan kepada wanita-wanita yang masih muda, kerana bimbang keselamatan mereka diganggu lelaki yang tidak bermoral. Tidak benar, jika ada pendapat menyatakan Islam tidak mempercayai iman dan ketaqwaan lelaki, kerana iman adalah soal yang terlalu nisbi, samada lelaki atau wanita. Penutupan aurat adalah sebagai langkah percegahan sebelum sesuatu kejadian berlaku.[22]

Semua ahli tafsir sependapat dalam mentafsirkan ayat diatas:

1- Al-Imam Ibn Jarir al-Tabari ada menerangkan di dalam Tafsirnya pendapat beberapa orang ahli tafsir, berhubung dengan ayat ini. Menurut beliau, bahawa sebelum turunnya ayat ini wanita-wanita mendedahkan rambut mereka dan muka mereka ketika mereka keluar rumah mereka untuk sesuatu hajat. Pada zahirnya tiada perbezaan diantara wanita-wanita beriman yang beriman merdeka dengan wanita-wanita abdi. Maka Allah Taala menurunkan firmannya ini supaya dapat membezakan antara satu sama lain di dalam pakaian mereka apabila mereka keluar rumah untuk sesuatau hajat mereka. Maka disitulah wanita-wanita beriman yang merdeka mula memakai jilbab agar mereka tidak diganggu oleh lelaki-lelaki yang fasiq.[23]

Al-Imam al-Tabari selanjutnya menjelaskan bahawa sesetengah ahli tafsir pula mengatakan bahawa yang dikehendaki dengan “ jilbab” itu ialah melabuhkan jilbab itu dari atas kepala sampai ke dahi mereka, ini adalah bersandar kepada suatu keterangan lain dari Ibn Abbas . [24]

2- Pendapat ulama’-ulama’ Tafsir yang lain seperti al-Tabari, Ibn Kathir, Abu al-Su’ud,dan al-Jassas: Wanita-wanita muda diperintah menutup muka, rambut dan badan dengan jilbab ketika keluar untuk sesuatu hajat dari dilihat oleh lelaki ajnabi ketika keluar rumah supaya mereka tidak diapa-apakan.[25]

3- Pendapat al-Imam Fakhruddin al-Razi: Di zaman jahiliyyah, perempuan merdeka dan hamba dibenarkan memakai pakaian yang mendedahkan aurat menyebabkan mereka diekori oleh lelaki kerana menyangka mereka sebagai pelacur. Maka Allah memerintahkan supaya mereka memakai jilbab.[26]

Qaul Muktamad Tentang Aurat wanita

Berdasarkan perbandingan mazhab empat dan ulama’ Tafsir dalam hubungan dengan aurat perempuan merdeka, nisbah kepada pandangan lelaki ajnabi.
1- Ittifaq jumhur ulama’ mazhab empat: Mereka mengatakan semua badan , kecuali muka dan kedua tapak tangannya ketika keluar dari rumah, begitu juga dengan pendapat Dr. Abd al-Karim Zaidan[27], dengan syarat aman daripada fitnah. Jika mendedahkannya ditakuti boleh mendatangkan fitnah, maka wajib menutup kesemua badan. Bukan kerana ianya aurat, tetapi kerana menutup pintu fitnah dan fasad.
2- Ditambah oleh Hanbali dan Syafi’ie berdasarkan riwayat kedua dari mereka, mereka menyatakan semua badan tanpa kecuali. Inilah qawl yang paling sahih atau yang paling nyata atau muktamad, sebagaimana yang diterangkan oleh Ibnu Hajr al-Haythamiyy didalam al-Zawajir, al-Baydawi di dalam tafsirnya, dan lain-lain para ulama’ Shafi’iyyah.[28]

Perkara-perkara yang tidak boleh didedah dan mengaibkan

Larangan menunjukkan perhiasan diri ditujukan khusus kepada perempuan. Islam mengharamkan perempuan mendedahkan perhiasan dirinya seperti tengkok, rambut, telinga dada dan lain-lain lagi melainkan kepada mereka yang tersebut di bawah, antaranya:
1- Suami, bapa mertua, anak kandung, anak tiri, adik beradik dan anak saudara.
2- Kanak-kanak lelaki yang belum ada perasaan terhadap perempuan
3- Orang yang dalam milik iaitu hamba lelaki dan perempuan.
4- Wanita-wanita yang baik dari kalangan mereka iaitu wanita Islam yang mempunyai sopan santun yang tinggi.

Al-Quran melarang wanita Islam supaya jangan mempamerkan perhiasan diri mereka untuk tontonan lelaki ajnabi kecuali yang zahir daripadanya seperti mana yang telah diterangkan di atas.


Menurut pendapat Ibn Abbas, Mujahid, ‘Ata’,Ibnu ‘Umar, Sa‘id Ibn Jubir, Ibn Mas’ud dan lain-lain menafsirkan ayat tersebut sebagai maksud muka dan kedua-dua tapak tangan atau disebut sebagai perhiasan zahir dikecualikan daripada anggota badan yang wajib ditutup.[29] Perhiasan batin iaitu, telinga, leher, rambut, dada, dua lengan dan betis hanya harus dibuka ketika di rumah atau ketika berada di hadapan keluarga terdekat sahaja.

Pendapat sesetengah orang yang membenarkan wanita mendedahkan aurat dan sebahagian besar anggota badannya kepada umum, agak keterlaluan . Sumber-sumber tafsir dan hadith menyatakan pendedahan aurat itu adalah aksi kaum jahiliyah pada suatu ketika yang lalu dan ditolak oleh Islam.

[1] Abu Fida’ Isma‘il Ibn Kathir, Tafsir al-Qur’an al-Azim, Jil. 2, Juz 8, hlm. 193, Maktabah al-Manar, Jordan, 1990.
[2] Ibid, hlm. 195
[3] Muhammad Sulayman Al-Asyqar. Nafhatu al-‘Abir min Zubdah al-Tafsir.(1996)hlm.105.Dar al-Salam:Riyadh. Muhammad ‘Ali al-Sabuni, Safwah al-Tafasir (1981),hlm.163, Dar al-Quran al-Karim: Beirut.
[4] Sayyid Qutb, Pertunjuk Sepanjang Jalan, terjemahan Salahuddin Abdullah,hlm.42-43. Al-Ikhwan Enterprise(1979).
[5] Othman H.I., Aurat Dalam Islam, hlm, 11. Pustaka Jiwa: Kuala Lumpur, 1985.
[6] Othman H.I.(1985), Ibid.11-13
[7] Abu Bakar Jabir al-Jaza’iri, Aiysaru al-Tafasir li Kalam al-‘Ali al-Kabir.(1994), Jil.2, Maktabah al-‘Ulum wa al-Hikam: al-Madinah al-Munawwarah.
[8] Abd al-Karim Zaidan. al-Mufassal fi Ahkam al-Mar’ah (1993) Muassasah al-Risalah.
[9] Othman H.I.(1985), op.cit 14
[10] Abu al-Fida’ Ismail Ibn Kathir, op.cit, hlm. 265, Jil.3.
[11]Ahmad Mustafa al-Maraghi (2001), terjemahan Muhammad Talib, hlm.4751, Jil.9, Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur, 2001, Othman H.I.(1985), Op.cit., hlm.14
[12] W.Muhammad Bin W.Muhammad, al-Hijab, hlm. 19-20, Pustaka Watan, Kuala Lumpur,1980.
[13] Muhammad ‘Ali al-Sabuni, Tafsir Ayat al-Ahkam (1993), hlm. 144, Jil.2, Dar al-Qalam al-‘Arabi: Halab.
[14] W.Muhammad Bin W.Muhammad(1980) Op.cit.19-20
[15] Mohd ‘Ali al-Sabuni, Tafsir Ayat al-Ahkam (1993), j,2. h.144. Dar al-Qalam al-‘Arabi: Halab,Othman H.I.(1985), op.cit,hlm.17-18
[16] Abu Fida’ Isma‘il Ibnu Kathir, op.cit. hlm. 266,Jil.3.
[17] Al-Maraghiy (2001), op.cit. hlm.4799.-
[18] Abu Fida’ Isma‘il Ibnu Kathir, op.cit. hlm.285.
[19] Dr. ‘Abd al-Aziz Bin Abd Allah al-Humaydi, Tafsir Ibnu ‘Abbas, wa Marwiyyatuhu fi al-Tafsir min Kutub al-Sunnah. Jil.2, hlm.665. Markaz al-Bahath al-‘Ilmi wa Ihya’ al-Turath al-Islami: Makkah al-Mukarramah.
[20] Dr.Wahbah al-Zuhayli (1989), hlm.106, Jil.22.Dar al-Fikr:Beirut- Dar al-Fikr:Damsyik., (terj.)Abdul Ghalib Ahmad Isa,Adab Seorang Muslimah (1990M), hlm.61. Pustaka Syuhada: Kuala Lumpur.
[21] Ibid, hlm. 107, Jil. 22.
[22] Dr. Abdul Hayei, Islam dan Manusia Jil.1. hlm.329, Zebra Edition Sdn Bhd : Kuala Lumpur, 1993.
[23] W.Muhammad Bin W.Muhammad ‘Ali, Op.cit., hlm.17
[24] Muhammad Ibn Jarir al-Tabari, Jami‘ al-Bayan ‘an Ta’wil Ayyi al-Qur’an, hlm. 158, Juz.18, cet.3, 1968, Maktabah Mustafa bi al-Misr
[25] Dr.Wahbah al-Zuhayli, op.cit. hlm. 110, Jil ,22.
[26] Othman H.I.(1985), op.cit, hlm.19
[27] Dr.Abd al-Karim Zaidan, Fiqh al-Islam wa Adillatuh, (terj.) Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 419
[28] ‘Abd al-Rahman al-Jaziriyy, Kitab al-Fiqh ‘ala al-Mazahib al-Arba’ah, Juz 1, al-Maktabah al-Tijariyyah al-Kubra, Misr, cet.3 (t.t) hlm. 188-193,dan Juz 5, hlm. 54-55: al-Alusiy, Tafsir Ruh al-Ma’ani, Juz xvii, Dar al-Turath al-“Arabi. Bayrut (t.t) h. 141. Al-Syawkani, Nayl al-Autar, Juz 2, Syarikah Maktabah wa Matba’ah Mustafa al-Babiy al-Halabi wa Auladuh, Misr,(t.t) hlm. 68-78.
[29]Abu Muhammad al-Husayn Ibn Mas’ud al-Baghawi, Ma‘alim al-Tanzil, hlm. 34, Jil.6, .Dar Taybah:Riyadh, 1993.



Diulang terbit pada 18 Jun 2009, 24 Jamadil Akhir 1430 Hijrah,

3.24 petang, Malaysia Timur

Rabu, 17 Jun 2009

Tuan Guru Nik Aziz-Ust Nasa ; Moga ada penyelsaiannya



1) Kenyataan terbaru Tuan Guru Nik Aziz memang tajam menikam dan pedas. Dan tembakan kali ini bukan kepada musuh PAS, tetapi Timbalan Presiden PAS-Ust Nasharudin Mat Isa yang mengekalkan jawatannya buat penggal ketiga.

2) Bagi yang berdiri teguh di belakang Tuan Guru, menyokong tindakan tersebut-supaya Ust Nasa masuk UMNO dan meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok. Manakala yang menyokong Ust Nasa-ada yang menuduh Tuan Guru telah nyanyuk.

3) Dan yang paling saya yakin, sekali lagi musuh di luar PAS bertepuk tangan dan tersenyum bangga-berjaya memecahkan kesatuan di dalam PAS. Walaupun begitu, saya berpandangan hal sedemikian tidak akan terjadi, jika Ust Nasa tidak terlalu lunak dan keterlaluan dalam menyogokkan kerajaan perpaduan kepada ahli PAS dan Pakatan Rakyat-kerana rasa curiga itu timbul.

4) Justeru, kita bersetuju jika ada cadangan supaya muktamar khas dibuat agar membincangkan secara telus, ikhlas dan penuh amanah tentang konsep kerajaan perpaduan. Dalam suasana kini, ia dikira penting dan segera, yang perlu diutamakan oleh pimpinan PAS.

5) Kita berdoa agar kemelut terbaru ini, dapat diselesaikan dengan baik ibarat menarik rambut dalam tepung-rambut tak putus, tepung tidak berselerak. Solat sunat hajat dan solat isktikharah sangat penting, moga yang keruh dibuang dan kejernihan kembali bertapak di dalam PAS. Amin.



17 Jun 2009, 22 Jamadil Akhir 1430 Hijrah,

10.32 malam, Malaysia Timur

Kerajaan Perpaduan-Awas agenda media arus perdana



1) Hari ini Utusan Malaysia melaporkan, PM yakin PAS ikhlas berhubung pembentukan kerajaan perpaduan.

2) Nampaknya kini, PAS kelihatan ke arah pembentukan 2 kem-satu kem menyokong Kerajaan Peprpaduan, manakala satu kem lagi menentang.

3) Manakalan imej UMNO kelihatan bersih, kerana nampaknya persepsi yang diberikan, seolah-olah PAS yang terhegeh-hegeh ingin berdamping dengan UMNO.

4) Kepada pimpinan tertinggi PAS-kita mengharapkan agar kemelut Kerajaan Perpaduan dapat diselesaikan dengan baik. Kita yakin Tuan Guru Nik Aziz ada pandangannya tersendiri, dan Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang juga mempunyai pendapat yang mungkin berbeza dengan Mursyidul Am PAS.

5) Kita bimbang musuh di luar PAS tersenyum melihat polemik yang berlaku dalam PAS kini. Jarum mereka melihat kesatuan dalam PAS berpecah seakan mula berhasil.



17 Jun 2009, 23 Jamadil Akhir 1430 Hijrah,

9.39 pagi, Malaysia Timur

Isnin, 15 Jun 2009

Apabila US tidak mengiktiraf kemenangan Ahmadenijad



1) SU Amerika-Hillary Clinton membuat kenyataan bahawa mereka tidak mengiktiraf kemenangan Ahmadenijad yang dipilih sebagai Presiden Iran buat penggal kedua.

2) Sebagaimana biasa, calon yang tewas-antaranya Mir Moussavi membuat kenyataan bahawa berlaku penipuan dalam pilihanraya tersebut dan demonstrasi jalanan mula tercetus di Tehran.

3) Sebagai seorang yang dilihat beraliran sederhana, Mir Moussavi membawa segunung harapan golongan yang inginkan reformasi di Iran.

4) Namun, ketegasan Ahmadenijad sebagai wakil negara Islam walaupun bermazhab Syiah, masih diperlukan oleh majoriti rakyat Iran dan umat Islam sedunia untuk menyuarakan pandangan mereka.

5) Ketidakmahuan US mengiktiraf Ahamdenijad telah dijangka, kerana mereka berusaha agar calon yang menang sebagai Presiden Iran boleh mengikut kehendak mereka.

Di bawah ini disertakan sedikit biodata Ahamdenijad sebagai makluman semua (dipetik daripada Wikipedia) :

Mahmoud Ahmadinejad (Persian: محمود احمدی نژاد, Mahmūd Ahmadinezhād Mahmoud Ahmadinejad Clean.ogg mæhmuːd-e æhmædiː-neʒɒːd (help·info); born 28 October 1956)[1][2], also Mahmud Ahmadi-Nejad,[3] is now the seventh and current President of the Islamic Republic of Iran. He became president after winning the 2005 presidential election and was ostensibly re-elected to a second term in 2009.[4] Many Iranians and members of the international community have considered Ahmadinejad's most recent electoral victory to be fraudulent. [5] Despite his title, he does not hold the highest constitutional office in Iran, which belongs to the Supreme Leader of Iran (Ali Khamenei), according to Article 113 of the Constitution of Iran. [6] Prior to becoming president, Ahmadinejad was mayor of Tehran and governor general of Iran's Ardabil Province.

Ahmadinejad has been a critic of the United States and Israel, and backs strengthening Iran's relations with Russia, Venezuela, Syria, and the Arab states of the Persian Gulf.[7][8][9]

Ahmadinejad claims that Iran's nuclear program is for electricity generation and not for nuclear weapons development. Under his leadership, Iran has refused to end nuclear enrichment despite United Nations Security Council resolutions calling for it to do so.[10] Ahmadinejad argues that the sanctions imposed by the West over Iran's nuclear enrichment are illegal and that Iran will continue to abide by International Atomic Energy Agency monitoring of its nuclear program.[11]

According to a speech translation disputed by the Iranian government, Ahmadinejad has called for the dissolution of the state of Israel.[12][13] He also calls for free elections in the region. He believes that the Palestinians need a stronger voice in the region's future.[14][15]

One of Ahmadinejad's most controversial statements was one in which, according to the initial Islamic Republic News Agency translation, he called for the "occupying regime" to be "wiped off the map," though the translation and interpretation of the comment is disputed.[16][17] He has also been condemned for describing the Holocaust as a myth,[16][18] which has led to accusations of anti-semitism; the interpretation of this quote is also disputed.[19] In response to these criticisms, Ahmadinejad said “No, I am not against Jews, I respect them very much.”[20] Ahmadinejad also clarified, "I'm not saying that [the Holocaust] didn't happen at all. This is not the judgment that I'm passing here."[21]

During his presidency, Ahmadinejad launched a gas rationing plan to reduce the country's fuel consumption. He also instituted cuts in the interest rates that private and public banking facilities could charge.[22][23][24] He issued a directive, according to which the Management and Planning Organization should be affiliated to the government.[25]
Contents
[hide]



15 Jun 2009, 21 Jamadil Akhir 1430 Hijrah,

9.45 malam, Malaysia Timur

Kehilangan Ustaz Fathi Yakan dan Nizar digantung Parlimen




1) Sekalung al-Fatihah buat Ustaz Fathi Yakan yang dikenali oleh ahli gerakan Islam sedunia, yang sentiasa menghayati tulisan beliau yang sangat bermakna. Buku Maza Ya'ni Intima' Li al-Islam(Mengapa saya memeluk agama Islam), di antara buku karangan beliau yang sangat berharga.

2) Dijadikan teks usrah di sekolah dan universiti, kehilangan beliau dan buah fikiran yang bernas dalam tulisannya sangat dirasai apabila beliau meninggal dunia kelmarin. Moga Allah mencucuri rohnya.

3) Tidak sampai sehari Nizar berada di Parlimen hari ini, beliau telah digantung selama 2 hari bersama 4 Ahli Parlimen yang lain oleh Speaker, kerana menuntut pembubaran DUN Perak.

4) Semoga Nizar terus diberi kekuatan memperjuangkan haknya dan hak rakyat Perak.



15 Jun 2009, 21 Jamadil Akhir 1430 Hijrah,

2.01 petang, Malaysia Timur

Ahad, 14 Jun 2009

Anak ibarat kain yang putih bersih



1) Masuk hari keempat, Muhammad Azam di dalam keluarga kami, saya dan isteri telah secara rasmi menganggotai KMM-ibarat kata Ustaz Hasrizal Jamil-bukan Kesatuan Melayu Muda atau Kesatuan Mujahidin Malaysia tetapi KELAB MATA MERAH! Maklumlah tidak cukup tidur. Apapun, itulah pengorbanan yang perlu dilakukan setiap ibu dan ayah, yang baru menimang cahaya mata.

2) Kita selalu diperingatkan, bahawa anak yang baru lahir umpama kain yang putih bersih. Tanpa sebarang dosa dan noda, kelak kedua ibu bapanyalah yang akan mencorakkan akhlak dan peribadi si anak.

3) Sebab itulah, Islam menganjurkan supaya setiap anak yang dilahirkan diazankan dan diiqamahkan, agar si anak tidak mendengar selain azan dan iqamah sebagai perkara yang pertama didengarinya. Ada juga kisah seorang sahabat, bilamana seorang ayah yang terlalu gembira menyambut kelahiran anaknya sehingga terlupa azan. Bila diingatkan seorang Cina yang berada berhampiran dengannya, maka dia pun mengakui terlupa. Maka, dengan penuh confident dia pun azan yang sebenarnya takbir raya. Cina itu bertanya lagi, dah raya ke? Dengan rasa penuh malu, si bapa tadi berlalu begitu sahaja.

4) Oleh itu, benarlah anak yang baru lahir sangat perlu diperhati kelakuan dan akhlak mereka. Pernah seorang ulama menyatakan "Tidaklah dinamakan anak yatim bila kehilangan bapanya, tetapi cukuplah dinamakan anak yatim apabila ibu dan ayah mencuaikan (mengabaikan dari sudut menjaroh-mental, jasmani dan rohani) anak mereka.

5) Moga anak yang baru lahir dengan penuh kesucian hati, dapat diberikan perhatian yang sewajarnya oleh ibu dan ayahnya, agar besarnya nanti menjadi insan yang memberikan manfaat kepada manusia yang lain.



14 Jun 2009, 19 Jamadil Akhir 1430 Hijrah,

2.22 petang, Malaysia Timur.

Sabtu, 13 Jun 2009

Didiklah anakmu dengan 3 perkara !



1) Sabda Nabi SAW " Didiklah anakmu dengan 3 perkara-cintakan Nabi SAW, kasih kepada ahli keluarganya dan membaca al-Qur'an". Nabi juga berpesan " Setiap anak yang dilahirkan dalam keadaan fitrah(Islam), maka kedua orang tuanya yang meYahudikannya, atau meNasranikannya atau meMajusikannya".

2) Dengan pelbagai tarikan model dan kartun masa kini seperti Doraemon, Ben 10, Macam-macam Aznil, Wonderpets, Ultraman, Upin Upin-cabaran untuk mendidik anak yang baru lahir selaras dengan kehendak Nabi SAW, terasa benar cabarannya.

3) Di saat kita mengimpikan anak-anak yang hafiz Qur'an, lengkap ilmu agama, berfikiran kreatif dan kritis, tidak dapat dinafikan, banyak dugaan yang perlu dihadapi.

4) Ini kerana, tarikan dalam rancangan televisyen biasa sahaja menggugah niat yang murni itu. Bahkan, ada yang bertanya-perlu kenalkan anak pada ABC dulu ataupun Alif Ba Ta?

5) Bagaimana kaedah hendak kenalkan dan cintakan Nabi kepada anak-anak kita? Bagaimana pula mendidik mereka agar mengasihi kedua orang tua yang bersusah payah menjaga mereka? Dan bagaimana metod mengajar membaca al-Qur'an yang terbaik kepada anak-anak?

6) Maka, mahu tidak mahu, cakna dan prihatin dengan perkembangan semasa, lalu sesuaikanlah. Mungkin perlunya usrah keluarga, alat bantu mengajar seperti VCD bacaan al-Qur'an dan kisah teladan. Mohon pandangan dari pembaca sekalian.



13 Jun 2009, 19 Jamadil Akhir 1430 Hijrah,

11.38 pagi, Malaysia Timur

Jumaat, 12 Jun 2009

Anak adalah amanah Allah



1) Alhamdulillah, setelah2 hari di dalam wad, isteri dan anak dibenarkan pulang.

2) Bagi saya, alhamdulillah kerana kedua-duanya selamat. Dan telah lahir seorang lagi putera atau hero dalam keluarga kami.

3) Bagi ibu dan ayah saya, Muhammad Azam adalah cucu ketiga dan setakat ini, semuanya hero. Anak adik perempuan saya juga lelaki. Manakala bagi mertua saya, ini adalah cucu yang ke-24. Maklumlah saya berkahwin dengan anak bongsu perempuan mereka, yang juga ketujuh dari lapan orang adik beradik.

4) Menyedari, anak-anak adalah amanah Allah, kami perlu sedaya upaya memberikan pendidikan dan tarbiyyah terbaik kepada mereka. Di saat ada pasangan yang tidak dikurniakan anak, kami masih beruntung walaupun kedua-duanya lelaki, kerana harapan isteri kalau boleh mahukan anak perempuan.

5) Apapun itulah taqdir Allah. Apa yang penting tidak kira lelaki mahupun perempuan, mereka tetap anak-anak yang merupakan amanah yang perlu dijaga dengan sebaik mungkin. Dalam suasana kini, yang penuh mencabar, memerlukan kepekaan dan keprihatinan tinggi dari aspek pendidikan mereka, terutamanya melengkapkan dari sudut aqidah, ibadah dan akhlak.

6) Meletakkan nama Muhammad Azam, sempena mengambil makna, keazaman yang kuat dalam melakukan sesuatu itu penting. Bahkan, ada juga pejuang terkenal yang bernama al-Syahid Dr Abdullah al-Azam. Selain itu, dengan nama yang ringkas, tepat dan padat, ia mudah diingati dan disebut secara penuh biasanya. Kadang-kadang ada yang memberikan nama anak agak panjang, tetapi tidak dipanggil penuh. Apapun ia terpulang pada masing-masing selagi maknanya baik kerana nama adalah doa.



12 Jun 2009, 18 Jamadil Akhir 1430 Hijrah,

4.25 petang, Malaysia Timur

Khamis, 11 Jun 2009

Penerus kesinambungan perjuangan Islam !





1) Segala puji bagi Allah atas kurniaan anak lelaki kedua dalam keluarga kami.

2) Diberi nama Muhammad Azam, setelah abangnya yang pertama Muhammad Adam, didoakan agar menjadi mujahid soleh dan penerus kesinambungan perjuangan Islam.

3) Lahir melalui ceaserian pada 6.37 petang 10 Jun 09, 17 Jamadil Akhir 1430 Hijrah dengan berat 3.3 kg, meleraikan penantian selama hampir 40 minggu oleh kami sekeluarga.

4) Dan paling istimewa, lahirnya di Bumi Kenyalang, walaupun kami dan anak pertama lahir di Semenanjung.

5) Terima kasih atas doa hampir 500 orang sahabat, para ustaz dan ustazah yang sempat dimaklumkan melalui sms. Moga kedatangan Muhammad Azam ke dalam keluarga, menambah ceria, memurahkan rezeki dan mendapat keredhaan Allah. Amin.



11 Jun 2009, 18 Jamadil Akhir 1430 Hijrah,

7.08 malam, Malaysia Timur

Ahad, 7 Jun 2009

Kerajaan Perpaduan atau meneguhkan Pakatan Rakyat?




1) Salam buat semua pembaca budiman. Saya yakin, walaupun pemilihan Timb Pres, Naib Pres dan AJK PAS Pusat telah selesai berlangsung, masih kedengaran pertikaian di antara idea kerajaan perpaduan dan idea meneguhkan kedudukan Pakatan Rakyat.

2) Saya berpandangan bahawa, di pihak yang menyokong kerajaan perpaduan, berdiri di atas prinsip-kita sebagai daie dan perlu menerangkan dakwah kepada semua pihak samada kawan mahupun lawan. Selaras dengan slogan PAS For All, kumpulan ini berpandangan tidak salah jika rundingan dilakukan bersama UMNO demi kebaikan bersama. Jaminan Timb Pres yang mengekalkan jawatannya buat kali ketiga -Ust Nasa, bahawa, PAS tidak akan bergabung dengan UMNO, sebaliknya berbincang isu utama negara demi kepentingan rakyat.

3) Di satu pihak pula, yang berkeras-agar tiada rundingan bersama UMNO, berhujjah bahawa UMNO seumpama kawan yang akan menikam belakang. Bahkan hujjah Datuk Husam Musa, yang perlu kini, PAS memperkasa dirinya agar dapat menjadi pengganti UMNO dalam PRU Ke-13 akan datang, sekaligus menjadi pentadbir baru negara ini. Kumpulan ini juga berhujjah, bahawa UMNO adalah suatu pihak yang tidak boleh dipercayai-terutamanya apa yang melibatkan krisis di Perak.

4) Di peringkat personal saya, saya lebih bersetuju dengan idea meneguhkan Pakatan Rakyat. Ini kerana di atas beberapa hujjah :
a) Rakyat mula menyedari Pakatan Rakyat adalah alternatif terbaik kepada UMNO dan BN.
b) Pimpinan utama Pakatan Rakyat rata-ratanya tidak bersetuju dengan idea kerajaan perpaduan yang melibatkan UMNO dan BN, kerana bagi mereka ia adalah langkah mundur ke belakang.
c) Berdepan dengan kuffar yang tidak mendokong Islam tetapi boleh bersama di atas isu keadilan dan kebenaran seperti DAP lebih mampu ditangani, berbanding berhadapan dengan golongan munafiq yang mengaku dirinya Islam, tetapi di dalam hatinya penuh dengan dendam dan kesumat kepada perjuangan mendaulatkan Islam.
d) Pimpinan PAS perlu mengambil kira kebimbangan Mursyidul Am PAS yang pernah merasai betapa azabnya apabila ditendang keluar oleh UMNO dan BN dalam kerajaan campuran pada tahun 1974.

Akhir kalam, dengan meneliti senarai kepimpinan bermula dari Presiden hinggalah kepada AJK PAS Pusat, kita mengharapkan agar mampu mengemudi bahtera perjuangan Islam di atas landasan yang benar, Insya Allah. Siru 'ala baraktillah!




Presiden- Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Timbalan Presiden - PAS Nasharudin Mat Isa, (480)

Naib Presiden :
1)Tuan Ibrahim Tuan Man, (871)
2)Salahuddin Ayub, (824)
3)Mahfuz Omar, (636)

Ahli Jawatankuasa Kerja :

1) Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, (854)
2) Ustaz Idris Haji Ahmad, (799)
3) Dato' Kamarudin Jaffar (769)>
4) Dato' Seri Ustaz Azizan Abd Razak, (653)
5) Dato' Dr Hasan Mohd Ali (642)
6) Dr Mohd Hatta Md Ramli (638)
7) Ustaz Abdul Ghani Samsudin, (637)
8) Dato' Ustaz Abu Bakar Chik (622)
9) Mohamed Hanipa Maidin, (619)
10) Ir Amiruddin Hamzah, (606)
11) Dr Lo' Lo' Haji Mohamad Ghazali, (589)
12) Ustaz Ab Ghani Abdul Rahman,(584)
13) Dr Dzulkefly Ahmad, (576)
14) Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, (536)
15) Ustaz Hashim Jasin, (522)
16) Mazlan Aliman, (513)
17) Ustaz Taib Azamudden Md Taib, (508)
18) Dr Mujahid Yusof Rawa, (488)



7 Jun 2009,

3.33 petang, Malaysia Timur

Jumaat, 5 Jun 2009

Tahniah dan takziah buat pimpinan PAS yang terpilih



1) Tahniah kerana dipilih perwakilan. Kita dipilih lantaran thiqah(kepercayaan) dan keyakinan mereka terhadap keupayaan dan kemampuan kita. Antara ciri pemimpin yang asas-sihat tubuh badan, ilmu yang mantap, kuat dan cergas serta amanah/integriti.

2) Takziah kerana amanah kepimpinan sesuatu yang amat berat. Kita akan dipersoalkan oleh Allah di kahirat kelak. Jika kita bersungguh menunaikan amanah, Insya allah syurga ganjarannya. Jika tidak adalah sebaliknya, wal iya zu billahi min zalik.

3) Oleh kerana itu, kepimpinan bukanlah tasyrif(kemuliaan), tetapi taklif(tanggungjawab). Buat semua kepimpinan ulama, muslimat dan pemuda-anda menjadi harapan kepada seluruh pendokong dan penyokong PAS untuk meneruskan kesnimabungan pimpinan terdahulu.

4) Sesungguhnya mengekalkan kemenangan lebih sukar dari mencapai kemenangan. Takbir!


Senarai penuh kepimpinan Dewan Pemuda PAS Pusat 2009/2011

KP-Ust Nasrudin Hassan al-Tantawi
TKP-Ust Azman Syapawi Abd Rani
NKP-Saudara Ahmad Sabki Yusof
AJK DPPP
Ustaz Riduan Mohamad Noor-197 undi
Ustaz Nik Mohamd Abduh Nik Abdul aziz - 194 undi
Ustaz Mohd Firdaus Jaafar - 176 undi
Ustaz Mohd Nazri Chik Zain - 165 undi
Suhaizan Kaiyat - 165 undi
Ustaz Nasir Zakaria - 152
Ustaz Kamal Ashari - 145
Kamaruzzaman Mohamad - 139 undi
Khairul Faizi Ahmad Kamil - 139 undi
Mohamad Adram Musa - 135 undi
Abdullah Abdul Karim - 127 undi
Dr Raja Ahmad Iskandar 126 - undi



5 Jun 2009,

6.55 pagi, Malaysia Timur

Rabu, 3 Jun 2009

Selamat Bermuktamar-Isu Erdogan dan Pro Muqabalah diharap selesai



1) Selamat bermuktamar kepada seluruh perwakilan PAS yang datang dari pelusuk negara.

2) Ia dimulai dengan perasmian Muktamar Pemuda, Muslimat dan Ulama pada malam ini.

3) Hajat di hati ingin bersama, tapi apakan daya-menunggu hari isteri yang akan bersalin bila-bila masa dari sekarang.

4) Dalam ucapan Ketua Pemuda-YB Salahuddin Ayub ditegaskan beberapa perkara yang Insya allah, akan diulas esok lusa.

5) Kepada perwakilan-tahun ini tahun memilih. Pastikan pilihan anda tepat dalam memilih pimpinan yang bakal meneruskan kesinambungan perjuangan harakah Islamiyyah di bumi Malaysia, setelah kita menyaksikan Partai Keadilan Sejahtera(PKS) semakin terhakis sokongan akibat menyatakan sokongan kepada bekas Presiden-Suharto.

6) Saya pasti banyak isu yang akan dibangkitkan-terutamanya isu pro-muqabalah dan erdogan. Moga ia dapat diselesaikan dengan baik dan berhemah ibarat menarik rambut di dalam tepung-rambut tak putus, tepung tak berselerak. Sesungguhnya kemenangan yang dijanjikan Allah semakin hampir. PAS dan Pakatan Rakyat berupaya mengambil alih peneraju kepimpinan negara yang baru daripada UMNO dan BN dalam sedikit masa lagi.



3 Jun 2009,

9.44 malam, Malaysia Timur

Stadium Sultan Mizan Gong Badak runtuh kerana...



1) Mungkin acuan pembinaannya tidak menepati spesifikasi yang sebenar.

2) Mungkin berlaku sikap sambil lewa dalam penyeliaan pembinaan stadium tersebut.

3) Mungkin berlaku suapan antara kontarktor yang menyiapkan projek. Lantaran itu, bila bajet tidak mencukupi, akhirnya bahan yang diguna sekadar yang ada sahaja.

4) Mungkin kerana terlalu mengejar dateline untuk disiapkan. Akhirnya komponen penting diabaikan yang akhirnya menjurus ke arah kekurangan dari aspek keselamatan.

5) Kesimpulannya, ia memalukan negara. Bak kata Menteri Kerja Raya-Shaziman Mansor-ia sangat tidak dijangka dan memalukan negara. Nanti orang akan berkata, bangunan yang belum siap dah runtuh, bangunan yang dah siap pun runtuh juga! Alahai nasib badan.



3 Jun 2009,

9.37 malam, Malaysia Timur

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude