1.1 Pengertian Tajuk
Penulis akan memberikan definisi mengenai tajuk kajian iaitu Tafsir Ayat 180 Surah al-A‘raf : Satu Penilaian Terhadap Tanggapan Tuhan Samseng. Secara umumnya , kajian ini akan menghuraikan pandangan para ‘ulama’ tafsir mengenai ayat 180 surah al-A‘raf yang menjadi fokus utama dalam kajian ini. Berdasarkan tajuk di atas, tafsir dari sudut bahasa bermaksud menjelaskan , menyingkap, menampakkan atau menerangkan makna yang abstrak. Menurut Lisanul ‘Arab , tafsir bererti menyingkap maksud sesuatu lafaz yang muskil dan pelik.[1] Selain itu, Abu Hayyan mendefinisikan tafsir dari segi istilah ialah ilmu yang membahas tentang cara pengucapan lafaz-lafaz al-Qur’an, tentang petunjuk-petunjuknya, hukum-hukumnya baik ketika berdiri sendiri mahupun ketika tersusun dan makna-makna yang mungkin baginya ketika tersusun serta hal-hal- lain yang melengkapinya.[2]
Ayat yang akan dijadikan sumber utama dalam melihat pentafsiran para ‘ulama’ tafsir ialah ayat 180 surah al-A‘raf . Ia merupakan ayat yang diturunkan di Makkah dan secara umumnya mengandungi pengertian tentang seruan kepada hambaNya supaya senantiasa menyeru nama-namaNya yang terbaik ataupun Asma-ul Husna di samping penegasan kepada orang beriman supaya mengabaikan mereka yang melakukan penyelewengan terhadap nama-nama Allah. Sesungguhnya mereka akan menerima azab yang setimpal dengan kejahatan yang telah mereka lakukan.
Seterusnya “penilaian” menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ialah perihal atau perbuatan menilai.[3] Manakala tanggapan pula bermaksud apa yang diterima oleh pancaindera ataupun gambaran dan bayangan di dalam hati.[4] Justeru, penulis akan membuat penilaian secara ilmiah berasaskan ayat 180 surah al-A‘raf mengenai tanggapan di kalangan masyarakat Islam di negara ini terhadap istilah Tuhan Samseng yang telah dinyatakan Tuan Guru Nik Abdul Aziz dalam satu ucapannya pada hari Jumaat , 1 Muharram 1423 Hijrah bersamaan 15 Mac 2002 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) , Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan.[5] Oleh yang demikian , penulis akan menghubungkaitkan ayat 180 surah al-A‘raf sebagai latarbelakang masalah kajian dengan membuat penilaian terhadap tanggapan Tuhan Samseng.

1.2 Sistematika Penulisan
Dalam kajian “Tafsir Ayat 180 Surah al-A‘raf : Satu Penilaian Terhadap Tanggapan Tuhan Samseng”, penulis membuat sistematika penulisan dengan rapi dan tersusun. Kajian ini bermula dengan bab pertama dan berakhir dengan bab lima.
Dalam bab pertama, penulis meninjau tentang latarbelakang kajian yang mencakupi pengenalan surah al-A‘raf, intisari kandungan ayat 180 surah al-A‘raf, sabab al-nuzul dan munasabat ayat ini dengan ayat sebelum dan selepasnya. Dalam bab ini, penulis juga mengemukakan pengertian tajuk, tujuan penyelidikan, metodologi penyelidikan yang digunakan sepanjang kajian ini dan diakhiri dengan sistematika penulisan.
Di dalam bab yang kedua, penulis menampilkan pandangan-pandangan yang lebih terperinci dan ditil di kalangan mufassirun(para ulama’ tafsir) mengenai ayat 180 surah al-A‘raf yang menjadi ayat induk dalam kajian ini.
Bab ketiga pula akan membincangkan mengenai pengertian Asma-ul Husna, fadhilat-fadhilat Asma-ul Husna dan pendapat para ‘ulama’ mengenai kaedah penggunaan Asma-ul Husna.
Sementara itu, bab keempat yang merupakan bab yang paling penting di dalam kajian ini akan meneliti isu kontemporari yang hangat dibincangkan pada suatu ketika di segenap lapisan masyarakat Islam di negara ini iaitu tentang istilah Tuhan Samseng dengan menghubungkaitkan ilmu dan maklumat dalam bab-bab yang sebelumnya dan diakhiri dengan penilaian ilmiah oleh penulis mengenai isu ini.
Bab kelima mengakhiri kajian ini dengan diberikan beberapa saranan, pandangan dan kesimpulan hasil daripada penyelidikan yang dilakukan.
1.3 Tujuan dan Objektif Kajian
Penulis menaruh harapan tinggi agar kajian ini mampu menampilkan suatu pandangan ilmiah terhadap isu Tuhan Samseng dengan meneliti ayat 180 surah al-A‘raf sebagai sumber utama di dalam menangani isu ini. Selain itu, penulis juga amat berharap kajian ini mampu menjelaskan kekeliruan yang berlaku di kalangan umat Islam di negara ini dan tidak melihatnya sebagai isu yang cuba dipolitikkan oleh pihak tertentu.
Menerusi kajian ini, penulis telah menggariskan beberapa objektif yang ingin dicapai iaitu :
1.Menampilkan pandangan ‘ulama’ tafsir di dalam mentafsirkan ayat-ayat al-Qur’an khususnya ayat 180 surah al-A‘raf.
2.Membantu umat Islam di negara ini memahami isu yang sebenar mengenai Tuhan Samseng dan menjelaskan kekeliruan yang timbul.
3.Mempraktikkan ilmu tafsir yang diperoleh sebagai satu sumbangan ke arah melahirkan generasi berilmu yang praktis.
4.Mengemukakan konsep sebenar terhadap penggunaan Asma-ul Husna di dalam kehidupan umat Islam.
[1] Ibn Manzur, Abu al-Fadl Jamal al-Din Muhammad, Lisan al-‘Arab, Jil.8, Dar al-Sadir, Beirut 1990, hal. 217
[2] Manna’ Khalil al-Qattan, Op-Cit, hal.455.
[3] Dr.Teuku Iskandar, Kamus Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, cet.5, 2000, hal.930
[4] Ibid, hal. 1369
[5] Fahayu Ali, Menjawab Dilema Tuhan Lebih Samseng : Di Antara Keharusan dan Kesesatan, cet.1, 2002, hal. 12
[6] Mark Abrahamson, Social Research Methods, Prentice Hall, New Jersey, 1963, hal.384
[7] Winardis, Pengantar Metodologi Research, Penerbit Alumni, Bandung, 1976, hal.55
[8] Winar Do Surachmed, Metodologi Pengakaran Nasional, Penerbitan Universitas Jakarta, Jakarta, 1965, hal.8

Tiada ulasan:
Catat Ulasan