TAFSIR AL-QURAN ABRAR AL-ATHIR OLEH AHMAD SONHADJI MOHAMMAD
1.1 BIODATA
Nama
Anmad Sonhadji bin Muhammad Milatu bin Haji Haromain bin Haji Othman bin Hasan Muharrar. Nasabnya dari sebelah ayah hingga kepada Kiyai Mojo ke 3 ( namanya Haji Muslim ) yang dibuang ke Menado ( Tondano ) Sulawesi Utara, oleh Belanda dalam peperangan Diponegoro. Nasabnya dari sebelah ibu iaitu Ummi Salamah binti Haji Anwar bin Wiryodikromo hingga kepada Raden Husin putra Hariodmar ( nama Islamnya Aria Dillah ) Bupati Palembang yang dikurniakan isteri dari Raja Majapahit yang ke 7 iaitu Putri Cempa dari Tiongkok yang juga ibu kepada Raden Fatah[1].
Kelahiran
Dilahirkan pada hari Jumaat 24 Zulhijjah 1340 bersamaan 18 0gos 1992 di Desa Pengging, daerah Surakarta ( Solo ), Jawa Tengah, Republik Indonesia[2].
Semasa Kecil
Di bawa mengembara ke Singapura kira-kira pada tahun 1928 kemudian ke Rengat, Inderagiri Hulu, Riau, Sumatra dan di sanalah beliau dibesarkan. Kini beliau memegang kerakyatan Singapura.[3]
Pendidikan
Mendapat asuhan asas-asas agama dari ayahnya sebagai guru agama di Rengat dan dari sebelah datuknya pihak ibu, Haji Muslim, yang juga sebagai guru agama di Rengat, disamping lulus Sekolah Rakyat Kelas V. Pada bulan Februari 1937 melanjutkan pengajiannya di Singapura di sekolah Arab bernama Madrasah al-Junied al-Islamiah dari kelas Tahdiri sampai keTahun Enam, dan tamat pada tahun 1944 semasa Singapura dalam pendudukan pemerintahan Jepun.[4] Membuka sebuah Madrasah bersama salah seorang gurunya, Ustaz Haji Marzuki, di Rengat ( Riau ) yang ditubuhkan semasa pendudukan pemerintahan Jepun di Indonesia pada tahun 1942 bernama Perguruan Agama Islam, Rengat, yang kemudian menjadi Pesantren Madinatun Najah. Apabila Jepun melancarkan Perang Dunia ke 2 pada 8 Disember 1941, beliau terpaksa meninggalkan pengajiannya dan pulang ke Rengat lalu menubuhkan Madrasah tersebut. Kemudian, ia menamatkan pengajiannya yang hanya tinggal satu tahun di Madrasah al-Junied, di samping itu menjadi guru pelatih pula di sana kira-kira satu tahun, hinggalah Jepun kalah perang pada bulan Ogos 1945, beliau pun berhenti.[5]

Pada awal tahun 1946, beliau membuka pula sebuah madrasah yang diberi nama Madrsah Bustanul ‘Arifin di Coronation Road, Singapura. Setelah mengajar selama 4 bulan, beliau meletakan jawatan dan bertugas menjadi guru di Madrasah al-Junied pada tahun itu juga pada waktu pagi dan pada waktu petangnya membuka membuka madrasah yang diberi nama al-Madrasah al-Diniah di kawasan rumah beliau di Coronation Road, Madrasah ini hanya berkekalan selama 7 tahun sahaja, kemudian terpaksa ditutup. Sementara itu, beliau masih lagi bertugas mengajar di Madrasah al-Junied pada waktu pagi, manakala pada waktu petang pula bertugas di Percetakan Qalam bahagian administrasi. Keadaan demikian berkekalan hingga Mei 1966 apabila bertugas pula di Bandar Seri Begawan Brunei, sebagai guru agama di Sekolah Menengah Arab Hassanal Bolkiah sampai akhir Oktober 1970 dan kembali kepada ke Singapura.[6]
Kerjaya
Pada Ogos 1971 beliau kembali mengajar sebagai guru kanan di Madrasah al-Junied dan mulai Februari 1973 dilantik menjadi pengetua madrasah tersebut hinggalah beliau bersara pada akhir Mac 1980. Kemudian pada bulan Mac 1985 beliau diminta berkhidmat sebagai guru dan penasihat kepada pengetua Madrasah al-Junied.
Bidang mengajar dan berkecimpung di madrasah-madrasah memegang beliau minati semenjak masih menjadi penuntut lagi dari tahun 1942, iaitu hampir selama 43 tahun. Maka pada September 1980 beliau menyandang jawatan Imam Masjid Muhajirin, iaitu masjid yang mula-mula dibina di Singapura di bawa ri’ayah Majlis Ugama Islam Singapura ( MUIS ). Sebelum itu beliau juga telah menjadi Imam secara sukarela di Masjid al-Huda, Jalan Haji Alias off Coronation Road selama 10 tahun.[7]
Kegiatan
Beliau memberikan syarahan-syarahan agama di berbagai-bagai masjid di Singapura, di majlis-majlis perayaan agama, di pertubuhan-pertubuhan kebajikan dan pada kursus-kursus dakwah Islamiah dari semasa ke semasa ahli pengasasnya pada tahun 1956, beliau pernah menjadi Naib Pengerusi kemudian menjadi Penasihat PERGAS, juga menjadi ahli jawatankuasa Penasihat Pelajaran Agama Islam di Kementerian Pelajaran Singapura ( 1958-1960 ). Ahli Jawatankuasa Majlis Penasihat Islam di Kementerian Hal Ehwal Masyarakat dan Kebajikan Singapura ( 1960-1962 ). Ahli Jawatankuasa MUIS dari tahun 1980 hingga Ogos 1993, Jawatankuasa Fatwa pada tahun 1975 dan Ahli Jawatankuasa Ulangbicara pada tahun 1974 di bawah MUIS, hingga tahun 1997.[8]
Karya-Karya
Beliau pernah mengarang lagu-lagu nasyid untuk madrasah antaranya berjudul “Nahnu Syababul Islam”. Buku-buku yang dihasilkan antaranya:
1) Mari Sembahyang Lelaki / Perempuan
2) Pelajaran Sembahyang
3) Pelajaran Sembahyang Berjemaah
4) Benih Agama I, II, III, IV ( bagi kegunaan Sekolah Melayu Singapura )
5) Pendidikan Budi Pekerti I dan II
6) Panduan Memahami Tafsir al-Quran I dan II
7) Pengetahuan Agama Islam bahagian Fiqh, Tauhid dan Sejarah Islam ( Disusun bersama rakan-rakan ) bagi kegunaan Sekolah Menengah Singapura dan khutbah Jumaat.[9]
8) Tafsir Abra al-Athir
Perkahwinan
Beliau mempunyai seorang isteri, sembilan orang anak perempuan dan seorang lelaki.[10]
Rehlah
Mengadakan rehlah ke Semenanjung Malaysia, Brunei, Sabah, Tanah Jawa, Sumatra, Sulawesi, Kalimantan, Bangkok, New Delhi, Athena, Rome, Tripoli, Cairo, Jeddah, Mekah, Madinah, Taif, Karachi, Sepanyol, Moroco dan London.[11]
Guru-Guru
1) Haji Muslim bin Prawirro Dikromo ( datuk sebelah ibu )
2) Ummi Salamah binti Haji Anwar bin Prawiro Dikromo ( ibunya )
3) Tuan Syed Abu Bakar bin Taha al-Saqof ( Mudir Madrasah al-Junied )
4) Tuan Syed Abdullah bin Syeikh Balfaqih ( Mudir kedua Madrasah al-Junied )
5) Tuan Syeik Taha bin Abu Bakar al-Saqof
6) Tuan Syeikh Muhammad Alsyatiri
7) Tuan Syed Abdullah bin Hassan Alsyatiri
8) Tuan Syed Ali bib Syeikh Balfaqih
9) Tuan Syed Abu Bakar bin Yahya
10) Tuan Syed Muhammad bin Alwi Alidrus Mudir ketiga Madrasah al-Junied )[12]
Murid-Murid
1) Tuan Syed Isa Muhammad bin Sumait ( Mufti Singapura )
2) Pehin Haji Mohd. Zain Haji Sarudin ( Menteri Agama Brunei Darussalam)
3) Yang Berbahagia Datuk Tan Sri Abdul Kadir Talip
4) Ustaz Abd. Wahab Ahmad
5) Ustaz Abd. Wahab Zakaria
6) Ustaz Abd. Ghani Shamsuddin
7) Prof. Madya Dr. Mahmud Sa’edun
8) Dr. Abd.Jalil Hasan Alyuni[13]
2.1 Metodologi Penyusunan
Beliau telah mula menerokai bidang mentafsirkan al-Quranul Karim mulai dari 12 Syaaban 1379 bersamaan 19 Februari 1959 berupa syarahan yang disiarkan menerusi Radio Singapura pada tiap-tiap malam Jumaat dan selesai mengarangnya pada 24 Rejab 1404 bersamaan 26 April 1984 yang telah mengambil masa selama 25 tahun 2 bulan dan telah dibukukan secara berpenggal sebanyak 30 penggal hingga juzuk yang ke 30.[14] Di dalam kitab ini, penulis telah mengemukakan tajuk yang berkaitan dengan pentafsiran. Kitab tafsir yang dihasilkan adalah dalam tulisan rumi ( bahasa Melayu) dan tulisan jawi. Kitab ini telah dicetak sebanyak dua kali dari dua syarikat yang berlainan iaitu Pustaka al- Mizan , cetakan pertama tahun 1989( tulisan rumi dan jawi ) dan Pustaka Salam Sdn. Bhd, cetakan pertama tahun 1997 ( tulisan rumi ).
3.0 METODOLOGI PENULISAN
Ahmad Sonhadji Mohammad telah memulakan penulisan melalui kaedah-kaedah metod berikut antaranya:
3.1 Tafsir Tahlili
3.1.1 Tafsir al-Ma’thur
( a ) Pentafsiran al-Qur’an dengan al-Qur’an
Misalnya dalam Surah al-Kahfi, ayat ke 47[15]:
Dan (ingatkanlah) hari Kami bongkar dan terbangkan gunung-ganang dan engkau akan melihat (seluruh) muka bumi terdedah nyata; dan Kami himpunkan mereka (di padang Mahsyar) sehingga Kami tidak akan tinggalkan seorangpun dari mereka.
Peristiwa itu juga ada yang dijelaskan pada ayat ( 105 hingga 107 Surah Taha )
Dan mereka (yang kafir) bertanya kepadamu (wahai Muhammad) dari hal gunung-ganang; maka jawablah:"Tuhanku akan menghancurkannya menjadi debu ditiup angin.
Begitu juga dengan ayat 88 Surah an-Naml
Dan engkau melihat gunung-ganang, engkau menyangkanya tetap membeku, padahal ia bergerak cepat seperti bergeraknya awan.
Ayat 5 dan 6 Surah al-Waqi’ah juga menceritakan perihal gunung-gunung[16]
Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya, Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran.
( b ) Pentafsiran al-Qur’an dengan Hadith
Ayat mengenai perintah mentaati kedua ibu bapa
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.
( c ) Pentafsiran al-Qur’an dengan Pentafsiran Sahabat
Dalam ayat 124 , Surah al-Baqarah[17]
Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa Kalimah (suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya.
Di dalam ayat di atas disebutkan bahawa Nabi Ibrahim itu telah dicubai oleh Allah Taala dengan beberapa kalimah. Erti yang dicubai ialah diuji. Dan erti kalimah syariat ialah mengandungi perintah dan tegah. Para muffasirin di kalangan sahabat bertelingkah pendapat pada pmentakwilkan ayat ini antaranya :
1) Ikrimah meriwayatkan dari Ibnu Abbas : Ujian syariat Nabi Ibrahim itu ada 30 . Ini ada tercatat dalam surah-surah al-Qur’an iaitu 10 daripada ayat tersebut dalam ayat 112 surah al-Taubat, 10 yang lain dalam ayat 35 surah al-Ahzab, dan 10 lagi dalam surah al-Mu’minun dan surah al-Ma’arij.
2) Tawus yang meriwayatkan juga Ibnu Abbas iaitu syariat yang dibebankan ke atas Nabi Ibrahim meliputi kebersihan muka dan badan.
3) Qatadah menerangkan pula bahawa syariat Nabi Ibrahim itu ialah pekerjaan-pekerjaan ibadat haji seperti tawaf, sa’i, melontar, berpakaian ihram dan lain-lainnya.
4) Al-Hasan menerangkan bahawa ujian yang dikenakan ke atas Nabi Ibrahim, merupakan pesona-pesona dari bintang yang dilihatnya berkelip-kelip . Ia tertarik hati kepadanya lalu menggangapnya sebagai Tuhan. Kemudian terpesona pula oleh bulan kerana keindahannya, yang dianggap pula sebagai Tuhan, kerana dialah yang kelihatannya lebib besar daripada yang lain.
3.1.2 Tafsir ar-Ra’y
Penafsiran melalui pendapat dan pandangan Ahmad Sonhadji dalam ayat 29, Surah al-Baqarah,[18]
Dia lah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Ia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna; dan Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
Beliau menyatakan :
Pergunakanlah kekayaan Tuhan yang terdapat di bumi untuk kamu kerana ada
gunanya dan boleh dijadikan iktibar. Kegunaanya : Ada untuk dimakan dan
diminum, da yang boleh dibuat pakaian dan dibuat tunggangan, ada yang
dibiakkan, dikembanggkan dan diperbesarkan, serta ada pula yang dapat
dimanfaatkan dan lain-lain. Sejak dari tumbuh-tumbuhan, binatang-binatang, serba serbi benda-benda galian, hinggakan udara yang mengelilingi.
3.1.3 Tafsir Mawdu’i
Pengharaman memakan bangkai, darah, daging khinzir dan binatang sembelihan bukan kerana Allah Taala disebut dalam surah al-Baqarah ayat 173, surah al-Ma’idah ayat 3, dan surah al-An’am ayat 145.[19]
4.0 Metodologi Penafsiran
( a ) Berpandu Kitab-Kitab Tafsir Muktabar
Ahmad Sonhadji menggunakan pendekatan berpandukan kepada kitab-kitab tafsir yang muktabar karangan ulama terdahulu iaitu :
1) Al-Tabari
2) Ibn Kathir
3) Al-Baghawi
4) Al-Qurtubi
5) Al-Maraghi
6) Al-Razi
7) Al-Alusi
8) Al-Jamal
9) Al-Khazin
Contoh 1: Ayat 51, Surah al-Baqarah
Disebutkan dalam tafsir al-Khazin demikian : Para ulama menyatakan: Setelah Allah menyelamatkan kaum Bani Israeldengan dapat menyeberangi Laut Merah dan menenggelamkan musuh-musuh mereka, Allah menjanjikan kepada Nabi Musa ( a.s ) akan memberi sebuah kitab Taurat bagi panduan hidup dan pegangan mereka. Berkata Nabi Musa: “ Hai kaumku! Aku akan pergi untuk menerima kitab Allah yang mengandungi perintah-perintah yang wajib dibuat dan larangan-larangan yang mesti ditinggalkan selama 40 malam dan saudaraku Harun akan menggantikan aku selama aku pemergian.[20]
( b ) Mengemukakan Pengenalan Setiap Surah
Misalnya Surah al-Kahfi
Surah al-Kahfi diturunkan di Makkah, mengandungi 111 ayat dan dinamakan “al-Kahfi” kerana di dalamnya diceritakan kisah Ashabul Kahfi ( Penghuni Gua ) yang tersebut dalam ayat 9-25.[21]
( c ) Mengemukakan Ayat Berkaitan Sebelum dan Sesudah
Contoh juga dalam Surah al-Kahfi.[22]
1. Kalau surah al-Isra’ dibuka dengan Tasbih, maka surah al-Kahfi dibuka dengan Tahmid, sedangkan Tasbih ( bacaan Subhanallah ) dan Tahmid ( bacaan Alhamdulillah ) itu sentiasa beriringan sebutannya di dalam beberapa banyak susunan ayat, umpamanya.
2. Kedua-dua surah ini ada persamaannya iaitu di penghujung surah lalu dan dipermulaan surah ini, masing-masing ada disebutkan lafaz
3. Di dalam surah yang lalu ada disebutkan ayat yang ditujukan kepada orang-orang Yahudi, sedangkan dalam surah ini pula disebutkan tentang kisah Nabi yang diutuskan kepada Bani Israel iaitu Nabi Musa dengan Nabi Khidhir ( a.s ) iaitu menunjukkan tentang luasnya ilmu Allah. Ini adalah menjadi dalil tentang pernyataan Allah yang disebutkanNya dalam surah yang lalu.
4. Hubungan surah al-Kahfi dengan surah selepasnya adalah Surah Mariam. Kedua-dua surah ini mempunyai persamaan kerana ia juga mengandungi kisah yang ajaib. Umpamanya kisah kelahiran Nabi Isa dan Nabi Yahya a.s.[23]
( d ) Mentafsirkan Perkataan-Perkataan Tertentu
Contoh 1 : Ayat 57, Surah al-Baqarah
Dan Kami telah menaungi kamu dengan awan (dari panas matahari di padang pasir) dan Kami turunkan kepada kamu "Manna" dan "Salwa".
Perkataan Manna iaitu sejenis penganan atau manisan. Adalah diriwayatkan Manna atau manisan itu diturunkan dengan cara berterbangan seperti embun pagi atu salji yang putih ke atas pohon-pohon pada waktu fajar menyinsing hingga terbit matahari. Lalu dipungut oleh meraka segantang seorang untuk dibuat halwa pencuci mulut.
Perkataan Salwa iaitu nama burung iaitu burung puyuh. Tiap-tiap seorag dibenarkan menangkap secukupnya sahaja untuk disembelih dan dijadikan makanan untuk dua hari itu, kecuali hari Jumaat dibenarkan menangkapnya sekadar makanan untuk dua hari, kerana hari Sabtu burung itu tiada diturunkan Tuhan kepada mereka.[24]
( e ) Mengemukakan Ayat-Ayat Hukum
Ayat 59, surah al-Ahzab[25]
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Menerusi ayat ini Allah Taala memerintah Rasul-Nya Muhammad s.a.w agar kaum wanita yang beriman melabuhkan pakainannya.
( f ) Menghuraikan Sesuatu Ayat Dengan Mengemukakan Kisah Sejarah
Ayat 9 hingga Ayat 25 Surah al-Kahfi menyebut secara terperinci kisah Ashabul Kahfi.[26]
( g ) Mengemukakan Pepatah Melayu
Contohnya Ayat 78 Surah al-Baqarah.[27]
Marilah kita selidiki kandungan ayat ini, sambil kita sesuaikan hal keadaan kita dewasa ini, semoga menimbulakn keinsafan dan kesedaran. Meskipun ayat ini ditujukan kepada kaum Yahudi pada zaman Nabi. Tetapi kesannya atau sindirannya akan mengenai pula kepada kita umat Islam. Ada pepatah Melayu mengatakan’Pukul anak sindir menantu’
Selain itu ayat 143 , surah al-Baqarah[28]
Pepatah Melayu menyatakan “Berbuat baik berpada-pada, berbuat jahat jangan sekali”.
Ayat 154 , surah al-Baqarah[29]
Kalau ditilik pula dari segi mengenang jasa, sesungguhnya tepat pepatah mengatakan “Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama”.
( h) Mengemukakan Kata-Kata Ahli Hikmat
Contoh ayat 31, Surah al-Kahfi
Mengikut kata Ahli Hikmat, ada tiga perkara yang boleh menghilangkan kedukaan iaitu air, warna yang hijau dan muka yang cantik.[30]
( i ) Mengemukakan Pendapat Fiqh
Contoh dalam ayat 219, surah al-Baqarah
Mengikut pendapai Imam Asy-Syafie ( r.a ) arak itu merupakan perahan anggur, ataupun rendaman kismis atau kurma, ataupun yang diambil dari bahan-bahan madu, gandum, beras, sekoi. Sesungguhnya tiap-tiap yang memabukkan adalah arak dan yang memabukkan itu adalah haram.[31]
( j ) Mengemukakan Munasabah Ayat
Pengajaran yang terdapat dalam peristiwa Isra’dan Mikraj.[32]
5.0 Keistimewaan Kitab
1) Penulis telah memulakan penulisan dalam bahasa melayu iaitu dalam tulisan jawi dan rumi, hasilnya ia memberi ruang kepada para pembaca menghayati sepenuhnya kandungan dalam kitab tersebut.
2) Penulis telah menghuraikan ayat demi ayat dengan begitu baik sekali melalui kaedah Tafsir Tahlili dan lain-lain, hasilnya kitab ini telah berjaya memberi kupasan yang menyeluruh dan kepuasan kepada para pembaca.
3) Kaedah penyusuan kitab ini memang menarik kerana ia disusun mengikut juzuk-juzuk, dan setiap juzuk dibukukan, ini memudahkan para pembaca merujuk setiap juzuk al-Quran.
4) Penulisan telah berjaya mengenengahkan isu-isu semasa yang timbul yang berkaitan
6.0 Kelemahan Kitab
1) Penulis meyertakan dalam penulisannya unsure-unsur israi’lliyat yang diambil dari kitab-kitab muktabar seperti kisah Ashabul Kahfi.
2) Penulis tidak mentakhrijkan setiap hadith yang dikemukakan kerana , ia mengelirukan para pembaca untuk mengetahui hadith ini dalam kategori sahih, hasan atau daif mahupun mawdu’.

KESIMPULAN
Ahmad Sonhadji Mohammad merupakan seorang tokoh ulama nusantara yang telah melahirkan banyak karya-karya. Antara yang termashyur ialah Tafsir Abrar al-Athir .Metodologi penulisan kitab ini dibahagikan kepada tiga dimensi iaitu Tafsir al-Ma’thur, Tafsir ar-Ra’y dan Tafsir Mawdu’i. Kitab tafsir ini telah menyingkap perbagai persoalanmengenai akidah, ibadat,muamalah dan sebagainya dengan begitu sistematik dan konsisten. Semoga para pembaca dapat menghayati, mentadabbur dan mengambil manfaat daripadanya.
[1] Ustaz Ahmad Sonhadji Mohammad, Abr al-Athir Tafsir al-Quran di Radio, cetakan 1, ( 1997 ), Pustaka Salam Sdn. Bhd, hal.11
[2] Ibid
[3] Ibid
[4] Ibid
[5] Ibid, hal 12
[6] Ibid
[7] Ibid
[8] Ibid, hal. 13
[9] Ibid
[10] Ibid
[11] Ibid
[12] Ibid, hal.14
[13] Ibid
[14] Ibid
[15] Ibid, juzuk 15, hal 2816
[16] Ibid, hal 2817
[17] Ibid, juzuk 1, hal 162
[18] Ibid, juzuk 1, hal.69
[19] Ahmad Sonhadji Mohammad, Tafsir al-Qur’an Abr al-Athir ( Tafsir al-Quran di Radio ), cetakan 1, ( 1989 ), Pustaka al-Mizan, juzuk 8, hal. 82
[20] Ibid, juzuk 1, hal.90
[21] Ibid, juzuk 15, hal..2776
[22] Ibid, hal.2770
[23] Ibid, juzuk 16, hal.2894
[24] Ibid, hal.95
[25] Ibid, juzuk 22, hal.4126
[26] Ibid, juzuk , hal.2776
[27] Ibid, juzuk 1, hal.116
[28] Ibid, juzuk 2, hal.200
[29] Ibid, juzuk 2, hal.211
[30] Ibid, juzuk 15, hal.2806
[31] Ibid, juzuk 2, hal.284
[32] Ibid, juzuk 15, hal.2648
3 ulasan:
akum..saya salah seorang peminat ustaz sonhadji.memandangkan beliau masih hidup, saya teringin berjumpa dgn beliau. kalau boleh, saya mahu alamat ust.sonhadji.sgl budi baik saudara saya sudahi dgn ucapan terima kasih.

salam,
boleh sy tau kat mana nak dapatkan tafsir quran karangan ustaz sobhadji?puas sy cari di kelantan dan pahang tapi semua kedai ckp dah tak jual.kalo masih ada lg sila hubungi saya di 017-3706910 mohd ridzuan.terima kasih.
Catat Ulasan