Inilah di antara isu yang dibangkitkan oleh Tun Dr Mahatir sewaktu Langkawi International Dialogue yang lepas. Ia berkenaan harta intelek negara-negara miskin meliputi para cendekiawan yang berhijrah ke negara-negara Barat tanpa sebarang bayaran pampasan. Akhirnya negara miskin tidak dapat keluar dari cengkaman kemiskinan, kerana cerdik pandai mereka lebih selesa menabur budi dan kepandaian mereka kepada negara-negara Barat yang menjanjikan kemewahan berlipat kali ganda.
Berkaitan dengan cadangan saudara Azzam Abbas supaya saya menerbitkan beberapa tulisan ilmiah di dalam blog ini, supaya ia tidak dicetak rompak atau dipalsukan hak milik pemunya asal, amat saya alu-alukan. Benar, saya tidak meletakkan nama penulis asal disertasi ilmiah kerana ia merupakan kompilasi tulisan sahabat-sahabat saya sewaktu kami membuat assignment untuk pengajian sarjana dahulu. Saya juga telah memaklumkan dahulu bahawa disertasi tersebut boleh diambil manfaat cuma dengan syaratnya, maklumkan sumber ambilan dari blog ini dan atas nama iskandar zulkarnain. Tentang beberapa kajian saya seperti Sisters in Islam, alhamdulillah ada pihak yang sudi menerbitkannya. Manakala tentang kajian yang bertajuk Tafsir Ayat 180 Surah al-A’raf ; Satu Penilaian Terhadap Tanggapan Tuhan Samseng, tiada pihak yang berminat untuk menerbitkanya kerana isu itu merupakan isu lama. Walau bagaimanapun sekiranya saudara Azam berminat untuk mengadakan perbincangan lanjut sila hubungi saya di iskandarz18@yahoo.com. Mengenai disertasi sarjana saya yang bertajuk Metodologi Ibn Qayyim al-Jawziyyah Di Dalam Kitab al-Amthal fi al-Qur’an, saya tengah berusaha untuk mencari penerbit yang berminat. Jika ada cadangan, boleh salurkan pada saya melalui alamat e-mail yang telah saya berikan.
Akhir kalam, saya harap saudara Azam Abbas boleh hubungi saya secara personal untuk perbincangan lanut. Benar, mungkin niat saya baik tetapi sebagaimana ingatan saudara, mungkin ada pihak yang akan mengambil kesempatan. Di atas segala ingatan saudara, saya ucapkan jutaan terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan