1) Salam buat semua pembaca budiman. Baru sebentar tadi, saya bersama dengan beberapa sahabat daie di jalan Allah. Tujuan kami bertemu, bukan untuk saya memberi pengisian, tetapi terpanggil untuk menegur dan memberi nasihat, walaupun mengakui diri ini bukan sempurna.
2)Mana mungkin, seorang daie tidak menepati masa, tidak beramal dengan apa yang disampaikan, tidak mengikut peraturan yang ditetapkan dalam program, tidak bersungguh dalam tugasan yang diberikan, dan tidak membekali diri dengan kekuatan dalaman seperti al-Ma'thurat, tahajjud dan melazimi bacaan al-Qur'an.
3) Dalam adab memberi nasihat, orang yang menasihati tidak merasa dirinya lebih baik daripada orang yang dinasihati. Itu saya letakkan sebagai panduan di awal nasihat, berdasarkan ayat ke-3 surah al-Asr.
4) Saya juga membuka ruang, andaikata ada kesilapan yang saya lakukan dan pasti ada, silakan untuk menegur saya, dan saya berusaha menjadi seorang yang berlapang dada. Saya menyatakan kata-kata musuh lebih benar dalam mengenal kelemahan diri kita, berbanding rakan-rakan yang menutupi kesalahan diri kita.
5) Selesai majlis muhasabah itu, saya bersyukur kerana daie yang dinasihati, nampak seakan dapat menerima. Sejurus selepas itu, saya bergegas untuk menyampaikan pengisian bersama dengan peserta suatu kursus.
6) Di akhir penyampaian, saya diberi kata-kata semangat oleh seorang wargamas-teruskan perjuangan dan tingkatkan potensi dirimu. Saya pulangkan pujian itu kepada Allah, kerana semua adalah kurniaNya. Saya berdoa agar diberi kekuatan dalam menyusuri perjalanan dakwah ini. Pasti ada asam garam, pahit manis yang akan dihadapi.
7) Saya sudahi dengan kalam Saidina Ali"Dunia semakin membelakangi, akhirat semakin mendatangi. Jadilah kamu putera dunia, berbanding putera akhirat. Hari ini(dunia), hari amal tanpa balasan. Hari esok(akhirat(, hari balasan tanpa amal.
15 April 09
3.27 pagi, Malaysia Timur
2 ulasan:
Katakanlah (wahai Muhammad): “Inilah jalanku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.” (Yusuf 12:108)”
Salam ziarah dari saya,,blog yang menarik ,jemput muzakarah di blog saya….dan jadikan blog saya sebagai rakan anda..tq
Syukran atas ziarah anak pendang sekeluarga. Tk atas jemputan. Insya allah
Catat Ulasan