Khamis, 25 Oktober 2007

Ghulam Dakwah (Iman dan Harakah)- Bhgn 8

Huraian Hadis [8]

“Sekiranya kamu diuji, janganlah kamu menceritakan tentang aku”.

Kalimah kamu diuji disebut tanpa menyebut siapakah yang akan menguji. Dan juga disebut sebelumnya kalimah yang menunjukkan syak ‘sekiranya’ sedangkan sebelum ini disebut dengan menggunakan kalimah yang menunjukkan pasti berlaku ‘kamu akan diuji’. Ini disebabkan apa yang disebutkan sebelum ini, adalah berdasarkan kepada keyakinannya bahawa, perkara tersebut akan berlaku dan apa yang disebut di sini adalah berdasarkan kepada realiti dan apa yang jelas di alam nyata. Ini kerana firasat juga kadang-kadang tersilap, pengalaman berbeza-beza dan apa yang berlaku tidak menepati kajian yang dilakukan. Ataupun disebabkan rahib bertujuan untuk tidak membebankan ghulam. Oleh itu, dia tidak mengungkapkan untuk kedua-dua ayat tersebut menggunakan kalimah yang menunjukkan bahawa ujian pasti berlaku dengan yakinnya supaya ghulam tidak bersusah hati sebelum tibanya waktu diuji.


1) Penjagaan terhadap para daie (di mana mereka adalah adalah modal dakwah dan pelopornya) daripada dihapuskan sehingga akar umbi oleh ahli batil dengan mengambil semua sebab-sebab yang diharuskan dan termampu, merupakan kewajipan yang diwajibkan oleh syarak dan akal. Sesungguhnya mendedahkan diri kepada kesusahan dengan cara mengisytiharkan tokoh-tokoh dakwah tanpa keperluan sebenar atau tidak berdasarkan kepada langkah-langkah yang dikaji dengan teliti adalah perkara yang akan dipersoalkan kepada para pengasas dan pemimpin di hadapan Allah Taala. Mereka tidak diberikan hak untuk memandang remeh atau bertindak tanpa memikirkan akibatnya dalam masalah ini. Sekiranya mereka telah mengambil sebab-sebab, merancang dan berusaha, kemudian Allah menentukan apa yang mereka tidak ingini, maka itu hanyalah semata-mata ketentuan daripada Allah yang dikehendakiNya untuk hamba-hambaNya. “Dan Allah Maha Kuasa melakukan segala perkara yang telah ditetapkanNya”. (Yusuf ; 21), “Dan Allahlah yang menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati syahid’ (Aali Imraan ; 140). Ia merupakan kebaikan dengan penuh yakin untuk mereka dan untuk agama Allah Taala.


Menjaga rahsia dan berhati-hati adalah di antara sebab-sebab terpenting untuk menjaga dakwah dan pendokongnya Di sana terdapat banyak dalil yang menunjukkan keharusannya dan menjadi wajib ketika keadaan memerlukannya.


Daripada Al-Quran


a) “Dan kalaulah tidak kerana orang-orang mukmin lelaki dan perempuan yang kamu tidak mengetahui mereka...” (Al-Fath ; 25)


b) Allah Taala berfirman ketika menceritakan tentang pemuda yang beriman dengan Tuhan mereka (pemudi Kahfi) yang bermaksud : “.....sekarang utuslah salah seorang dari kamu, membawa wang perak ini ke bandar dan biarlah dia memilih mana-mana jenis makanan yang lebih baik lagi halal (yang dijual di situ); kemudian hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya dan hendaklah berlemah-lembut (di bandar) serta janganlah seorangpun (di bandar itu) menyedari keadaan kamu. Sesungguhnya, sekiranya mereka mengetahui hal kamu, tentulah mereka akan merejam dengan membunuh kamu, atau mereka akan mengembalikan kamu kepada agama mereka (secara paksa) dan jika berlaku demikian, kamu sekali-kali tidak akan berjaya selama-lamanya.” (Al-Kahfi ; 19-20)


c) “ Wahai orang-orang yang beriman, bersedia siagalah kamu.” (An-Nisa’; 71)


d) “ Dan berkatalah pula seorang lelaki yang beriman dan kalangan orang-orang Firaun yang menyembunyikan imannya.” (Ghafir ; 28)


Daripada Sirah.


a) Nabi (s.a.w) telah menjawab persoalan seorang tua yang ditemuinya ketika dia bertanya: Kamu semua dari mana? Baginda menjawab: Kami dariipada air?
Sirah menjelaskan bahawa apabila Rasulullah ingin keluar berjihad, baginda akan menzahirkan perkara yang sebaliknya.

*Sirah Ibnu Hisham (4/379). Di dalamnya disebut : Rasulullah mengarahkan para sahabatnya upaya menyiapkan persediaan untuk memerangi Rum. Arahan ini dikeluarkan ketika manusia menghadapi kesukaran, cuaca pula terlalu terik, negara kekeringan dan buah-buahan sedang masak ranum... Rasulullah, apabila ingin keluar untuk berperang, baginda hanya menyebutnya secara simbolik sahaja. Baginda akan memberitahu tempat yang bukan menjadi tempat tujunyn kecuali dalam peperangan Tabuk, baginda menceritakannya kepada orang ramai.

c) Tiga tahun pertama, dakwah dilingkungi dengan suasana kerahsiaan yang ketat. Kemudian dilonggarkan sedikit demi sedikit berdasarkan suasana dan keadaan. Tetapi kerahsiaan tidak pernah dihapuskan sama sekali di mana-mana marhalah dakwah sekalipun. Ayat surah Al-Fath telah kami kemukakan. Maka perhatikanlah.

d) Dalam pemilihan yang dilakukan oleh Rasulullah terhadap rumah al-Arqam bin Abi Arqam mengandungi pengertian kerahsiaan dan berhati-hati. Al-Arqam adalah daripada kabilah Bani Makhzum. Mereka adalah musuh kepada Bani Quraisy. Adalah tidak logik, sekiranya baginda (s.a.w) mengadakan perjumpaan di rumah musuhnya. Al-Arqam ketika itu berusia 16 tahun dan keislamannya ketika itu tidak diketahui ramai.

e) Menyembunyikan keIslaman Nu’aim bin Mas’ud dan besarnya faedah yang diperolehi daripada tindakan tersebut. Akibatnya, beliau mampu mengubah perjalanan peperangan dengan memperlagakan tentera bersekutu (ahzab) dengan Bani Quraizah. Rasulullah telah mengarahkan beliau supaya mengambil peluang daripada keadaan yang ada dengan sabdanya : “ Kamu adalah seorang lelaki. Lakukan sesuatu sekadar termampu supaya mereka berpecah belah. Sesungguhnya peperangan adalah tipu daya”.

f) An-Najasyi menyembunyikan keIslamannya. Dengan itu, dia mampu untuk mengekalkan takhta pemerintahannya dan dapat melindungi muslimin yang berhijrah ke Habsyah.

* Di antara bukti keIslamannya ialah pujian Rasulullali, menyifatkannya sebagai seorang yang soleh dan mempunyai hubungan ukhuwwah dengannya, dan baginda menyembahyangkan jenazahnya. Di dalam sahih Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah katanya : “Rasulullah memberitahu kepada kami berita kematian Raja Habsyah pada hari kematiannya sambil bersabda : “ Mintalah keampunan untuk saudaramu. Juga disebut daripada Jabir, baginda bersabda: “ Pada hari ini seorang lelaki soleh di Habsyah telah meninggal. Marilah kita bersembahyang ke atas jenazahnya. Maka kami membuat beberapa saf dan baginda mengimamkannya. (lihat al-Lu’lu’ Wa al-Marjan (1/193 dan selepasnya)

g) Rasulullah menghantar sejumlah muslimin ke Habsyah. Ini bertujuan untuk memelihara mereka daripada penyeksaan dan fitnah terhadap agama mereka yang dihadapi di Mekah. Juga supaya mereka mampu berperanan sebagai pelapis kepada risalah Islam. Mereka tidak pulang ke pangkuan Rasulullah kecuali selepas pembukaan Khaibar sekalipun mereka jauh daripada Rasulullah dan wahyu, dan baginda memerlukan mereka demi penerusan dakwah dan jihad.

Penghantaran mereka adalah bersesuaian dengan konsep kerahsiaan dan berhati-hati di dalam usaha menjaga golongan daie daripada diseksa. Tindakan ini tidak termasuk dalam bentuk menyembunyikan nama-nama anggota.

* Di dalam sahih Bukhari dan Muslim daripada Abu Musa (r.a.) katanya : Berita hijrah Rasulullah sampai kepada kami ketika kami berada di Yaman. Saya dan saudara-saudara saya pun keluar berhijrah kepadanya. Saya adalah yang termuda. Rombongan kami mengandungi 53 atau 52 orang lelaki daripada kaum saya. Kami menaiki sampan. Kami dibawa ke Habsyah. Di sana kami berjumpa dengan Jaafar bin Abu Talib. Kami tinggal bcrsamanya sehinggalah kami sama-sama bertolak. Kami berjumpa Rasulullah ketika berlakunya pembukaan Khaibar. Beberapa orang telah berkata kepada kami (rombongan yang menaiki sampan) : Kami telah mendahului kamu dalam berhijrah, Asma’ binti Umais (salah seorang yang datang bersama kami) datang berjumpa Hafsah isteri Rasulullah (s.a.w) kerana menziarahinya. Beliau adalah salah seorang yang berhijrah ke bumi Najasyi. Ketika itu, Umar masuk berjumpa Hafsah dan beliau bertanya ketika melihat Asma : Siapa ini? Asma’ menjawab: Asma’ binti ‘Umais. Umar berkata : Orang yang tinggal di Habsyah, yang datang dari laut ? Asma’ menjawab : Ya. Umar berkata: Kami telah mendahului kamu dalam berhijrah. Dengan itu, kami lebih berhak terhadap Rasulullah daripada kamu. Asma naik marah seraya berkata: Tidak, Demi Allah! Kamu telah bersama Rasulullah, yang memberi makan kepada orang yang lapar dan mengajar mereka yang jahil di kalangan kamu sedangkan kami ketika itu berada di bumi perantauan Habsyah. Semua itu kami lakukan kerana Allah dan kerana rasulNya. Demi Allah! Aku tidak akan makan dan tidak akan minum sehinggalah aku menceritakan apa yang kamu katakan kepada Rasulullah. Dan kami sebelum ini disakiti dan ditakuti. Aku akan menyebutnya kepada Rasulullah dan akan bertanyakannya, Demi Allah! Aku (tidak akan berbohong, menyeleweng aau menambah sedikit pun. Apabila Rasulullah datang, Asma’ berkata: Wahai Nabi Allah, Umar telah berkata demikian demikian. Nabi bertanya: Apa yang kamu katakan kepadanya? Asma’ menjawab : Aku katakan demikian deinikian. Baginda bersabda: Tidak ada yang lebih berhak terhadapku daripada kamu. Bagi Umar dan sahabat-sahabatnya satu hijrah, tetapi bagi kamu rombongan sampan dua hijrah. Asma berkata : Aku mendapati Abu Musa dan ahli rombongan sampan menghantar utusan bertanyakan aku tentang hadis ini. Tidak ada di dunia ini yang paling menggembirakan mereka dan mereka merasa bangga dengannya melainkan apa yang dinyatakan oleh Rasulullah unuk mereka ini. (al-Lu’lu’ Wa al-Marjan (3/171-172)


h) Rasulullah menghantar secara rahsia sebahagian sahabatnya untuk mengajar mereka yang memeluk Islam dan membacakan kepada mereka al-Quran. Contohnya ialah seperti yang dilakukan oleh Khabab bin Art. Ibnu Hisyam menceritakan: Khabab sentiasa berulang-alik menemui Fatimah binti al-Khattab kerana membacakan kepadanya al-Quran. Ibnu Hisyam juga menyebut: Ibnu Ishak berkata : Keislaman Umar (seperti yang diceritakan kepadaku) adalah disebabkan saudara perempuannya Fatimah binti al-Khattab. Fatimah berkahwin dengan Sa’id bin Zaid bin Amru, Fatimah memeluk Islam. Begitu juga dengan suaminya. Kedua-duanya menyembunyikan keIslaman mereka daripada Umar. Nu’aim bin Abdullah daripada Bani ‘Adi juga telah memeluk Islam. Beliau juga menyembunyikan keIslamannya daripada kaumnya.

Seluruh peristiwa hijrah menunjukkan sistem dan kerahsiaan amat dititikberatkan; pemilihan waktu yang sesuai untuk keluar, di peringkat awalnya Abu Bakar sendiri tidak diberitahu, kemudian baginda memberitahunya pada waktu yang tidak pernah baginda pergi berjumpa dengannya, pemilihan penunjuk jalan, peranan yang dimainkan oleh Asma’ dan Abdullah (kedua-duanya adalah anak Abu Bakar), tidak melalui jalan yang biasa dilalui oleh orang ramai untuk ke Madinah, jawapan Abu Bakar kepada orang yang bertanyakannya mengenai Rasulullah yang bersamanya “Penunjuk yang menunjukkan kepadaku jalan... dan lain-1ain.

Di antara dalil lain ialah apa yang disebut oleh Kaedah Usul dan dinamakan oleh ulama sebagai ‘Muqaddimah Wajib iaitu ‘apa yang rnenyebabkan sesuatu kewajipan tidak sempurna melainkan dengannya, maka ia menjadi wajib’. Kita mengatakan: Mendirikan daulah Islamiah kemudiannya khalifah Islamiah dan berhukum dengan syariat Allah sebagai ganti kepada hukum-hakam yang dicipta oleh manusia adalah wajib. Ini kerana ad-deen tidak akan tertegak kecuali dengan terlaksananya perkara tersebut. Untuk mencapai perkara tersebut, semestinya memerlukan kepada usaha yang bersungguh-sungguh, perjuangan yang berterusan dan jauh daripada sebarang pemerhatian musuh. Ini kerana tipu daya dan perancangan jahat yang dilakukan terhadap Islam adalah bersifat internasional. Serangan terhadap Islam pula berlaku di mana-mana dan secara terbuka. Realiti yang berlaku membuktikan semua itu. Begitu juga dengan kenyataan yang sentiasa dikeluarkan yang mengatakan kemestian menghapuskan setiap benih amal Islami dan memadamkan kebangkitan Islam, atau apa yang mereka namakannya sebagai golongan Usuliah atau fundamentalis. Dengan ini, tercapailah apa yang kami nyatakan sebelum ini, iaitu menegakkan ad-deen adalah wajib. Ia tidak akan sempurna melainkan dengan berhati-hati dan menjaga kerahsiaan. Oleh itu, berhati-hati dan menjaga kerahsiaan adalah wajib. Apa yang menyebabkan sesuatu kewajipan tidak sempurna melainkan dengannya, maka ia menjadi wajib.

2) Negara-negara di dunia pada hari ini, kuasa besar khususnya seperti Amerika, Perancis dan lain-lain menggunakan cara kerja secara rahsia di kebanyakan aspek (pengintipan, maklumat, mata-mata gelap, kajian sulit, perbelanjaan sulit, hubungan sulit, perjanjian sulit, tali barut sulit...). Ia dilakukan, demi menjaga kekuatan mereka dan memperlihatkan kehebatan mereka kepada musuh. Semua ini dilakukan oleh kuasa-kuasa besar yang telah mantap dan memiliki kekuasaan. Maka, bagaimana pula dengan kita golongan lemah yang terdiri daripada muslimin. Apakah muslimin ingin membuka dada dan memperlihatkan segalanya kepada musuh, kepada golongan toghut dan kufur!?.


3) Para daie semestinya “tidak bercakap atau menceritakan sesuatu, atau membuka rahsia yang membawa kepada menyakitkan saudara mukminnya yang lain, sekali pun dia terpaksa menghadapi kekasaran, kesusahan dan penyeksaan dalam usahanya menyembunyikan rahsia muslimin. Dia tidak sepatutnya membasikan kesabarannya sebelum dia menceritakan sesuatu atau membuka rahsia yang membawa kepada menyakitkan muslimin dan terbukanyn rahsia-rahsia mereka. Semoga kisah Hatib bin Abi Baltaah memberikan pengajaran. Ini kerana sebahagian sahabat menganggap tindakannya itu sebagai suatu jenayah yang layak dibunuh pelakunya kerana ia merupakan suatu pengkhianatan terhadap muslimin disebabkan dia membuka rahsia Rasulullah (s.a.w). Tiada yang dapat menyelamatkannya melainkan penyertaannya di dalam peperangan Badar sepertimana yang disebut di dalam hadis: “Apakah kamu tidak tahu semoga Allah melihat kepada ahli Badar dan berfirman: “Buatlah apa yang kamu suka, sesungguhnya Aku telah mengampunkan dosa kamu semua”.


4) Tunjuk ajar yang diberikan oleh rahib kepada ghulam supaya tidak menceritakan tentang dirinya apabila dia diuji adalah perancangan dan strategi dakwah dan perjalanannya. Ia bukanlah disebabkan oleh tindakan pengecut atau penakut. Ini kerana rahib sanggup berhadapan dengan mata gergaji sehingga rahib tersebut mati. Dia Iangsung tidak meninggalkan agamanya. Apakah orang yang seumpama ini boleh didakwa sebagai seorang yang pengecut atau ia adalah masalah perancangan, strategi dan persiapan?!!.


5) Kemudian, selepas mengambil sebab-sebab, kadang-kadang Allah menentukan sesuatu di luar apa yang dirancangkan. Ghulam, ketika diseksa, dia tidak mampu menanggung penyeksaan tersebut, maka dia menceritakan tentang rahib sepertimana kisah seterusnya. Begitu juga dengan kisah Suraqah bin Malik yang berjaya mengekori Nabi (s.a.w) dan Abu Bakar di perjalanan mereka menuju ke Madinah, sekali pun baginda telah mengambil pelbagai sebab. Ahli Kahfi juga begitu. Selepas mereka mengambil langkah berhati-hati dan utusan mereka pula telah benar-benar berlemah-lembut semasa di bandar, Allah telah menzahirkan hakikat mereka untuk Dia melaksanakan apa yang telah ditetapkanNya. Semua ini, tidak sepatutnya menjadikan kita mengabaikan pengambilan sebab atau menyalahkan diri sendiri kerana sesungguhnya segala urusan adalah di Tangan Allah. “Dan Allah Maha Kuasa melakukan segala perkara yang telah ditetapkanNya.”

6) Kita wajib membezakan di antara menjaga para daie kerana peribadi mereka dengan menjaga mereka kerana mereka adalah pembawa obor-obor dakwah, Menjaga mereka bermakna menjaga dakwah, penerusan, kesuburan dan kemajuannya menuju kepada matlamatnya. Ketidakfahaman terhadap perkara ini adalah suatu yang merbahaya. Hukum asal dalam masalah ini ialah firman Allah:


“Sesungguhnya Allah telah membeli dan orang-orang yang beriman, jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga untuk mereka...” (‘At-Taubah: 111)


Kita tidak sepatutnya mengutamakan keselamatan diri sendiri. Perkara ini memerlukan kepada muhasabah yang berterusan dan pemerhatian yang serius. Hati amat cepat berubah danipada air yang mendidih. Kita meminta kepada Allah keikhlasan, sifat benar dan tetap berada di atas kebenaran.

Pengajaran Di Sudut Dakwah.


1) Masalah kerahsiaan dan pengisytiharan (sirriyyah dan ‘alaniah) adalah masalah nisbi’ (iaitu masalah yang berkait dengan perkara lain ; Al-Mujam al-Arabi al-Asasi) dalam perjalanan dakwah pada marhalah-marhalahnya yang berbeza. Ia bukanlah masalah yang mutlak iaitu hanya kerahsiaan semata-mata atau pengisytiharan semata-mata.


Di marhalah membina asas, kerahsiaan adalah dilebihkan. Kadang-kadang ia memerlukan kerahsiaan mutlak sebagai mana yang berlaku pada tiga tahun pertama dakwah Rasulullah. Selepas itu, berlakunya pengisytiharan di beberapa sudut dan sudut-sudut yang lain masih kekal tidak diketahui umum sehingga selepas tertegaknya daulah Islamiah. Ini adalah sebagaimana yang berlaku kepada mereka yang berhijrah ke Habsyah sehinggalah berlakunya pembuka Khaibar. Di antara kerahsiaan dan pengisytiharan pula, terdapat marhalah-marhalah, pemeringkatan dan keperluan- keperluan dakwah. Tidak perlu disebutkan di sini, bahan perbincangan kita hanyalah dalam lingkungan amal jamaie yang tersusun.


Sesungguhnya kerahsiaan dan pengisytiharan, sabar dan nafas panjang, jihad dan penentangan dan sebagainya mempunyai hubungan yang intim dengan marhalah yang dilalui oleh dakwah. Peringkat awal Dakwah Islamiah ya disula Saiyidah Sumaiyah binti Khaiyat (r.a) secara keji melalui kemaluannya sehingga dia berjumpa Tuhan sebagai seorang syahid dan muslimin sedikitpun tidak bangkit menentang untuk membelanya dan membela muslimin lain yang ditindas, dakwah itu jugalah yang mengharungi peperangan akibat perbuatan seorang yahudi penjenayah membuka aurat seorang wanita muslimah.


Sesungguhnya marhalah dan suasana sekelihing, dan kemampuan dakwah untuk menghadapi serangan dan menutup mulut musuh-musuh Allah adalah perkara yang menentukan pendetailan kerja dan peranan yang berbeza. Kita tidak sepatutnya cenderung kepada kerahsiaan kerana takut menghadapi serangan musuh atau cenderung kepada pengisytiharan disebabkan semangat yang melulu dan tanpa berfikir panjang. Dakwah sepatutnya berpindah dari satu tahap ke satu tahap secara berperingkat-peringkat tanpa dikuasai oleh perasaan ingin cepat sampai dan gopoh. Begitu juga tanpa menghilangkan peluang atau takut ditindas.


2) Salah faham dan jawapannya.


Sebahagian daie berhujah bahawa Imam Syahid Hasan al-Banna memulakan dakwahnya dengan mengambil bentuk pengisytiharan. Sebahagian lain pula berpandangan bahawa dakwah Imam Syahid bermula dengan pengisytiharan sepenuhnya, dan di peringkat awal lagi telah mengharungi medan politik Penglibatan dalam peperangan di Palestin sebagaimana yang telah berlaku, telah menyebabkan musuh-musuh Islam merasai betapa bahayanya jamaah Ikhwan terhadap mereka. Dengan itu, berlakunya pukulan hebat di Mesir dan lainnya. Kerahsiaanlah yang lebih baik ketika itu.


Sebenarnya, peranan yang dimainkan oleh Imam Syahid di permulaan dakwahnya ialah memperbaharui Islam dan iman orang ramai, dan menyebarkan kefahaman Islam yang sahih sehingga memungkinkan beliau mengumpulkan mereka yang berminat dan bersedia untuk bekerja untuk agama ini. Ini dilakukan supaya mereka menjadi benih ummah yang akan berperanan mengembalikan kehidupan Islam yang terkandung di dalamnya Khilafah Islamiah. Dengan ini, (pada pandangan kami) adalah lebih sesuai Imam Syahid memulakan dakwahnya secara pengisytiharan. Ini disebabkan beberapa faktor :-


a) Jamaah pada asasnya memerlukan kepada cepat tersebar dan sampai kepada manusia dalam bilangan yang ramai. Kemudian berlakunya pemilihan terhadap mereka yang sesuai untuk bekerja dengan jamaah. Suasana ketika itu membantu untuk terlaksananya perkara tersebut.


b) Jamaah ketika itu masih tidak mempunyai musuh dan tidak diketahui oleh penentang Islam. Imam Syahid telah mengeksploitasikan keadaan ini. Oleh sebab itu, beliau telah berkata: “Sesungguhnya dakwah kamu masih lagi tidak diketahui oleh ramai manusia. Pada hari mereka mengetahuinya dan memahami intipatinya, ketika itu kamu akan menerima tentangan hebat dan permusuhan yang sejati daripada mereka..” Ketika itu orang ramai berkumpul di sekitar jamaah. Kemudian bermulalah marhalah pemilihan, tarbiah dan pembentukan. Nizam Khas dan Nizam Wahdah juga diwujudkan ketika itu. Anggotanya terdiri daripada mereka yang memiliki ciri-ciri tentera dakwah yang tinggi dan tarbiah jihad yang mantap. Sekalipun beberapa orang anggota Nizam ini dan juga sebahagian pemimpinnya melakukan kesilapan, perkara tersebut tidak boleh menafikan kebaikan-kebaikan yang ada. Perkara ini hendaklah dikaji secara berfakta. Tetapi Allah dengan hikmahNya menghendaki supaya Imam Syahid tidak menyempurnakan langkah-langkahnya selepas beliau menjelaskan jalan sebenar yang patut dilalui dan meletakkan asas-asasnya. Allah telah memanggilnya sebagai seorang syahid di jalanNya. Walaupun begitu, beliau telah mendidik generasi para daie yang mampu membawa risalah, berjihad memperjuangkannya dan sentiasa berada dalam keadaan demikian sehinggalah ke hari yang Allah memberikan kekuasaan dunia kepada agamaNya dan ketundukan seluruhnya kepada Allah serta yang tinggi hanyalah kalimah Allah Taala.

Terlalu rahsia kadang-kadang diperlukan pada peringkat awal di negara yang menindas golongan daie atau pada masa musuh-musuh Islam telah mengetahui fikrah dakwah, matlamatnya dan cara kerja yang dilakukan. Adapun, ketika mereka tidak mengetahui hakikat dakwah, matlamatnya dan tidak ada penindasan, maka tidak mengapa untuk memulakan dakwah dengan menggunakan konsep pengisytiharan yang dihitung dan terancang. Dan dalam masa yang sama, tidak melupakan cara kerahsiaan.


Langkah-langkah yang diambil oleh Imam Syahid semenjak permulaan dakwah sehingga beliau syahid, kami menganggapnya sebagai langkah yang logik dan tabie sama ada langkah permulaan yang berbentuk pengisytiharan ataupun pendirian-pendirian politik dan perang Palestin. Ini kerana, pendirian-pendirian tersebut dan apa yang berlaku di bumi Palestin adalah bukti betulnya kefahaman dan jalan yang dilalui serta kebenaran tunjuk ajar dan amal. Tanpa sumber yang besar dan ukiran sejarah ini, kemungkinan dakwah tidak dapat ditegakkan di kebanyakan negara dan tidak dapat mencapai apa yang telah dicapai pada hari ini. Walau bagaimanapun, masalah ini adalah masalah nisbi seperti yang telah kita nyatakan. Oleh itu, seseorang tidak boleh menjadikan konsep pengisytiharan yang diambil oleh Imam Syahid di permulaan dakwahnya sebagai hujah. Dan seseorang juga tidak boleh menolaknya dan menolak pendirian-pendirian yang jelas yang telah diambil.


3) Seperkara lagi ialah yang berhubung dengan mereka yang menyeru kepada pengisytiharan mutlak.


Perkara ini adalah bersalahan dengan apa yang dilakukan oleh Rasulullah (s.a.w) di dalam perjalanan membawa dakwahnya. Mereka yang menyeru kepada pengisytiharan semua benda dan tenggelam di dalam kerja-kerja politik dengan memandang remeh terhadap penbinaan saf, tarbiah dan pembentukan, mereka sebenarnya lupa bahawa hadaf dakwah ialah melakukan perubahan, bukannya memperbaiki bahagian-bahagian tertentu ataupun menempel pada sistem-sistem pemerintahan yang berhukum dengan hukum selain daripada apa yang diturunkan oleh Allah. Mereka lupa bahawa tipu daya yang dilakukan terhadap mereka yang berbentuk antarabangsa adalah terlalu besar dan sejarah yang berlaku semenjak hari-hari pertama dakwah Rasulullah sehingga ke hari ini menjelaskan semua itu dengan jelasnya. Mereka lupa, bahawa musuh-musuh kita tidak akan membenarkan kita mencapai apa yang kita ingini melalui cara politik dan demokrasi yang mereka laungkan (Apa yang berlaku di Algeria ketika muslimin telah hampir untuk mencapai tampuk pemerintahan negara di depan mata). Sebenarnya, tali pengendalian permainan politik berada di tangan mereka dan kadar yang dibenarkan kepada kita adalah terhad. Kadar yang dibenarkan hanyalah membolehkan kita mencari pengaruh dan menimba pengalaman. Ia hanyalah sebahagian daripada kerja dakwah dan kerja penumpuan kepada pembinaan anggota ummah dan kekuatan di setiap bidang dan takhassus. Semua ini dilakukan sebagai persediaan kepada jihad.


Sebahagian yang lain pula berpandangan, bahawa naungan undang-undang (seperti parti politik yang diiktiraf, persatuan-persatuan rasmi... dan setiap badan yang diterima dari segi undang-undang) adalah bentuk yang boleh diterima untuk para daie bekerja. Sebarang bentuk kerja yang tidak menggunakan bentuk ini adalah silap dan ditolak, dan termasuk dalam kategori gerakan bawah tanah. Mereka yang melakukannya dianggap sebagai seolah-olah terlibat dengan penyelewengan fikrah dan aqidah “sekalipun suasana yang berlaku menuntut tindakan tersebut diambil seperti tekanan yang kuat dan menjaga para daie supaya tidak terdedah kepada tindakan musuh yang sentiasa memerhati golongan yang bekerja untuk Islam siang dan malam di segenap tempat”. Kesan yang akan berlaku ialah, lahirnya kongkongan dalam menentukan cara bekerja dan jenis-jenisnya di kalangan para daie. Sesungguhnya naungan undang-undang dan politik tidak lebih daripada wasilah yang boleh kita gunakan untuk memudahkan kita bertemu dengan orang ramai. Adapun pengiktirafan sebenar, ía telah diberikan kepada dakwah dan para daie sekalipun mereka tidak dibenarkan wujud dalam bentuk yang diiktiraf oleh undang-undang dan politik.


Sesungguhnya pengiktirafan, adalah untuk dakwah dan para daienya sekalipun berbagai tohmahan yang dilemparkan kepada mereka. Kita bukanlah golongan yang bertindakbalas berdasarkan kepada tohmahan orang lain. Tetapi kita adalah golongan pembawa dakwah yang mengenali hadaf, marhalah dan langkah-langkahnya serta mengambil wasilah-wasilah yang sesuai pada setiap marhalah yang membolehkannya maju menuju ke marhalah seterusnya. Pengiktirafan dari segi undang-undang tidak mampu untuk menjaga dakwah dan para daie apabila musuh membuat keputusan untuk memberi pukulan kepada mereka (walaupun ada sebahagian yang menyangka sebaliknya). Apa yang berlaku di Mesir di dalam sejarah modennya, begitu juga Syria, Iraq, Tunis, Libya dan lainnya masih tidakjauh meninggalkan kita.


Memahami perkara ini, sentiasa memerhatinya dan saling nasihat-menasihati rnengenainya adalah perkara penting dan asasi. lni kerana berlebihan dalam penglibatan politik dengan mencuaikan tarbiah, persediaan dan mengingati kefarduan jihad akan memberikan kesan kepada hala arah perjalanan dakwah dan perancangannya. Dengan ini, akan mengurangkan persiapan jihad yang sebenar yang mengandungi rukun yang berbeza-beza, berlakunya perlaksanaan yang memakan masa yang lama terhadap gerak kerja dan program-program yang diatur, tidak memahami marhalah-marhalah yang berbeza dan peranan yang sepatutnya dimainkan di marhalah tersebut dan lemahnya roh jihad dan pengorbanan.


4) Kerahsiaan mempunyai beberapa peringkat. Begitu juga dengan pengisytiharan. Di antara kerahsiaan mutlak dengan pengisytiharan mutlak terdapat berbagai-bagai peringkat sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Syeikh Munir Ghadban di dalam kitabnya “Manhaj Haraki” ketika beliau membincangkan mengenai kerahsiaan dakwah dan tanzim sebagai salah satu daripada marhalah. Apa yang disebutkan itu adalah sebagai contoh. Kami ulangi di sini bahawa, penggunaan kerahsiaan berdasarkan peringkat-peringkatnya dan pengisytiharan berdasarkan peringkat-peningkatnya adalah ditentukan oleh perancangan dakwah untuk marhalah yang sedang dilalui dan hadaf jangka pendek dan panjang dakwah serta strategi yang diatur. Dengan ini, ia adalah masalah nisbi yang ditentukan oleh apa yang telah kami sebutkan.


5) Dakwah Allah adalah pemilik pertama kepada harta dan jiwa kita. “Sesungguhnya Allah telah membeli dan orang-orang yang beriman, jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga untuk mereka, (kerana) mereka berjuang pada jalan Allah, maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta al-Quran dan siapakah lagi yang lebih tepat janjinya (selain) dan Allah. Oleh itu, maka bergembiralah dengan jual-beli yang kamu lakukan itu dan itulah kemenangan yang besar,” (At-Taubah :111)


Maslahah (kepentingan) dakwah adalah lebih utama daripada maslahah dan pandangan peribadi mereka (sama ada maslahah dakwah terletak pada menyembunyikan rahsia atau membukanya). Dan kerahsiaan atau pengisytiharan adalah perkara nisbi yang ditentukan oleh suasana dan marhalah. Ia ditetapkan oleh mereka yang berilmu dan berpengalaman serta pemimpin seperti rahib. Beliau telah membuat keputusan supaya dia dan mereka yang bersamanya tetap dengan cara sebelumnya iaitu berhati-hati dan menjaga rahsia Sementara ghulam pula, bergerak cergas mengiklankan dakwah dan berperanan di dalam masyarakat tanpa menceritakan tentang rahib apabila dia diuji. Itulah perancangan yang rapi dan bersungguh-sungguh untuk mencapai maslahah dakwah dan matlamatnya sama ada dengan cara kerahsiaan atau pengisytiharan. Rasulullah adalah ikutan terbaik bagi kita. Begitu juga dengan marhalah yang dilalui oleh baginda dalam membawa dakwah dan kepelbagaian peranan dan marhalah. Tidak perlu dijelaskan di sini bahawa, kita tidak bermaksud dengan kerahsiaan dan pengisytiharan ialah menyembunyikan Islam dan beriltizam dengannya, sekalipun ia berlaku di negara yang memerangi semua perkara yang dihubungkan dengan Islam dan syiar-syiarnya, sehinggakan dalam menamakan seseorang dengan nama Islam sebagai tambahan kepada serangan yang dilakukan terhadap ad-deen yang syumul yang sepatutnya memiliki negara dan khalifah Islamiah.

Tiada ulasan:

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude