Rabu, 3 Oktober 2007

Bermula xpdc mencari Lailatul Qadr

10 HARI TERAKHIR RAMADHAN

Sebagai umat Islam, kita seharusnya menghayati Ramadhan dengan sebaik mungkin, lebih-lebih lagi pada 10 hari terakhir Ramadhan. Penuhkan masjid-masjid dan surau-surau sebagaimana permulaan Ramadhan kerana 10 hari terakhir Ramadhan adalah pra dan klimaks Ramadhan di mana ia merupakan masa untuk menggandakan amalan.

Sebagaimana kita ketahui malam al-Qadar itu adalah lebih baik dari seribu bulan. Oleh itu, marilah kita sama-sama berusaha untuk mendapatkannya. Terdapat beberapa pendapat bahawa malam al-Qadar terjadi pada sepuluh malam terakhir, dengan mengambil dalil daripada sabda Rasulullah s.a.w:

"اِلْتَمِسُوْهَا ِفى العَشْرِ الأَوَاخِرِ"

“Carilah ia (malam al-Qadr) pada sepuluh malam yang terakhir”.

Dan dari Jabir, dari Nabi s.a.w bahawa beliau bersabda yang bermaksud:

“Apabila tiba malam terakhir bulan Ramadhan, maka menangislah langit, bumi dan para malaikat atas musibah yang menimpa umat s.a.w”. Seseorang bertanya: “Ya Rasulullah, musibah apakah itu?” Jawab Rasulullah s.a.w: “Perginya bulan Ramadhan kerana sesungguhnya doa-doa di waktu itu dikabulkan, sedekah-sedekah diterima, kebaikan-kebaikan dilipat gandakan, sedang azab di tahan”.

Oleh itu, marilah kita bayangkan, musibah manakah yang lebih besar daripada perginya bulan Ramadhan. Sedangkan langit dan bumi menangis demi kita, maka kita lebih patut menangis dan menyesal atas terputusnya keutamaan-keutamaan dan kemuliaan ini dari kita.

Gambaran keadaan Rasulullah ketika berada pada 10 terakhir Ramadhan sepertimana yang diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a berkata: “Rasulullah s.a.w biasanya beriktikaf pada sepuluh hari yang terakhir dalam bulan Ramadan”. Dalam hadis yang lain Saidatina Aisyah r.a berkata: “Rasulullah s.a.w bermujahadah pada sepuluh hari yang terakhir bulan Ramadan tidak seperti bulan-bulan lain”.

Oleh itu, renungkanlah wahai saudara-saudara sesama Islam sekalian, alangkah ruginya kita sekiranya Ramadhan ini berakhir begitu sahaja. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w:

“Alangkah kecewanya orang yang sejak tiba bulan Ramadhan hingga habis bulan tidak diberi ampunan”.

Orang yang seperti itu akan menyesal kerana tidak memanfaatkan peluang untuk beribadah dalam bulan Ramadhan, demikian pula puasanya hampa belaka kerana tidak mendapat kurnia ampunan Allah S.W.T

Namun apa yang mengecewakan melalui pemerhatian kita, kebanyakan umat Islam di Malaysia begitu bersemangat untuk menunaikan ibadah di malam Ramadhan pada awal-awal Ramadhan namun apabila masuk minggu yang kedua saf yang penuh dan adakalanya melimpah keluar surau dan masjid semakin menyusut.

Lebih parah lagi apabila datangnya sepuluh malam terakhir, begitu ramai manusia yang tersaring. Perbandingan kehadiran sepuluh yang terakhir dengan sepuluh yang awal begitu ketara, pelbagai alasan yang dikemukakan antaranya ramai ahli jemaah yang telah pulang ke kampung halaman, ianya mungkin boleh diterima namun bagaimana pula dengan keadaan dikampung-kampung yang lesu juga pada akhir Ramadhan.

Lebih menyedihkan kebanyakan kita begitu sibuk pada sepuluh akhir tersebut dengan persiapan menghadapi Syawal sehingga tidak kecukupan siang untuk melakukannya tanpa memikirkan Ramadhan akan berlalu pergi dengan segala peluang keemasannya.

Adakah kita yakin akan memperolehi peluang bertemu dengan Ramadhan yang akan datang……..???

Jadikan Ramadhan sebagai masa terbaik memaparkan keindahan Islam kepada sahabat Non Muslim

Tiada ulasan:

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude