
1) Bangga sekalian warga Malaysia, dengan kehadiran Proton Exora yang merupakan MPV pertama Malaysia, setelah Proton Saga dilancarkan pada 1985.
2) Dengan harga di antara RM70,000-75,0000, Exora dijangka menjadi pilihan keluarga yang mempunyai bilangan ahli yang ramai, kerana ia mempunyai 7 tempat duduk. Dikatakan mempunyai ruang yang lebih luas, bentuk aerodinamik yang cantik, dipacu oleh enjin Campro CPS, serta gear automatik shift, ternyata memberikan nilai tambah kepada Exora ini.
3) Proton mungkin mengambil peluang menjemput bekas PM-Mahathir dan PM-Najib, untuk bersama dalam majlis pelancaran Exora. Namun, sebagaimana biasa persepsi yang berbeza diberikan. Berada dalam pentas yang sama, seolah-olah menunjukkan Najib tidak lekang bersama Mahathir di kebanyakan program dan tempat.
4) Najib mungkin tidak menyangka berada bersama Mahathir, tetapi dengan keberadaan mereka berdua di tempat yang sama, mengiyakan pandangan umum, betapa Pak Lah semakin jauh dipinggirkan. Dan Mahathir, kelihatan semakin mendapat tempat untuk bersama dengan Najib dalam kebanyakan event selepas ini.
5) Apapun, diharapkan Exora mungkin seperti pisang goreng panas selepas ini. Namun, setelah berpengalaman dengan 3-4 buah kereta nasional buatan Malaysia, membuatkan saya berfikir kembali untuk turut sama menjadi pemilik Exora.
16 April 2009
6.18 pagi, Malaysia Timur
4 ulasan:
Salam,
Tun Mahathir adalah Penasihat Proton. Maka perlulah beliau berada bersama-sama dengan PM dan pemimpin kanan Proton di atas pentas.
Tk atas ingatan itu. Namun, tidak dapat menolak pelbagai tanggapan sinis
jom pi show room proton usha tgk Exora guano... huhu, tadi baru dapat sms offer exora..
Exora M-Line RM69 998
Exora H-Line RM75 998
Insya allah Ust Midi. Nampak cantik, cuma belum pasti prestasinya.
Catat Ulasan