BAB II: Tafsir Ayat 180 Surah al-A‘raf Menurut Mufassirun
Di dalam ruangan bab kedua ini, penulis akan menampilkan pandangan para mufassirun (para ulama’ tafsir) yang berautoriti dalam menghuraikan pengertian yang lebih terperinci mengenai ayat 180 surah al-A‘raf. Tujuan utamanya adalah supaya para pembaca dapat mengenalpasti huraian yang sebenar berkaitan ayat ini, khususnya tentang persoalan yang melibatkan Asma-ul Husna. Di samping itu, ayat ini juga akan meninjau persoalan mengenai golongan-golongan yang menyelewengkan nama-nama Allah yang terbaik itu.
Di dalam bab ini juga, penulis akan mengimbas sepintas lalu mengenai pengertian umum ayat 180 surah al-A‘raf ini di samping penjelasan mengenai munasabah ayat dengan ayat-ayat sebelum dan selepasnya.
2.1 Huraian Mufassirun Tentang Ayat 180 Surah al-A‘raf
Ertinya: “Hanya milik Allah al- Asma-ul Husna (nama-nama yang agung yang sesuai dengan sifat-sifat Allah), maka bermohonlah kepadaNya dengan menyebut nama-nama baik itu, dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-namaNya. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan.( Surah al-A‘raf : ayat 180).
Secara umumnya, ayat 180 surah al-A‘raf merupakan ayat yang diturunkan di Mekkah. Melihat kepada pengertian zahir daripada ayat ini, dapatlah kita memahami bahawasanya ia mengandungi pengertian mengenai seruan kepada hambaNya, supaya senantiasa memohon kepadaNya dengan menyeru nama-namaNya yang terbaik ataupun Asma-ul Husna.
Selain itu, ayat ini juga mengandungi penegasan kepada orang beriman supaya mengabaikan mereka yang melakukan penyelewengan terhadap nama-nama Allah serta menyerahkan urusan yang berkaitan dengan mereka kepada Allah. Sesungguhnya mereka akan menerima azab yang setimpal dengan kejahatan yang telah mereka lakukan.
Dalam melihat kepada munasabah ayat pula, kita akan mendapati setelah Allah menerangkan tentang sifat ahli neraka Jahannam pada ayat sebelumnya iaitu ayat 179, yang mana sesungguhnya mereka merupakan golongan yang lalai kerana tidak menggunakan aqal dan hati mereka untuk memahami al-Qur’an, di samping membersihkan jiwa mereka dengan iman dan ilmu yang bermanfaat, maka ayat 180 ini hadir sebagai petunjuk tentang cara terbaik untuk merawat penyakit lalai dengan senantiasa mengingati dan menyeru nama-nama Allah yang baik itu.
Kemudian, ayat selepasnya menghuraikan tentang dua golongan umat Muhammad iaitu golongan yang memberi petunjuk dengan hak dan adil , manakala satu golongan lagi merupakan golongan yang mendustakan ayat Allah dan menyesatkan. Justeru, ternyata kesinambungan ayat sebelum dan selepas bagi ayat 180 surah al-A‘raf telah disusun oleh Allah dengan begitu rapi sekali dan menjadi pengajaran yang berguna kepada kita.
Imam al-Tabari dalam kitabnya Jami’ al-Bayan ‘an Ta’wil al-Qur’an telah mentafsirkan mengenai permulaan ayat 180 surah al-A‘raf yang bermaksud: “Hanya milik Allah Asma-ul Husna (nama-nama yang agung yang sesuai dengan sifat-sifat Allah), maka bermohonlah kepadaNya dengan menyebut nama-nama baik itu dengan meriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas katanya “ Dan di antara nama-namaNya yang terbaik itu ialah al-‘Aziz (Yang Maha Perkasa ), al-Jabbar ( Yang Maha Memaksa) dan kesemua nama-nama Allah itu adalah yang terbaik.
Beliau juga menyatakan mengenai sebuah hadith yang telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawasanya Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang berbunyi :
"ان لله تسعة و تسعين أسمأ , مئة الا واحد , من أحصاها كلها دخل الجنة "
Ertinya : “ Sesungguhnya Allah mempunyai sembilan puluh sembilan nama, iaitu kurang satu menyamai seratus. Sesiapa yang membilangnya (menyebutnya) pasti masuk syurga”.(Muttafaq ‘alaih)[1]
Beliau juga mengulas, adapun yang dimaksudkan oleh Allah tentang golongan yang menyelewengkan nama-nama Allah sebagaimana firmanNya yang bermaksud : “dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-namaNya.....” adalah merujuk kepada golongan musyrikin.[2]
Sesungguhnya mereka telah melakukan penyelewengan yang nyata dengan menamakan berhala dan tuhan mereka dengan nama-nama yang diambil daripada nama Allah seperti al-Latta daripada Allah dan al- ‘Uzza daripada al- ‘Aziz.
Selain itu, beliau menyatakan yang dimaksudkan dengan ( يلحدون) adalah golongan yang mendustakan Allah. Dan ada sesetengah pandangan menyatakan ia merujuk kepada golongan yang mensyirikkan Allah. Imam al-Tabari meriwayatkan di dalam kitab tafsirnya daripada Ibn Zaid bahawasanya apa yang dimaksudkan oleh Allah dengan “ dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-namaNya.....” adalah golongan kafir dan ayat ini telah dinasakhkan (dimansuhkan) dengan perintah supaya membunuh mereka. Namun demikian, pandangan ini disanggah kerana bagi Imam al-Tabari, Allah tidak memerintahkan Nabi Muhammad s.a.w. supaya membunuh mereka , bahkan ayat ini merupakan suatu ancaman dan ugutan kepada golongan yang menyelewengkan nama Allah dan azab yang bakal disediakan ke atas mereka.
Dan yang paling penting , Allah menyatakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. supaya membiarkan urusan mereka kepada Allah apabila tiba ajal mereka. Ini kerana, di dunia lagi mereka telah mengkufuri Allah, menyelewengkan nama Allah dan mendustakan RasulNya. [3]
Imam al-Suyuti pula melalui kitabnya al-Durr al-Manthur fi al-Tafsir al-Ma’thur di dalam menghuraikan ayat 180 surah al-A‘raf, mendatangkan hadith yang sama sebagaimana Imam al-Tabari di dalam kitab tafsirnya, iaitu hadith mengenai kelebihan mereka yang menghafal nama-nama Allah yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah mempunyai sembilan puluh sembilan nama, iaitu kurang satu menyamai seratus. Sesiapa yang membilangnya (menyebutnya ) pasti masuk syurga”.(Muttafaq ‘alaih)
Beliau juga menampilkan suatu hadith yang diriwayatkan oleh Baihaqi, daripada ‘Aisyah bahawasnya beliau telah berkata “ Ya Rasulullah , ajarkanlah daku nama Allah yang akan diperkenankan apabila diseru. Baginda berkata “ Bangunlah di waktu malam , kemudian berwudu’lah dan masuklah masjid serta solat 2 rakaat, kemudian serulah Allah sehingga didengari olehku”. Maka ‘Aisyah pun melakukan apa yang disuruh oleh Nabi. Tatkala beliau duduk berdoa, maka Nabi berkata “ Ya Allah, perkenankanlah permintaannya”. Maka ‘Aisyah terus berdoa “ Ya Allah Ya Tuhanku, aku bermohon kepadaMu dengan kesemua namaMu yang baik apa yang kami ketahui dan apa yang tidak kami ketahui, dan aku bermohon dengan namaMu Yang Maha Agung dan Yang Maha Besar yang memperkenankan sesiapa yang meminta kepadaNya. Maka Nabi berkata “ Perkenankanlah baginya , perkenankanlah baginya”.[4]
Seterusnya, Imam al-Qurtubi di dalam kitab tafsirnya iaitu al-Jami‘ li Ahkam al-Qur’an menyatakan, mesej penting yang ingin disampaikan oleh Allah di dalam ayat 180 surah al-A‘raf ialah suatu perintah untuk ikhlas beribadah kepada Allah, di samping menjauhi golongan musyrikin dan golongan mulhidin (yang menyelewengkan nama Allah).
Di samping itu, satu perbahasan yang menarik mengenai sesuatu yang dinamakan dan perkara yang diberi nama telah dibentangkan di dalam kitab ini. Imam al-Qurtubi telah meriwayatkan daripada Ibn Hisar di dalam kitab al-Katib al-Asna menyatakan, adapun perkataan و لله , merujuk kepada sesuatu yang dinamakan iaitu Allah dan الأسماء pula merupakan jama‘ kepada ism dan merujuk kepada perkara yang diberi nama iaitu Asma-ul Husna (nama-nama Allah yang terbaik).
Seterusnya perkataan فادعوه , kembali kepada sesuatu yang dinamakan iaitu Allah dan Dialah Yang Maha Berhak untuk diseru sebagaimana maksud perkataan tersebut. Manakala perkataan بها , merujuk kembali kepada Asma-ul Husna iaitu perkara yang diberi nama dan hendaklah jangan menyeru kepada Allah selain daripada Asma-ul Husna ini.[5]
Beliau juga menyatakan, sesungguhnya nama-nama Allah yang terbaik itu memberikan suatu kebaikan pada pendengaran manusia serta menenangkan jiwa manusia. Ianya merupakan bukti dan tanda kepada keagunganNya, kemuliaanNya, rahmatNya serta kelebihanNya. Beliau juga memberitahu tentang suatu tuntutan ke atas hambaNya supaya meminta kepadaNya dengan setiap nama-namaNya dengan makna yang mempunyai salingkaitan dengan permintaan si hamba seperti يارحيم ارحمني (“Ya Allah Yang Maha Pengasih, kasihilah aku”).
Seterusnya, di dalam mentafsirkan pengakhiran ayat 180 surah al-A‘raf yang bermaksud “ dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-namaNya.....”, beliau mengatakan ini adalah perintah Allah kepada Rasulullah s.a.w. dan para sahabat supaya meninggalkan mereka dan tidak perlu berhujah dengan mereka seterusnya meyerahkan urusan yang berkaitan dengan kejahatan mereka kepada Allah.[6]

Di samping itu, Imam al-Baghawi di dalam kitab tafsirnya Ma ‘alim al-Tanzil menjelaskan bahawa, al-Husna yang diambil daripada Asma-ul Husna yang terkandung di dalam ayat 180 surah al-A‘raf merupakan ta’nith daripada al-Ahsan. Dan ayat ini mengandungi seruan supaya memohon kepada Allah dengan nama-namanya yang terbaik itu.
Beliau juga menerangkan yang dimaksudkan dengan golongan yang menyelewengkan nama Allah adalah golongan yang menamakanNya dengan apa yang tidak sepatutnya dinamakan ke atasNya, bahkan tidak berlandaskan apa yang telah ditetapkan oleh al-Qur’an dan al-Sunnah. Beliau juga mengingatkan kepada kita, sesungguhnya kita dilarang daripada berdoa dengan namaNya yang seolah-olah membawa makna kejahatan atau bala yang ditimpakan oleh Allah kepada hambaNya yang ingkar dengan berdoa ) يا ماكر : (“Ya Allah , Yang Mengatasi Tipu Daya”) sebagaimana firmanNya yang berbunyi :Ertinya : “Orang-orang kafir itu membuat tipu daya, dan Allah membalas tipu daya mereka itu, dan Allah Maha Mengatasi Tipu Daya.”(Ali ‘Imran : 54).[7]
Sebaliknya, kita diseru supaya memohon kepada Allah melalui nama-namaNya yang telah diriwayatkan secara tauqifiyyah daripada al-Qur’an dan al-Sunnah yang menunjukkan keagunganNya seperti ) يا رحمن “Ya Allah,Yang Maha Pemurah”(. [8]
Seterusnya, Imam Abu Hayyan al-Andalusi di dalam kitab tafsirnya al-Bahr al-Muhit, menerangkan bahawasanya, setelah melihat kepada kronologi ayat 179 surah al-A‘raf sehinggalah sampai kepada ayat 180 surah al-A‘raf, ternyata Allah telah memberikan peringatan penting kepada umat manusia agar mengingati Allah dan menyeru kepadaNya dengan Asma-ul Husna.
Ini kerana, dengan cara inilah ia mampu menyelamatkan umat manusia dan jin daripada menjadi bahan pembakar api neraka. Sesungguhnya hati yang lalai daripada Allah, akan mudah diresapi penyakit cintakan dunia. Tambahan pula, apabila seseorang itu selalu menyeru Allah dengan nama-namaNya yang terbaik dan senantiasa mengingati Allah, akan timbul kelazatan ketika melakukan perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.[9]
Beliau juga meriwayatkan daripada al-Zamakhsyari apa yang dimaksudkan dengan perkataan فادعوه بها , ialah serulah kepada Allah dengan nama-nama yang terbaik dan para ‘ulama’ telah berselisih pendapat di dalam perkara yng berkaitan dengan penamaan menggunakan nama-nama Allah ke atas selainNya. Abu Bakar al-Baqilani berpendapat harus, manakala Abu Hassan al-Asy‘ari, jumhur ‘ulama’ dan para fuqaha’ berpendapat tidak harus dan inilah pendapat yang paling tepat.[10]
Di dalam kitab tafsirnya juga, Imam Abu Hayyan al-Andalusi menyatakan tentang perbahasan ‘ulama’ dalam persoalan yang berkaitan al-af‘al (perbuatan) Allah yang terkandung dalam firmanNya :1) Ertinya : “ Allah akan memperolok-olokkan mereka kembali........”(al-Baqarah:15)
2) Ertinya : “ Mereka memikirkan tipu daya, dan Allah juga menipu daya ke atas mereka......(al-Anfaal : 30)
‘Ulama’ berselisih pendapat, adakah kita boleh mengitlaqkan (menisbahkan) kepadaNya dalam lafaz ism fa‘il seperti ألله مستهزء بالكافرين dan ماكر بالذين يمكرون Sebahagian ‘ulama’ mengatakan harus dan sebahagian lagi tidak mengharuskannya. Dan pendapat kedua ; golongan yang tidak mengharuskannya lebih tepat. Walau bagaimanapun itlaq (menisbahkan) kepadaNya tanpa quyud (mengaitkannya dengan ikatan yang kuat) , adalah dilarang secara ijma‘. [11]
Imam Abu Hayyan al-Andalusi juga menegaskan sebagaimana yang diriwayatkannya daripada Mujahid “ Sesungguhnya, golongan yang menyelewengkan nama Allah adalah golongan yang menamakan Allah sebagai abun (bapa) dan berhala-berhala mereka sebagai arbab(tuhan-tuhan)". [12]
Sementara itu, di dalam kitab tafsirnya Ghara’ib al-Qur’an wa Ragha’ib al-Furqan , Imam Nizamuddin al-Nisaburi dalam menghuraikan tafsir ayat 180 surah al-A‘raf menyatakan, perkara yang menyebabkan seseorang yang dicampakkan ke dalam neraka adalah kerana lalai daripada mengingati Allah. Sebaliknya , mereka yang mengingati Allah akan dibebaskan daripada azab Allah. [13]
Sesungguhnya hati yang lalai daripada mengingati Allah akan cenderung kepada dunia, tetapi apabila hati terbuka untuk mengingati Allah, maka ia akan bebas daripada penyakit-penyakit rohani, dan seterusnya akan menambahkan keinginan untuk mengenali Tuhan yang memiliki langit dan bumi ; Allah s.w.t. Beliau juga menjelaskan, sesiapa yang mempunyai kefahaman yang mendalam tentang rahsia dan hikmah di sebalik hukum-hukumNya terhadap seluruh makhlukNya, nescaya dialah manusia yang paling mengerti tentang nama-nama Allah.[14]
Di samping itu, para ‘ulama’ mutakallimun (yang mahir tentang perbahasan ilmu kalam) telah membuat pembahagian terhadap nama-nama dan sifat-sifat Allah kepada 3 bahagian iaitu [15]:
1. Yang wajib bagiNya
2. Yang harus bagiNya
3. Yang mustahil bagiNya
Sementara itu, diterangkan di antara pembahagian nama-nama Allah itu kepada 4 aspek iaitu[16] :
1. Ada di antara nama-nama Allah yang boleh diitlaqkan (dinisbahkan) kepada selainNya seperti al-Rahim dan al-Karim. Itupun hanya sekiranya maknanya tidak menyerupai makna yang diitlaqkan kepada Allah. Dan biasanya selepasnya wujud quyud (pengikat kata yang mempunyai salingkaitan yang amat rapat) seperti Ya Arham al-Rahimin.
2. Ada di antara nama-nama Allah yang tidak harus diitlaqkan kepada selainNya seperti Allah dan al-Rahman.
3. Ada di antara nama-nama Allah yang hanya memadai disebut secara tunggal seperti Ya Allah, Ya Hayyu dan Ya Hakim.
4. Ada di antara nama-nama Allah yang mesti disebut secara bergandingan seperti Ya Muhyi Ya Mumit.
Jelas beliau lagi, semua nama-nama yang terbaik ataupun disebut Asma-ul Husna adalah hanya untuk Allah semata-mata kerana semua yang bersifat mulia dan agung adalah selayaknya untuk wujub al-wujud yakni zat Allah, manakala setiap perkara yang ada kekurangan dan hina adalah untuk mahkluk.
Oleh yang demikian, semua nama yang tidak menunjukkan kepada kesempurnaan dan keagungan , maka tidak harus diitlaqkan kepada Allah.
Adapun firmanNya yang bermaksud “ maka bermohonlah kepadaNya dengan menyebut nama-nama baik itu..”, maka ia merupakan dalil yang menunjukkan bahawa manusia tatkala mereka hendak berdoa, perlulah menyeru dengan nama-nama tersebut di samping memahami pengertiannya dan menghadirkan dua perkara berikut[17]:
1. ‘Izzah al-Rububiyyah (Kemuliaan Pemilik)
2. Dhillah al-‘Ubudiyyah (Kehinaan Hamba)
Imam al-Maraghi pula dalam mendefinisikan golongan al-ilhad di dalam ayat 180 surah al-A‘raf kepada dua bahagian iaitu[18] :
1.Ilhad yang membawa kesyirikan kepada Allah.Golongan ini terbatal iman mereka.
2.Ilhad yang membawa kesyirikan kepada al-Asbab.Golongan ini cacat iman mereka.
Di samping itu, jelas beliau lagi ilhad (menyelewengkan) nama-nama Allah boleh berlaku dalam beberapa bentuk[19]. Di antaranya ialah :
1. MenamakanNya dengan sesuatu nama yang tidak diitlaqkan oleh Allah untukNya sebagaimana yang terdapat di dalam al-Qur’an dan al-Hadith. Dan kesemua ahl al-Haq bersepakat bahawa semua nama Allah adalah tauqifiyyah (berdasarkan apa yang diriwayatkan daripada al-Qur’an dan al-Sunnah).
2. Meninggalkan nama-nama yang diitlaqkan oleh Allah kepadaNya kononnya ia tidak layak untuk Allah , seolah-olah golongan mulhid ini lebih arif daripada Allah dan RasulNya.
3. Mengubah nama-nama Allah dengan cara menamakan berhala-berhala mereka dengan nama-nama Allah yang mulia.
4. Mensyirikkan namaNya dengan selainNya seperti lafaz Allah dan al-Rahman.
5. Mensyirikkan dengan selainNya melalui kesempurnaan namaNya seperti orang yang beri‘tiqad (meyakini) bahawa rahmat selainNya menyerupai rahmatNya.
Syed Qutb pula di dalam Fi Zilal al-Qur’an , menyatakan nama dan sifat Allah mempunyai keberkesanan dan hubungan dengan manusia dan seluruh makhluk lain di dalam penghuraiannya mengenai ayat 180 surah al-A‘raf. Ianya bukan sifat negatif atau terpisah daripada entiti alam buana. Sesungguhnya nama-nama Allah yang terindah itu mengilhamkan keindahan di dalam hati manusia. [20]
Imam al-Nasafi di dalam tafsirnya Madarik al-Tanzil wa Haqa’iq al-Ta’wil, menyatakan bahawasanya Asma-ul Husna di dalam ayat 180 surah al-A‘raf merujuk kepada sebaik-baik nama milik Allah. Dialah yang paling berhak ke atas kesemua sifat-sifat yang menunjukkan kesempurnaanNya seperti al-Qadim ( sedia ada sebelum sesuatu ), al-Baqi ( kekal selepas musnah segalanya ), al-‘Alim (Maha Mengetahui setiap sesuatu), al-Qadir (Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu), al-Wahid (Maha Esa tanpa ada yang menyamaiNya). Di samping itu, Allah juga memiliki nama-nama yang memberikan ketenangan di dalam hati seperti al-Ghafur (Maha Pengampun), dan al-Rahim( Maha Pengasih).[21]
Selain itu, Allah juga memliki nama-nama yang pada maknanya wajib Dia berbuat demikian seperti al-‘Afwu (Maha Pemaaf) serta nama-nama yang menunjukkan bahawa Dia wajib mengetahui setiap keadaan dan di setiap masa seperti al-Sami‘ (Maha Mendengar) dan al-Basir (Maha Melihat).Allah juga memiliki nama-nama yang menunjukkan kebesarannya seperti al-Jabbar (Maha Memaksa) dan al-Mutakabbir (Maha Memiliki Kesombongan).[22]
Imam Nawawi al-Jawi di dalam kitab tafsirnya Mirah Lubaid, pula menyatakan ayat 180 surah al-A‘raf mengandungi seruan agar hambaNya jangan menyeru kepada Allah kecuali dengan Asma-ul Husna. Seruan ini hanya akan mendatangkan kesan kepada orang yang memohon apabila dia benar-benar mengetahui makna yang sebenar akan nama-nama Allah serta meyakini dalil bahawasanya Allah merupakan Tuhan berhak disembah, Maha Pencipta dan hanya Dialah yang paling berhak disifatkan dengan sifat-sifat yang paling mulia.[23]
Imam al-Kilabi pula di dalam kitab al-Tashil li ‘Ulum al-Tanzil, menjelaskan tentang ayat 180 surah al-A‘raf, bahawasanya kesemua nama-nama Allah yang banyak itu adalah sifat-sifat Allah Yang Maha Esa. al-Husna merujuk kepada masdar yang merupakan sifat kepada nama-nama Allah iaitu yang terbaik dan terindah.[24]
Dan nama-nama Allah yang terindah itu merupakan sifat yang melambangkan kepujian kepadaNya dan keagunganNya. Adapun harus mengitlaqkan atau menisbahkan nama-nama kepada Allah. Sementara itu, apa yang diriwayatkan di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah, maka ijma’ ‘ulama’ mengharuskan itlaq nama-nama itu kepada Allah, manakala yang tidak diriwayatkan melalui keduanya tetapi mengandungi pujian kepadaNya dan tidak mengandungi unsur-unsur syubhah, maka ia diharuskan pada pandangan Abu Bakr al-Tayyib tetapi ditegah oleh Abu Hassan al-Asy ‘ari.[25]
Sementara itu, Imam Ibn Kathir di dalam Tafsir al-Qur’an al-‘Azim di dalam menghuraikan bilangan yang sebenarnya mengenai al- Asma-ul Husna sebagaimana yang terkandung dalam ayat 180 surah al-A‘raf, berpendapat nama-nama Allah tidak terhad kepada 99 sahaja, bahkan lebih daripada itu.[26]
Adapun hadith yang telah diriwayatkan oleh al-Tirmidhi yang bermaksud “ Sesungguhnya Allah mempunyai sembilan puluh sembilan nama,iaitu kurang satu menyamai seratus.Sesiapa yang membilangnya (menyebutnya ) pasti masuk syurga”.(Muttafaq ‘alaih), sebenarnya adalah merujuk kepada bilangan yang dikhususkan kepada sesiapa yang menghitungnya atau menghafaznya akan membolehkannya mendapat balasan syurga.[27]
Pandangan ini disokong oleh sebuah hadith sahih yang telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal yang mana Rasulullah s.a.w. pernah berdoa yang bermaksud : “ Aku memohon kepadaMu dengan segala nama yang layak bagiMu, yang telah Engkau namakan denganNya diriMu, atau yang telah Engkau turunkan dalam kitabMu, atau yang telah Engkau ajarkan nama itu kepada salah seorang dari hamba-hambaMu, atau yangtelah Engkau khususkan bagi dirimu sahaja di dalam pengetahuan yang ghaib di sisiMu”.
Di dalam al-Kasyaf, Imam al-Zamakhsyari menyebutkan dalam penghuraiannya kepada ayat 180 surah al-A‘raf, daripada Ahmad katanya “ Adalah harus menyatakan kepada Allah al-Ausaf al-Husna dengan memastikan ia merujuk kepada sifat yang adil dan mengandungi kebaikan. Ia juga merujuk kepada sifat Allah yang tidak berharap kepada makhluk sehingga tiada yang mempersekutukanNya dengan selain daripadaNya, keagungan Allah yang tidak pernah dipersoalkan apa jua perbuatanNya serta kalamNya yang paling benar dan janjiNya yang paling tepat.[28]
Imam al-Khazin pula di dalam Lubab al-Ta’wil fi Ma‘ani al-Tanzil, di dalam menjelaskan ayat 180 surah al-A‘raf, menyatakan meskipun Allah memiliki banyak nama tetapi Allah tetap Maha Esa. Adapun al-Asma’ itu disandarkan kepada Allah dan menyandarkan sesuatu kepada sesuatu yang lain, maka ia menggambarkan bagaimana keadaan dirinya. Sementara itu, beliau meriwayatkan pandangan ahli bahasa bahawasanya, nama itu menunjukkan sesuatu makna dan makna itu tersirat di sebalik sesuatu nama. Dan menamakan sesuatu itu umpama meletakkan lafaz yang tertentu untuk mengetahui tentang zat sesuatu perkara. Sesungguhnya, jika wajib ke atas kita mensucikan Allah dari segala kekurangan, maka wajib pulalah ke atas kita mensucikan nama-namaNya.[29]
Selain itu juga, Imam Abu Tahir al-Fayrus Abadi di dalam kitabnya Tanwir al-Miqbas min Tafsir Ibn ‘Abbas menyatakan Asma-ul Husna yang dimaksudkan di dalam ayat 180 surah al-A‘raf adalah merujuk kepada sifat-sifat Allah Yang Maha Tinggi seperti al-‘Ilm (Maha Mengetahui), al-Qudrah (Maha Berkuasa), al-Sam‘u (Maha Mendengar ) dan al-Basru (Maha Melihat). Beliau juga menjelaskan golongan mulhidin adalah golongan yang menyeleweng daripada ketetapan yang telah ditetapkan ke atas nama-nama dan sifat-sifat Allah yang paling mulia, dengan menyamakan nama berhala mereka dengan nama-nama Allah. [30]
2.2 Ayat-ayat Lain Mengenai Asma-ul Husna.
Sesungguhnya ayat 180 surah al-A‘raf amat berkait rapat dengan beberapa ayat lain mengenai Asma-ul Husna Prof. Dr. Wahbah al-Zuhaily menjelaskan, terdapat 4 tempat di dalam al-Qur’an di dalam 4 surah yang berlainan yang menceritakan tentang Asma-ul Husna termasuklah ayat 180 surah al-A‘raf. [31] Di antaranya ialah :
1. Ayat 110 Surah al-Isra’. Ertinya : Katakanlah : “ Serulah Allah atau serulah al-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai Asma-ul Husna....”
2. Ayat 8 Surah Tahaa. Ertinya : "Dialah Allah tiada Tuhan(yang berhak disembah) melainkan Dia. Dia mempunyai Asma-ul Husna…”
3. Ayat 24 Surah al-Hasyr. Ertinya : “ Dialah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai Nama-Nama Yang Paling Baik…” [32]
2.3 Kepentingan Ayat 180 Surah al-A‘raf
Setelah kita meneliti pentafsiran yang begitu dalam dan terpeinci oleh para mufassirun, nyatalah kepada kita bahawasanya ayat 180 surah al-A‘raf mempunyai signifikan yang begitu penting ke atas kita sebagai hamba Allah. Sesungguhnya , apa yang telah disampaikan oleh Allah kepada kita cukup jelas ; hanya Dia memiliki himpunan nama-nama terbaik dan terindah ataupun Asma-ul Husna.
Seruan Allah supaya senantiasalah memohon kepadaNya pada setiap masa dengan nama-namaNya itu, menunjukkan kita sebagai hamba Allah adalah serba kekurangan dan amat bergantung harap dan memerlukan Allah s.w.t. sama ada di waktu senang ataupun susah. Adapun kita sebagai hamba Allah perlu menyedari, dengan segala sifat kemuliaan Allah dan nama-namaNya yang terbaik itu, adalah wajib ke atas kita untuk senantiasa mengingatiNya.
Ini kerana, inilah syarat yang terpenting untuk mengelakkan kita daripada terjerumus dengan tipu daya dunia. Bahkan yang paling malang, apabila kita tidak memanfaatkan sepenuhnya segala nikmat pancaindera yang meliputi pendengaran, penglihatan, pemikiran serta jiwa dalam memerhatikan segala bukti kekuasaan dan keagungan Allah, maka sudah pasti kita akan berdepan dengan ancaman Allah yang akan mengazab sesiapa yang lalai daripada mengingatiNya.
Peringatan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. supaya mengabaikan golongan mulhidin pula, adalah bukti sesungguhnya mereka yang mengingkari kemuliaan Allah sebagai Maha Pencipta dan Yang Berhak Disembah akan dibalas di hari akhirat dengan azab yang cukup pedih ; setimpal dengan kejahatan dan penyelewengan yang telah dilakukan di atas muka bumi semasa hidup mereka.
Prof. Dr.Hamka di dalam kitab tafsirnya Tafsir al-Azhar, menyebutkan setelah Allah memberi peringatan tentang hidup yang sengsara ke atas golongan yang tidak mempergunakan hati, mata dan telinga di dalam ayat 179 surah al-A‘raf, maka Allah menyampaikan seruan ke atas orang-orang beriman supaya mendekatiNya di dalam ayat 180 surah al-A‘raf ini. Beliau menjelaskan, nama ialah perkataan yang menunjukkan atas sesuatu zat, atau menunjukkan zat dan sifat. Allah mempunyai nama-nama, dan kesemua nama tersebut adalah nama yang baik, maka serulah Dia dengan kesemua namaNya yang terbaik itu.
Oleh yang demikian, ayat 180 surah al-A‘raf amat berkait rapat dengan ayat sebelumnya. Bagi beliau, jikalau kita telah menggunakan hati untuk berfikir dan memerhatikan untuk melihat warna dan bentuk, akhirnya kita akan sampai kepada Zat Yang Maha Kuasa dan alam ini keseluruhannya adalah saksi di atas kewujudanNya. [33]
Beliau menjelaskan lagi, sebab itu apabila bertambah banyak perkara yang kita perhatikan, maka bertambah banyaklah kita akan bertemu dengan Asma-ul Husna. Maka panggillah Dia dan serulah Dia dengan namaNya atau salah satu di antara nama-namaNya. Ini kerana nama-nama itu, kita akan bertemu dengan syarat apabila kita selalu memerhatikan sesuatu.
Apabila kita melihat sekumpulan tentera yang berbaris rapat dengan disiplin yang keras dan kuat, kita akan bertemu dengan namaNya al- ‘Aziz. Jika kita melihat seorang pemimpin yang bijaksana dalam menyelesaikan sesuatu perkara, maka kita akan bertemu pula dengan namaNya al-Hakim. Bahkan apabila kita merasakan jaminan hidup yang diberikan kepada kita dan kita selalu dipelihara, dilindungi dan diberi rezeki, maka kita pun akan bertemu dengan namaNya al-Razzaq. [34]
Beliau juga menyatakan, bahawasanya melalui ayat 180 surah al-A‘raf ini, kita diberikan panduan dan peringatan oleh Allah untuk senantiasa menyebut nama Allah dan janganlah sekali-kali mengabaikan zikir. Ini kerana, pengaruh tiap-tiap nama Allah itu amat besar ke atas diri kita sehingga membentuk jiwa kita. Sebab itu, tiada salahnya untuk mempelajari zikir-zikir yang diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. sebagaimana yang terkandung di dalam kitab al-Adhkar karangan Imam Al-Nawawi dan Tuhfah al-Dhikr karangan Imam al-Syaukani.
Sementara itu, Rasyid Rida di dalam Tafsir al-Manar, menghuraikan setelah Allah menerangkan keadaan ahli neraka yang terdiri daripada golongan yang tidak menggunakan akal mereka, hati budi mereka dalam mengambil i’tibar terhadap ayat-ayat Allah dan bersungguh-sungguh dalam menyucikan jiwa mereka dengan ilmu yang benar yang mana akan mendorong ke arah amal salih, maka ayat 180 surah al-A‘raf ini menjadi panduan kepada umat manusia supaya senantiasa mensyukuri nikmatNya, memujiNya kerana itulah penawar ke atas hati yang lalai dan jalan keluar daripada mendapat azabNya di akhirat kelak.[35]
[1] Imam al-Nawawi,Sahih Muslim bi Syarh Imam Muhyiddin al-Nawawi, Kitab al-Dhikr wa al-Dua’, Juz 17, 2000, Dar al-Ma’rifah, hal 7.
[2] al-Tabari, Abi Ja’far Muhammad Ibn Jarir, Jami’ al-Bayan ‘an Ta’wil al-Qur’an, Juz.9, cet.3, 1968, Maktabah Mustafa bi al-Misr, hal.178
[3] Ibid, hal.179
[4] al-Suyuti, ‘Abdul Rahman Jalaluddin al-Suyuti, al-Durr al-Manthur fi Tafsir al-Ma’thur, Juz.3, 1973, Dar al-Fikr, hal.616. Lihat juga al-Baihaqi ,Imam Hafiz Abi Bakr Ahmad bin al-Husain bin ‘Ali, al-Sunan al-Kubra, Juz 1, cet.1996,Dar al-Ma‘rifah, Beirut, hal. 25.
[5] al-Qurtubi , Abu ‘Abdullah bin Ahmad al-Ansari, al-Jami’ li Ahkam al-Qur’an, Juz.7, 1968, Dar al-Katib al-‘Arabi, hal.325
[6] Ibid, hal..326
[7] al-Baghawi , Imam Abi Muhammad al-Husain, Ma’alim al-Tanzil, Jil. 3, cet. 1, 1979, Dar al-Tayyibah, hal.307
[8] Ibid , hal.308
[9] al-Andalusi ,Abu Hayyan, al-Bahr al-Muhit,, Juz. 4, 1976, Dar al-Kutub al-‘Alamiyyah, Beirut hal.466
[10] Ibid , hal.467
[11] Ibid, hal.468
[12] Ibid, hal.468
[13] Nizamuddin al-Hassan al-Nisaburi, Ghara’ib al-Qur’an wa Ragha’ib al-Furqan, Jil. 3, Juz. 7-11, 1978, Dar al-Kutub al-‘Alamiyyah, Beirut, hal. 351
[14] al-Nisaburi , Al-‘Allamah Nizamuddin al-Hassan bin Muhammad bin Husain al-Qammi , op.cit, hal. 352
[15] Ibid
[16] Ibid, hal. 353
[17] Ibid, hal. 353
[18] al-Maraghi, Ahmad Mustafa, op.cit, hal.116
[19] Ibid , hal.117
[20] Syed Qutb, Fi Zilal al-Qur’an, Jil. 3, Juz. 8-11, 1991, Dar al-Syuruq, hal.1406
[21] al-Nasafi, Imam ‘Abdullah bin Mahmud, Madarik al-Tanzil wa Haqa’iq al-Ta’wil, 1979, Darul Qalam , Beirut, hal. 354
[22] Ibid , hal. 355
[23] al-Jawi , Muhammad Nawawi, Mirah Lubaid, Jil.1, 1980, Dar al-Fikr, Beirut, hal. 154
[24] al-Kilabi , Muhammad bin Ahmad, Kitab al-Tashil li ‘Ulum al-Tanzil, Juz.1, 1972, Dar al-Fikr
hal.167
[25] Ibid
[26] Ibn Kathir , Abi al-Fida’ Isma’il, Tafsir AL-Qur’an al- ‘Azim, Jil.2, 1990, Maktabah al-Mannar, hal. 248
[27] Ibid, hal. 249
[28] Al-Zamakhsyari , Abi al-Qasim, al-Kasyaf ‘an Haqa’iq al-Tanzil wa ‘Uyun al-Aqawil, Juz.2, 1968, Dar al-‘Alamiyyah, hal.132
[29] al-Khazin , Imam Muhammad bin Ibrahim al-Baghdadi, Lubab al-Ta’wil fi Ma ‘ani al-Tanzil, Juz. 2, 1972, Dar al-Ma’rifah, hal. 154
[30] al-Fayrus Abadi , Imam Abu Tahir, Tanwir al-Miqbas min Tafsir ‘Ibn ‘Abbas, Jil.1, 1985, Darul Fikr, Beirut, hal.349
[31] al-Zuhaily,Dr.Wahbah(Prof.), op.cit , hal.172
[32] Ibid , hal.173
[33] Prof. Dr. Syeikh Abdul Malik bin Abdul Karim Amrulla(HAMKA), op.cit, hal. 169.
[34] Ibid. , hal. 170
[35] Rasyid Rida , Muhammad, Tafsir al-Manar, Juz. 9, 1993, Darul Ma’rifah, Beirut, hal.431.
7 ulasan:
My favourite zikr
Ya Hayyu Ya Qayyum
:) Ana amalkan hari-hari dan ana kongsikan dengan sahabat.
Alhamdulillah :)
Syukran atas perkogsian tersebut dan pesanan yang bermakna
Syukran atas perkogsian tersebut dan pesanan yang bermakna
Dulu-dulu zikir ini sering keudara, tapi la ni lagu yang entah apa-apa asyik disiarkan radio, termasuklah nasyid yang asyik bicara soal cinta kasih dan bla...bla...
Benar tu u-hah. Moga penghayatan Islam kembali bertapak di kalangan umat Islam akhir zaman
tunnels emergency engineer thombre children irrevocably gkfu optometrists upleta rehearsals djsaxasa
masimundus semikonecolori
Amiable dispatch and this enter helped me alot in my college assignement. Thanks you seeking your information.
Catat Ulasan