
1) Nampaknya semua jadi huru hara, apabila Ustaz Nik Abduh menulis. Berita Harian mengulas semalam, dan Utusan Malaysia di muka depan hari ini.
2) Semuanya gara-gara, dakwaan beliau yang mengatakan ayahanda beliau-Tuan Guru Nik Aziz, telah diberi gambaran yang salah tentang kerajaan perpaduan oleh pembantu-pembantunya.
3) Ustaz Ahmad Awang mengulas, dakwaan itu boleh menimbulkan kekeliruan, apatah lagi tidak dijelaskan siapakah pembantu-pembantu tersebut.
4) Dalam minggu ini, rasanya blog Ustaz Nik Abduh akan mendapat rating dan kunjungan yang tinggi oleh orang ramai, kerana ingin mengetahui butiran sebenar yang ditulis di dalam blognya.
5) Dalam keadaan Tuan Guru Nik Aziz sedang menunaikan umrah, ada baiknya kita tunggu penjelasan beliau dan Ustaz Nik Abduh, yang mungkin boleh duduk bersama menjelaskan isu ini.
6) Buat ahli gerakan Islam, jangan cepat melatah. Media massa musuh, sentiasa berusaha memanipulasi kebenaran. Menjelang muktamar PAS Pusat pada bulan Jun nanti, ada baiknya, kesempatan itu diambil untuk bermuhasabah setelah kita memerintah beberapa negeri. Dan segala pertikaian dalaman cuba diselesaikan sebaik mungkin. Ingatlah-yang dikatakan Erdogan dan pro-muzakarah dengan UMNO, hanyalah ciptaan musuh semata-mata. Jika kita terjebak, alangkah malangnya!
28 April 2009, 3 Jamadil Awwal 1430 Hijrah,
9.42 pagi, Malaysia Timur
1 ulasan:
Kita tunggu Tuan Guru Nik Aziz Balik dari menunaikan umrah, kita tunggu penjelasan beliau dan Ustaz Nik Abduh, yang mungkin boleh duduk bersama menjelaskan isu ini.
Catat Ulasan