Jumaat, 24 April 2009

Debaran di DUN Penanti ; Mungkinkah ada muslihat SPR?



1) Sepatutnya hari Rabu-22 April diputuskan tarikh pilihanraya kecil DUN Penanti.

2) Namun, setelah berbincang panjang, keputusan sebenar hanya dapat diketahui Isnin minggu depan-27 April.

3) Semalam-wakil BN dan Pakatan Rakyat dipanggil SPR berhubung cadangan mengehadkan bilangan penyokong yang hadir, sewaktu hari penamaan calon dan hari mengundi.

4) Sekali imbas nampak baik cadangan tersebut. Namun, mampukah bilangan penyokong yang hadir dikawal, dan bagaimana mekanisme mengawal dan mengehadkan bilangan penyokong agar tidak terlalu ramai?

5) Dalam suasana UMNO dan BN masih berkira-kira samada mahu bertanding atau tidak di DUN Penanti, Pakatan Rakyat tidak seharusnya terlalu selesa. Seperti yang saya katakan dahulu, jika tidak dijelaskan dengan baik, isu Fairus meletak jawatan boleh memakan diri, walaupun semalam SPRM mengesahkan telah menutup kes berhubung isu rasuah yang dihadapinya.

6) Buat SPR ; bertindaklah secara adil dan saksama. Hindarilah keraguan dan syak wasangka dari kalangan parti yang bertanding, khususnya Pakatan Rakyat.



24 April 2009,

6.35 pagi, Malaysia Timur

2 ulasan:

KerisKontot berkata...

Sebenarnya apabila SPRM mengumumkan bahawa Fairuz telah bebas dari siasatan tiba2 saya rasa kurang sedap.

Bukan kerana saya tak Suka Yb Fairus, tetapi saya ada bacaan lain. Saya rasa ini satu game BN.

Apakah begitu mudah SPRM membebaskan Yb dari Pakatan yang mana pada satu ketika akhbar menyebut hasil dari maklumat SPRM Yb Fairus akan didakwa. Waktu itu sebelum pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

Kemudian Najib pula kata tak akan sertai prk Penanti kerana ianya satu pembaziran.

SPR pule berlengah2 untuk membuat keputusan mengenai tarikh PRK.

Akhirnya saya buat kesimpulan... Bukan PAKATAN yang akan menang PRK Penanti secara percuma tetapi BN... tapi bukan melalui pilihanraya tetapi melalui penghijrahan Yb Fairus kedalam UMNO selepas SPR menolak perletakan jawatan Fairus...Fairus akan beri alasan macam Posmen di perak bahawa dia dikhianati oleh PKR dan tak ada sebab dia kekal dalam parti tersebut.

Tanpa Nama berkata...

Ye kita tunggu Isnin ini,bagaimana skrip drama yang akan berlaku

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude