1) Alhamdulillah, Ijtima ini berjaya diadakan dengan lancar dan mudah-mudahan diberkati Allah.
2) Dihadiri hampir 70 orang pemuda Islam dari seluruh Sarawak, ia berjaya membuka lembaran baru dalam gerakan dakwah dan gerakan pemuda Islam di Sarawak.
3) Kebanyakan ahli terdiri dari pelbagai latarbelakang-bekerja sendiri, sepenuh masa dengan jamaah, jurutera, ustaz, guru sekolah, pensyarah, pelajar, jabatan kerajaan dan swasta, dan lain-lain.
4) Kejayaan ijtima kali ini, melambangkan dakwah Islam semakin berkembang dan potensi cerah untuk gerakan Islam meletakkan batu tandanya, dalam proses demokrasi yang akan datang.
5) Perbahasan yang matang dan mantap, percambahan idea yang bernas serta muhasabah demi kebaikan bersama, menjadi asas kepada jiwa Ijtima pada kali ini.
6) Pengorbanan yang hebat di kalangan peserta(menaiki kenderaan menempuh jalan darat selama 14 jam dari Kuching dan Samarahan ke Miri, 10 jam dari Mukah ke Miri, 7 jam dari Sibu ke Miri, 3 jam dari Bintulu ke Miri dan 2 jam dari Limbang ke Miri), demi menjayakan Ijtima kali ini amat dibanggakan.
7) Semoga pengorbanan kita semua dinilai Allah. Pengorbanan dari sudut masa, tenaga dan wang ringgit. Nyawa juga tidak terkecuali bila tiba masanya. Syabas buat tuan rumah-sahabat Miri dan semua yang menjayakan Ijtima Pemuda Islam Sarawak, samada secara langsung atau tidak langsung.
20 April 2009
10.54 malam, Malaysia Timur
Tiada ulasan:
Catat Ulasan