Alhamdulillah, mengikut maklumat yang saya peroleh kita masih mengekalkan kemenangan di UIA. Walaupun tewas di kampus-kampus utama yang lain seperti UKM, UPM dan UM, kejayaan pro-mahasiswa memperoleh beberapa kerusi umum seperti di UPM dan UM amat membanggakan.
Bagi saya, kebangkita pro-mahasiswa sudah bermula. Awas wahai pro-aspirasi! Segala kerja jahatmu akan terbongkar jua! Manipulasi terhadap pentadbir universiti meliputi HEP, NC dan Rektor melambangkan bagaimana terdesaknya mereka.
Buat adik-adik pro-mahasiswa, walaupun kita masih belum mampu memenangi majoriti kerusi yang dipertandingkan kecuali di UIA, jangan putus asa. Teguhkan thabat (tetap pendirian) dan muhasabah strategi yang telah digunakan dalam prk kali ini, Insya Allah kemenangan pasti milik anda pada tahun-tahun akan datang.
Rakyat marhaen keseluruhannya pun jelas perkara ini. Mereka nampak demokrasi di kampus telah mati dan dicabul oleh sang penguasa. Bahkan mereka juga, pada hemat saya akan membuktikan memilih bakal pemerintah yang terbaik dalam pilihanraya umum yang akan datang. Dengan isu tol yang bakal naik, penempatan babi di Melaka yang masih tidak selesai-moga kebenaran akan tertegak!
1 ulasan:
today is the election day in UIA~
=j
Catat Ulasan