“SIKAP DAN PERANAN UMAT ISLAM
DALAM MENGHADAPI CABARAN SEMASA”
Oleh : Salleh Buang
Sage Business Services Sdn. Bhd
PRA-KATA
1.1 Kajian sepintas lalu menunjukkan bahawa pada awal tahun 2004, jumlah penduduk dunia mengikut klasifikasi agama adalah seperti berikut -
Kristian 2 billion (ribu juta)
Muslim 1.3 billion (ribu juta)
Hindu 900 juta
Buddhist 360 juta
Sikh 23 juta
Yahudi 14 juta
1.2 Apa pengajaran yang boleh kita ambil dan perangkaan di atas? Pertama, bahawa jumlah penganut agama Kristian melebihi hampir dua kali ganda umat Islam, manakala penganut agama Hindu tidak jauh di belakang kita. Kedua, bahawa walaupun jumlah orang Yahudi tidak sebanyak mana, mereka masih lagi merupakan satu kuasa dunia yang boleh terus mencabar / menindas / menganiayai umat Islam di Tanah Arab (Timur Tengah).
1.3 Ditinjau dari sudut pengaruh agama di peringkat global pula, kita dapati bahawa menjelang tahun 2050 (44 tahun dan sekarang) situasinya adalah seperti berikut —
Kristian 34.3 % penduduk dunia
Islam 25% penduduk dunia
Hindu 3.2% pendduk dunia
1.4 Walaupun dominasi (dari segi jumlah masih di tangan penganut agama Kristian, jika diambil kira kadar pertumbulian tiga agama utama dunia dalam tempoh masa 30 tahun yang lalu (1970 hingga sekarang), pengaruh agama Islam nampaknya mendahului agama lain. Pada lahun 1970, jumlah penganut agama Islam di seluruh dunia hanyalah di sekitar 15% sahaja. Dalam tempoh .30 tahun itu, jumlah umat Islam meningkat hampir 2 kali ganda (15% kepada 25%), manakala kadar pertumbuhan penganut agama Kristian hanya di sekitar 10% sahaja (33% kepada 35%) dalam tempoh yang sama. [1] Sekiranya kita peka dengan hakikat in, kita boleh faham kenapa pengembang agama Kristian dan agama Hindu sentiasa bekerja keras menambahkan jumlah penganut agama mereka masing-masing di peringkat global. Negara kita tidak terkecuali menjadi sasaran mereka. Kita akan kembali kepada isu ini lagi nanti.
1.5 Jika masih ada lagi di antara kita (sama ada orang awam atau pemimpin negara) yang mengatakan ‘Jangan risau sangat orang Islam murtad, diKristiankan atau diHindukan: ia hanya satu dua orang sahaja” atau seumpama itu, fikirlah kembali sedalam-dalamnya perkara ini. Buka mata dan telinga. dan semak semula anggapan lama itu (yang nyata meleset).
1.6 Jangan terus terperangkap dalam zon selesa yang lama. Sifat orang Melayu (Muslim) sejak dulu hingga sekarang belum berubah — kita tidak terus terpanggil untuk mengambil apa-apa tindakan kecuali apabila melihat suatu masalah baru timbul. Bila masalah itu sudah menjadi barah, baru kita gelabah hendak bertindak. Pada peringkat itu, ubat sudah tidak berguna lagi; yang masih tinggal adalah pembedahan. Justeru ada orang berkata “Kita bijak mengurus krisis (crisis management). Malangnya, kita lemah mengambil tindakan pencegahan (preventive action) [2]
DALAM MENGHADAPI CABARAN SEMASA”
Oleh : Salleh Buang
Sage Business Services Sdn. Bhd
PRA-KATA
1.1 Kajian sepintas lalu menunjukkan bahawa pada awal tahun 2004, jumlah penduduk dunia mengikut klasifikasi agama adalah seperti berikut -
Kristian 2 billion (ribu juta)
Muslim 1.3 billion (ribu juta)
Hindu 900 juta
Buddhist 360 juta
Sikh 23 juta
Yahudi 14 juta
1.2 Apa pengajaran yang boleh kita ambil dan perangkaan di atas? Pertama, bahawa jumlah penganut agama Kristian melebihi hampir dua kali ganda umat Islam, manakala penganut agama Hindu tidak jauh di belakang kita. Kedua, bahawa walaupun jumlah orang Yahudi tidak sebanyak mana, mereka masih lagi merupakan satu kuasa dunia yang boleh terus mencabar / menindas / menganiayai umat Islam di Tanah Arab (Timur Tengah).
1.3 Ditinjau dari sudut pengaruh agama di peringkat global pula, kita dapati bahawa menjelang tahun 2050 (44 tahun dan sekarang) situasinya adalah seperti berikut —
Kristian 34.3 % penduduk dunia
Islam 25% penduduk dunia
Hindu 3.2% pendduk dunia
1.4 Walaupun dominasi (dari segi jumlah masih di tangan penganut agama Kristian, jika diambil kira kadar pertumbulian tiga agama utama dunia dalam tempoh masa 30 tahun yang lalu (1970 hingga sekarang), pengaruh agama Islam nampaknya mendahului agama lain. Pada lahun 1970, jumlah penganut agama Islam di seluruh dunia hanyalah di sekitar 15% sahaja. Dalam tempoh .30 tahun itu, jumlah umat Islam meningkat hampir 2 kali ganda (15% kepada 25%), manakala kadar pertumbuhan penganut agama Kristian hanya di sekitar 10% sahaja (33% kepada 35%) dalam tempoh yang sama. [1] Sekiranya kita peka dengan hakikat in, kita boleh faham kenapa pengembang agama Kristian dan agama Hindu sentiasa bekerja keras menambahkan jumlah penganut agama mereka masing-masing di peringkat global. Negara kita tidak terkecuali menjadi sasaran mereka. Kita akan kembali kepada isu ini lagi nanti.
1.5 Jika masih ada lagi di antara kita (sama ada orang awam atau pemimpin negara) yang mengatakan ‘Jangan risau sangat orang Islam murtad, diKristiankan atau diHindukan: ia hanya satu dua orang sahaja” atau seumpama itu, fikirlah kembali sedalam-dalamnya perkara ini. Buka mata dan telinga. dan semak semula anggapan lama itu (yang nyata meleset).
1.6 Jangan terus terperangkap dalam zon selesa yang lama. Sifat orang Melayu (Muslim) sejak dulu hingga sekarang belum berubah — kita tidak terus terpanggil untuk mengambil apa-apa tindakan kecuali apabila melihat suatu masalah baru timbul. Bila masalah itu sudah menjadi barah, baru kita gelabah hendak bertindak. Pada peringkat itu, ubat sudah tidak berguna lagi; yang masih tinggal adalah pembedahan. Justeru ada orang berkata “Kita bijak mengurus krisis (crisis management). Malangnya, kita lemah mengambil tindakan pencegahan (preventive action) [2]
2. UMAT ISLAM DI MALAYSIA
2.1 Sejak Hari Merdeka (31 Ogos 1957) hingga sekarang, masyarakat Islam (dari aspek quantity sahaja) [3] mendominasi penganut agama lain di Sernenanjung Malaysia. Perangkaan masa kini menunjukkan taburan seperti berikut —
Muslim 60% penduduk negara
Buddhist 19%
Kristian 9%
Hindu 6%
Confucius, Tao 3%
Sikh dll. 3%
2.2 Situasi di Semenanjung tidak sama dengan situasi di Sabah dan Sarawak, di mana penganut agama Kristian dianggarkan berjumlah 40% dari keseluruhan penduduk wilayah tersebut. Kita harap pihak berkuasa negeri yang memikul tanggungjawab dalam hal ini boleh mengambil pengajaran dari hakikat ini.
2.3 Di bawah Perlembagaan Persekutuan, istilah “Melayu” ditakrif sebagai bererti “seorang yang menganuf agama Islam, lazim bercakap Bahasa Melayu, menurut adat istiadat Melayu” dan lahir di negara ini atau adalah keturunan seorang yang lahir di sini. [4] Perlu diingat bahawa takrif “Melayu” di bawah Perlembagaan Persekutuan adalah berbeza dengan takrif “Melayu” di bawah Enakmen Tanah Rizab Melayu. Perbezaan takrif ini tidak sewajarnya dibiarkan berterusan begitu sahaja, tanpa sesuatu usaha diambil untuk menyeragamkannya.
2.4 Takrif yang terdapat pada Perkara 160(2) itu menimbulkan implikasi berikut. Sekiranya ada orang Melayu yang lahir dalam Islam, kemudiannya secara sedar murtad [5] (misalnya dengan mengisytiharkan menerusi deed poll [6] bahawa dia keluar agama Islam),
dari sudut undang-undang dia bukan lagi orang Melayu. Andainya orang itu memeluk agama Kristian atau Hindu dan sebagainya, dia tidak boleh dipanggil “Melayu Kristian” atau “Melayu Hindu”, kerana status “Melayu”nya telah luput bersama Islamnya. Pun begitu, ia kekal sebagai warganegara Malaysia, kecuali dia kemudian menolak status kewarganegaraannya bila berhijrah ke negara lain.
2.5 Undang-undang negara [7] menghendaki kita mengisytiharkan agama kita dalam kad pengenalan diri. Sila semak Mykad anda. Lihat bagaimana dinyatakan di sana status warganegara anda, jantina anda dan agama anda. Apa yang diusahakan oleh Lina Joy (nama asalnya Azlina Jailani) ialah memadamkan kenyataan agama Islam pada kad pengenalan dirinya selepas dia murtad (memeluk agama Kristian) pada 11 Mei, 1998. [8] Disebabkan usahanya tidak dilayan oleh Jabatan Pendaftaran, dia telah memfailkan kesnya di mahkamah. Dia gagal dua kali sebelum ini di Mahkamah Tinggi dan kemudian di Mahkamah Rayuan (penghakiman majority).
Berikut adalah sebahagian dan apa yang dikatakan oleh peguam Lina Joy semasa berhujah di hadapan Mahkarnah Persekutuan pada Julai 2006 lalu — “Sudah sampai masanya orang Melayu difahamkan bahawa Islam adalah di bawah telapak Perlembagaan kita dan mesej ini hendaklah dijelaskan kepada mereka oleh Mahkamah Yang Mulia ini” (It is time now that the Malays be made to understand that Islam is subservient under our Constitution and that this message should be made clear to them by this Honourable Court”). [9]
3. MENGHADAPI CABARAN
3.1 Kesusahan dan kepayahan adalah asam garam kehidupan. Tidak ada kehidupan tanpa cabaran. Umat Islam diajar “Jangan kamu fikirkan kamu tidak akan dicuba dengan pelbagal kesusahan dan kepayahan”. [10]
3.2 Bagi kita insan biasa. kesusahan dan kepayahan akan segera mendewasakan kita. Dan sudut agama, segala kesusahan dan kepayahan akan menguji dan memperkuatkan iman dan taqwa kita. Kesimpulannya, segala cabaran perlu diterima dengan tangan terbuka serta berlapang dada.
3.3 Kita sering diberi pesanan “Jangan kamu putus asa dengan rahmat Allah”. Pesanan begini sewajarnya membuat kita lebih berani bertindak. Berani untuk gagal (dengan berusaha secara terancang, bukan hanva dengan berpeluk tubuh dan menyerah pada qada dan qadar) adalah tangga menuju keiayaan. Pada hemat saya, itulah caranya umat Islam di negara ini herdepan dengan pelbagai cabaran yang ada di hadapannya. Bakar semangat dengan memperingati dan menghayati (internalize) ayat al-Quran yang bermaksud “Sesungguhnya bersama setiap kesusahan akan ada kesenangan” (Surah al-Insyirah. Ayat 5 dan 6)
3.4 Ini membawa kita kepada persoalan pokok - apakah yang dinamakan “cabaran semasa” yang dihadapi umat Islam (sinonim pada asasnya dengan orang Melayu) pada masa ini?
3.5 Hanya setelah kita mengenal pasti apa dia yang dikatakan cabaran itu, barulah boleh kita fikirkan bagaimana menanganinya secara berkesan, agar generasi masa depan tidak lagi dibebani dengan kemelut yang kita hadapi sekarang.
4. CABARAN SEMASA
4.1 Tanpa niat menyusunnya dalam sesuatu urutan tertentu, dipaparkan di bawah ini 10 cabaran yang kita hadapi. Senarai ini (yang berkaitan dengan isu undang-undang) pastinya bukan sesuatu yang lengkap, tetapi sekadar dijadikan asas perbincangan dalam ruang masa yang terhad ini. Di antaranya ialah :
(a) Melaksanakan. “Agenda Melayu / umat Islam” yang belum selesai;
(b) Mempertahankan status dan hula tuju Mahkamah Syariah;
(c) Mengembalikan keyakinan rakyat sepenuhnya kepada institusi kehakiman negara [11]
(d)Memperkasa & merekayasa (empower and re-engineer) jabatan kerajaan dan agensi awam, termasuk Jabatan Agama Islam Negeri;
(e)Menangani pengaruh ‘Global Christianity”; [12]
(f) Meneruskan projek common law aLa Malaysia (yang telah berkubur);
(g)Memperbaharui / membersihkan undang-undang negara yang tidak selaras (bertentangan) dengan Hukum Syarak (kerja lama yang telah dipinggirkan);
(h) Memperbaharui undang-undang lapuk yang tidak sesuai lagi pada alaf baru; [13]
(i) Mengawal pembangunan yang tersasar (mengamalkan pembangunan lestari ); [14]
(j) Memperkukuh / melaksanakan undang-undang alam sekitar.
4.2 Suatu pertubuhan bukan kerajaan, dalam majalah bulanannya [15] yang boleh dibaca di ruang siber, menyenaraikan 4 cabaran negara di masa depan :-
(a) Agenda Melayu;
(b) Islam Hadhari;
(c) Perkhidmatan Awam berkelas dunia;
(d) Bila minyak dan gas negara kering. [16]
4.3 Seorang Mufti [17] pula berpendapat, ketika diwawancara oleh wartawan media cetak bukan aliran perdana sedikit masa lalu menyatakan bahawa antara cabaran yang dihadapi oleh umat Islam di negara ini adalah seperti berikut :-
(a) pemindahan budaya dan barat:
(b) sekularisme;
(c) budaya hedonisme;
(d) pluralisme;
(e) wahak Aids / HIV. [18]
4.5 Sebuah pertubuhan belia Islam [19] pula mengenal pasti 6 cabaran lain yang dihadapi umat Islam di negara ini, antaranya:-
(a) liberalisme;
(b) hegemony Barat;
(c) etika herpolitik;
(d) masyarakat madani (civil society);
(e) perpaduan nasional; dan
(f) isu memperkasakan moral bangsa. [20]
4.6 Sebagai kajian perbandingan (yang mungkin boleh kita manfaatkan), masyarakat Islam di Kanada mengenal pasti cabaran berikut yang perlu mereka tangani :-
(a) negative stereotyping umat Islam oleh media barat ;
(b) Islamophobia ; [21]
(c) Perpaduan yang rapuh dan diskriminasi berasaskan jantina, generasi, bahasa, etnik dan harta ;
(d) Meningkatkan kualiti hidup dan kemampuan umat Islam dalam pelbagai bidang ;
(e) Bina consensus (syura) dan pembangunan masyarakat ;
(f) Penambahan profesional Muslim (undang-undang, media, dsb).
4.7 Seorang tokoh ekonomi negara [22] pula berpendapat bahawa antara cabaran masa depan yang mesti dihadapi oleh usahawan Melayu / Islam adalah, antaranya :-
i) persekitaran yang lebih kompetitif
ii) persekitaran yang tidak menentu
iii) pergantungan kepada ilmu yang lebih mendalam
iv) pergantungan kepada kelajuan dan kecekapan
v) ketelusan dan penzahiran
vi) mengutamakan jaringan, perikatan dan kerjasama
vii) kuasa (dominasi) pengguna [23]
[1] Kedudukan kini nampaknya sudah berubah, mengikut Jason Mandryk (Younger Leaders Gathering 2006), “Evangelicalism is growing twice the pace of Islam and 3 times as fast as the overall world population”
[2] Untuk mengetahui strategi pengembang agama Kristian di Negara kita, lihat Maria Kana “ Missionary response to the policy of Islamisation in Malaysia di http://dlibrary.acu.edu.au/research/thelogy.
[3] “Quality” bagaimana?
[4] Perkara 160(2)
[5] Mengikut Mufti Negeri Perak sedikit masa dulu, terdapat 250,000 orang Melayu (Muslim) telah murtad di negara mi. Mengikut satu sumber lain, terdapat 100,000 kes murtad telah difailkan di mahkamah. Wallahu alam.
[6] Deed poll itu belum muktamad (conclusive) bahawa dia telah keluar Islam. Statusnya perlu diputuskan terlebih dahulu oleh Mahkamah Syariah.
[7] Peraturan Pendaftaran Negara 960, kemudian dimansuhkan dan digantikan dengan Peraturan Pendaftaran Negara 1990. Peraturan ini dikuatkuasakan mulai 1 Oktober 1999, di bawah P.U.(A) 70/2000.
[8] Dia telah dibaptize di sebuah gereja (Our Lady Fatima) di Brickfields, Kuala Lumpur. Tidak mustahil dia dipengaruhi oleh teman lelaki (kini suaminya), seorang Kristian keturunan India serta beberapa pengembang agama Kristian lain yang rapat dengan lelaki itu. Banyak laman web tajaan pergerakan Kristian dunia yang memberi sokongan kuat kepadanya, termasuk menganjurkan “doa dan sembahyang” baginya, dengan harapan dia akan menang dalam kes yang sedang dibicarakan sekarang. Telah selesai dibicarakan-keputusannya Lina Joy gagal dalam rayuan untuk memadamkan perkataan Islam dalam Mykadnya.
[9] Apakah masyarakat Islam di negara ini boleh terus duduk diam dan menerima sahaja hujah seperti ini, tanpa berbuat sesuatu? Sila baca risalah mengenai kes Lina Joy dan implikasinya kepada umat Islam di negara ini yang diterbitkan oleh PEMBEIA. satu gabungan NGO yang rnemperjuangkan kedaulatan Islam.
[10] Maha Suci Allah yang ditangan Nya Iah segala kerajaan dan Dia Maha KLasa atas segala sesuatu. Yang menjadikan rnati dan hidiip supava Dia nienguji karnu, siapa diantara kamu yang Iebih baik amalnya dan Dia Maha Perkasa lagi lagi Maha Pengampu&’ (Surah Al-Mulk, Ayat 1-2).
[11] Kedudukan mahkarnah (sebagai organ ketiga kerajaan) sudah lagi tidak setanding dengan 2 organ yang lain (perundangan dan eksekutif setelah kerajaan merninda Perkara 121(l) pada akhir taliun 80-an. Kedudukan menjadi lebih teruk dengan pemecatan Tun Salleh Abas KHN dan 2 Hakim Mahkamah Agong yang lain.
[12] Philip Jenkins, “The next Christendom. The Coming of Global Christianity”, 2002, OUP.
[13] Misalnya undang-undang yang memberi imuniti kepada PBT walaupun sudah terbukti mereka cuai dan gagal menjalankan tugas dan kewajipan mereka kepada orang awam. Lihat keputusan Mahkamah Persekutuan baru-baru ini dalam kes Highland Towers (keputusan mutakhir oleh Mahkamah Persekutuan) Majlis Perbandaran Ampan Jaya v Stevon Phoa & 81 Ors (2006) 2 AMR 563.
[14] Mala petaka yang berlaku di Taman Bukit Cerakah di Shah Alam Selangor adalah disebabkan oleh kegagaIan PBT dan Kerajaan Negeri.
[15] Aliran. JId 25, tahun 2005.
[16] Minyak (petroleum) negara dianggar habis dalarn masa 14 taliun lagi (andainya kadar pengeluaran sekarang dikekalkan); gas akan hahis dalam masa 44 tahun. Andainya sumber kekayaan asli ini nanti habis,apakah yang akan berlaku? Itu soalan yang dikernukakan oleh badan NGO itu.
[17] Teks wawancara tersebut boleh dibaca di ruang siber di laman web akhbar Harakah, bertarikh 29 Jun 2006, di bawah tajuk berita “Umat Islam di Malaysia semakin parah - Mufti Perak”
[18] Renung perangkaan berikut - usia penyakit Aids / HIV di Malaysia mencecah 20 tahun; pada Jun 2005 terdapat 67528 kes HIV, 10024 kes Aids, 7051 kematian; setiap hari 18 kes HIV baru, 3 kes Aids dan 3 kematian; menjelang tahun 2015, dianggarkan 300000 pesakit Aids; 80% kes HIV / Aids melibatkan orang Melayu; 75% punca kes HIV/Aids adalah dadah, 15% seks rambang. Fakta rasmi ini didedahkan oleh Menteri Kesihatan Dr. Chua Soi Lek pada 12 Mac 2006.
[19] Seminar & Cabaran Semasa anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia, berlangsung di Dewan Toh Puan Norashikin, Kompleks Darul Puteri, Jalan Cheras, Kuala Lumpur, 19 Ogos 2006. Bahan dikesan di laman web rasmi Majlis Belia Malaysia.
[20] Moral bangsa perlu diperkasa untuk kita menangani masalah keganasan rurnahtangga, jenayah rasuah, salah guna kuasa, penyalahgunaan dadah, remaja liar (punk, black metal, dan kebelakangan ini mat rempit).
[21] Lihat sikap Jack Straw terhadap isu purdah di Britain (Buletin Utama TV3, 21 Oktober 2006); baca kes Aisah Azmi, “Guru Islam terus saman” di Berita Harian pada 23 Oktober 2006.
[22] Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz “ Globalisation and Open Markets : Challenges for Bumiputra Entrepreneurs”, kertas kerja disampaikan di Kongres Profesional Muda Melayu pada 26 Februari 2000; rencana ini boleh dibaca di laman web http://www.emeap.org/review/004
[23] Disebabkan pasaran barangan halal begitu besar di persada antarabangsa, soalnya apakah infrastruktur perundangan dan peraturan mengenainya kini sudah baik seperti yang diperlukan?
2 ulasan:
boleh dapatkan untuk saya jumlah penduduk islam yg beragama islam di sarawak?
kekeliruan berlaku..
boleh dapatkan untuk saya jumlah penduduk islam yg beragama islam di sarawak?
kekeliruan berlaku..
Catat Ulasan