
1) Mahathir telah kembali semula ke pangkuan UMNO. Seolah-olah mengiyakan, betapa selama ini, beliau lebih meyakini Najib berbanding Pak Lah.
2) Najib seawal ucapan sulung selaku PM,membuat keputusan membebaskan 13 orang tahanan ISA, dan penarikan semula penggantungan akhbar Suara Keadilan dan Harakah.
3) Mahu tidak mahu, keputusannya tetap dianggap ada kaitan dengan 3 pilihanraya kecil, yang akan berlangsung pada 7 April 2009.
4) Menerima kemasukan Mahathir yang menyangka dirinya masih popular, membuatkan Najib tidak lepas dari bayangan dan kongkongan Mahathir.
5) Bersedia membantu kempen UMNO dan BN pada 3 pilihanraya kecil oleh Mahathir, dilihat mungkin suatu bonus buat UMNO. Namun begitu, suasana good mood yang dipotray oleh Najib selepas menjadi PM, akan diketahui keputusannya pada malam 7 April, samada BN kembali diterima rakyat, ataupun masih ditolak.
6) Jika diterima, Pakatan Rakyat perlu merancang strategi baru dalam pendekatan menghadapi UMNO dan BN. Jika Pakatan Rakyat diterima, UMNO masih sukar untuk dipulihkan dan dipercayai oleh rakyat.
7) Dalam masa mengundi, yang bakal tinggal sehari lagi, diharap rakyat bijak membuat pilihan. UMNO dan BN akan berhabis-habisan memenangi 3 pilihanraya ini, demi menunjukkan kepada rakyat dan dunia, bahawa mereka kembali diterima rakyat.
8) Dan sesunguhnya, betapa kemasukan Mahathir ke dalam UMNO semula, menunjukkan mungkin ada sesuatu yang boleh dilakukan untuk membantu Najib dalam memulihkan UMNO dan betapa orang yang dibencinya; Pak Lah telah berundur. Tetapi awas Dr Mahathir, Khairy tidak akan berdiam diri begitu sahaja!
5 April 2009,
12.00 mlm, Malaysia Timur
Tiada ulasan:
Catat Ulasan