Huraian Potongan Hadis {3}
‘Di perjalanannya menuju kepada ahli sihir terdapat seorang rahib, maka ghulam bertemu dengannya dan mendengar pengajarannya.” (Riwayat Muslim)
Dalam riwayat Tarmizi:
“Di perjalanan, terdapat seorang rahib yang beribadat di gerejanya. Ma’mar (salah seorang perawi hadis ini) berkata; “Mereka yang berada di dalam gereja ketika itu adalah golongan muslimin.” Baginda bersabda lagi; “Ini menjadikan ghulam sentiasa bertanyakan rahib tersebut setiap kali dia melaluinya. Keadaan tersebut berterusan sehinggalah rahib menceritakan kepadanya dengan katanya; “Sesungguhnya aku menyembah Allah.” Baginda bersabda lagi; “Ini menjadikan ghulam berhenti untuk berjumpa dengan rahib.”
Marilah kita berhenti sejenak memikirkan petikan ini yang mengandungi banyak pengertian dan pengajaran.
1) Mereka yang memerhati petikan ini akan menimbulkan persoalan di mindanya; ‘Bagaimanakah hubungan di antara ghulam dan rahib mula terjalin? Untuk menjawabnya, di sana ada beberapa kemungkinan,
Pertama: Ghulam, ketika dalam perjalanannya, dia memerlukan sesuatu atau berhajatkan pertolongan seperti minuman, makanan, tempat berehat dan berteduh dan sebagainya. Maka dia mendapati rumah rahib atau ada orang lain yang menunjukkan kepadanya. Dengan itu rahib pun memberikan pertolongan yang diperlukan dan melayannya dengan baik serta melakukan perbincangan dengannya. Maka ghulam merasa senang hati terhadap rahib tersebut. Jiwanya mula tertarik kepada rahib itu dan dia mula menghadiri majlis rahib dan mendengar pengajarannya.
Kedua: Rahib memerhatikan ghulam yang setiap hari melalui jalan yang berhampiran dengan rumahnya. Kemungkinan dia bertanyakan orang ramai mengenai ghulam tersebut, keadaannya dan keluarganya. Dengan itu dia merancang untuk berkenalan dan mengikuti perkembangannya. Suatu ketika datanglah peluang yang dinantikan. Maka rahib menggunakan peluang tersebut untuk melayannya dengan baik, berbual dan berbincang dengannya sehinggalah ghulam merasa senang hati dengan rahib. Dengan itu ghulam pun sentiasa menemuinya dan mendengar pengajarannya.
Ketiga: Ghulam telah mendengar beberapa syubhat (kekeliruan) atau tohmahan yang disebarkan oleh orang ramai terhadap rahib yang sedang beribadat itu. Ataupun mereka memberi amaran kepadanya supaya tidak berjumpa dengan rahib disebabkan dia sentiasa melalui jalan yang berdekatan dengan rumah rahib. Oleh kerana perkara yang diceritakan adalah keterlaluan, maka ghulam dengan sengaja datang berjumpa rahib untuk mengetahui hakikat yan sebenar. Maka rahib berkenalan dengannya, melayannya dengan baik, bercakap dan berbincang dengannya sehingga dia merasa senang hati dengan rahib dan tertarik kepadanya. Dengan itu dia mula menemuinya dan mendengar pergajarannya.
Pengajaran Di Sudut Dakwah.
1) Daie (pendakwah) wajib berlemah lembut dengan orang ramai. Kalau tidak dia akan bersikap kasar dan keras hati. “Kalaulah kamu. bersikap kasar lagi hercis hati, tentu mereka akan lari dari kelilingmu.” (maksud Ali Imran:159) Kalau tidak, dia akan ‘main kasar’ dengan orang ramai. Dengan itu dia sendiri yang memusnahkan benih-benih penerimaan dan sokongan inereka. Natijahnya, daie akan tersisih daripada orang ramai sedangkan merekalah sasaran dakwah para daie. Daie juga akan berada jauh daripada masyarakat yang ingin diubah dan dibawa kepada kebenaran yang jelas. Dengan itu juga, daie telah menghalang dirinya sendiri daripada mendapat ganjaran yang besar, bahkan apa yang diperolehi ialah dosa, sekiranya orang ramai bertindak menentang dakwah, atau perbuatannya itu menjadi fitnah kepada dakwah ataupun dia tidak lagi melaksanakan kewajiban berdakwah kepada Allah.
2) Daie wajib menggunakan peluang yang ada dengan baik dalam hubungannya dengan orang ramai (pada mana-mana waktu, tempat dan dalam kehidupan harian). Ini bertujuan untuk membina hubungan dengan mereka dan mengeratkan serta memperkukuhkannya dengan berlalunya hari-hari. Daie hendaklah menggunakan peluang yang ada untuk kepentingan orang ramai dan kepentingan dakwah dengan cara mengajar mereka kebaikan dan mencegah mereka daripada melakukan kemungkaran serta memindahkan mereka daripada golongan pemaksiat kepada golongan mukminin yang sentiasa berusaha melakukan ketaatan dengan izin Allah, kelebihan dan taufik-Nya.
3) Tidak sepatutnya daie merasa sempit dada ketika mendengar syubhat dan penipuan serta tohmahan yang dilontarkan kepadanya. Semua ini kadang-kadang boleh menjadikan
manusia tertarik dan memberi sokongan kepadanya apabila mereka mengetahui hakikat sebenar dan akhlaknya. Itu juga akan membawa seseorang untuk meminta penjelasan terhadap hakikat yang sebenarnya. Seterusnya, ia menjad iklan kepada kewujudan dakwah baru di dalam masyrakat. Untuk lebih jelas lagi, kami bawakan di sini beberapa peristiwa sejarah yang telah berlaku;
a) Ibnu Kathir berkata; Muhammad bin Ishak telah berkata; Ketika Islamnya Abu Bakar dan beliau menzahirkan keislamannya, beliau berdakwah kepada Allah. Abu Bakar adalah seorang yang disenangi oleh kaumnya, disayangi dan mudah bergaul. Beliau berketurunan Quraisy dan paling arif tentang kebaikan dan keburukan yang ada di dalam keturunannya. Beliau seorang peniaga, berakhlak dan dikenali ramai. Ramai pembesar kaumnya yang datang berbincang dengannya disebabkan ilmu, perniagaan dan baik layanannya, ini menjadikan beliau berdakwah di tengah-tengah kepercayaan kaumnya kepadanya, menyeru mereka yang bersamanya dan datang berjumpanya kepada Islam. Melalui usahanya (apa yang aku tahu) Zubair bin Awwam, Uthman bin Affan, Talhah bin Ubaidillah, Saad bin Abi Waqqas dan Abdur Rahman bin ‘Auf telah memeluk Islam.
b) Kisah keislaman Hamzah bin Abdul Mutallib, bapa saudara Rasulullah (s.a.w). Kisah ini berlaku ketika Abu Jahal menentang Rasulullah di bukit Safa. Dia telah menyakiti, mencaci dan melakukan perkara yang dibenci dan memalukan agama yang dibawa oleh bagind (s.a.w.). Peristiwa ini diceritakan kepada Hamzah bin Abdul Mutallib. Maka beliau mendatangi Abu Jahal da memukul kepala Abu Jahal dengan busarnya dengan pukulan yang melukakan. Lalu beberapa orang Quraisy daripada Bani Makhzum datang untuk membantu Abu Jahal. Mereka berkata; Kami tidak melihat kamu wahai Hamzah, melainkan kamu telah memeluk Islam. Hamzah menjawab; Siapa yang boleh menghalangku. Sesungguhnya telah jelas kepadaku, apa yang aku saksikan bahawa dia adalah Rasulullah. Apa yang diperkatakan adalah kebenaran. Demi Allah! Aku tidak akan keluar daripada agama ini. Halanglah aku sekiranya kamu adalah orang-orang yang benar. Maka Abu Jahal pun berkata: Tinggalkan dia wahai Abu ‘Imarah. Aku, Demi Allah! Aku telah mencela anak saudaranya dengan celaan yang teruk. Apabila Hamzah memeluk Islam, maka Quraisy mengetahui bahawa Rasulullah mendapat kemuliaan dan pertahanan. Dengan itu mereka tidak lagi melakukan apa yang sebelum ini mereka lakukan terhadap baginda (s.a.w).
4) Masalah lain yang berkait dengan kemungkinan kedua. Disebabkan asal masalah ialah memilih mereka yang memiliki sifat-sifat tertentu (sebagaimana yang dilakukan oleh ahli sihir ketika dia meminta seorang ghulam yang cerdik, cepat faham dan mampu menerima untuk diajarkan kepadanya ilmu sihir), maka para daie kepada Allah hendaklah menjadikan orang-orang yang mempunyai ciri-ciri yang menonjol, kesediaan yang baik dan peribadi yang terbilang sebagai sasaran dakwah dan tarbiah mereka serta membina ummah pejuang yang dicitakan melalui golongan seumpama ini. Ghulam ini adalah salah seorang yang memilik ciri-ciri ini (ini dijelaskan dalam kisah-kisah selanjutnya). Sesungguhnya Allah telah melakukan melaluinya peristiwa yang besar yang tidak mampu dilakukan oleh puluhan manusia yang tidak memiliki ciri-ciri yang seumpama dengannya.
Mengambil sebab-sebab iaitu memilih anasir-anasir terbaik dan bersungguh-sungguh mentarbiah mereka adalah dibenarkan oleh syarak dan nas-nas syarak pula menggalakkan kita untuk melakukannya. Begitu juga dengan pendirian-pendirian para sahabat dan mereka yang selepasnya. Di antaranya ialah;
a) Kisah Jalut dan Talut yang diceritakan di dalam al-Quran. Ia menunjukkan dengan jelas kepada wujudnya perbezaan di antara manusia. Dan kemenangan tidak akan diberikan kecuali kepada mukminin yang thabat (cekal hati berada di atas kebenaran) dan berjuang sekalipun bilangan mereka adalah sedikit.
b) Al-Quran juga membezakan di antara beberapa golongan manusia dengan golongan yang lain. Al-Quran juga melebihkan sebahagian mereka ke atas sebahagian yang lain. Allah berfirman;
.
‘Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dan kalangan orang-orang mukmin tanpa ada keuzuran, dengan orang-orang yang berjihad pada jalan Allah dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta-benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat. Dan setiap satu (dan dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (syurga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang duduk (tidak turut berperang tanpa ada keuzuran) dengan pahala yang amat besar. (laitu) beberapa darjat kelebihan daripada-Nya dan keampunan serta rahmat. (An-Nisa’: 95-96)
c) Firman Allah;
“Tidak sama di antara kamu, orang yang membelanjakan hartanya dan berperang sebelum pembukaan (Mekah). Mereka lebih tinggi darjatnya daripada orang-orang yang membelanjakan dan berperang selepas itu. Allah berjanji kepada keduanya (balasan yang) baik. Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan”. (al-Hadid: 10)
d) Sabda Rasulullah (s.a.w);
“Manusia adalah seumpama seratus ekor unta. Kamu hampir-hampir tidak mendapati seekor pun yang dapat dibawa berjalan jauh.”
e) Sabda Rasulullah (s.a.w.) lagi;
“Manusia itu seumpama galian. Orang pilihan di kalangan mereka di zaman jahiliah adalah juga orang pilihan di kalangan mereka di zaman Islam apabila mereka memahami.”
f) Di antara bukti-bukti jelas yang menunjukkan perbezaan di kalangan manusia daripada sirah ialah apa yang berlaku di kalangan muslimin pada hari peperangan Hunain di dalam banyak tindakan yang mereka ambil. Di antara mereka ada yang bertindak berundur. Ulama’ sirah menceritakan: Orang ramai (muslimin) berundur dalam keadaan kalah. Mereka tidak lagi menghadapi tentera musuh. Rasuluilah (s.a.w.) berundur ke arah kanan seraya berkata; Ke mana wahai manusia? Berkumpullah di sekeliling aku. Aku adalah Rasulullah. Aku adalah Rasullah, Muhammad bin Abdullah).. Dalam suasana ini Abu Sufian berkata: ‘Kekalahan ini tidak dapat diselamatkan kecuali oleh laut.” Kaldah bin Hanbal yang ketika itu bersama dengan saudaranya, Safuan bin Umaiyah berteriak; “Apakah tidak ada pada hari ini pahlawan yang melakukan sesuatu yang luar biasa.” Safuan membalas: “Diam, semoga Allah mengoyak mulutmu...
Di dalam suasana ini, Rasulullah menyuruh al-Abbas menyeru manusia. Tetapi siapakah yang akan diseru? Apakah dia akan menyeru manusia semuanya? Rasulullah menyuruhnya; “Wahai Abbas serulah, wahai golongan Ansar, wahai mereka yang berbaiah di bawah pohon.” Mereka menyahut seruan itu dengan kata mereka: Seruanmu disahut, seruanmu disahut. Tentera yang diseru cuba menjinakkan untanya tetapi tidak berjaya. Lantas mereka mencampakkan baju besi dan mengambil pedang dan perisai kemudian menuju ke arah suara yang menyeru sehinggalah Rasulullah berjaya mengumpulkan seramai seratus orang tentera.”

Perbezaan ini juga wujud ketika membahagikan harta rampasan perang. Rasulullah memberikan bahagian yang banyak kepada mereka yang masih dijinakkan hati iaitu seratus ekor unta. Orang lain tidak diberikan sebanyak itu. Golongan Ansar pula tidak diberi apa-apa. Kemudian baginda menjelaskan rahsia tindakannya itu dengan sabdanya; “...Apakah kamu mendapati sesuatu di dalam diri kamu wahai golongan Ansar disebabkan lebihan harta dunia yang sedikit, yang dengannya kamu dapat menjinakkan hati mereka yang baru memeluk Islam. Untuk kamu pula aku serahkan apa yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu iaitu Islam. Apakah kamu tidak redha wahai golongan Ansar, orang lain kembali kepada kenderaan mereka membawa kambing dan unta, tetapi kamu kembali membawa Rasulullah (s.a.w),..”
g) Rasulullah (s.a.w.) memilih Abu Bakar dan Umar sebagai pcmbantunya. Baginda juga memilih Usamah bin Zaid sebagai ketua tentera yang terdiri daripada Abu Bakar dan Umar sekalipun usia beliau masih muda belia. Baginda memilih Dahiyyah al-Kabbi sebagai duta baginda berjumpa Kaisar raja Ruin. Baginda memberitahu Abu Dzar bahawa beliau tidak layak memegang jawatan sebagai ketua kerana kelemahannya. Begitu juga baginda (s.a.w.) memilih sebahagian sahabat untuk melaksanakan tugas tertentu tanpa memilih sahabat yang lain.
Di antara kata-kata sahabat ialah kata-kata Umar mengenai Abu Bakar; “Semoga Allah merahmati Abu Bakar. Beliau adalah orang yang lebih mengetahui mengenai rijal daripada aku.” Beliau berkata lagi; “Sekiranya Abu Ubaidah bin al-Jarrah masih hidup, nescaya aku akan melantiknya sebagai khalifah. Kalau Tuhanku bertanya, maka aku akan menjawab; Aku mendengar nabi-Mu bersabda; “Sesungguhnya dia adalah pemegang amanah umat ini.” Sekiranya Salim Maula Abu Huzaifah masih hidup, nescaya aku akan melantiknya sebagai khalifah. Kalau Tuhanku bertanya, maka aku akan menjawab; Aku mendengar nabi-Mu bersabda; “Sesungguhnya Salim terlalu amat cintakan Allah.” Seorang lelaki berkata kepadanya; “Boleh aku cadangkan kepada kamu? Abdullah bin Umar.” Beliau menjawab: “Semoga Allah membunuhmu, Demi Allah! Apakah yang akan aku jawab di hadapan Allah. Kamu ni! Bagaimana aku akan melantik seorang yang tidak mampu mentalakkan isterinya. Tetapi pilihlah mereka yang disebut oleh Rasulullah: “Mereka adalah di kalangan ahli syurga” Said bin Zaid bin Amri di kalangan mereka tetapi aku tidak menjadikannya sebagai pilihan. Pilihlah di kalangan enam orang; Ali dan Uthman; kedua-duanya adalab keturunan Abdul Manaf, Abdur Rahman bin ‘Auf dan Saad; kedua-duanya adalah bapa saudara Rasulullah sebelah ibu, al-Zubair bin al-Awwam; pembantu Rasulullah dan anak kepada ibu saudara Rasuluflah sebelah ayah (sepupu), dan Talhah al-Khair bin Ubaidillah.”
Kemudian perhatilah kepada kata-kata Umar (r.a) yang berada di ambang kematian. Beliau meletakkan setiap orang pada kedudukannya dan menyifatkan setiap orang dengan sifat yang layak baginya. “Sekiranya aku meninggal, maka bermesyuaratlah paling lama tiga hari. Ketika itu Shuaib yang akan menguruskan urusan manusia. Jangan masuk pada hari keempat kecuali kamu telah melantik seorang Amir (khalifah). Abdullah bin Umar hendaklah hadir untuk diminta pendapatnya tetapi dia tidak mempunyai apa-apa hubungan dalam urusan ini. Talhah adalah orang yang bersama kamu dalam urusan ini. Sekiranya dia sampai dalam masa tiga han, maka jemputlah dia bersama kamu. Sekiranya tidak, maka selesaikanlah urusan kamu. Siapakah yang boleh memberi jaminan kepadaku bahawa Talhah akan bersetuju dengan keputusan kamu? Saad menjawab “Saya, dia tidak akan menentang Insya Allah.” Umar berkata: Aku berharap agar dia tidak menentang Insya Allah. Aku tidak menyangka yang akan dilantik kecuali salah seorang di antara dua; Ali dan Osman. Sekiranya Uthman dilantik, maka dia adalah seorang yang lembut. kiranya Alii yang dilantik, maka dia adalah seorang yang menyenangkan. Bantulah orang yang dilantik untuk inembawa mereka (orang ramai) ke jalan yang betul. Sekiranya yang dilantik ialah Saad, maka dia adalah orang yang berkeahlian. Jika tidak, maka lantiklah dia sebagai gabenor. Aku tidak pernah rnemecatnya kerana khianat atau tidak mampu. Sebaik-baik orang yang mempunyai pandangan ialah Abdur Rahman bin ‘Auf, orang yang berpandangan tepat dan diberi petunjuk oleh Allah. Dengarlah pandangannya.”
Perhatian.
Ketika kami mengatakan mengenai pemilihan anasir-anasir untuk membina ummah yang berjuang, kanti tidak bermaksud untuk mencuaikan anasir-anasir lain atau yang ciri-cirinya tidak sebagaimana yang disebutkan, atau manusia seluruhnya. Bahkan memberi perhatian kepada semua manusia adalah diwajibkan oleh syarak. Kita tidak boleh rneninggalkannya Kita mesti menyeru manusia semuanya menggunakan cara yang ada dan termampu. Kita hendaklah menyebarluaskan agama ini dan mempertingkatkan kesedaran Islam dan semua jenis kesedaran di kalangan manusia. Selepas itu, hendaklah memilih siapakah yang mempunyai kelayakan menanggung kesusahan dan kepayahan jalan dakwah yang panjang dan kewajipannya.
Sebelum kami mengakhiri komentar ini, kami suka menjelaskan di sini, bahawa kami tidak mendakwa manusia mampu memastikan hasil pemilihan di peringkat pertama yang dilakukan. Kemungkinan dia tersilap pilih (ini boleh berlaku, kita adalah manusia yang kadang-kadang betul dan kadang-kadang silap) atau kemungkinan pemilihan adalah tepat kemudiannya disebabkan oleh daie atau sebab-sebab menyebabkan mereka yang memiliki ciri-ciri yang terbaik terfitnah dan yang tetap setia bersama dakwah ialah orang lain yang kurang memiliki ciri-ciri tersebut. Semua ini adalah ketentuan Allah, tidak ada campur tangan kita di dalamnya. Perkara ini tidak boleh dijadikan hujah oleh mereka yang tidak menerima pandangan kami dalam masalah kemestian melakukan pemilihan anasir dalam proses tarbiah.
5) Dakwah fardiah adalah di antara wasilah (cara) berdakwah yang terpenting. Dalam hadis ini, rahib telah menggunakan cara ini untuk menyampaikan dakwahnya kepada ghulam. Di antara ciri keistimewaan terpenting dakwah fardiah ialah;
a) Ia sesuai digunakan di dalam semua keadaan; terbuka atau dipenuhi oleh tekanan,
b) Ia mewujudkan hubungan yang kuat di antara daie dan mad’u.
c) Ia amat penting untuk memutikkan hasil dakwah umum (ketika suasana membenarkan dilakukan dakwah umum)
d) Ia amat sesuai dipandang dari sudut keamanan dakwah demi menjaga anggota-anggota dakwah.
e) Ia memberikan pengalaman yang banyak kepada daie yang tidak dapat diberikan oleh dakwah umum (walaupun begitu dakwah umum juga berkelebihan dalam memberikan pengalaman lain)
f) Ia membolehkan daie membuat penilaian yang detail terhadap mad’u.
g) Produktivitinya adalah lebih tmggi dan segi kualiti dan kuantiti.
h) Ia memberi peluang untuk menjawab syubhat (kekeliruan) yang ada pada mad’u berdasarkan prioritinya satu persatu. Ini berlainan dengan dakwah umum.
Kami mendapati ciri-ciri keistimewaan ini jelas dapat dilihat melalui hubungan di antara rahib dan ghulam.
Perhatian.
Rasanya tidak perlu disebutkan bahawa apabila kami menyebut kepentingan dan keistimewaan dakwah fardiah, maka ia tidak bermakna menolak atau menafikan kepentingan dakwah jenis lain sepenti dakwah umum. Apa yang kami maksudkan ialah menyatakan kepentingan kewujudan dakwah fardiah dengan maknanya yang menyeluruh (hubungan peribadi - tarbiah secara tertumpu - berperingkat-peringkat - kerja secara tenang dan bertenaga). Inilah yang kami anggap telah dilakukan oleb rahib terhadap ghulam kerana mereka berdua telah bertemu sebanyak dua kali sehari sebagaimana yang dijelaskan oleh hadis.
Melalui pemerhatian kami, didapati bahawa hubungan yang berlaku sedikitpun tidak diketahui oleh orang lain. Menyimpan rahsia menjadi topik utama hubungan. Inilah hubungan yang sepatutnya berlaku di antara daie dan mad’u, khususnya di peringkat pertama dan secara lebih khusus lagi ketika sistem pemerintahan menentang dakwah atau tidak merasa aman dengan dakwah.
Pembinaan pertama bagi mad’u hendaklah dilakukan sebagaimana menjaga tanaman dan penjagaannya hendaklah menggunakan berbagai cara. Ini kerana, ia tidak mampu untuk menghadapi angin kencang dan suasana yang menekan. Apabila batang dan rantingnya telah kuat serta mampu untuk berhadapan dengan suasana sekeliling, maka kita kurangkan pagar-pagar tambahan yang menjaganya. Kita biarkan dia melaksanakan tugasnya (sama ada secara rahsia atau pengisytiharan) sebagaimana yang akan dijelaskan dalam masalah rahsia dan pengisytiharan adalah uslub dalam bekerja.
7) Rahib tidak menceritakan agamanya kepada ghulam secara tepat dan jelas kecuali selepas beliau merasa tenang hati terhadap kuatnya hubungan ghulam dengannya dan kepercayaannya. Pengajaran ini adalah penting. Pendidik (murabbi) hendaklah tidak menceritakan kepada mad’u kecuali apa yang diperlukan. Pernah dikatakan orang; “Bukanlah setiap yang diketahui diperkatakan, bukanlah setiap yang diperkatakan telah sampai masanya, bukanlah setiap yang telah sampai masanya dihadiri oleh orang yang sepatutnya hadir.”
8) Ayat ‘Ini menjadikan ghulam berhenti untuk bcrjumpa dengan rahib” menunjukkan berlakunya pergaulan yang mesra hasil daripada pertemuan yang berterusan di antara mereka berdua.
9) Semestinya tidak disegerakan untuk mad’u melaksanakan tugas dakwah sebelum matang dan sebelum diberikan persediaan yang munasabah. Ini akan membahayakannya dan juga dakwah, dalam kebanyakan kes di antaranya;
a) Kemungkinan melahirkan perasaan malas untuk bekerja ketika gagal dalam usahanya rnenghadapi mad’u yang sememangnya mempunyai berbagai masalah.
b) Kemungkinan berlakunya kesilapan yang berulang kali. Dengan itu akan melemahkan semangatnya dan menghilangkan kepercayaannya terhadap dirinya sendiri. Maka dakwah akan kehilangannya atau kehilangan sebahagian besar tenaga dan usahanya. Ketika itu usaha untuk menyakinkan dirinya akan menemui jalan buntu.
c) Kemungkinan dia akan bermudah-mudah apabila dia cepat berjaya dalam usahanya berhadapan dengan individu yang berkeahlian dan telah mempunyai kesediaan. Maka dia rnenyangka bahawa manusia keseluruhannya adalah seperti itu, Dengan itu, selepas itu dia akan lebih cenderung kepada konsep lebih bermudah-mudah.
d) Kemungkinan dia akan berterusan melakukankan kesilapan kerana pada sangkaannya dia tidak tersilap dan taksub dengan pandangannya. Ini disebabkan dia kurang matang dan kualitinya rendah, maka dia akan bertegang leher. Kesudahan akan kembali kepada salah satu daripada dua perkara, satunya adalah memedihkan.... dan lain-lain lagi kemungkinan yang dapat disaksikan sendiri oleh mereka yang berkecimpung di dalam kerja-kerja tarbawi.
Dengan penjelasan ini, kami tidak bermaksud untuk mentarbiah sebagai teori yang dibaca dan dipelajari di sekolah. Ini amat jauh dengan apa yang kami maksudkan. Tarbiah yang sahih semestinya mewujudkan keseimbangan di ketiga-tiga aspek asasi di dalam peribadi muslim; aspek ruhi, aspek pengetahuan dan keilmuan dan aspek amali dan pelaksanaan. Sebarang kecacatan yang ber1aku pada mana-mana aspek bermakna, cacatnya individu dan pembinaannya. Semestinya semasa tarbiah, kerja dan tugas hendaklah diberikan kepada mad’u secara berperingkat. Di samping itu, murabbi (pentarbiah) hendaklah mengikuti perlaksaan tugas yang diberikan dengan penuh teliti. Bahkan kadang-kadang boleh diberikan kerja yang amat rnudah dan kadang-kadang diberikan tugas yang payah dan membebankan di samping perkembangan perlaksanaan harian diikuti, dan tunjuk ajar yang berterusan diberikan dengan teliti dan terperinci, serta diwujudkan keseimbangan di antara ketiga-tiga aspek di atas.
Sesungguhnya tugas dan kerja yang diberikan kepada mad’u di peringkat ini lebih merupakan latihan tarbawi melebihi daripada usaha-usaha yang kita ingin mereka laksana dan mencapainya. Dahum kebanyakan kes, kedua-duanya ini tidak bercanggah. Oleh itu, kita janganlah cepat-cepat dalam memberikan mandat kepada mad’u dan kepercayaan sepenuhnya melakukan kerja, berijtihad dan mengeluarkan kenyataan atas nama jamaah dan dakwah hanya berdasarkan penerimaan, semangat dan keinginan perasaannya.
Rahib sepanjang peringkat tarbiah yang pertama tidak menolak ghulam ke depan dan menzahirkannya sehinggalah Allah mengizinkannya ketika ghulam mencapai tahap kematangannya. Ini berlaku melalui tanda-tanda Rabbani yang jelas (peristiwa pembunuhan binatang). Kami tidaklah mensyaratkan supaya berlaku peristiwa yang seumpama itu seratus peratus. Perkara ini ditinggalkan kepada firasat, pengalaman dan mutabaah (mengikuti perkembangan). Inilah yang akan menentukan mereka telah matang atau belum dan kerja-kerja yang sesuai untuk mereka. Dengan itu, mereka diberikan tugas dan tanggung jawab secara berperingkat-peringkat di samping mutabaah dilakukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan