Isnin, 1 Oktober 2007

Allah bersama penolong agamaNya

Kepada adik-adik pro-mahasiswa. Hari ini, hari penamaan calon bagi pilihanraya kampus 2007/08 di seluruh IPTA. Harapan saya, jangan gentar dengan ugutan pihak musuh, kerana kelak akan memakan diri mereka. Perjuangan membantu agama Allah di akhir zaman, bukan mudah bahkan, banyak cabarannya. Teguhkan pendirian, kuatkan iman dan tabah di atas segala ujian, pasti anda semua bakal meraih kejayaan. Berusahalah sekadar kemampuan anda semaksimum mungkin. Kami di luar ini hanya boleh membantu dari sudut doa dan kewangan serta buah fikiran secara tidak langsung. Andalah yang akan mengemudi bahtera dalam mengharungi gelombang besar dan ribut taufan ciptaan sang penguasa(pro-aspirasi). Sejarah membuktikan pada bulan Ramadhan inilah, Nabi saw dan para sahabat berjaya mengalahkan 1000 orang kafir Quraisy dengan izin Allah, walaupun jumlah mereka hanya 313 orang sahaja.
Sesungguhnya bukan kuantiti yang menandakan kekuatan kita, tetapi kualitilah yang akan menentukan segalanya. Bersedia sebaik mungkin dari sudut strategi, kempen dan rayu undi dan selebihnya serahkan kepada Allah. Berkat Ramadhan al-Mubarak, di 10 malam yang akhir ini, jangan lupa bangun bermunajat kepada Allah, agar Allah mengalahkan pihak yang zalim. Buat anda semua, bersedialah menghadapi satu lagi siri ketamakan sang penguasa. Moga Allah bersama anda semua !

Tiada ulasan:

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude