
1) Sehingga tengahari ini, dilaporkan, bilangan pengundi yang keluar baru sekitar 20% dan diakui oleh Saifuddin Nasution sebagai aliran pengundian yang lembap.
2) Walaupun calon PKR-Dr Mansor Othman menjadi favourite dan pasti memenangi DUN Penanti, namun kelihatan seoalh-olahnya BN berjaya dengan strateginya tidak menyertai pilihanraya kecil ini.
3) Tiada ulasan diberikan dalam akhbar utama milik UMNO, menyebabkan rakyat seolah-olah tidak ambil kisah pilihanraya DUN Penanti.
4) Sebab itu saya menjangka, walaupun PKR akan memenangi kerusi ini, namun propaganda yang dilaungkan UMNO dan BN, seolah-olah berjaya.
5) Apapun kita berharap, pertembungan UMNO dan PAS pada pilihanraya kecil DUN Manek Urai pada awal Julai nanti, menyaksikan persaingan yang sengit. Ibrahim Ali yang awal-awal lagi, cenderung menyokong UMNO dan BN dalam kenyataannya, akan terus dilihat orang yang tidak tahu berterima kasih. Nantikan awal Julai ini!
31 Mei 2009
12.47 tengahari, Malaysia Timur.