
1) Walau apapun alasan diberikan, pemerhati politik melihat ia sebagai satu taktikal play safe oleh Najib.
2) Menyedari ia terletak di dalam Parlimen Anwar Ibrahim dan kubu kuat PKR, menjadikan alasan pilihanraya kecil ini sebagai tidak utama, menampakkan ia seolah-olah alasan yang kukuh.
3) Namun, bagi PKR ia juga harus mencermin diri agar masalah dalaman seumpama ini tidak berulang. Menyedari PKR masih terumbang ambing dalam mencari dasar yang jelas dalam perjuangan politiknya, pemilihan calon tangkap muat perlu dielakkan.
4) Anwar Ibrahim perlu serius turun bertemu akar umbi dalam menyelesaikan masalah dalaman yang berbangkit. Benar, Pakatan Rakyat mungkin menjadi pilihan rakyat dalam situasi semasa kini. Namun, tersilap langkah boleh memalingkan undi rakyat berpihak semula kepada UMNO dan BN, apatah lagi kini, porses transformasi giat dijalankan.
5) Menilai dari kaca mata rakyat, ada baiknya UMNO dan BN tidak bertanding, kerana banyak masa terbuang demi pilihanraya kecil yang boleh dielakkan sebenarnya.
18 Mei 2009, 21 Jamadil Awwal 1430 Hijrah,
10.29 malam, Malaysia Timur
1 ulasan:
pa khbar perwakilan sarawak ka tahun ni
salam perjuangan
pro.s
Catat Ulasan