
1) Apapun alasan yang diberikan, ternyata UMNO tidak akan melepaskan peluang untuk merampas kerusi Dun Manek Urai dari PAS, setelah kematian penyandangnya(gambar arwah).
2) Kata Mustafa Mohamad, ia akan menguji penerimaan rakyat terhadap UMNO dan BN, setelah berlaku peralihan kuasa daripada Annuar Musa kepadanya.
3) Berbeza dengan Penanti, UMNO berkeras mengatakan tidak akan menari mengikut rentak pembangkang. Kenapa tidak gunakan alasan yang hampir sama bila berlaku kekosongan di Manek Urai? Mereka balas, kerana kekosongan kerusi disebabkan kematian dan kehendak perlembagaan, perlu ditandingi.
4) Buat PAS, tidak harus rasa selesa, kerana pernah tewas pada 2004. Namun, Insya Allah jka ditunjangi dengan niat yang ikhlas, dan gerak kerja yang mantap dan strategi yang bijak, tidak mustahil Allah akan mengurniakan kemenangan.
5) Buat UMNO, setelah dimomokkan, pilihanraya DUN Penanti telah hilang seri dan tidak meriah kerana ketiadaan mereka, kerusi Manek Urai bakal menyaksikan, rentetan kekalahan yang bakal ditempa dalam siri pilihanraya kecil dengan izin Allah, Insya Allah.
25 Mei 2009,
12.38 pagi, Malaysia Timur
Tiada ulasan:
Catat Ulasan