
1) Sehingga 2.15 petang ini, Nizar baru tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bersama para penyokong untuk mendengar keputusan hakim.
2) Sudah tentu, keputusan ini sangat dinantikan oleh semua khasnya rakyat Perak.
3) Kini, seolah-olah mereka ada 2 kerajaan negeri dan 2 Speaker.
4) Kita mengharapkan agar hakim bijaksana dalam membuat keputusan dan tidak dipengaruhi oleh pihak lain.
5) Mengulas Uthayakumar-orang kuat Hindraf tidak akan berterima kasih kepada kerajaan kerana membebaskannya dari ISA, dan tegas Menteri Dalam Negeri-kami tidak mengharapkan ucapan terima kasih-saya cuba menganalogikan seperti berikut-suatu hari, ada orang membuang sampah ke laman rumah kita. Selama sampah itu berada di rumah kita, udara di sekitar rumah menjadi busuk dan kita seolah-olah dinafikan hak menyedut udara yang segar. Tiba-tiba, orang yang membuang sampah ke rumah kita, mengambil balik sampah itu kembali. Patutkah kita mengucapkan terima kasih, setelah sekian lama sampah itu berada di rumah kita, tidak pernah dia cuba mengambilnya dan kita tidak pernah tahu, di atas sebab apa dia membuang sampah di rumah kita. Fikir-fikirkanlah!
11 Mei 2009, 16 Jamadil Awwal 1430 Hijrah,
3.11 petang, Malaysia Timur
Tiada ulasan:
Catat Ulasan