
1) Isu pertembungan ulama dan profesional semakin hebat di dalam PAS, apatah lagi menjelang Muktamar PAS Pusat ke-55, yang akan berlangsung pada 3-7 Jun di Stadium Melawati, Shah Alam.
2) Semuanya bermula dengan artikel "Kerja-kerja bodoh di dalam PAS" oleh Ustaz Nik Abduh. Saya merasakan itulah luahan hati yang cuba disampaikan oleh beliau, apabila mendapati ayahandanya-Tuan Guru Nik Abdul Aziz, cuba diberi gambaran yang salah mengenai Kerajaan Perpaduan-Unity Governmet, oleh "pembantu-pembantunya".
3) Bagi Ustaz Nasrudin Tantawi-Timbalan Ketua DPPP, beliau menegaskan siapa yang makan cili akan terasa pedasnya. Jika kebenaran ditegakkan, Ustaz Nik Abduh akan mendapat pahala, dan jika fitnah dikemukakan, beliau pasti menanggung azabnya.
4) Dengan timbulnya perselisihan pandangan-Abdul Fatah Haron dan Ustaz Ahamd Awang-agar pimpinan utama parti-Presiden dan Timbalan Presiden boleh ditandingi oleh profesional, dan Ustaz Muhammad Daud Iraqi-menegaskan hanya ulama yang boleh memegang 2 kepimpinan utama itu, kita mengharapkan isu ini akan selesai, apabila Majlis Syura PAS Pusat bermusyawarah pada 15 Mei ini, untuk membuat keputusan.
5) Bagi saya secara peribadi, saya menyokong agar 2 jawatan utama PAS disandang oleh ulama-dengan syarat yang berkelayakan, ilmu agama yang baik dan pandangan politk yang tajam, serta tangkas dan berkeupayaan dalam menghadapi serangan musuh samada dalam dan luaran.
6) Apapun, moga Allah memberikan petunjuk dan pimpinanNya kepada ahli dan pimpinan PAS, agar tidak berbalah dengan isu dalaman yang akan menyebabkan perpecahan. Wal iya zu billahi min zalik. Sesungguhnya, tiada siapa yang boleh mendabik dada, bahkan kedua-dua pihak perlu saling berterima kasih, kerana kedua-duanya saling melengkapi. Ulama didokong profesional. Manakala profesional melengkapi ulama dari sudut pengurusan dan pentadbiran, dan dipimpin oleh ulama yang mursyid.
3 Mei 2009,
11.32 pagi, Malaysia Timur
Tiada ulasan:
Catat Ulasan