
1) Walaupun telah berlalu, rasanya belum terlewat saya mengucapkan Selamat Hari Ibu terutamanya buat ibu saya, ibu mertua saya dan isteri saya yang juga bergelar ibu kepada anak-anak kami.
2) Saya mengerti betapa besarnya pengorbanan si ibu, terutamanya dalam membesarkan anak-anak. Ini saya alami sendiri, apabila isteri saya tidak jemu mendidik anak kami, agar menjadi anak yang soleh dan memberikan manfaat kepada orang lain.
3) Sesungguhnya si ibu sanggup bersusah payah bangun malam, demi mendoakan kejayaan anak-anak. Dan ini yang dilakukan oleh ibu saya, setiap kali ingin mengambil peperiksaan sewaktu di sekolah dan universiti. Natijahnya, saya mendapat result yang cemerlang dalam setiap exam. Terima kasih ibu.
4) Kini, walaupun ibu jauh di pandangan mata, tetapi tetap dekat di hati, dengan iringan doa setiap kali selepas solat. Walaupun telah mempunyai karier dan gaji tetap, berkongsilah dengan ibu kita. Kalau tidak banyak pun, sedikit pun jadilah. Tetapi ingat, hari ini, segala-galanya perlukan wang, tetapi wang bukanlah segala-galanya.
5) Wang tidak dapat membeli kasih sayang si ibu. Jangan take for granted, dengan memotong setiap bulan dari gaji kita untuk ibu dan ayah, tetapi tidak pernah bertanya khabar dan pulang menjenguk mereka bila ada kelapangan.
6) Akhirnya, kasih ibu ibarat air mengalir. Selamat Hari Ibu buat semua yang bergelar ibu.
12 Mei 2009, 17 Jamadil Awwal 1430 Hijrah,
10.25 malam, Malaysia Timur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan