
1) Setelah Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi kerana terkhilaf, maka hanya tinggal Mahkamah Persekutuan untuk Nizar merujuk statusnya sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
2) Dalam tempoh masa ini, Perak masih belum tenteram. Kempen mogok lapar yang bakal dilancarkan pada Selasa-26 Mei dan tamat pada Khamis-28 Mei, merupakan usaha Pakatan Rakyat menunjukkan kepada rakyat betapa demokrasi telah berkubur.
3) Zambry masih belum berada dalam keadaan tenang apabila melihat senario ini. Hanya apabila DUN Perak dibubarkan, dan menyerahkan rakyat membuat pilihan, barulah ketenangan itu akan dirasai.
4) Mahkamah Persekutuan selaku mahkamah paling tinggi dalam negara, bakal dinantikan keputusannya. Walaupun begitu, jika masih berpihak kepada UMNO dan BN, rakyat Perak masih terkilan kerana tidak diberikan peluang untuk menyatakan suara mereka.
25 Mei 2009,
12.45 pagi, Malaysia Timur
Tiada ulasan:
Catat Ulasan