
1) Setelah Nizar masuk ke Pejabat MB pagi ini, Mahkamah Rayuan menerima permohonan Zambry agar diperaku MB Perak yang sah, sementara rayuannya didengar oleh Mahkamah Rayuan.
2) Telah kita jangka, perkara ini pasti berlaku. Dan mungkin, di kemuncaknya, Mahkamah Persekutuan juga yang akan memutuskan siapakah MB Perak yang sah.
3) Sebagaimana saranan Ku Li dan Pengerusi Suhakam, agar diadakan pilihanraya DUN Perak, pastinya kemelut di Perak tidak akan selesai, selagi cadangan ini tidak dilaksanakan.
4) Sepanjang itulah, rakyat Perak akan termanggu-manggu menantikan siapakah pemerintah sebenar negeri mereka.
5) Bagi Pakatan Rakyat, berusahalah sebaik mungkin, kerana kita yakin kita di peringkat yang benar!
12 Mei 2009, 17 Jamadil Awwal 1430 Hijrah,
9.14 malam, Malaysia Timur
Tiada ulasan:
Catat Ulasan