
1) Melihat kepada syarat terbaru oleh SPR-diharamkan pondok panas dan bilangan penyokong pada hari penamaan calon dihadkan hanya kepada 5,000 orang, dijangka memudahkan UMNO dan BN mengatur strategi.
2) Persoalanna kepada SPR-bagaimana nak kawal dan pastikan hanya 5,000 orang penyokong yang hadir? Adakah nak dibilang satu-persatu? Nampak baik, tetapi tidak logik.
3) Bila dilarang pondok panas, maka sekali lagi kita bertanya, di mana para pengundi nak menyemak status mereka? Apakah di kaunter SPR, yang memungkinkan berlaku pelbagai perkara di luar jangkaan?
4) Esok, Biro Politik UMNO akan membuat keputusan, samada bertanding atau tidak di DUN Penanti-yang penamaan calonnya pada 21 Mei dan hari mengundi pada 30 Mei.
5) Jangkaan saya, UMNO pasti bertanding, melainkan mereka berpandangan pilihanraya kecil ini hanya membazir duit rakyat, membuang masa dan banyak lagi perkara yang perlu diutamakan. Jika itu hujahnya, kita nantikan bagaimana pendirian mereka apabila Manoharan-ADUN Kota Alam Shah berkira-kira untuk meletak jawatan, setelah tidak berkesan sebagai ADUN kerana masih di bawah tahanan ISA!
3 Mei 2009,
11.20 pagi, Malaysia Timur
1 ulasan:
Umno dah hilang arah dan hilang punca. Macam orang terkena sawan khinzir. Aku naik meluat sungguh dengan perangai depa ni. Pergunakan segala macam agnesi yang ada kat Malaysia ni, macam bapak dia yang punya. Lagi la rakyat tak suka. Apa kata pi tangkap Dr Mansor tu, masuk dalam ISA. Dia tu kan mengancam keselmatan negara (Umno). Lepas tu tangkap semua ahli-ahli parlimen pembangkang. Depa tu kan mengancam keselamatan negara (Umno). Lepas tu tangkap semua ahli-ahli yang berhormat dedan negeri parti pakatan rakyat. Depa tu kan mengancam keselamatan negara. Kan aman hidup hangpa, sebab tak ada pembangkang. Lepas tu tangkap aja rakyat yang membangkang. Lagi aman bahagia hidup hangpa. Buatlah apa yang hangpa nak buat lepaih tu.
Catat Ulasan