

1) Pada pagi ini, berlaku 2 acara. Nizar kembali ke pejabatnya. Manakala Zambry merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi semalam.
2) Hakim telah bertindak dengan bijaksana dan membuat keputusan yang saksama. Harapnya di Mahkamah Rayuan nanti begitulah-ini kerana ingatan Najib-buat Pakatan Rakyat jangan terlalu teruja-kami akan merayu.
3) 2 pegawai kanan Perak digantung-bukan untuk membalas dendam, tetapi setimpal dengan penyalahgunaan kuasa dan cenderung yang jelas kepada BN dalam isu di Perak-sedangkan penjawat sepatutnya tidak berpihak(undi rahsia, tapi janganlah tunjuk sangat!).
4) Kini, sebagaimana saranan Ku Li, rakyat mengharapkan agar Sultan Perak memperkenankan agar DUN Perak dibubarkan. Benar, Pakatan Rakyat belum tentu menang, tetapi inilah jalan keluar terhadap polemik yang sedang berlaku di Perak. Daulat Tuanku.
12 Mei 2009, 17 Jamadil Awwal 1430 Hijrah,
12.36 tengahari, Malaysia Timur
Tiada ulasan:
Catat Ulasan