
1) Telah sah, Tuan Guru Haji Hadi Awang mengekalkan jawatan sebagai Presiden PAS. Sementara Ustaz Nasharudin Mat Isa akan dicabar oleh Husam Musa dalam jawatan Timbalan Presiden. Kata Tuan Guru Hadi Awang-PAS tidak pernah meminggirkan golongan profesional dalam konsep kepimpinan ulama.
2) Sebab itu saya menyatakan, bahawa ulama dan profesional saling melengkapi. Bahkan, yang terbaik bilamana seorang ulama bersifat profesional dalam mengurus dan mentadbir dan bukannya bersikap lebih kurang. Sementara itu, profesional pula perlu mendalami ilmu agama agar mampu berhujjah di atas dalil naqli, apatah lagi sebagai ahli gerakan Islam-keupayaan seperti itu amat diperlukan.
3) Apabila isu politik wang atau rasuah mula berlegar di dalam PAS, saya terfikir apakah yang dikatakan oleh Ustaz Muhammad Daud Iraqi itu benar atau cuma kebimbangan beliau. Dan apabila diputuskan tiada bukti kukuh, maka saya berasa lega. Namun sebagaimana ingatan Tuan Guru Nik Aziz, orang sebegini perlu ditolak. Dan saya menganggap ia merupakan proses tasfiyyah(penyucian) dalam gerakan Islam, agar disingkirkan mereka yang tidak ikhlas dalam perjuangan menegakkan agama Allah.
4) Justeru, selalu diingatkan bahawa kepimpinan adalah taklif(tanggungjawab dan amanah) dan bukannya tasyrif(kemuliaan dan kebanggan peribadi). Bahkan menjadi pemimpin, kita akan disoal terhadap apa yang dipimpin. Abu Dzar sendiri dilarang Rasulullah SAW dari menjadi pimpinan kerana ketidakupayaan beliau. Mudah-mudahan, sewaktu Muktamar PAS kelak, perwakilan yang diberi amanah memilih, memilih pimpinan yang terbaik dari sudut ilmu, akhlak, kepintaran berpolitik, dan keupayaan mentadbir dan mengurus.
5) Akhir kalam, ingatlah bahawa jika pimpinan dan ahli PAS tersalah langkah, tidak mustahil rakyat akan hilang kepercayaan kepada PAS sebagai seubuah harakah Islamiyyah, gerakan dakwah dan parti politik Melayu Islam yang ingin mendaulatkan agama Allah di negara ini, di saat kini mendapat sokongan dari golongan bukan Islam yang mula mesra dan ingin lebih rapat dengan PAS, setelah selama ini diberikan persepsi yang salah dan buruk oleh UMNO dan BN.
18 Mei 2009, 21 Jamadil Awwal 1430 Hijrah,
10.22 malam, Malaysia Timur
Tiada ulasan:
Catat Ulasan