
1) Saya secara peribadi mengenali insan bernama Ustaz Nik Abduh. Penampilannya tenang, lembut dan wajahnya yang putih jernih menampakkan keluhuran peribadinya persis ayahandanya Tuan Guru Nik Aziz.
2) Walaupun pelbagai kontroversi menimpa dirinya akibat artikel "Kerja-kerja bodoh di dalam PAS", dia masih teguh mendokong perjuangan Islam.
3) Kelmarin, walaupun tidak terpilih sebagai Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, saya yakin beliau tetap akan meneruskan kesinambungan perjuangan Islam yang bakal diwarisinya dari ayahandanya sendiri.
4) Dengan hujjah yang ilmiah dan penjelasan yang terang, mampu menarik pengikut dan penyokong dari kalangan anak muda untuk bersama PAS.
5) Sesungguhnya, walaupun tewas, tidak bermakna perjuangannya telah berakhir!
10 Mei 2009,
3.45 petang, Malaysia Timur
Tiada ulasan:
Catat Ulasan