
1) Secara rasminya semalam, Najib dinobatkan sebagai Presiden UMNO. Pak Lah dalam ucapan penggulungannya pagi ini, kemungkinan akan mengumumkan tarikh peralihan kuasa kepada Najib dan akan mengadap Yang di Pertuan Agong dalam masa yang terdekat.
2) Seperti biasa, naiknya Najib dalam keadaan masih banyak pertikaian. Bukan sahaja ke atas dirinya, tetapi juga ke atas isterinya. Dikatakan suka bergaya, cerewet dalam berurusan, ramai orang menyatakan lebih mudah berbanding isteri Pak Lah ; Jeane. Apapun, lihatlah bagaimana keadaannya nanti.
3) Didokong oleh "saf yang padu" seperti yang diminta, bermula Timbalan Presiden-Muhyiddin, barisan Naib Presiden-Zahid Hamidi, Hishamuddin dan Shapie Afdal, serta barisan MT UMNO seramai 25 orang, menyaksikan mereka yang ada rekod rasuah diketepikan. Namun begitu, masih ada di antara senarai nama itu, yang dilihat masih tidak bersih. Shahrir Samad secara gentleman, dalam tindakan yang terpuji, menawarkan untuk mengundur diri dari Kabinet, kerana merasakan jika beliau tidak dipilih sebagai MT, bermakna beliau tidak perform dalam tugasannya sebagai Menteri. Alangkah baiknya, sekiranya semua pimpinan UMNO mempunyai sikap seperti Shahir Samad ini.
4) Entah dari mana datangnya teori "RAHMAN", kini ada yang mengandaikan, jika Najib secara rasmi dilantik PM Malaysia yang ke-6, maka sempurna sudah teori ini. Kata orang-R-Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, A-Tun Abdul Razak, H-Tun Hussein Onn, M-Tun Mahathir, A-Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (sepatutnya Anwar, tetapi ketentuan Allah mengatasi segalanya) dan N-Datuk Seri Najib. Dan dengan sempurnyanya teori itu, samada kebetulan ataupun ketentuan Allah, ada yang bertanya, mungkinkah Najib PM terakhir dari UMNO dan BN?
5) 3 PR kecil di Bukit GaNtang, Bukit Selambau dan Batang Ai, akan menjadi ujian pertama buat Najib dan Muhyiddin, yang dilantik sebagai Pengarah ketiga-tiga PR kecil ini. Andaikata sekali lagi BN ditolak rakyat, menandakan talian hayat UMNO sudah tidak berfungsi, dan PRU 08 menyaksikan kali terakhir, UMNO dan BN sebagai pemerintah; sebagaimana tegas Pak Lah dalam ucapan dasarnya yang terakhir sebagai Presiden UMNO.
28 Mac 09, 1 Rabi'ul Akhir 1430 Hijrah,
6.37 pagi, Malaysia Timur