Sabtu, 28 Mac 2009

Terima Kasih Petronas dan Masjid Lutong Miri




1) Alhamdulillah, musafir saya ke Miri atas jemputan Petronas, untuk forum Maulidur Rasul sangat bermakna.

2) Walaupun hanya sementara, saya diberikan Allah peluang berjumpa kenalan baru dalam rangka meneguhkan ukhuwwah Islamiyyah. Bersama saya, ahli panelnya-Ir Hj Khairil Nizam Khairuddin (Petronas Paka, Terengganu) dan Ir Fauzi (Shell Miri). Tajuk yang dibincangkan adalah "Rasulullah ; Layakkah Kami Menjadi Umatmu?"

3) Perbincangan berkisar sekitar ciri-ciri umat Muhammad SAW dari sudut aqidah, ibadah dan muamalat. Selain itu, didiskusikan juga soal cabaran dan cara mengatasi cabaran tersebut, dalam melahirkan umat Muhammad SAW yang berkualiti di akhir zaman.

4) Selepas itu, saya sempat bersua muka dengan Ir Muhtar Suhaili ; tokoh muda yang sedang membina nama di Miri melalui Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak, Ustaz Malsiron dari JAISarawak, Azwani yang bersusah payah menjemput saya sebagai wakil Petronas, Arisan yang menjemput saya untuk ke IKBN Miri, Ustaz Nik Syazmizi yang mantop sebagai moderator forum dan tak lupa juga Haji Bacho,Haji Razali dari Petronas Miri serta ayahanda Penghulu kawasan Lutong dan Imam Masjid Lutong, Miri. Tak lupa juga Abang Malik yang mengambil saya di Airport Miri.

5) Di atas segala layanan, jemputan, kemudahan dan segala bantuan, diucapkan terima kasih. Saya sangat berkeyakinan, bahawa Sarawak mempunyai potensi besar, untuk bercambahnya amal Islami, dan Insya allah kefahaman Islam umat Islam di Sarawak, semakin meningkat. Terima kasih semua.



28 Mac 09, 1 Rabi'ul Akhir 1430 Hijrah,

6.19 pagi, Malaysia Timur.

Tiada ulasan:

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude