Sabtu, 7 Mac 2009

Hari Penentuan PPSMI diteruskan atau tidak !


1) Sebagaimana yang kita maklum, pada hari ini-7 Mac 2009, bersamaan 10 Rabi'ul Awwal 1430 Hijrah(Sabtu) akan diadakan perhimpunan besar-besaran membantah dasar PPSMI dan penyerahan memorandum kepada Yang diPertuan Agong di Istana Negara.

2) Perhimpunan ini dijangka akan disertai pimpinan utama Pakatan Rakyat seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang serta Dr Hassan Ahmad yang merupakan Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI. Ia dijangka disertai oleh puluhan ribu rakyat tanpa mengira bangsa dan agama, yang mendokong pendaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

3) Kita merasakan telah banyak kajian dibuat dan hujah dinyatakan oleh para ilmuwan, cendiakawan dan sasterawan mengapa dasar PPSMI ini perlu dimansuhkan. Kemerosotan pencapaian di kalangan pelajar Melayu dalam Matematik dan Sains antara faktor utamanya. Selain itu, jurang perbezaan yang begitu ketara mengenai pencapaian dalam kedua-dua subjek itu, dapat dilihat di antara pelajar di bandar dan di luar bandar.

4) Sasterawan Negara - A. Samad Said menyatakan " Rakyat perlu mengajar pihak yang mempertahankan dasar PPSMI di peti undi, dalam pilihanraya umum yang akan datang, kerana mengkhianati kedaulatan Bahasa Melayu, yang telah termaktub dalam perlembagaan sebagai Bahasa Rasmi Kebangsaan Negara Malaysia".

5) Akhir kalam, doa dari seberang laut di Malaysia Timur dikirimkan kepada peserta himpunan membantah PPSMI hari ini. Moga tiada sebarang insiden tidak diigini berlaku dan tiada provokasi oleh pihak yang tertentu. Ingatlah, bahawasanya jika kita sendiri tidak mendaulatkan Bahasa Melayu, siapa lagi? Dan jika bukan sekarang, bila lagi? Moga pihak pemerintah yang bermati-matian mempertahankan dasar ini, akan menilai kembali tindakan mereka yang kita faham ianya tercetus di zaman Tun Dr Mahathir pada 2002 ,yang kononnya untuk memajukan bangsa Melayu di dalam bidang Sains dan Teknologi, maka Bahasa Inggeris perlu dijadikan sebagai bahasa pengantar. Tepuk dada, tanyalah iman dan hati budi serta akal yang waras, bukannya nafsu yang melulu.


7 Mac 2009, 10 Rabi'ul Awwal 1430 Hijrah,

11.54 pagi, Malaysia Timur

Tiada ulasan:

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude