Ahad, 8 Mac 2009

Pendokong PPSMI tidak dianggap biadapkah?



1) Salam buat semua. Semalam, tercetus lagi suatu sejarah, bila mana rakyat yang tidak mengenal usia, agama dan bangsa berhimpun untuk mendaulatkan Bahasa Melayu dan mendesak PPSMI dimansuhkan.

2) 2 hari yang lepas, Sultan Selangor bertitah bahawa mereka yang cuba mempersoal ketuanan Melayu dan kedudukan Raja-Raja Melayu dianggap biadap. Satu persoalan kembali, bagaimanakah dengan pendokong PPSMI? Tidakkah mereka juga dianggap biadap kerana mengutamakan Bahasa Inggeris berbanding Bahasa Melayu dalam pengajaran Sains dan Matematik? Bukankah bahasa itu jiwa bangsa? Bukankah yang ditakrifkan oleh Perlembagaan tentang orang Melayu ialah beragama Islam, berbahasa Melayu dan berbudaya dengan budaya dan adat Melayu?

3) Seperti biasa, demonstrasi besar-besaran seumpama ini akan dihujani dengan gas pemedih mata. Pak Samad Said juga tidak terlepas menerima "habuannya". Katanya, ini rupanya hadiah dalam memperjuangkan bahasa! Kalau Sasterawan Negara pun boleh berkata begitu, apalagi yang dipertahankan oleh pendokong PPSMI?

4) Alhamdulillah, Pak Lah ada bersuara meminta agar Menteri Pelajaran membuat keputusan dengan segera berhubung dasar PPSMI, jika tidak ia bakal menjadi isu yang lebih besar. Namun seperti biasa, Menteri Pelajaran meluahkan rasa kesal dengan perhimpunan membantah PPSMI semalam. Apakah beliau tidak melihat isyarat yang jelas, tentang penolakan rakyat terhadap PPSMI? Moga Allah memberikan hidayah kepada beliau.

5) Akhir kalam, syabas buat peserta himpunan membantah PPSMI semalam. Kami di sini hanya mampu berdoa agar kalian selamat. Walaupun ada yang ditangkap, mudah-mudahan ada pihak yang akan menjamin dan mendokong kalian. Apakah majoriti rakyat akan membuat keputusan di peti undi dalam PRU ke-13 akan datang, jika pihak pemerintah masih membutakan mata dan memekakkan telinga?


8 Mac 2009, 11 Rabi'ul Awwal 1430 Hijrah,

6.52 petang, Malaysia Timur Justify Full

Tiada ulasan:

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude